Hari ini genap, dua bulan anak gadis encik Imran Deya melarikan dirinya daripada rumah. Sudah naik, jenuh dia dibuatnya asyik keluar masuk balai polis bagi mengambil tau pasal perihal, keberadaan anak gadis kesayangannya itu. Encik Imran kemudian, menghelakan nafasnya perlahan-lahan. Pandangannya segera di halakan ke arah halaman rumah. Masih jelas terbayang di dalam ingatannya, bagaimana bahagianya dia, arwah isterinya, Alia dan Deya ketika menghabiskan masa bersama sambil menikmati minum petang. Seandainya, dia dapat memutarkan waktu ingin rasanya dia melalui semua itu semula. Namun encik Imran tau, semua itu tidak akan pernah terjadi. Perasaan hampa dan sedih mulai, menguasai dirinya. Kehilangan anaknya itu amat, meninggalkan bekas di dalam hatinya. Meskipun, berkahwin dengan Maria tetapi Jiwanya masih terasa begitu kosong sekali.
Maria yang terburu-buru, hendak keluar untuk membeli-belah segera menghentikan langkah kakinya. Wajah jelitanya juga turut berubah. Dia ingatkan suaminya sudah bersiap untuk pergi menemani dirinya sebaliknya, lelaki itu masih lagi duduk di atas sofa sambil termenung seorang diri. Maria apa lagi, terus naik berang dengan sikap suaminya itu.
"Abang! Kenapa, tak siap lagi? Bukan hari ni, abang nak temankan Maria pergi, Pavilion, kah?!" Sapa Maria kepada suaminya itu.
Terkejut terus, encik Imran apabila di sapa secara tiba-tiba oleh isterinya itu. Dia kemudian merenung wajah ketat isterinya itu, sekilas. Dengan hiasan meke-up yang tebal pun, Maria masih tidak boleh menandingi kecantikkan arwah isterinya, Alia. Entah mengapa sejak, akhir-akhir ini dia selalu teringatkan arwah isterinya itu. Kadang-kadang timbul juga rasa penyesalan, di dalam lubuk hatinya sebab tidak berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menikahi Maria. Pada firasatnya, dengan berkahwin baru ni dapatlah anaknya menumpang kasih tetapi lain pula yang terjadi. Mula-mula perkahwinan saja Maria menunjukkan sifat keibuannya pada anak gadisnya itu. Tetapi semuanya mulai, berubah apabila Deya meningkat menjadi gadis remaja. Ada sahaja kesalahan Deya pada mata Maria, isteri barunya itu. Dia sendiri juga tidak tau, apa penyebab yang menjadikan Maria berubah sedemikian rupa.
"Abang! Cepatlah, bersiap kang lambat pula!" Sergah Maria yang masih lagi berdiri tercegat di hadapan encik Imran.
"Astagfirullahalahazim! Awak ni, terkejut saya! Maria cubalah cakap elok-elok sikit. Abang tengah runsing sekarang ni, fikirkan pasal Deya anak kita tu!"
Berbulu terus, cuping telinga Maria sejurus mendengar nama anak tirinya itu keluar daripada mulut suaminya itu. Dia sebenarnya, suka sangat dengan kehilangan anak tirinya itu. Baru puas hatinya, sebab dendam yang dipendam olehnya, selama ini terbalas jugak akhirnya. Kan bagus kalau Alia masih hidup pasti dia derita bila dapat tau keadaan anaknya itu.
"Abang! Dahlah, Maria tak ada masalah nak fikir pasal Deya tu, lagipun dia kan dah besar bukannya budak-budak yang perlu abang nak perhatikan 24 jam!" Jawab Maria dengan wajah selambanya.
Tersentak terus, encik Imran bilamana mendengar jawapan selamba isterinya itu. Dia segera, menggelengkan kepalanya tanda kecewa dengan sikap isteri barunya itu. Oleh kerana, malas nak bertekak lagi dengan isterinya itu dia bingkas, bangun lalu beredar pergi menuju ke tingkat atas untuk bersiap.
Huh! Nasib baiklah suami aku tak buat perangai, kalau tak melepaslah aku nak membeli-belah hari ni! Sorak Maria dengan girangnya.
*****
Darius merenung sekilas, wajah lelaki yang sedang terlena disebelahnya itu sebelum menghentikan keretanya di kawasan yang memang diperuntukkan untuk tempat berehat bagi pemandu yang membuat perjalanan jauh seperti dirinya itu. Setelah menghentikan kenderaanya itu, dia bergegas keluar ingin mengambil angin petang sambil menikmati pemandangan lalu lalang kenderaan lain yang melalui kawasan lebuh raya tersebut.
Darius kemudian, mengerling sekilas, ke arah jam Rolex yang berada di pergelangan tangannya itu. Waktu sudah pun menunjukkan, pukul 3.50 petang! Nampaknya, sebentar lagi sampailah dia ke Melaka. Darius telah nekad dengan keputusannya, akan menyembunyikan dahulu lelaki itu buat sementara di banglo mewah miliknya yang berada di Pulau Besar, Melaka itu. Tiba-tiba Darius teringatkan sesuatu pantas sahaja dia mengeluarkan telefon bimbit daripada saku baju kot hitam yang dikenakan olehnya itu. Dia segera menghubungi mamanya bagi memakhlumkan yang dia akan mengambil cuti dan akan menginap di banglo mewah miliknya selama dua hari. Pada mulanya, sukar jugak Darius hendak mendapatkan keizinan mamanya itu tetapi setelah dipujuk olehnya barulah puan Sandra mengizinkan keinginan Darius itu. Setelah selesai urusan dengan mamanya, barulah dia menghubungi papanya pula. Selang berapa saat menanti, terdengar terus suara papanya.
"Hello! Son! Where ara you, going now? Takkan, tak abis lagi urusan dengan klient kamu, tu? Ni, apasal tak masuk ofis balik?!" Soal tuan Carlos kepada anak bujangnya itu.
"Papa! Janganlah marah dulu, dengar penjelasan Darius, jap!" Pintas Darius kepada percakapan papanya itu.
"Okey! I listen, explain now!" Pinta tuan Carlos dengan suara tegasnya.
Naik bingung, jugak Darius hendak menjelaskan kepada papanya itu. Dengan mamanya, senang saja dia bagi alasan tetapi dengan papanya naik pening pula kepala Darius dibuatnya. Tuan Carlos yang jenuh asyik, menunggu jawapan Darius itu segera menyapa anak lelakinya itu.
"Darius! Are you still on the, line?!"
Tersentak terus, Darius apabila mendengar sapaan tiba-tiba papanya itu. Hilang terus semua lamunan panjangnya seketika, tadi.
"Eerrr...ya! I mean, yes! I am still on the line, pa!" Jawab Darius dengan gelabahnya.
Berkerut seribu terus, dahi tuan Carlos apabila mendengar nada gelabah suara anaknya itu. Kenapa dengan Darius? Macam ada masaalah besar je?! Desis hati tuan Carlos sambil menyambung semula perbualannya dengan anak bujangnya itu.
"Darius! Call papa ni, mesti nak something, kan? Tell me, now!"
Isskk! Hebat juga papa aku ni, macam ahli nujum pula lagaknya! Desis hati Darius sambil tersengih sendiri.
"Wow! Hebatlah, papa ni! Belum cakap lagi, dah boleh tau apa yang Darius nak cakap!"
"Dah! Papa tak ada masa nak buat joke dengan kamu, Darius! Cepat cakap, kamu nak apa sebenarnya, ni?!"
"I want two day off, papa! Atcually, Darius dekat Melaka sekarang ni. Ingat nak pergi jenguk banglo Darius dekat Pulau, Besar tu!" Jelas Darius dengan panjang lebarnya.
"What? Two day off! Habis tu, macam mana dengan projek yang papa suruh Darius handle, tu? Takkan nak suruh orang lain handle, kan pula?!" Soal tuan Carlos bertubi-tubi dengan nada marahnya. Naik pening terus kepala tuan Carlos dibuatnya. Belum habis satu masaalah datang pula masaalah yang lain! Rungut tuan Carlos dengan sikap sambil lewa anaknya itu.
Soalan bertubi-tubi daripada papanya itu, membuatkan Darius terkedu seketika. Tak tau apa yang patut dijawab oleh Darius kepada soalan papanya sebentar tadi. Tiba-tiba saja fikirannya menjadi buntu seketika.
"Papa! Please, Darius minta cuti dua hari je bukannya lama pun. But, you dont have to worry, pa after this i will handle that project too!" Pujuk Darius kepada papanya itu.
"Okey! Papa benarkan Darius ambik cuti but after two day you must come to office!" Pesan tuan Carlos kepada anaknya itu.
"Okey, pa! Anyway i got to go, now! Thank's pa!" Ucap Darius dengan senyuman lebarnya.
Sejurus menamatkan perbualan telefon dengan papanya, Darius segera melangkah semula ke arah keretanya. Ketika ingin masuk ke dalam keretanya itu, alangkah terkejutnya dia bila melihat teman lelaki baru bekas, kekasihnya itu tidak lagi berada di tempat duduknya. Berubah terus raut wajah Darius dibuatnya. Kurang asam! Berani betul kau cabar aku, ye! Amuk Darius dengan geramnya sambil terus memukul stereng keretanya berulangkali. Adoi! Macam manalah, aku boleh tak perasankan lelaki tu tadi? Mati aku kalau dia terlepas, silap-silap haribulan aku pula yang merengkuk dekat penjara nanti! Desis hati Darius sendiri. Darius! Dont give up, now! Pasti dia ada dekat-dekat area ni jugak! Cuba kau fikir balik macam mana dia nak lari dengan keadaan tangan yang terikat tu? Bisikkan itu melegakan terus hati Darius. Tanpa berlengah lagi, dia segera menghidupkan keretanya lalu terus memecut laju menuju ke jalan utama. Aku dapat kau, taulah nasib kau macam mana nanti! Bisik hati Darius dengan penuh amarahnya.Please add,vote and comment my novel. I need you all respond and please support my novel. Good night guys! 😴😴😴😴
![](https://img.wattpad.com/cover/91888146-288-k981621.jpg)
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...