Dee masih lagi, merenung kuih donat di hadapannya. Melihatkan susunan kuih donat yang berbagai perisa itu membuatkan air liurnya menjadi semakin kecur. Gloria yang daripada tadi asyik memerhati tingkahlaku Dee terus melangkah perlahan -lahan ke arah gadis tomboy itu. Tiba-tiba timbul akal jahatnya ingin mengenakan sahabat baiknya itu.
"Oi! Dee! Ada cicaklah dekat bahu engkau, tu!" Bisik Gloria perlahan tepat betul -betul dekat cuping telinga Dee.
Mendengarkan bisikkan Gloria itu, tubuh Dee tiba -tiba menjadi tegang. Wajahnya yang ceria tadi terus bertukar menjadi pucat lesi. Peluh mulai membasahi dahinya. Alamak! Macam mana pula, cicak boleh ada dekat bahu aku ni?! Desis hati Dee sambil terus memalingkan wajahnya perlahan-lahan ke arah bahunya. Ai! Tak ada cicak pun? Bisik hati Dee sambil melihat kedua -dua bahunya. Dia kemudian menatap semula ke arah wajah selamba Gloria yang masih lagi berdiri disebelahnya. Barulah dia perasan yang Gloria telah mengenakan dirinya.
"Oh! Kau....Baru sahaja, Dee berganjak ingin meluru ke arah Gloria sapaan pelayan wanita yang tiba -tiba muncul di hadapannya membuatkan dia menghentikan niatnya itu.
"Abang! Perisa kuih donat yang Abang pesan tadi dah habislah, kalau abang gantikan dengan perisa yang lain boleh tak?"
Isskk! Budak ni, adakah patut dia panggil aku Abang? Desis hati Dee sendiri sambil mengerling sekilas ke arah Gloria.
"Adik! Akak ni perempuanlah, bukan lelaki!"
Sejurus mendengar pengakuan Dee sebentar tadi, dahi pelayan tersebut terus berkerut seribu. Agaknya dia pelik kot! Apasal, Dee berpakaian persis seperti seorang lelaki. Memang kalau orang tak tengok betul-betul banyak yang mengatakan bentuk fizikalnya menyamai lelaki meskipun dia sebenarnya seorang wanita. Apa pun Dee dah lali dengan semua persepsi orang lain ke atas dirinya selama ini.
"Eerr...kalau begitu saya minta maaf ye, kak! Sebab saya ingat akak ni lelaki tadi, sebab tulah saya panggil abang" Jawab pelayan tersebut dengan wajah serba salahnya.
"Eh! Tak apalah dik! Akak, okeylah!" Sahut Dee sambil menjeling tajam ke arah Gloria yang masih lagi mengetawakan dirinya.
"Err...akak! Perisa kuih donat yang akak pesan tadi, dah habis! Boleh order perisa yang lain, tak?"
"Alah! Akak tak kisahlah dik, perisa apa pun boleh" Jawab Dee dengan selambanya.
"Okey! Kalau macam tu, adik pilihkan kuih donat berperisa coklat dengan air avocado shake untuk akak!" Cadang pelayan tersebut kepada Dee.
Dee sekadar menganggukkan kepalanya, tanda bersetuju sambil terus menuju ke arah Gloria yang kelihatan sedang leka dengan gajet canggihnya.
"Oi!" Sergah Dee ke arah Gloria.
Terperanjat terus Gloria apabila disergah secara tiba-tiba oleh Dee. Hampir terlepas handphone daripada tangannya tadi.
"Amboi! Bukan main lagi, kau hadap phone tu sampai aku duduk dekat depan pun kau boleh tak perasan!" Perli Dee sambil tersengih.
"Alah! Kau ni Dee, aku tadi tu tengah layan filem seram Korea Train To Busan! Eee....seram gila betullah cerita tu!" Jelas Gloria dengan wajah seramnya.
Apabila Dee mendengar penjelasan gadis kacuk cina dan enggeris itu dia terus mengelengkan kepalanya. Hai! Bff aku ni! Tak abis-abis tengok cerita zombie dia tu. Apalah yang best tengok cerita macam tu? Aku pun tak fahamlah! Desis hati Dee sendiri. Sedang asyik, dia mengelamun tiba -tiba sayup -sayup terdengar dari cuping telinganya seseorang sedang memanggil namanya.
"Dee! Kau dah orderkah?!"
Tersedar terus Dee daripada lamunannya. Wajahnya kemudian segera dialihkan ke arah Gloria.
"Huh! Gloria! kau tanya apa, tadi?" Soal Dee dengan gelabahnya.
Terangkat terus kedua -dua kening Gloria bilamana Dee kelihatan seperti orang yang kebingungan.
"Ai! Kau tak dengarkah, aku panggil kau tadi? !" Soal Gloria semula dengan wajah peliknya.
Dee terus menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak dengar apa yang dikatakan oleh sahabat baiknya itu sebentar tadi. Apabila Gloria melihat reaksi daripada Dee itu dia terus menghelakan nafasnya.
"Kau mesti tengah berangan, kan? Tu, yang tak dengar dengan apa yang aku tanya tadi! Seloroh Gloria sambil tersenyum dengan lebarnya.
"Eh! Tak adalah, kau ni ada -ada je lah Gloria!"
"Habis tu, apasal kau nampak macam gelabah je tadi?" Soal Gloria yang masih lagi tidak puas hati dengan jawaban Dee sebentar tadi.
"Isskk! Gelabah apanya, kau ni...." Belum sempat, Dee hendak menghabiskan ayatnya suara pelayan wanita tadi menyapa semula ke halwa telinganya.
"Excuse me! Maaf mengganggu! Ni, order yang akak berdua minta tadi!" Ucap pelayan wanita itu sambil terus meletakkan dua pinggan kuih donat bersama dua air shake ais ke atas meja.
"Terima kasih, dik!" Ucap Dee sambil mengenyitkan matanya ke arah pelayan wanita itu.
Mak oi! Hensomnya akak ni! Nasib baiklah akak ni, perempuan kalau lelaki tadi dah lama aku nak cauple dengan dia! Bisik hati pelayan wanita itu sambil beredar pergi daripada meja Dee dan Gloria.
"Hah! Apa lagi Dee, jomlah! Kita makan. Kalau sejuk tak sedap pula kuih donat tu nanti" Pelawa Gloria kepada Dee.
Sejurus mendengar pelawaan Gloria tadi, barulah Dee mengambil kuih donat yang berada di hadapannya itu. Dia bukan apa, segan jugak dengan Gloria. Yalah! Orang tu, yang belanja dia, jadi perlulah bersopan sikit! Bisik hati Dee sambil terus menikmati kuih donat yang dipesannya sebentar tadi.
"Emm!...Sedapnya! Gloria, kau nak tau tak, Ini adalah kuih yang paling sedap yang aku pernah makan!" Komen Dee dengan mulut yang masih penuh dengan kuih donat.
Tersentuh terus hati kecil, Gloria apabila mendengar kata-kata Dee seketika tadi. Wajah cengkung sahabat baiknya itu terus diperhatikan olehnya. Tiba -tiba Gloria teringatkan sesuatu, detik pertama kali dia dipertemukan dengan gadis tomboy itu.
"Tolong! Tolong!" Jerit Gloria dengan kuatnya sejurus beg tangannya diragut oleh seorang lelaki ketika dia baru sahaja keluar daripada keretanya.
Dee yang ketika itu, tengah mengutip botol kosong yang berhampiran dengan tempat letak kereta tiba -tiba dikejutkan dengan suara jeritan perempuan sedang meminta tolong. Dia segera mendongakkan wajahnya, tepat beberapa metar dari tempatnya berdiri kelihatan seorang wanita sedang menjerit dan cuba mengejar seorang lelaki. Dari tekaannya wanita itu, pasti sedang di timpa masaalah. Tanpa berlengah lagi, dia turut mengejar lelaki itu. Sampai di satu lorong sepi lelaki tadi tiba-tiba berhenti berlari, dia kemudian cuba untuk menyerang Dee. Nasib Dee baik sebab dia ada tali pinggang hitam, tidak sampai berapa minit kemudian lelaki yang ingin menyerangnya tadi sudah pun terbaring lemah di atas jalan raya. Beg yang berada ditangan lelaki itu segera di ambil oleh Dee.
"Itu beg saya!"Jerit wanita tadi kepada Dee.
Sepantas kilat, beg yang berada di tangan Dee terus direntap dengan kasarnya oleh wanita itu. Tergamam seketika, dia apabila melihat sikap kurang sopan wanita itu. Amboi! Minah ni, bukan main berlagak lagi. Bukannya nak ucap terima kasih dekat aku, dia boleh ambik beg dia macam tu je?! Desis hati Dee sambil mencebikkan bibirnya tanda menyampah dengan perangai buruk wanita itu. Kalaulah dia tau tadi wanita tu jenis berlagak sombong macam ni, tak teringinlah dia nak membantu tadi.
Gloria terus menarik nafas lega selepas melihat dompet yang berada di dalam begnya sedikit pun tidak terusik. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, terpacak disebelahnya seorang lelaki tengah asyik menatap dan memerhatikan setiap kelakuannya sebentar tadi. Kalau tak silap dia, lelaki inilah yang telah membantunya mengejar pencuri yang sudah pun terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Perlahan -lahan Gloria mulai menghampiri lelaki itu.
"Err....Encik! Terima kasih! Sebab dah bantu saya tadi. Ni ada duit sikit untuk encik, terimalah!" Ucap Gloria sambil menghulurkan beberapa keping not duit satu ratus ringgit daripada dompetnya kepada lelaki itu.
"Eh! Apa ni, cik? Saya tak naklah duit ni, cik simpanlah balik"
Tergamam seketika, Gloria setelah mendengar suara halus yang keluar daripada mulut lelaki itu. Dia terus memerhatikan ke arah wajah comel yang agak tertutup dengan hoodie. Baru dia perasan lelaki itu sebenarnya seorang wanita.
"Oh my god! I am sorry! Saya ingat awak ni lelaki tadi, tu yang saya panggil encik!" Ucap Gloria dengan serba salahnya.
Dee yang melihat wajah merah padam wanita di hadapannya itu terus tergelak kecil.
"Tak apalah, cik! Saya dah biasa orang panggil macam tu! Tak luak pun" Tutur Dee dengan selambanya sambil membuka hoodie yang hampir menutup keseluruhan wajahnya itu.
Terpana seketika, Gloria sejurus melihat wajah wanita yang disangka lelaki olehnya sebentar tadi. Comelnya dia! Puji Gloria di dalam hatinya. Nasib baiklah, dia ni perempuan kalau lelaki dah lama aku tergoda. Isskk! Kau fikir apa ni, Gloria? Darius tu kau nak letak dekat mana?! Bisikan itu menyedarkan semula dia daripada khayalannya. Dia kemudian merenung semula ke arah wanita yang telah membantunya sebentar tadi. Tengok dari penampilannya, nampak macam tomboy. Yalah! kalau dah pakai baju besar, seluar jeans beggie, rambut pendek mestilah tomboy kan! Teka Gloria sendiri.
Dee yang mulai, perasan dengan tatapan aneh wanita di hadapannya itu terus mengerutkan dahinya. Ai! Apasal, pula minah ni asyik tengok aku semacam je? Eh! Jangan-jangan dia ni minat dekat perempuan kot? Alamak! Janganlah! Tak nak aku terlibat dengan kehidupan songsang ni! Jerit hati batin Dee sendiri.
"By the way, nama saya Gloria! Nama awak siapa?" Soal Gloria sambil menghulurkan tangannya.
Mati terus lamunan panjang Dee apabila mendengar sapaan tiba-tiba wanita tadi yang masih lagi berdiri di hadapannya itu. Dia terus melihat huluran tangan wanita itu kepadanya.
"Nama saya, Deya! Tapi cik, boleh panggil saya Dee je!" Jawab Dee sambil menyambut salam perkenalan wanita itu.
Semenjak daripada kejadian itulah, perhubungan di antara Gloria dan Dee menjadi semakin rapat. Meskipun Dee hanyalah seorang gelendangan Gloria sedikit pun tidak kekok menjalinkan persahabatan dengan gadis tomboy itu.
Dee yang sudah pun menghabiskan separuh kuih donat dari pinggannya terus menghirup air shake avocadonya. Ketika dia ingin menyuakan air itu ke mulutnya baru dia perasan yang Gloria sedikit pun masih lagi tidak menjamah kuih donat yang ada di pinggannya. Dahi Dee terus berkerut seribu. Air shake avocado yang ingin diminumnya segera di letakkan semula di atas meja.
"Ehemm!"
Deheman kuat Dee membuatkan Gloria terus tersedar daripada lamunan panjangnya sebentar tadi. Dia kemudian segera merenung ke arah Dee.
"Gloria! Apasal kau tak makan lagi?" Soal Dee dengan lembutnya.
"Eerr....Dee aku...aku sebenarnya teringatkan kisah lalu seba....Baru sahaja Gloria ingin menjawab pertanyaan itu dee terus mencelahnya. Terdiam terus dia dibuatnya.
"Alah! Gloria!Tak payahlah nak, diingat kisah yang lalu tu! Apa kata, kau makan sekarang, aku jap lagi nak gerak ni. Tu! Botol-botol aku yang dekat tepi cafe ni tengah tunggu aku tu!" Gurau Dee kepada Gloria.
Selepas mendengar gurauan Dee itu, Gloria terus tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Itulah sikap Dee yang paling dia sukai. Pandai bergurau! Agaknya sebab itulah, dia boleh rapat dengan gadis tomboy tu.
"Baiklah! Cik Deya ku sayang, kita nak makanlah ni"Jawab Gloria sambil menyuakan kuih donat ke dalam mulutnya.
Sejurus melihat Gloria menurut arahannya Dee terus tersenyum dan segera menghirup air shake avocadonya. Namun jauh di sudut hati Dee dia sebenarnya tengah bersedih sebab tidak lama lagi Gloria akan pergi ke UK. Tingallah dia sorang -sorang dekat KL ni. Huh! Apa nak buat, dah takdir aku macam ni! Sabarlah, Dee! Pujuk hati Dee sendiri.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romansanovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...