"Oi! Bro, bangunlah cepat!" Kejut Thiago kepada Dee yang masih lagi terlena sambil dibuai dengan mimpi indahnya.
"Isskk! Jangan kacau, lah! aku nak tidur, ni!" Jawab Dee dalam keadaan mamainya sambil menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar, tadi.
Amboi! Dia ni geram pula aku, tengok! Nasib baiklah, boss yang suruh aku pergi tengok kau dekat, sini. Kalau tidak, jangan haraplah aku nak masuk bilik stor yang penuh dengan sawang labah-labah, ni! Rungut Thiago di dalam hatinya sambil merenung sekilas, ke arah Dee yang masih lagi tertidur dengan pulasnya. Mata Thiago terus meneliti ke seluruh, tubuh kurus kering lelaki yang sedang tidur meringkuk di atas lantai, itu.
Tiba-tiba tatapan matanya terhala ke arah seluar jeans Dee yang kelihatan, agak basah dan kotor itu. Sesekali, dia dapat melihat tubuh lelaki itu menggigil kesejukkan. Sayu pula lubuk hati Thiago selepas melihat keadaan daif Dee, itu. Entah mengapa tiba-tiba saja hatinya dihantui, dengan perasaan bersalah yang amat, sangat. Kesian pula aku tengok mamat, ni! Apalah salah yang telah kau buat sampai boss aku yang baik tu, boleh layan kau sampai macam ni, sekali? Tanya hati kecil Thiago sendiri sambil mengejutkan sekali lagi lelaki itu.
"Oi! Kau ni pekak, kah? Bangunlah, cepat!!" Pekik Thiago dengan kuatnya.
Pekikkan kuat daripada Thiago itu menyedarkan semula, Dee daripada lenanya yang panjang. Terkulat-kulat dia bangun lalu melarikan tahi mata yang berada di sudut tepi matanya itu. Dalam keadaan yang masih mamai, dia terus menghalakan tatapan matanya ke arah wajah dingin Thiago yang juga turut menatap ke arahnya. Berdebar-debar terus dada Dee, dibuatnnya. Kenapa dia tengok aku macam, tu? Tanya hati Dee sendiri sambil mengalihkan segera, tatapan matanya ke arah lain. Namun debaran di hatinya semakin, berdetak dengan lajunya.
"Sorrylah, bro! Aku mengantuk sangatlah sebab itu aku tak sedar masa kau kejut aku, tadi!" Jelas Dee sambil menatap semula ke arah Thiago yang masih lagi diam dan tidak berkutik langsung dari tempatnya berdiri sebentar, tadi. Apa kena pula dengan orang suruhan Darius, ni? Dari tadi asyik, diam je! Aku tanya pun tak nak, jawab! Bebel Dee yang tidak senang dengan sikap endah tak endah lelaki, itu.
"Oi!!" Kejut Dee kepada Thiago yang kelihatan sedang mengelamun, itu.
Tersedar terus Thiago daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Habis berterbangan dibawa oleh angin lalu!
Wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu, di tatap dengan kejapnya. Makin lama dia menatap ke arah wajah lelaki itu, semakin banyak pula benda pelik yang di lihat oleh Thiago. Apasal, muka dia nampak cute sangat? Dah macam muka perempuan je, aku tengok! Getus hati kecil Thiago sendiri. Tiba-tiba saja Thiago teringatkan sesuatu dengan segeranya juga dia melempar baju lengan panjang dan seluar tracksuite ke arah lelaki, itu.
"Kau pergilah tukar pakaian kau yang basah tu, sekarang!" Arah Thiago dengan wajah selambanya.
Terkedu seketika, Dee apabila mendengar arahan spontan yang keluar daripada mulut Thiago sebentar, tadi. Alamak! Apa aku nak buat, ni? Takkan aku nak bukak baju dekat depan mamat ni, pula? Berjela-jela persoalan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Dee yang ketika ini sedang berkecamuk. Fikirannya tiba-tiba saja menjadi buntu!
"Oi! Kau dengar tak dengan arahan aku tadi, tu?!" Tengking Thiago yang mula naik angin dengan sikap acu tak acu Dee seketika, tadi.
Pucat lesi terus raut wajah Dee sejurus mendengar sekali lagi arahan daripada Thiago, itu. Dia cuba mencari idea, yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk dia menolak arahan Thiago yang boleh membocorkan identiti dirinya yang, sebenar.
"Arghh! Aduh, sakitnya perut aku, ni!" Rintih Dee secara tiba-tiba.
Rintihan Dee itu, menimbulkan perasaan gusar dan risau di dalam hati Thiago. Tanpa berlengah lagi, dia segera menghampiri lelaki itu. Dee yang perasan Thiago semakin menghampiri dirinya menguatkan lagi keluhan sakitnya sambil melirikkan matanya ke arah lelaki, itu. Kelam kabut juga Thiago, dibuatnya.
"Eh! Kau ni dah kenapa, pula?!" Soal Thiago dengan wajah risaunya.
"Perut aku sakit sangat, ni! Aku dah tak boleh nak, tahan!"
Sejurus mengatakan yang demikian, Dee terus beredar pergi daripada bilik stor tersebut dengan segeranya tanpa meminta kebenaran Thiago sedikit pun. Harap-harap plan aku ni, berjaya! Desis hati kecil Dee sendiri sambil meluru masuk ke dalam bilik air. Thiago pula tidak membiarkan lelaki itu pergi begitu sahaja dia terus mengekorinya, sampai menuju ke arah bilik air. Isskk! Dia ni kan, memang menyusahkan aku je, lah! Dah malam-malam buta macam ni pun dia boleh pula buat perangai macam, tu! Aku ni dah, lah mengantuk! Rungut Thiago di dalam hatinya sambil terus menunggu Dee menyelesaikan urusannya di dalam bilik air. Selang beberapa minit menanti akhirnya pintu bilik air pun terbuka muncul terus Dee sedang terintip-intip melihat keadaan sekelilingnya sebelum meluru keluar. Baru saja dia berniat, ingin melangkah pergi bahunya terus digrip dengan kuatnya oleh Thiago dari arah belakang. Dia yang tidak sempat, berbuat apa-apa terus terdorong ke arah dada bidang lelaki itu. Burk! Ya allah, sakitnya! Dada dia ni ada besi, kah? Bukan main berketul-ketul lagi! Getus hati Dee sendiri sambil cuba melepaskan pautan tangan Thiago dari terus berada di bahunya.
"Lepaslah bahu aku, sial!" Jerit Dee dengan berangnya.
Panas terus hati Thiago bila dipanggil sebegitu oleh lelaki yang sedang berada di dalam pautan tangannya itu.
"Oi! Kau fikir kau siapa nak panggil aku macam, tu? Berani betul kau nak fight dengan aku, hah!" Jawab Thiago
Dengan perasaan marahnya sambil menguatkan, lagi pautan tangannya lalu menarik pula dagu lelaki itu supaya menghadap ke arah wajahnya.
Terdongak terus wajah Dee dibuatnya. Wajah keduanya begitu hampir! Pandangan Mata Dee terus bertembung dengan Thiago. Berdebar-debar terus dada Dee dibuatnya. Peluh dingin mulai, membasahi sekujur tubuhnya. Kejadian semasa bersama dengan Darius tempoh hari, berlegar-legar semula di dalam fikirannya tidak ubah seperti, sebuah pita perakam.
"To...tolonglah....ja...jangan ap...apa-apa...kan aku!" Rayu Dee dengan nada suara yang agak tersekat-sekat itu.
Entah mengapa hatinya menjadi tidak tenang setelah mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu sebentar, tadi.
"Ha! Ha! Ha! Tau pula kau nak merayu dekat aku, sekarang! Tadi bukan main berani lagi siap, panggil aku sial pula, tu!" Ejek Thiago kepada Dee sambil tergelak dengan kuatnya.
Gelak tawa Thiago itu amat menyakitkan hati Dee, dengan tidak semana-mananya dia terus menyiku kuat dada lelaki itu dengan sebelah tangannya. Terlepas terus pautan tangan Thiago daripada bahu, Dee. Kesempatan itu, terus digunakan oleh Dee untuk melepaskan dirinya daripada lelaki itu. Dia terus berlari laju lalu menuju ke arah tangga. Sampai sahaja di tingkat bawah dia terus meluru ke arah pintu lalu membukanya dengan segera. Dee sudah bertekad malam ni, juga dia kena lari dari tempat sial, ni.
"Kau jangan ingat boleh lepas dari aku, lah!" Jerit Thiago dengan kuatnya sambil mengejar terus lelaki yang sudah pun berlari seperti lipas kudung di hadapannya, itu.
Jangan peduli semua tu, Dee! Kau lari je, dia takkan berjaya tangkap engkau! Bisikkan itu menguatkan lagi, semangat Dee yang sedang berkobar-kobar ingin melarikan diri daripada tempat jahanam itu. Lariannya semakin laju! Dia sudah tidak peduli dengan benda apa pun yang berada di hadapannya pada ketika, ini. Abis semua dirempuh olehnya begitu sahaja. Nasib baiklah malam ni, cahaya bulan agak terang jadi penglihatanya menjadi amat jelas dan senang untuk dia menjayakan misi melepaskan dirinya pada ketika, ini. Setelah menghampiri, kawasan pantai Dee terus menarik nafas dengan perasaan leganya. Akhirnya, berjaya juga dia lari dari banglo sial, tu. Dengan nafas yang masih tercungap-cungap dia terus berlari dengan lajunya ke arah jeti. Ceria terus raut wajahnya bila mendapati ada sebuah bot sudah tersedia menyambut ke datangannya. Tanpa berlengah lagi, dia terus menuruni tangga jeti lalu meluru masuk ke dalam bot itu. Terduduk lemas terus dia di atas bot tersebut.
"Oi! Kau nak lari, mana? Kunci bot ada dekat aku, lah!"
Terperanjat terus Dee dengan kemunculan tiba-tiba Thiago yang sudah pun berada di dalam bot, itu. Kunci yang berada di tangan lelaki itu di renung sekilas, olehnya. Sial betul, lah! Apasal, aku boleh lupa nak curi kunci bot tu dari dia tadi? Kang tak pasal-pasal misi aku gagal, lagi! Maki Dee di dalam hatinya sambil merenung wajah Thiago dengan perasaan cemasnya. No! Aku takkan biar dia tangkap aku balik! Baik aku terjun je, dekat laut ni! Desis hati Dee sendiri. Baru saja dia berniat, ingin melaksanakan keinginannya itu dengan pantasnya juga Thiago terus menghalang niatnya itu dengan memaut erat seluruh tubuhnya. Terkunci terus semua pergerakkan Dee dibuatnya.
"Lepaslah! Biarkan aku terjun dan mati dekat laut, tu! Yang kau sibuk nak halang aku ni, apasal?!" Soal Dee dengan wajah sebalnya.
Pertanyaan Dee itu tidak dijawab terus oleh Thiago. Sebaliknya, dia teringatkan percakapan telefonnya bersama Darius sewaktu ingin mengejar lelaki itu seketika, tadi.
"What? Dia dah, terlepas?!" Jerit Darius dengan berangnya dari hujung talian. Kecut terus perut Thiago dibuatnya.
"Yes! I...i...mean ya boss dia dah lari saya tak..."Belum sempat, Thiago ingin menghabiskan percakapannya itu Darius terus mencelahnya. Terdiam terus Thiago, dibuatnya.
"Kau pergi cari dia, sekarang! Ingat, kalau dia terlepas atau pun mati aku takkan teragak-agak upah orang lain untuk bunuh engkau! Kau faham, tak?!
"Fa...faham boss!" Jawab Thiago dengan suara gugupnya. Ugutan bossnya itu amat, mengetarkan hatinya. Dia bukannya tidak kenal dengan perangai gila Darius, tu. Kalau dia dah cakap macam tu memang abislah, riwayat hidup orang tu, nanti. No! Aku takkan biar Darius bunuh, aku! Desis hati kecil Thiago sendiri sambil mengalihkan semula perhatiannya ke arah lelaki yang sudah pun berada di dalam gengaman tangannya, itu.
"Mestilah aku halang, sebab kalau kau mati atau pun terlepas dari tempat ni boss aku tu takkan lepaskan aku macam tu saja. Kau faham tak!!" Jawab Thiago dengan kuatnya betul-betul dekat cuping telinga Dee yang disangkakan lelaki olehnya, itu.
"Issy! Kau ingat telinga aku ni pembesar suara, kah? Tak payahlah nak terjerit, bagai! Aku tak pekak lagi, lah!" Celah Dee sambil menjegilkan matanya ke arah Thiago.
"Isskk! Kau diam boleh, tak? Aku lempang karang baru kau, tau!" Ugut Thiago kepada lelaki itu.
Terhenti dan mati terus butir bicara Dee setelah mendengar ugutan lelaki itu sebentar, tadi. Setelah melihat Dee tidak memberontak lagi barulah, Thiago melepaskan semula pautan tangannya itu. Sekilas, wajah lelaki itu di renung kejap olehnya. Dee yang perasan dengan tatapan pelik Thiago itu, terus berasa tidak sedap hati. Dia kemudian, terus menyapa lelaki itu.
"So! Sekarang kau nak buat apa lagi dekat, aku?!" Soal Dee dengan wajah takut-takutnya.
Thiago yang sedang asyik, mengelamun terus tersedar daripada lamunannya apabila cuping telinganya mendengar pertanyaan tiba-tiba daripada Dee, itu. Senyuman lebar terus terukir di, wajahnya. Timbul akal jahatnya ingin mengenakan lelaki itu. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Dee yang masih lagi berdiri di hadapannya, itu. Dee yang pelik melihat tingkah laku Thiago itu terus menjadi gelabah.
"Eh! Apasal, kau tengok aku macam tu hah? Kau jangan nak buat hal yang bukan -bukan pula dekat, aku! Tolonglah! aku ni masih teruna lagi aku tak nak...."
"Oi! Kau ingat kau miss world, kah aku nak tergoda? Mengarut saja tak, abis-abis! Follow aku sekarang!" Celah Thiago dengan percakapan Dee sambil menolak tubuhnya dan mendorong belakangnya ke arah hadapan. Nasib baik Dee sempat, menstabilkan posisi tubuhnya, kalau tidak terjatuh juga dia ke dalam air laut yang agak bergelora, itu.
"Eh! Tak payahlah tolak aku kalau ya, pun!" Tegur Dee dengan sikap Thiago yang amat menyakitkan hatinya itu.
"Enough! Aku tak nak dengar pun satu perkataan keluar dari mulut kau, tu! Kalau kau berdegil juga aku lempar kau dekat laut ni, sekarang! Biar ikan Yu yang ada dekat laut tu, lahap tubuh kau yang kurus kering ni sampai abis!" Ugut Thiago sambil tergelak lucu di dalam hatinya.
Pucat lesi terus raut wajah Dee selepas mendengar ugutan Thiago sebentar, tadi. Isskk! Baik aku ikut je arahan lelaki sengal, ni! Kang betul-betul dia lempar aku dekat laut, tu! Abis riwayat hidup aku, ni! Bisikkan itu membuatkan hati Dee menjadi semakin tidak keruan dan fikirannya juga turut berserabut. Thiago yang mulai, geram dengan sikap acu tak acu lelaki di hadapannya itu sekali lagi menjerit dengan kuatnya.
"Oi! Yang kau tercegat lagi depan aku ni, apasal? Jalanlah, cepat!!"
"Okey!...Okey! ...Aku jalanlah, ni!" Jawab Dee dengan pantasnya sambil meluru naik ke arah jeti diikuti oleh Thiago di belakannya.
Sejurus sampai di atas jeti tanpa berlengah lagi Thiago terus mengikat kedua-dua pergelangan tangan Dee ke arah belakangnya. Terkejut terus dia dengan tindakkan tiba-tiba lelaki itu.
"Issy! Apa ni, bro? Lepaslah!" Pekik Dee dengan wajah berangnya.
"Diam! Kau jangan nak banyak bunyi pula!"
Selepas mengungkapkan kata-kata itu, Thiago terus menolak kasar tubuh Dee ke arah hadapan lalu mengarahnya menuju semula ke arah banglo Darius milik, bossnya itu. Dee yang tiada pilihan lain akhirnya, akur dengan arahan Thiago itu.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...