Bab 9

17.2K 210 10
                                    

 
   "Gloria! Aku chow dulu, ye! Terima kasih sebab belanja aku hari ni!" Kata Dee sambil terus meluru keluar daripada kereta mewah Gloria itu.
   Gloria sekadar menganggukan kepalanya sambil melambaikan tangannya ke arah Dee. Setelah itu, dia pun segera menghidupkan keretanya semula lalu beredar pergi dari kawasan gelendangan itu. Dee masih lagi, berdiri tercegat sambil memerhatikan kenderaan Gloria sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia kemudian mulai, mengatur langkah kakinya menyusuri lorong sepi di kawasan itu sambil bersiul kecil. Perasaan sedih tiba-tiba menyelubungi hatinya di saat ini. Entah mengapa perasaan rindu terhadap ayahnya menjelma kembali di lubuk hatinya. Genap dua bulan, dia melarikan diri dari rumah neraka itu, namun dia masih tidak boleh melupakan kekejaman yang telah dilakukan ibu tirinya terhadap dirinya. Sebab ulah perempuan itulah dia kini hidup merempat di jalanan.
  "Deya! Deya!"
   Tersedar terus Dee daripada tidurnya selepas, mendengar jeritan kuat Maria, ibu tirinya dari luar pintu biliknya. pada mulanya, dia tidak menghiraukan jeritan wanita itu dan menyambung kembali tidurnya. Baru sahaja dia ingin menutup matanya sekali lagi ibu tirinya menjerit lebih kuat kali ini bukan setakat menjerit siap ketuk pintu biliknya lagi. Isskk! Perempuan ni kan, tak boleh agaknya kalau dalam sehari tidak menyusahkan hidup aku! Entah apa lagilah yang dia hendak buat dekat aku sekarang ni?! Rungut Dee di dalam hatinya sambil tergesa-gesa meluru ke arah pintu biliknya. Sejurus sahaja, dia membuka pintu bilik wajahnya terus disiram dengan air oleh ibu tirinya. Habis basah sekujur tubuhnya.
  "Lain kali, kalau aku panggil tu jangan buat tak dengar je! Hei! Nasib kau baik tau, aku siram pakai air biasa je. Kalau aku ikutkan hati tadi nak aje aku siram kau dengan air panas! Baru puas hati, aku!" Herdik Maria sambil merenung tajam ke arah Dee.
  Sakit pula hati Dee apabila, mendengar kata-kata pedas yang keluar daripada mulut ibu tirinya itu. kalau bukan sebab ingin menjaga hati ayahnya, sudah lama ingin saja dia melempang wajah wanita itu dengan tangannya. Dee! Sabar! Kau tak boleh buat macam, tu! Teruk macam mana sekalipun wanita tu, tetap ibu kau walaupun statusnya hanya ibu tiri saja! Bisikkan itu membuatkan amarah Dee yang memuncak tadi menjadi reda semula.
   "Mak cik! Tolong, maafkan saya! Saya mengantuk sangat sebab semalam banyak sangat kertas asignment kolej yang perlu saya siapkan" Jelas Dee dengan wajah serba salahnya.
  Berkerut seribu terus, dahi Maria selepas mendengar alasan yang diberikan oleh anak tirinya itu. Sambil mencebikan bibirnya tanda menyampah dengan wajah anak gadis suaminya itu. Entah mengapa, setiap kali dia menatap wajah itu dia akan teringatkan arwah Alia. Ya Alia! Sahabat baiknya semasa belajar di Unversiti Malaya suatu ketika dahulu. Kerana Alia dia kehilangan Imran, kekasihnya. Dia tidak menyangka sahabat baiknya sendiri sanggup mengkhianati kepercayaanya selama ini.         
Meskipun, Alia berulangkali meminta maaf kepadanya dia tidak menghiraukan langsung permintaan maaf wanita itu. Bukan senang dia hendak memaafkan kesalahan Alia terhadap dirinya begitu sahaja.
   Dee yang masih lagi berdiri tercegat di hadapan ibu tirinya itu terus menyapa wanita itu.
  "Mak cik! Mak cik!"
  Tersentak terus Maria dari lamunan panjangnya apabila Dee mulai, menyapa dirinya. Dia kemudian, memandang wajah penuh kehairanan anak tirinya itu.
  "Yang kau masih lagi tercegat dekat depan aku ni, apasal?!" Tengking Maria dengan geramnya.
  Terhinjut terus kedua -dua bahu Dee selepas mendengar tengkingan kuat dari ibu tirinya itu. Dengan suara terketar-ketarnya, dia terus menjawab pertanyaan ibu tirinya itu
  "Eerr....ka...kalau ma..macam tu, saya nak pergi ma..mandi dulu!"
  Terjegil terus biji mata Maria sejurus mendengar jawapan spontan anak tirinya itu. Amarah yang cuba ditahannya semenjak daripada tadi bakal meletus bila-bila sahaja. Dengan perasaan geramnya, dia terus menarik kasar rambut pendek Dee dengan tangannya. Terjerit terus Dee dengan pelakuan kasar ibu tirinya itu.
   "Kau jangan nak naikkan lagi darah aku dengan jawapan bodoh kau tu! Aku tengah lapar sekarang ni, cepat sediakan breakfast aku sekarang!" Arah Maria sambil menguatkan lagi cengkaman tangannya ke arah rambut pendek anak tirinya itu.
   "Argh! Sakit mak cik! Tolonglah, lepaskan rambut saya!" Rayu Dee kepada ibu tirinya itu.
   Tersenyum sinis, terus Maria setelah mendengar rayuan anak gadis dari zuriat perempuan yang dibencinya itu. Baru puas hatinya, sebab dapat juga dia membalas semua dendamnya selama ini. Biarpun Alia sudah tiada lagi dekat muka bumi ni dia masih boleh membalas semua perasaan dendamnya kepada zuriat wanita itu.
  "Tau pun kau sakit, lepas ni kau nak buat hal lagi tak dengan aku?" Bisik Maria perlahan tepat ke cuping telinga anak tirinya itu.
  "Tak!...tak lagi, mak cik" Jawab Dee dengan suara yang agak perlahan.
   "Bagus! Lepas ni, kalau kau buat perangai lagi nahas kau aku kerjakan nanti. Faham tak!" Bentak Maria sambil tersenyum dengan sinisnya.
   Laju sahaja, Dee menganggukkan kepalanya selepas mendengar bentakkan kuat daripada ibu tirinya itu. Sejurus,  Maria melihat anggukkan anak tirinya itu, dia terus melepaskan semula cengkaman tangannya daripada rambut pendek gadis itu. Menggongoi kesakitan terus Dee selepas ibu tirinya itu melepaskan rambutnya dari terus menjadi mangsa kemarahan wanita berhati batu itu. Sebelum beredar pergi sempat, lagi Maria menghadiahkan jelingan tajam ke arah anak tirinya itu.
   Dee mengerling sekilas, kelibat ibu tirinya itu dengan ekor matanya. Setelah memastikan, Maria sudah pun beredar pergi barulah, dia menutup semula pintu biliknya itu. Rasa sakit dekat kepalanya, masih lagi terasa. Dia sendiri pun tidak tau sampai bila wanita itu ingin menyiksa dirinya.
  Oi! Dee, apa lagi yang kau buat dekat bilik, ni? Baik kau, pergi dapur sekarang! Kang, mengamuk pula ibu tiri kau tu, nanti! Bisikkan itu menyedarkan semula Dee daripada lamunannya sebentar tadi. Tanpa berlengah lagi, dia terus meluru keluar tergesa-gesa daripada biliknya lalu menuju ke arah dapur. Sampai sahaja di dapur, Dee terus mengeluarkan bahan masakkan dari peti sejuk. Hanya ada telur dan cili padi. Isskk! Nak masak apa untuk sarapan pagi, ni? Desis hati Dee sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Alah! Nak pening buat apa Dee, kau buat je nasi goreng kampung! Bisik hati Dee sendiri. Setelah siap dengan tugasannya, dia kemudian meluru keluar daripada dapur lalu menuju ke ruang tamu. Kelihatan ibu tirinya sedang duduk di atas sofa sambil membaca akhbar. Dengan perasaan takutnya, dia terus menghampiri wanita itu.
  "Mak cik! Sarapan dah siap" Sapa Dee sambil menundukkan wajahnya ke arah lantai.
  Maria segera meletakkan akhbar yang berada di tangannya ke atas meja. Tanpa mengendahkan anak tirinya itu dia terus jalan berlenggang menuju ke meja makan. Terbeliak terus biji matanya apabila melihat nasi goreng kampung terhidang di atas meja. Dia cuma masakkan nasi goreng je dekat aku? Memang nak kena juga budak ni dengan aku! Bisik hati Maria sendiri.
  "Dee!!" Pekik Maria dengan kuatnya.
  Dee yang masih lagi, berada di ruang tamu terus terperanjat apabila mendengar pekikkan kuat ibu tirinya dari arah meja makan. Ya Allah! Apalah, pula salah aku kali ni? Desis hati Dee sambil terus meluru ke arah meja makan.
   "Mak cik! Kenapa, ni?! Soal Dee dengan wajah paniknya sambil merenung sekilas, ke arah lantai. Nasi goreng kampung yang dimasaknya sebentar tadi sudah  bertaburan di atas lantai.
  "Kau, tanya aku kenapa? Ni, siapa suruh kau masakkan aku nasi goreng kampung ni?!" Jerit Maria sambil terus menundingkan jari telunjuknya tepat ke arah wajah Dee.
  "Se...sebenarnya, tadi saya ingat nak....Belum sempat, Dee hendak menjawab pertanyaan ibu tirinya itu percakapannya terus dipotong oleh wanita itu.
  "Kau memang kan, sengaja nak naikkan darah aku! Bila buat satu benda tak adanya yang betul! Kau! mari sini, sekarang!" Arah Maria ke arah anak tirinya itu.
  Tanpa banyak soal, Dee segera menghampiri ibu tirinya itu. Sejurus melihat gadis itu sudah pun berada di sebelahnya tanpa rasa belas kasihan sedikit pun Maria terus menolak tubuh anak tirinya itu tepat ke arah lantai yang masih lagi dipenuhi dengan sisa nasi goreng yang telah di lemparnya sebentar tadi.
  "Aku nak keluar, sekarang! Mati terus selera aku nak makan dekat rumah hari ni! Ini semua gara-gara kau! Aku nak sekarang jugak, kau bersihkan lantai ni sampai berkilat! Awas! Jangan tertinggal sedikitpun sisa nasi dekat lantai, ni! Nahas, kau bila aku balik lantai ni masih kotor!"
  Selepas berkata demikian, Maria terus beredar pergi meninggalkan Dee yang masih lagi terduduk lemah di atas lantai. Dia kemudian, bangkit perlahan-lahan daripada duduknya. Sambil mengesat sisa airmatanya, Dee sudah membulatkan tekadnya hari ini dia akan pergi dari rumah ini buat selamanya.
   "Burgh!"
  Terperanjat terus Dee daripada lamunan panjangnya apabila seseorang melanggar tubuhnya dari arah hadapan. Terdorong terus dia ke tepi.
   "Lu! Apa cerita? Jalan tak guna mata, kah?!" Herdik Dee dengan berangnya.
   Orang yang melanggar dirinya itu tidak memberikan sebarang respon langsung dengan herdikkan kuatnya sebentar tadi. Dahi Dee terus berkerut seribu.
   "Oi! Awak ni, pekak kah?!" Jerit Dee dengan geramnya.
   Setelah melihat orang itu, hanya mendiamkan diri Dee terus menggelengkan kepalanya sambil berniat ingin beredar pergi. Tetapi baru sahaja dia ingin membuka langkah kakinya tiba-tiba tubuhnya terus dipaut erat oleh orang yang melanggar dirinya sebentar tadi.
    "Eh! Apa ni le...."belum sempat, Dee hendak menjerit hidungnya terus ditekup dengan kain. Sesak terus nafasnya bila terhidukan bau kain tersebut.Selang berapa saat kemudian, tubuhnya terus terkulai lemah dan langsung tidak sedarkan diri. Tersengih terus lelaki yang sedang memaut tubuhnya di saat ini. Dengan segera lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi seseorang.
   "Bos! Misi dah complate!"
    "Good! Aku nak, sekarang jugak kau bawa jantan keparat tu dekat aku!"
    "Okey! Boss!"
    Tersenyum lebar terus wajah Darius sejurus mengakhiri perbualan telefonnya dengan orang yang telah diupah olehnya untuk menculik teman lelaki baru Gloria, bekas kekasihnya itu. You want to play with me, let's play right now! Desis hati Darius sambil tersenyum dengan sinisnya.

P/s: hi, i hope you all enjoy with my story. Good night😴😴😴

  

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now