Bab 44

11.4K 90 0
                                        

   

    Dee yang baru tersedar, daripada pengsannya terus membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Gelap! Aku dekat mana, ni? Ya allah! Aku dah mati, kah? Desis hati kecil Dee sendiri sambil mengosok-gosok kedua-dua matanya yang masih mamai itu dengan tangannya. Sejurus, membuka semula matanya nafas lega segera dilepaskan oleh, Dee apabila melihat dirinya masih lagi bernyawa dan sedang berada di dalam bilik stor.
   Bilik yang telah didiaminya semenjak, tiga minggu yang lalu. Siapa sangka, sudah selama itu dirinya menjadi tawanan Darius. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu Papa, maafkan Dee sebab tinggalkan rumah macam tu, saja! Dee terpaksa, pa! Dee dah tak tahan dengan sikap mak cik Maria! Rintih Dee sendiri di dalam hatinya sambil mengesat airmata yang mulai, mengalir dari tubir matanya.
   Kesedihan yang cuba ditahan sudah tidak dapat dibendung lagi oleh, Dee. Akhirnya, dia menangis tersedu-sedan sambil menekup mulutnya sendiri. Dia tidak mau, Darius mendengar akan tangisannya, itu. Dee, stop crying! Control, lah sikit emosi kau tu! Bisikkan itu menyedarkan terus dirinya agar tidak terus dibuai dengan perasaan sedihnya, sendiri.
    Dengan segeranya, juga Dee mengesat terus airmatanya dengan lengan bajunya. Ya! Dia perlu kuat, dalam berhadapan dengan Darius. Dia tidak boleh cepat mengaku kalah. You have to be strong, Dee! Desis hati kecil Dee sendiri sambil berniat ingin bangun dari perbaringannya. Baru sahaja dia mengerakkan sedikit dirinya untuk bangun secara tiba-tiba tubuhnya terbaring lemah semula di atas, lantai. Kesakitan terus menyelubungi dan menyerang seluruh sendi dan urat-sarafnya yang telah dibelasah dengan teruknya oleh, Darius petang tadi.
    Adoi! Sakitnya! Keluh Dee sendiri di dalam hatinya sambil berusaha juga untuk bangun dari perbaringannya. Selang berapa kali mencuba akhirnya, dia berjaya juga bangun dari perbaringannya lalu, mengarahkan belakangnya perlahan-lahan ke arah dinding. Huh! leganya! Cetus hati kecil Dee sendiri sambil mengesat peluh yang mulai, membasahi dahi dan sekujur tubuhnya.
    "Ah!...Ah!...Oh!...Fuck me now, Darius!"
   Jeritan kuat suara seorang wanita yang muncul secara tiba-tiba memecahkan, terus suasana malam yang tadinya, senyap sunyi. Erangan dan desahan suara seorang lelaki juga turut kedengaran. Isskk! Siapa pula yang terpekik terlolong tengah-tengah malam, ni? Takkan hantu, kot? Tanya hati kecil Dee sendiri sambil menekupkan segera telingannya ke arah dinding. Meremang terus bulu tengkuknya apabila mendengar erangan dan desahan kuat Darius yang sedang berada di dalam keadaan ghairah. Meskipun, dirinya tidak ada pengalaman lagi dalam dunia sex dia dapat meneka di saat ini pasti lelaki itu sedang berasmara dengan kekasihnya. Kekasih? Bukan, kah Gloria seorang saja kekasih Darius? Abis tu, suara wanita mana pula yang baru di dengarnya sebentar, tadi? Berjela-jela persoalan terus menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Dee.
    Dasar penipu! Kata cinta dan sayangkan Gloria sepenuh hati, abis tu tidur dengan wanita lain apa, cerita! Bebel Dee sendiri dengan wajah tidak puas hatinya sambil melarikan segera telingannya daripada terus ditekup ke arah dinding. Makin lama, dia mendengar erangan dan desahan Darius bersama kekasih barunya semakin sakit pula lubuk hati Dee dibuatnya. Isskk! Apasal, pula aku rasa semacam je, ni? Jangan-jangan kau cemburu tak, Dee? Bisikkan halus itu mengetarkan terus seluruh relung hatinya secara tiba-tiba. No! Impossibble! Aku tak boleh ada perasaan apa pun pada lelaki psyco, tu! Ingat Dee kepada dirinya sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
    "Oi! Bukan main sedap lagi kau, berkhayal! Aku dah macam tunggul kayu dekat depan pintu, ni. Dari tadi aku panggil kau boleh pula buat tak dengar, ya!" Pekik Thiago yang muncul secara tiba-tiba.
   Tersentak terus Dee daripada lamunan panjangnya apabila mendengar pekikkan kuat daripada Thiago sebentar, tadi. Wajah lebamnya segera, didongakkan ke arah lelaki berbadan sado itu. Kelihatan, Thiago membawa dulang yang berisikan makanan dan minuman. Gulp! Dee apa lagi, terus menelan air liurnya sendiri. Kebetulan dia memang tengah kebulur sekarang, ni. Thiago yang perasan lelaki di hadapannya itu, sedang merenung ke arah dulang yang berada di tangannya tanpa mengelipkan matanya terus tersengih sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah lelaki itu lalu meletakkan segera dulang yang berada di tangannya ke atas lantai tepat di hadapan lelaki, itu.
   "Ni, ada makanan dan minuman untuk engkau. Makan, lah cepat!" Arah Thiago dengan wajah seriusnya.
   Tersungging terus senyuman di raut wajah Dee apabila mendengar arahan Thiago di saat, ini. Tanpa segan silunya dia terus menjamah makanannya dengan begitu lahap sekali. Meskipun, cuma sekadar nasi putih berlaukkan ikan masin Dee sudah berasa bersyukur sangat sebab malam ini dia tidak perlu nak berlapar lagi seperti, malam sebelumnya. Thiago yang masih belum beredar daripada bilik stor itu terus tersentuh hati apabila melihat lelaki itu menjamah abis semua makanannya tanpa banyak soal. Timbul terus perasaan simpati di dalam hatinya. Entah mengapa, semenjak bertemu dengan lelaki ini dia teringat kembali kepada mendiang Armando, adik lelakinya yang telah 10 tahun meninggal dunia disebabkan dari nahas, jalan raya. Kalaulah adiknya masih hidup pasti sebaya dengan lelaki, itu.
    Dee yang baru selesai, daripada makannya segera menyandarkan sedikit tubuhnya ke arah dinding. Tatapan matanya kemudian, di hala ke arah Thiago yang sedang menatap wajahnya tanpa mengelipkan langsung matanya. Berkerut seribu terus dahi Dee, dibuatnya. Isskk! Apasal, pula dia tengok aku macam, tu? Jangan-jangan dia pun nak buat something dekat, aku! Desis hati kecil Dee sendiri sambil membetulkan susun atur bajunya yang tersenget sedikit dan memastikan tidak ada yang tersingkap sehingga menampakkan bahagian tubuhnya yang tidak sepatutnya.
   "En...cik...Thiago! En...cik... Thiago!!"
  Thiago yang sedang asyik, dengan lamunannya terus terperanjat apabila mendengar lelaki yang berada di hadapannya itu tiba-tiba memekik kuat sambil menyebutkan namanya. Berterbangan pergi terus semula lamunan panjangnya sebentar, tadi. Kini perhatiannya tertumpuh semula ke arah wajah cemas lelaki yang sedang berada di hadapannya, itu.
   "Hey! Yang kau memekak macam orang tak betul ni dah, kenapa?!" Tengking Thiago dengan wajah penuh kehairanannya.
   Dee yang terperanjat dengan tengkingan tiba-tiba Thiago itu terus mengusap-usap perlahan tangannya ke arah dadanya. Huh! Nasib baiklah, aku ni tak ada sakit jantung kalau tidak boleh arwah juga aku dibuatnya, tadi! Desis hati kecil Dee di dalam benaknya.
   "Sor...rylah, bro!" Ucap Dee dengan wajah serba salahnya. Harap-harap lelaki tu dapatlah terima perkataan maafnya sebentar, tadi.
   Melihatkan wajah cemas lelaki yang berada di hadapannya, itu membuatkan riak wajah Thiago berubah menjadi tenang semula. Perlahan-lahan bahu lelaki itu cuba disentuh olehnya.
   "Please! Dont touch, me!" Halang Dee sambil menolak  kasar tangan Thiago daripada bahunya.
   Tersentak terus Thiago dengan penolakkan kasar Dee, itu. Namun dia mengingatkan, semula dirinya bahawa lelaki yang berada di hadapannya itu bukanlah jelmaan Armando, adiknya. Dengan perasaan bersalahnya, Thiago segera menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. Dee pula, hanya memerhatikan Thiago dengan wajah peliknya.
   "Okey,lah aku nak keluar dulu. Kau berehat,lah!" Tutur Thiago dengan senyuman lebarnya sambil beredar pergi dengan segeranya daripada bilik stor, tersebut.
   Tergamam seketika, Dee apabila melihat buat pertama kalinya lelaki itu melemparkan senyuman ke arahnya. Issskk! Apa mimpi pula dia nak tersenyum sampai macam tu sekali dekat, aku? Pelik je aku tengok perangai baik mamat, ni! Macam ada 'udang disebalik batu, je'! Tiba-tiba nak layan aku dengan baik, pula! Aku mesti lebih berhati-hati sekarang, ni! Desis hati kecil Dee sendiri sambil menatap ke arah pintu bilik stor yang sudah pun tertutup dengan rapatnya itu.



Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang