Bahang panas matahari terus menyedarkan Dee daripada, lenanya. Dia kemudian, membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Silau terus, pandangannya apabila sinaran matahari memancar tepat ke arah matanya. Dengan segera, juga dia terus menutup kembali kedua-dua matanya lalu menggerakkan sedikit posisi tubuhnya ke arah yang lebih terlindung sedikit daripada sinaran matahari itu. Ketika dia berpaling, kesebelah kanan baru dia perasan yang Darius sudah tidak berada di tempat duduknya lagi. Eh! Mana pula, perginya lelaki psyco tu? Tanya hati Dee sendiri. Tiba-tiba deria pendengarannya, terdengar seperti seseorang sedang berbicara dengan seseorang dari arah luar kereta.
Dia kemudian, segera mengalihkan perhatiannya ke arah hadapan. Kelihatan, Darius sedang bercakap dengan seseorang melalui, telefon bimbitnya. Posisi lelaki itu sedang membelakangi dirinya. Oi! Dee, apa lagi yang kau tercongok duduk dekat dalam kereta tu? Inilah, peluang kau untuk lepaskan diri daripada lelaki psyco tu! Bisik hati Dee sendiri sambil terus menjalankan misi melepaskan dirinya itu. Nasibnya baik, sebab dia ada kepakaran dalam bidang belet bolehlah dia membuka pintu kereta itu dengan hanya mengunakan kakinya. sejurus sahaja pintu tersebut terbuka tanpa berlengah lagi, dia segera meluru ke arah luar dan terus berlari dengan pantasnya ke arah jalan raya. Agak sukar jugak, bagi dirinya nak berlari dengan kedua-dua tangan yang masih terikat.
Sesekali, dia berpaling ke arah belakang sambil melihat jika ada, kereta yang boleh ditumpangi oleh dirinya. Namun hampa, tidak kelihatan pula sebarang kenderaan pada ketika ini. Hatinya terus, diulit perasaan bimbang yang amat sangat. Dia takut Darius dapat menjejaki dirinya. Dee kemudian, memerhati keadaan di sekitar lebuh raya tersebut. Hari semakin gelap. Di kiri dan kanan jalan raya pula, hanya kelihatan hutan belukar sahaja. Manakala, suasana juga semakin senyap dan sunyi. Cuma, terdengar bunyi degupan jantungnya sendiri. Situasi itu, membuatkan Dee tiba-tiba berasa gerun dan seram. Seumur hidupnya, ini adalah peristiwa yang paling sukar yang pernah dialami olehnya. Keadaan jalan yang semakin gelap juga, membantutkan terus penglihatannya. Dia kemudian, mengambil keputusan untuk berehat seketika, di tempat yang agak tersorok sedikit.
Huh! Adoi penatnya! Keluh Dee perlahan sambil segera melabuhkan punggungnya di atas tanah. Tiba-tiba Dee berasa tidak selesa pada bahagian kakinya. Alamak! Macam mana aku nak buka kasut, ni? Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Memang susah nak tanggalkan kasut dengan tangan yang masih terikat namun, Dee tidak mahu berputus asa sekarang sedaya upaya juga dia cuba untuk menanggalkan kasutnya, itu. Selang berapa saat, mencuba akhirnya, kasut itu tertanggal juga daripada kakinya. Aucch! Sakitnya! Desis hati Dee sendiri sambil terus memerhati ke arah kakinya yang sudah melecet dengan teruknya itu. Alamak! Macam mana aku nak lari dari Darius dengan keadaan macam, ni? Tanya hatinya sendiri sambil matanya segera, meninjau keadaan sekeliling yang semakin gelap itu. Bunyi unggas juga mulai, kedengaran. Alah, Dee! Kau ni, relaxlah sikit! Baik kau tidur jap! Bisikkan itu menenangkan semula perasaan gelisahnya, sebentar tadi. Tetapi baru saja, dia ingin menutup kelopak matanya sapaan seseorang dari arah hadapannya, begitu mengejutkan dirinya pada ketika itu jugak.
"Oi! Berehat sakan, nampak!"
Terbeliak terus, biji mata Dee apabila melihat, kemunculan tiba-tiba Darius itu.
"Awak? Macam mana aw"....Belum sempat, Dee hendak menghabiskan percakapannya Darius terus mencelahnya. Terhenti terus butir bicaranya. Mata galak Dee terus meneroka ke arah wajah kacak lelaki yang berdiri tepat di hadapannya itu. Kacaknya dia! Puji Dee di dalam hatinya.
"Dah puas tengok muka hensom aku ni?!"
Sergahan tiba-tiba lelaki asing itu segera, menyedarkan Dee daripada lamunan panjangnya. Nasib baiklah, keadaan agak gelap sedikit, kalau tidak pasti lelaki itu perasan akan perbuatannya sebentar tadi. Nasib baik tak kantoi! Desis hati Dee sambil tersengih sendiri.
"Oi! Bro! Tak abis berangan lagi, kah?" Perli Darius sambil terus melangkah perlahan -lahan ke arah Dee.
Sapaan sekali lagi, Darius itu segera menyedarkan Dee semula. Dee! Apa lagi yang kau nak, tunggu? Larilah, cepat! Baru dia perasan, yang lelaki itu semakin menghampiri dirinya. Dengan perasaan cemasnya, dia bingkas bangun dan terus melarikan dirinya. Rasa perit pada kakinya tidak dihiraukan langsung olehnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...