picture above gigi hadid as Kristy
Sory i late update......🔯🔯🔯🔯🔯
Darius terus merenung dirinya di hadapan cermin. Semenjak, balik daripada candle nightnya bersama Dee sebentar, tadi dia asyik berkurung di dalam bilik air sahaja. Masih terbayang-bayang di ruangan matanya adegan isterinya dicium secara paksa oleh, Draco semasa dia sedang bersembang dengan Ursula bertanyakan perkhabaran wanita, itu. Shit! Maki Darius di dalam hatinya sendiri sambil membuka terus paip singki dan memcurahkan dengan segera air ke arah wajahnya. Dia ingin meredakan tekanan yang sedang dialami oleh dirinya pada ketika, ini. Memang begitulah, caranya Darius menghilangkan segala tekanannya. Setelah kembali, tenang barulah dia menghentikan perbuatannya, itu.
Sementara itu Dee pula, terus berjalan mundar-mandir di hadapan bilik air masih menantikan suaminya yang daripada tadi asyik, terperap di dalam bilik, tersebut. Risau juga dia, dibuatnya. Yalah! Takut lelaki itu salah-faham dengan dirinya. Isskk! Yang Draco ni pun satu, apasal pula dia cium aku macam tu, tadi? Memang saja je, nak cari pasal dengan Darius! Rungut Dee dengan wajah sebalnya sambil mengatur langkah kakinya ke arah katil. Kerana berdiri terlalu lama sebentar, tadi dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil. Sekali lagi, tatapan matanya di halakan ke arah pintu bilik, air. Pelik! Kenapa senyap je, dia dekat dalam, tu? Apasal, dari tadi aku asyik dengar bunyi air je, yang mencurah-curah keluar? Takkanlah dia nak bunuh diri, kot? Hah! Bunuh diri, omg! Ini tak boleh jadi, ni! Monolog Dee sendiri dengan wajah bimbangnya sambil bangkit terus dari duduknya lantas, melangkah semula ke arah bilik, air. Nak ketuk, kah? Tak? Hah! Ketuk je, lah! Fikirnya sendiri sambil mengetuk bertalu -talu pintu bilik air, tersebut.
"Tok!...Tok!...Tok!..."
Darius yang sedang mengelamun terus dikejut, kan dengan bunyi ketukkan pintu yang datang bertalu-talu daripada luar.
"Abang!...Abang!...Open this door, please! Abang!...Abang buat apa lama-lama dekat dalam bilik air, tu! Cepat, lah keluar!" Teriak Dee dengan nada paniknya.
Pada mulanya, Darius ingin membiarkan sahaja tetapi bila mendengarkan suara panik isterinya dia terus mematikan paip singki dan meluru keluar dengan segeranya daripada bilik air, tersebut.
"Abang! Buk....!"
"Woi! Apa, ni sayang?!" Soal Darius dengan riak, terkejutnya apabila melihat tangan isterinya itu hampir mengenai, wajahnya. Dee juga turut, terperanjat dengan kemunculan tiba-tiba suaminya itu. Saat pintu terbuka, tangannya yang sibuk daripada tadi, mengetuk pintu hampir terkena ke arah wajah suaminya yang kebetulan keluar secara mengejut. Nasib baik dia perasan tadi, kalau tidak memang lebam juga wajah lelaki itu, dibuatnya. Sekilas, dia melirik ke arah penampilan Darius yang agak berentakkan. Wajah, rambut dan pakaiannya juga kelihatan basah kuyup. Berkerut seribu dahinya bila melihat keadaan teruk suaminya, itu.
"Yang abang basah kuyup ni, kenapa? Takkan abang main kuak lentang dekat dalam bilik air, tu? Tengok, muka pun sampai dah pucat, dah! Bebel Dee tanpa hentinya sambil mencapai tuala lalu, melap dengan segeranya rambut suaminya, itu. Darius yang malas hendak menjawab pertanyaan Dee hanya, membiarkan saja wanita itu membebel itu dan ini kepada dirinya.
Sebenarnya, dia sengaja mendiamkan dirinya atas sebab tidak ingin memanjangkan lagi keadaan tegang. Takut dia pula yang berperang dengan isterinya tidak tentu, pasal! Desis hati kecil Darius sendiri sambil menatap kejap ke arah wajah comel Dee yang kelihatan, berubah menjadi kemerah-merahan bila berada di dalam keadaan marah. Kerana malas hendak mendengar bebelan Dee laju sahaja, jarinya ditekup ke arah bibir wanita, itu. Mati terus butir bicara Dee, dibuatnya.
"Amboi! Bukan main risau lagi isteri abang, ni! Tak sangka sayang juga rupanya Deya dekat abang, ya!"
"Mestilah saya sayang abang, kan suami saya!" Celah Dee sambil mengalihkan jari lelaki itu daripada bibirnya.
Tersengih terus Darius bila mendengar jawapan yang terpacul keluar daripada mulut isterinya, itu. Tubuh ramping Dee terus dipeluk dengan erat, olehnya. Dee yang terkejut dengan tindakan daripada suaminya hanya, membiarkan sahaja lelaki itu memeluk dirinya. Terasa bahagia rasanya bila berada di dalam pelukkannya. Dee berasa sangat selamat.
"You dont have to worry, sayang! Abang tak apa-apa, lah!" Ujar Darius sambil mencium dengan lembutnya ubun-ubun kepala Dee.
Tersentuh terus hati kecil Dee, dibuatnya. Ditambah-tambah lagi bila suaminya mencium dengan lembutnya ubun-ubun kepalanya sebentar, tadi. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukkan Darius kemudian, menyentuh dengan lembut pipi lelaki yang amat dicintai dan dikasihi oleh dirinya itu dengan penuh kasih sayangnya. Terkesima seketika, Darius bila merenung ke dalam bola mata coklat cair milik, isterinya itu.
"Emm....Abang! I just want you to know that i start to love you, now!" Tutur Dee dengan penuh yakinnya sambil menatap ke arah wajah kacak Darius dengan pandangan redupnya.
Terkesima seketika, Darius bila merenung ke dalam bola mata isterinya, itu. Ada kejujuran yang terpancar jelas lahir dari hati tulus wanita, itu. Wanita yang pernah disakiti dan dizalimi oleh dirinya selama, ini. Kalau masa boleh diputar kembali oleh Darius dia akan berfikir seribu kali sebelum menyakiti isterinya, itu. Tetapi apa yang terjadi tetap akan terjadi. Mungkin dia tidak dapat mengembalikan keadaan seperti, asalnya namun dia masih ada masa untuk membaiki kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum, ini. Harap-harap lepas balik daripada honeymoon ni perhubungannya bersama isterinya itu semakin, erat.
"Abang!....Boleh Dee tanya, sesuatu?!"
Sapaan tiba-tiba Dee itu mengejutkan, terus Darius daripada lamunan panjangnya seketika, tadi. Lantas, perhatiannya terarah semula ke arah isterinya yang masih lagi menatap ke arah dirinya, itu.
"Eerr...sayang tanya apa tadi dekat, abang?!" Soal Darius dengan wajah bingungnya.
Alah mamat ni, boleh pula dia buat muka blur macam tu dekat, aku! Desis hati Dee sendiri sambil menarik muncung sedepanya. Pertanyaan suaminya itu hanya dibiarkan tidak berjawab. Darius yang perasankan perubahan wajah isterinya itu terus tergelak dengan kuatnya. Perlahan-lahan bahu wanita itu dicuit sedikit olehnya.
"Sayang! Alah, janganlah merajuk! Takkanlah abang nak gurau sikit pun tak boleh? Sayang!" Usik Darius diselangi, dengan sisa tawanya.
Usikkan dan gelak tawa kuat lelaki itu meredakan sedikit kemarahan Dee. Dia kemudian, menatap dengan lekatnya wajah Darius yang masih lagi galak mengetawakan dirinya, itu. Isskk! Apa sajalah yang lucu, tu?! Getus hati kecilnya sendiri sambil menjuihkan bibirnya.
"Amboi! Bukan main suka lagi abang gelakkan, saya? Dahlah, saya malaslah nak cakap lagi dengan aban..."Baru sahaja, dia ingin berlalu pergi dengan pantasnya juga pergelangan tangannya itu terus disambar oleh, Darius.
"Alah! Sayang nak pergi mana pula, ni? Janganlah macam ni, Deya! Takkanlah abang nak buat joke sikit, Deya terasa hati, pula!" Seloroh Darius masih tidak puas mengusik dan memancing kemarahan isterinya, itu.
"Lepas, lah! Saya nak pergi toilet, ni!" Jawab Dee dengan cepatnya sambil menarik pergelangan tangannya lalu, meluru masuk ke dalam toilet dengan segeranya. Alah! Perut ni, baru nak romantik sikit dengan mamat tu perut aku pula buat hal! Rungut Dee di dalam hatinya sendiri.
Darius hanya menatap kepergian isterinya itu melalui, ekor matanya. Huh! Baru nak bermanja sikit, dia blah pula! Alah, sabarlah Darius tak, kan lari gunung yang dikejar! Apa kata kau relax, je dulu! Desis hati kecilnya sendiri sambil mengatur langkah kakinya ke arah balkoni.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romansanovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...