"Jenny! Kalau Darius sampai, suruh dia masuk terus ke dalam ofis saya!" Arah Tuan Carlos sambil terus meluru masuk ke dalam ofisnya.
Jenny yang sedang sibuk, menyemak fail laporan di atas mejanya terus tersentak apabila di sapa secara tiba-tiba oleh majikannya itu. Apasal pula dengan big boss aku ni? Muka ketat semacam je?! Desis hati Jenny sambil menyambung semula kerjanya yang terganggu sebentar tadi. Baru sahaja dia berniat, ingin membuka fail laporan di atas mejanya tiba -tiba saja pintu ofis dibuka dengan kasarnya.
"Hai! Jenny good morning!" Ucap Darius kepada setiausaha papanya itu.
Apabila Jenny melihat Darius di hadapannya dia bingkas, bangun dari kerusinya lalu menyapa Darius "Encik Darius! Good morning too! Err.....Encik Darius! Tuan Carlos suruh masuk ofis dia sekarang juga"
"What?!" Soal Darius sambil menatap tajam ke arah wajah Jenny.
Jenny yang perasan dengan tatapan tajam mata Darius itu, terus menundukkan wajahnya. Naik kecut pula, perut Jenny dibuatnya.
"Ini arahan Tuan Carlos, Encik Darius" Tutur Jenny dengan lembutnya.
Darius terus menghelakan nafasnya. Tatapan matanya yang tajam tadi, berubah menjadi redup. Sekilas Darius merenung ke arah Jenny. Kesian pula, dia tengok wajah cemas setiausaha papanya itu.
"Jenny! Thanks!" Ucap Darius kepada Jenny sambil terus meluru masuk ke dalam ofis papanya.
Sejurus melihat Darius beredar pergi, barulah Jenny dapat menarik nafas dengan leganya. Huh! Nasib baiklah, anak majikannya tu tak mengamuk tadi! Bisik hati Jenny sendiri.
*****
Darius masih lagi, setia berdiri di hadapan meja papanya. Dah hampir beberapa minit jugak, dia berdiri terpacak seperti patung lilin namun reaksi papanya masih seperti tadi. Sedikit pun tidak menghiraukan perihal dirinya. Isskk! Papa aku ni dah kenapa? Dari tadi, asyik buat hal dia je? Dah naik lenguh kaki aku ni! Rungut Darius di dalam hatinya.
Tuan Carlos sesekali, merenung kejap ke arah wajah tegang anak bujangnya itu. Dia tau, pasti Darius berasa pelik sebab apa dia diperlakukan sedemikian olehnya. Sebenarnya, Tuan Carlos ingin menghukum anaknya itu sebab tidak hadir ketika meeting penting bersama dengan wakil daripada Syarikat Mega Holding sebentar tadi. Nasib baiklah, tadi dia dapat mengawal keadaan dan meeting berjalan dengan lancar tanpa sebarang masaalah. Cuma dia rasa terkilan sedikit, dengan sikap sambil lewa anak bujangnya itu.
Darius dapat merasakan yang papanya pasti sedang marah di saat ini. Dia memang dah faham sangat dengan sikap papanya yang bila marah hanya akan mendiamkan diri. Tapi Darius mengaku kali ni kesalahannya besar sangat. Memang patut pun dia dikenakan hukuman. Tiba -tiba Darius teringatkan sesuatu, kejadian yang membuatkan dia tidak dapat menghadirkan diri semasa meeting sedang dijalankan. Isskk! Kurang ajar! Gara -gara lelaki bodoh yang muncul entah dari mana boleh membuatkan kehidupannya, menjadi huru- hara dalam masa sehari. Dia berharap takkan bertemu lagi dengan lelaki tu! Kalau bertemu jugak dia taulah apa nak dibuatnya! Berbakul-bakul sumpah seranah Darius kepada lelaki yang hampir dilanggar olehnya semasa ingin menuju ke ofis sebentar tadi.
"Ehemm!!"
Tuan Carlos sengaja berdehem, sebab dia pelik melihat wajah Darius yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Darius! Sit now!" Arah Tuan Carlos tanpa memandang ke arah anak bujangnya itu. Dia berpura-pura menyibukkan diri dengan kerja sambil memandang ke arah lap top yang berada di hadapannya.
Apabila mendengar arahan papanya itu, Darius terus bersorak riang di dalam hatinya sebab hukuman sudah pun ditarik balik. Tanpa berlengah lagi, dia terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Huh! Leganya! Akhirnya dapat jugak aku duduk! Desis hati Darius sambil tersengih dengan lebarnya. Melihatkan reaksi selamba Darius itu Tuan Carlos hanya menggelengkan kepalanya.
"Darius! Explain to me right now? I want to know, Why you late and not coming to the meeting with Mega Holding?!" Herdik Tuan Carlos kepada Darius secara tiba -tiba.
Terperanjat beruk terus Darius bilamana diherdik sedemikian oleh papanya sebentar tadi. Dengan suara gelabahnya Darius mulai berbicara "Pa!...Pa!...Papa! Darius! Nak...nak... minta maaf sangat dekat papa! Sebenarnya, Darius terlibat dengan kemalangan!"
Reaksi Tuan Carlos setelah mendengar penjelasan Darius terus saja memerhatikan keadaan anak bujangnya itu. Setelah puas menatap keadaan Darius dahinya terus berkerut seribu.
"Kemalangan? Darius!... Darius!....kamu ingat papa ni, bodohkah nak percaya alasan kamu tu bulat -bulat?!" Bentak Tuan Carlos dengan geramnya.
"Ta..tapi Pa! Betul! Darius! memang ditimpa kemalangan masa nak pergi dekat ofis hari ni!" Celah Darius sambil merenung sekilas ke arah wajah serius papanya itu.
"Habis tu, kalau betul Darius ditimpa kemalangan apasal papa tengok Darius okey je? Tak cedera langsung pun?!" Soal Tuan Carlos yang masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan Darius sebentar tadi.
Darius semakin bingung, dia sudah tidak tau cara bagaimana lagi hendak menjelaskan kepada papanya itu.
"Apasal, Darius diam? Say something! Papa nak dengar!"
"Papa! Papa! Nak dengar apa lagi, semua Darius dah jelaskan tadi!" Jawab Darius dengan tegasnya.
Tersentak terus Tuan Carlos apabila mendengar jawapan daripada Darius itu. Wajah tegangnya direnung lama oleh papanya. Nampaknya, dari riak wajah anaknya itu Tuan Carlos dapat merasakan yang Darius tidak mungkin berbohong. Demi meredakan keadaan yang semakin tegang Tuan Carlos cuba memujuk anak bujang kesayangannya itu.
"Darius....papa bu.....Belum sempat, Tuan Carlos menghabiskan percakapannya Darius terus mencelahnya.
"Its okey! Pa!....Kalau papa dah tak ada, benda nak cakap lagi Darius nak keluar dulu"
Sejurus berkata demikian, Darius terus meluru keluar daripada ofis papanya itu. Dia takut tidak boleh mengawal kemarahannya pula. Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini baik dia keluar dengan segera.
"Darius! Papa belum habis cakap lagi, ni! Darius!"
Tercengang terus, Tuan Carlos bilamana melihat Darius bingkas bangun dari kerusinya lalu beredar pergi. Launganya jugak tidak dihiraukan langsung oleh anaknya itu.
P/s: sorry if this part so boring, i dont have idea now!
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Storie d'amorenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...
