P/s: intention guy's! Dont forget vote and comment. I need you respond and support guy's🐹🐹🐹
"Oi! Bukalah pintu ni, cepat! Tolonglah perut gua sakit sangat, ni!"
Dee terus, melaung dengan kuatnya sambil sebelah tangannya lagi mengetuk-getuk ke arah pintu. Di saat ini, kesakitan pada perutnya semakin bermaharajalela. Dia cuba juga untuk menahan rasa sakit itu namun, dirinya tidak berdaya lagi. Sabar, Dee! Pujuk hatinya sendiri sambil terus memekik dengan kuatnya. Baru saja dia ingin, mencapai tombol pintu tiba-tiba saja cuping telinganya mendengar seseorang sedang membuka pintu bilik stor tersebut. Tanpa berlengah lagi, dia segera menjauhkan dirinya daripada pintu. Berdebar-debar juga dada Dee dibuatnya. Tatapan matanya kemudian, terhala terus ke arah pintu.
"Dubb!!"
Pintu bilik terus dibuka dengan kasarnya oleh, Darius. Terhinjut kedua-dua bahu Dee dibuatnya akibat, terperanjat dengan hentakkan kuat pintu sebentar, tadi. Wajah tegang lelaki itu di perhatikan sekilas, olehnya.
"Oi! Kau ni dah, kenapa? Terpekik, terlolong macam nampak hantu, je?!!"
Tersentak terus Dee apabila ditengking dengan kasarnya oleh, Darius. Dee! Come on, kau tak payah nak takut sangatlah dengan lelaki psyco, tu! Bisikkan itu, menguatkan semula keberanian Dee dalam berhadapan dengan lelaki yang bersikap bipolar, itu.
"Dahlah, bro! Gua tengah sakit perut, ni! Nanti jelah bagi ceramah dekat, gua!" Ujar Dee dengan selambanya sambil cuba menahan rasa sakit yang sedang dialami olehnya pada ketika, itu.
Darius pula hanya mencebikkan bibirnya sejurus mendengar jawapan spontan yang keluar daripada mulut lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, itu.
"Kau ingat aku kisah, kah kalau kau sakit?!" Soal Darius dengan selambanya sambil mengangkat sebelah keningnya.
Berbulu terus, telinga Dee selepas mendengar kata-kata pedas yang keluar daripada mulut Darius seketika, tadi. Mengeleggak rasanya relung hati Dee dibuatnya. Kalau diikutkan perasaan marahnya pada ketika, ini ingin saja dicili-cilikan mulut Darius yang agak celupar, itu. Isskk! Apa kena dengan dia, ni? Tiba-tiba nak sakit hati pula dekat, aku! Bebel Dee di dalam hatinya sambil mengusap perlahan perutnya yang sedang kesakitan itu.
"Dahlah bro! Perut aku dah sakit sangat, ni! Tolonglah bagi aku pergi toilet, jap!"
Rayuan lelaki yang berada di hadapannya itu, amat memuakkan hati Darius. Jijik pula rasanya dia apabila melihat teman lelaki bekas kekasihnya, itu merayu-rayu ke arah dirinya. Wajah cengkung dan lebam lelaki itu di kerling kejap oleh, Darius. Shit! Rasa nak belasah je jantan sial, ni! Desis hati Darius sambil mencebikkan bibirnya. Dia kemudian, menghampiri Dee yang masih lagi tercegat berdiri di hadapannya sambil mengeliat seperti, cacing kepanasan. Gelagatnya itu, menimbulkan perasaan lucu di dalam hati Darius. Dee yang perasan Darius sedang menghampirinya segera menjauhkan dirinya daripada lelaki, itu.
"Tuan Darius na...nak bua..."Belum sempat, dia hendak menghabiskan percakapannya Darius terlebih dahulu mencelahnya.
"Kau diam boleh, tak? Bingitlah telinga aku, ni!!" Jerit Darius dengan kuatnya sambil terus mencengkam kuat lengan Dee dengan tangannya.
Meringgis terus raut wajah Dee dibuatnya apabila lengannya dicengkam dengan begitu kuat sekali oleh, Darius. Bagai nak remuk tulang lengan aku, ni! Rungut Dee sendiri sambil mengerling ke arah wajah dingin Darius.
"Sakitlah, bro! Lepaslah, lengan gua!!" pekik Dee dengan geramnya. Pekikkan kuatnya itu tidak diendahkan langsung oleh, Darius. Dia malahan, kini sudah menarik kuat kolar bajunya pula. Terdorong terus, tubuhnya ke arah dada bidang milik lelaki bermata biru, itu.
"Oi! Kau ni memang suka tengok aku naik angin, kan? Tak abis-abis nak menyusahkan hidup, aku!!" Jerit Darius dengan berangnya.
Tergamam seketika, Dee apabila mendengar jeritan kuat daripada Darius itu. Berdengung jugaklah, pendengaran Dee dibuatnya. Mahklumlah, Darius menjerit kuat betul-betul dekat depan mukanya tadi. Mau tak, binggit! Keluh Dee di dalam hatinya sendiri. Dia kemudian, memberanikan dirinya untuk bertentangan mata dengan Darius. Bertembung terus matanya dengan mata biru milik, lelaki itu. Dap! Dap! Degup jantung Dee terus berdebar dengan kencangnya. Renungan mata lelaki itu, pula membuatkan dirinya terpukau seketika. Kalaulah mamat psyco ni bukan musuhnya sudah lama diusa olehnya. Oi! Dee, sudah-sudahlah berangan tu! Kau ingat Darius tu tertarik, kah dengan perempuan tomboy yang spesis macam kau, ni! Bisikkan itu menyedarkan semula Dee daripada angan panjangnya sebentar, tadi.
"Yang kau diam macam orang yang bisu ni, dah kenapa?!
Pertanyaan tiba-tiba Darius itu tidak terus dijawab oleh, Dee. Dia sebaliknya, hanya tersengih sendiri sambil menggelengkan kepalanya. Darius yang pelik dengan kelakuan lelaki di hadapannya, itu terus mengerutkan dahinya. Yang dia tersengih macam kerang busuk ni dah, kenapa? Rasanya soalan aku tadi tu, bukannya lawak pun! Bisik hati Darius sendiri.
"Dahlah bro! Gua dah tak laratlah nak bertekak lagi dengan lu! Perut gua ni dah sakit sangat ni!"
Sejurus mengatakan demikian, Dee terus menolak kuat tubuh dan tangan Darius dari terus mencengkam kolar bajunya. Kesempatan itu, terus digunakan oleh Dee untuk meloloskan dirinya daripada lelaki itu. Dia sebenarnya, sudah tidak tahan menanggung kesakitan pada perutnya. Ah! Lantaklah, aku nak pergi toilet sangat ni! Desis hati Dee sambil bergegas keluar daripada bilik stor tersebut. Tersentak terus Darius dengan tindakkan tiba-tiba Dee, itu.
"Oi! Kau nak pergi mana pula tu, aku belum abis ca...."
"Aku nak pergi toilet, bro! Perut aku dah sakit sangat, ni!" Pintas Dee dengan percakapan Darius dengan pantasnya.
Tercengang terus, Darius dibuatnya. Dia kemudian hanya memerhatikan kelibat lelaki itu hingga hilang dari balik pintu. Dahlah tu, Darius! Bagilah space dekat dia, sikit! Bisikkan itu meredakan semula semua kemarahannya yang membuak-buak sebentar, tadi. Dia kemudian, segera bergegas keluar daripada bilik stor itu lalu mengekori langkah kaki Dee yang sedang meluru laju ke arah bilik air. Timbul terus perasaan lucu di dalam hati Darius apabila melihat keadaan Dee yang begitu, terdesak sangat nak masuk ke dalam bilik air. Sedang asyik, dia memerhatikan Dee sapaan seseorang dari arah belakangnya secara tiba-tiba amat mengejutkannya.
"Tuan Darius!"
Darius segera, berpaling ke arah belakangnya. Terpacak di hadapannya Thiago sedang merenung wajahnya dengan penuh cemasnya. Berkerut seribu dahi Darius, dibuatnya.
"Everything ok, Thiago?!" Soal Darius yang pelik melihat raut wajah cemas pembantu peribadinya, itu.
"Tuan Darius kena balik sekarang, jugak! Ini atas arahan tuan Carlos!" Jawab Thiago dengan pantasnya.
Sejurus mendengar jawapan Thiago itu Darius segera, menghelakan nafas dengan leganya. Dia bukan apa risau juga, takut ada benda buruk yang jadi dekat ibubapanya.
"Okey, Thiago! Aku akan gerak jap, lagi! Jangan lupa suruh nek Mah dan Kamal bersiap sekarang, jugak!" Arah Darius dengan wajah seriusnya.
"Baik, boss!" Jawab Thiago sambil beredar pergi dengan segeranya.
Setelah selesai urusannya bersama dengan Thiago sebentar tadi, Darius segera mengalihkan semula perhatiannya ke arah bilik air. Pelik! Apasal, dengan jantan ni? Dia berak batu, kah? Bukan main lama lagi dia dekat dalam, tu! Desis hati Darius sambil melangkah dengan segeranya ke arah bilik air. Sampai saja di depan bilik air tangan Darius terus mengetuk kuat pintu bilik air tersebut.
"Oi! Kau buat apa dekat dalam bilik air ni, hah? Kau keluar, sekarang!!" Pekik Darius dengan berangnya.
Dee yang baru saja selesai, dengan urusannya terus terperanjat. Bagai nak tercabut jantung Dee dibuatnya apabila mendengar pintu bilik air tiba-tiba diketuk dengan begitu kuat sekali oleh, Darius. Gila! Dia ingat aku hadap sangat, kah nak berlama-lama dekat dalam bilik air dia, ni! Bebel Dee di dalam hatinya sambil terus membuka pintu bilik air tersebut.
"Tuan Darius ni dah, kenapa? Ketuk pintu bagai nak roboh dibuatnya!" Tegur Dee dengan sikap tidak berhemah Darius seketika, tadi. Nasib baik tadi aku dah selesai, emm....Desis hati Dee sendiri di dalam hatinya.
"Dah, kau jangan nak pandai-pandai pula nak tegur aku! Kau ikut aku, sekarang!" Arah Darius dengan tegasnya.
"Kita nak pergi mana pula ni, bro?!" Soal Dee sambil terus membuntuti langkah kaki Darius.
Darius yang rimas dengan pertanyaan Dee itu segera, menghentikan langkah kakinya. Tubuh tegapnya berbalik ke arah, belakang. Wajah bingung Dee di tatap, dengan tajamnya. Gelabah juga, Dee apabila melihat tatapan mata Darius pada ketika, ini.
"Kalau kau nak mati kebulur dalam bilik stor tu, silakan!"
Sejurus mengatakan demikian, Darius segera beredar pergi meninggalkan Dee dalam keadaan yang masih lagi terpinga-pinga. Mati kebulur? Apa maksud dia cakap macam tu dekat aku, tadi? Desis hati Dee sendiri. Darius yang perasan Dee masih lagi berdiri tercegat di belakangnya segera menyapanya.
"Oi! Otak kau ni kenapalah lembab, sangat! Aku nak bawa kau pergi sarapanlah sekarang, ni!"
Mendengar saja perkataan, sarapan terpacul keluar daripada mulut Darius tersungging terus senyuman lebar di wajah Dee. Huh! Nasib baik dia cakap nak ajak aku pergi breakfast! Desis hati Dee sendiri sambil megekori Darius yang sudah pun pergi meninggalkan dirinya di belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...