Bab 96 Mature Content (18) sx

25.6K 109 2
                                    

  picture above: gigi hadid as Kristy.   

       Dee yang baru tersedar daripada pengaruh ubat clorofom yang disuakan oleh, Kristy sewaktu menculiknya terus terkejut apabila melihat keadaan dirinya diketika, ini. Dalam keadaan pandangan matanya yang masih samar-samar itu dia cuba melihat keadaan sekelilingnya. Kesana kemari tatapan matanya melilau. Dia mendapati dirinya terkurung di dalam sebuah bilik yang agak, luas. Keadaan bilik pula, begitu gelap sehingga membataskan penglihatannya di kala, ini. Sewaktu mengalihkan pandangan matanya dia terus terpandangkan sesuatu. Kelihatan, seperti ada kelibat seseorang sedang terbaring  di satu sudut bilik, tersebut.
       "Emmph.....!" Baru sahaja, Dee berniat ingin menyapa percakapannya mati. Rupa-rupanya mulutnya telah ditampal dengan plaster. Huh! Patutlah, aku tak boleh nak bercakap! Keluh Dee sendiri sambil menggelengkan kepalanya. Ada perasaan lucu mengamit di dalam hatinya pada ketika, ini. Amboi, Dee! Dah kena culik macam ni, pun kau masih mampu nak senyum jugak! Monolog Dee di dalam lubuk hatinya sambil menatap semula ke arah kelibat, yang di lihatnya sebentar, tadi. Tersentak seketika, dia apabila mendapati kelibat, manusia sedang bergerak-gerak lalu, bersandar ke arah dinding.
      Confirm! Memang ada orang lain jugak yang kena culik sama macam aku! Tapi siapa, dia? Tanya hati kecil Dee sambil cuba bangkit, daripada kerusi. Entah di mana silapnya, dia terus saja jatuh tersembam ke arah lantai. Ya Allah! Sakitnya! Jerit Dee di dalam hati batinnya sambil menahan kesakitan akibat, terjatuh seketika, tadi. Perlahan-lahan matanya di halakan ke arah kaki dan tangannya itu. Adoi! Macam mana aku nak bangun, ni? Kaki dan tangan aku kena ikat, mulut pula kena tampal dengan plaster! Ya Allah, tolong aku! Doa Dee di dalam hati kecilnya sambil berusaha menyeret tubuhnya agar dapat bersandar ke arah dinding.
       "Siapa, tu? Ada sesiapa tak dekat dalam bilik, ni?!"
       Tiba-tiba cuping telinga Dee dikejutkan dengan suara sapaan yang datang daripada kelibat, manusia yang telah di lihat oleh dirinya sebelum jatuh ke atas lantai seketika, tadi. Dengan pantasnya jugak, dia menolehkan segera wajahnya ke arah kelibat, tersebut.
       "Emmph!....Emmph!..." Dengan mulut yang masih bertampal dengan plaster itu Dee tetap berusaha untuk mengeluarkan suaranya. Tak apalah, walaupun suaranya tidak kedengaran yang penting dia memberikan isyarat kepada kelibat, manusia yang menyapa dirinya seketika, tadi.
      Suasana menjadi sunyi senyap seketika. Hanya kedengaran hembusan nafasnya sendiri. Tiba-tiba hati Dee  mulai, dirundung kebimbangan. Dia takut dirinya cuma berimajinasi mendengar seseorang menyapanya seketika, tadi. Isskk! Apasal, senyap je? Aku mengigau, kah? Mustahil, aku pasti aku memang dengar ada suara orang lain yang panggil aku! Fikir Dee sambil menghalakan semula tatapan matanya ke arah kelibat, manusia yang di lihat olehnya sebentar, tadi.
       "Emmph!..."Sekali lagi, Dee mengeluarkan suaranya.
       "Shh!....Diam, ada orang lain yang nak masuk ke dalam bilik, ni!" Amaran kelibat, manusia itu terhadap Dee.
       Selang berapa saat kemudian, pintu bilik itu pun dibuka dengan kasarnya daripada luar. Menerobos masuk terus cahaya ke dalam bilik, tersebut. Kelihatan, Kristy meluru masuk ke dalam bilik itu bersama dengan seorang lelaki. Tajam terus penglihatan mata Dee, dibuatnya begitu jugak dengan Ursula Kartika yang di saat ini sedang duduk bersandar di tepi dinding. Keadaan yang agak terang itu memudahkan terus penglihatan mata Dee.
      Dengan pantasnya tatapan matanya di hala, kan dengan segeranya ke arah Ursula Kartika. Berkerut seribu terus dahi Dee, dibuatnya. Kalau tidak silap penglihatan matanya di waktu ini dia yakin pernah bertemu dengan wanita itu. Dee cuba mengingati. Tup!....Ya, dia memang pernah bertemu dengan wanita itu semasa menyamar sebagai lelaki ketika, datang ingin mencuri dokumen penting di rumah Draco atas arahan Darius yang pada waktu itu belum lagi menjadi suaminya. Pelik, apasal pula wanita itu turut diculik oleh Kristy? Tanya hati kecil Dee sendiri yang masih lagi tertiarap di atas lantai sambil cuba mengerakkan dirinya. Tetapi pergerakkanya itu terus di halang oleh Kristy yang tiba-tiba saja terus meletakkan kasut tumit tingginya tepat mengenai, bahagia belakangnya itu. Adoi! Sakitnya! Rintih Dee di dalam lubuk hatinya sendiri.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now