Dee terus tersedar daripada tidurnya, apabila cuping telinganya menangkap bunyi seseorang sedang membuka pintu bilik tempat dia sedang dikurung pada ketika ini. Dengan segera juga dia bingkas, bangun dari perbaringannya lalu menatap terus ke arah pintu. Saat pintu bilik terbuka muncul, Darius dengan wajah seriusnya. Mata keduanya beradu lama. Mata biru milik Darius, membuatkan degupan jantung Dee berdegup semakin laju. Dia begitu terpesona dengan wajah kacak lelaki di hadapannya, itu. Agak lama, juga mereka berdua berada dalam keadaan demikian. Sehinggalah, Darius mula menyapanya, barulah Dee mengalihkan wajahnya ke arah lain.
"Oi! Kau tengok aku macam tu, apasal?!" Soal Darius dengan kasarnya sambil mengunci semula pintu bilik tersebut. Dia kemudian, melangkah pantas ke arah Dee dan terus menarik kolar bajunya dan terus mencekik lehernya. Tergamam terus, dia dengan tindakkan kasar lelaki itu.
Dengan suara yang agak tersekat-sekat, Dee terus membuka mulutnya lalu menjawab pertanyaan lelaki di hadapannya itu. "Eerr....aa..aw...awak...na...nak...bu...buat a...apa la....lagi de..de...kat, sa...saya?!"
Seringai licik terus terpamer, di wajah serius Darius. Dia puas, sebab dapat membuatkan teman lelaki baru bekas kekasihnya itu berada di dalam ketakutan. Baru dia tau, siapa aku sebenarnya! Bisik hati Darius dengan bangganya. Dia tidak akan pernah nak mengaku kalah dengan jantan keparat ni. Biar semua kesakitan yang di rasakanya selama ini turut di alami oleh lelaki ini. Barulah dia tau penderitaan Darius selama ini. Perbuatan lelaki itu, tidak akan pernah di maafkan olehnya.
"Bro! Kau nak tau tak, banyak benda buruk yang boleh aku buat dekat engkau sekarang, ni!" Bentak Darius tepat betul-betul ke arah wajah Dee yang sudah pun menjadi pucat lesi itu.
Bentakkan kuat lelaki itu, amat mengejutkan Dee sekali. Air liur terus ditelan olehnya. Tatapan tajam mata Darius membuatkan perutnya, menjadi semakin kecut. Ya allah! Kau lindungilah, aku dari kejahatan apa pun yang ingin dilakukan oleh lelaki ini terhadap diriku! Doa Dee di dalam hatinya. Dee! Kau tak boleh mengaku kalah sekarang, kau pun tau, kan sebab lelaki ni hidup Gloria merana sekarang! Bisikkan itu membangkitkan semula semangat Dee yang sudah pun terbang sebentar tadi.
"Encik Darius! Tolonglah, lepaskan saya. Kerja yang encik Darius buat sekarang ni, takkan membawa apa-apa makna pun. Gloria sudah pun membuat pilihannya. Encik Darius perlu menerima kenyataan, itu!" Jawab Dee dengan tegasnya. Dee tau dia menempah mautnya sendiri, sebab berani mengungkapkan kata-kata seperti itu terhadap Darius. Dia sebenarnya, sengaja mengatakan demikian, kerana ingin melihat sejauh mana beraninya, lelaki bermata biru itu akan bertindak ke atas, dirinya.
Berdesing terus telinga Darius apabila mendengar, jawapan yang keluar daripada mulut lelaki yang berada di hadapannya itu. Bibirnya terus diketip dengan geramnya. Pautan tangan pada leher lelaki itu, juga semakin dikuatkan olehnya.
"How dare you say like that, to me! Kau fikir kau siapa, hah?!" Jerit Darius dengan kuatnya. Kalau diikutkan amarahnya ingin sahaja dia menamatkan riwayat lelaki itu sekarang jugak. Tetapi suara hatinya, melarang dia berbuat demikian. Entah mengapa di saat -saat yang genting seperti ini, dia boleh pula terpana dengan wajah comel lelaki yang berada di hadapannya itu. Seperti ada, suatu kuasa yang melarang dia dari terus menyakiti lelaki itu. Perlahan -lahan Darius melepaskan semula, pautan tangannya daripada leher Dee yang sudah pun kehabisan nafas itu.
Dee terus menarik nafas lega, sejurus Darius melepaskan semula lehernya dari pautan tangannya sebentar tadi. Dia kemudian, mengurut perlahan-lahan lehernya yang dipaut kuat oleh lelaki itu tadi. Adoi! Sakitnya! Keluh Dee di dalam hatinya sambil merenung sekilas ke arah Darius yang masih lagi berdiri tercegat membelakangi dirinya itu.
Darius! Kau dah, kenapa? Takkan, dengan lelaki tu pun kau nak tangkap feeling pula? Isskk! Aku bukannya gay, apasal pula aku boleh rasa something tiap kali aku pandang muka dia tu? Bertubi -tubi persoalan mulai masuk menyesakkan terus pemikirannya. Mengarutlah, semua ni! Dengus Darius di dalam hatinya sambil terus meraup wajahnya dengan tangannya. Tiba-tiba Dee yang berada di belakang Darius mulai, menyapa dirinya.
"Encik Darius! Tolonglah, lepaskan saya!" Sekali lagi Dee merayu mencuba nasib agar lelaki itu berlembut hati dan segera melepaskan dirinya.
Darius berpaling semula ke arah Dee dan menatap wajahnya dengan begitu tajam sekali. Dia kemudian, melangkah semula ke arah Dee dan segera menundingkan jari telunjuknya tepat ke wajah comel yang membuatkan fikirannya menjadi keliru seketika tadi. Tergamam terus Dee dengan tindakkan tiba-tiba lelaki itu.
"Oi! Kau dengar sini, ye! Kau buka telinga engkau tu luas-luas, aku takkan senang -senang nak lepaskan engkau macam tu saja! Selagi dendam aku, dekat engkau tidak terbalas kau jangan harap nak lepaskan diri dari aku! Kau faham tak?!" Ugut Darius sambil terus menarik rambut pendek Dee dengan kasarnya. Meraung terus Dee dibuatnya.
"Aargh! Sakitlah, Encik Darius!"
"Hah! Tau, pula kau rasa sakit! Masa kau rampas Gloria dari aku, tak ada pula kau fikir bertapa sakitnya hati aku ni!" Tengking Darius dengan kuatnya.
Menggigil terus seluruh tubuh Dee apabila diperlakukan sedemikian rupa, oleh lelaki itu. Dia cuba jugak sedaya upaya untuk melepaskan rambutnya dari terus menjadi mangsa kemarahan lelaki itu, tetapi usahannya menemui jalan buntu. Keadaan tubuh yang lemah amat menyukarkan sekali, bagi dirinya untuk melawan kekuatan Darius. Dee bukannya buta dalam ilmu mempertahankan diri namun di saat ini dia terpaksa akur dengan kekuatan lelaki itu. Dont give up, Dee! Kau kena kuat kalau nak berhadapan dengan lelaki tu! Bisik hati Dee cuba memberi semangat kepada dirinya semula.
"Oi! Darius, kau jangan nak melampau! Kau ingat aku takutkah dengan ugutan kau tu?!" Soal Dee sambil terus menatap wajah bengis Darius dengan wajah selambanya. Dia tidak akan sekali-kali hendak mengaku kalah dengan lelaki itu.
Terjegil terus, biji mata Darius selepas mendengar kata-kata selamba yang keluar daripada mulut lelaki yang berada di hadapannya itu. Tundingan jarinya segera dijatuhkan semula. Berani betul budak lelaki hingusan ni, dengan aku! Baik, aku nak tengok sejauh mana keberanianya nak menentang aku! Desis hati Darius sambil melemparkan senyuman sinisnya.
Dee yang perasan dengan senyuman sinis lelaki itu seketika tadi, terus sahaja mengerutkan dahinya. Apa lagilah, yang nak dibuat oleh mamat psyco ni, dekat aku? Bisik hati Dee sendiri.
"Bravo! Aku suka sangat dengan sikap berani kau, tu! Apa kata sekarang kau dengan aku beradu kekuatan? Kita tengok siapa yang menang. If you win, i will let you go! But if i win you must become my prisoner forevar. Understand!" Pinta Darius dengan suara lantangnya.
Terkedu terus, Dee bilamana mendengar permintaan pelik lelaki bermata biru itu. Adoi! Apa aku nak buat ni, takkan nak fight pula dengan lelaki ni? Sakit dekat wajah dan kaki aku ni tak hilang lagi confirmlah, dia menang kalau fight dengan keadaan aku yang macam ni! Desis hati Dee sendiri sambil cuba memikirkan sesuatu yang boleh dilakukan olehnya dalam mengatasi masaalah yang sedang dihadapinya ketika ini. Darius yang sudah tidak sabar untuk beradu kekuatan dengan Dee terus sahaja menyapa dirinya.
"Apasal, bro? Takut, kah nak fight dengan aku?!"
Tersentak terus, Dee dengan sapaan tiba-tiba Darius itu. Terbang semua lamunan panjangnya sebentar tadi. Wajahnya kemudian di halakan segera, ke arah Darius yang sudah pun memasang kuda-kudanya ingin menyerang dirinya. Come on, Dee! You can do, it! Desis hati Dee sambil terus menghelakan nafasnya perlahan-lahan.
"Aku takkan pernah takut dengan engkau, Darius!"
Sejurus melemparkan kata-kata itu, Dee terus meluru ke arah lelaki itu lalu menumbuk wajah lelaki itu dengan sekuat hatinya. Darius yang tidak sempat mengelak, serangan pantas Dee seketika tadi terus tersungkur jatuh ke arah lantai. Tersenyum sinis terus Dee apabila melihat tektik serangannya tadi berjaya dilakukan olehnya.
"Stand up! Darius, takkan nak mengaku kalah sekarang! Cepatlah, tunjukkan pertahanan diri kau yang hebat sangat tu!" Perli Dee dengan suara yang sengaja di garaukan seperti lelaki.
Berbulu terus telinga Darius selepas mendengar lelaki itu memperlekehkan kekuatan dirinya. Hatinya begitu terbakar. Belum ada siapa-siapa lagi yang berani mencabar dirinya. Lelaki yang berada di hadapannya ini memang sengaja ingin menempa mautnya sendiri.
"Puii!" Darius segera, meludahkan darah yang sudah pun mengalir keluar dari celah-celah bibirnya ke arah lantai dan segera mencerlung tajam ke arah wajah lelaki yang masih lagi tersengih di hadapannya itu seolah-olah sedang meraihkan kemenangan kerana berjaya mengalahkan dirinya. No! Ini Darius! Aku tak boleh, kalah! Jerit hati batin Darius sambil terus melancarkan serangannya ke arah Dee. Laju sahaja, kaki Darius menendang kuat ke arah perut Dee. Terlentang terus tubuh kurus kering Dee ke arah lantai. Perutnya terasa begitu senak sekali. Dia kemudian mendongakkan wajahnya lalu memandang tepat ke arah Darius yang sedang bersilang tangan di hadapannya sambil melemparkan senyuman sinisnya.
"Kesian betul aku tengok kau, ni! Baru tendang sikit dah jatuh!" Sindir Darius kepada lelaki di hadapannya itu. Dia sengaja mengatakan demikian kerana ingin menyakiti hati lelaki tersebut.
Selepas mendengar sindiran pedas yang keluar daripada mulut Darius itu, Dee bingkas bangun lalu menyerang semula ke arah lelaki itu. Kali ini dada dan lutut Darius menjadi mangsa serangan balasnya. Tersungkur lemah terus lelaki itu di atas lantai. Itulah, nak sangat berlagak, kan dah kena penangan ajaib kaki aku ni! Bisik hati Dee sambil menghadiahkan lagi tendangan ke arah perut lelaki itu pula. Mengerang terus Darius dibuatnya. Cis! Kurang asam betullah lelaki ni, kuat pula dia tendang aku! Desis hati Darius sambil bangun semula dan menatap wajah Dee dengan penuh geramnya.
"Apasal, Encik Darius tenung saya macam tu? Saya... Baru sahaja Dee ingin mengatakan sesuatu pantas sahaja lelaki itu tiba-tiba meluru ke arahnya dan terus menumbuk curi ke arah dirinya. Terpelanting terus tubuh Dee ke arah dinding bilik tersebut. Rasa sakit terus menyelubungi seluruh tubuhnya. Dia cuba untuk bangun tetapi pergerakkannya terhalang. Kesakitan pada bahagian belakangnya membuatkan dia terduduk semula di atas lantai. Melihatkan keadaan lelaki di hadapannya itu, Darius terus tersenyum dengan lebarnya. Dia kemudian menuju ke arah lelaki tersebut dan terus duduk bertenggek sambil menjuihkan bibirnya tanda menyampah.
"Nampaknya, aku dah menang dalam fight ni. So! Kau bersedialah untuk jadi prisoner aku buat, selama-lamanya!" Bisik Darius perlahan tepat ke arah cuping telinga Dee. Sejurus melafazkan kalimah itu dia bingkas bangun dan terus beredar keluar daripada bilik tersebut dengan hati yang puas.
*****
Dee sekadar memerhatikan kepergian lelaki itu dari ekor matanya. Kesakitan belakang yang sedang dialaminya pada ketika ini membuatkan pergerakkannya menjadi terbatas. Adoi! Sakitnya belakang aku ni! Desis hati Dee sendiri. Baru sahaja dia ingin bangun dari tempat duduknya tiba-tiba pintu bilik dibuka semula dari luar. Tergamam seketika dia apabila melihat kelibat Darius di dalam bilik tersebut.
"Ambik ni!" Tengking Darius sambil melemparkan bekas plastik yang berisikan minuman kotak dan makanan tepat ke arah kaki Dee. Kalau diikutkan marahnya ingin sahaja dia membiarkan lelaki itu mati kebulur dekat tempat ni. tetapi Darius terpaksa membatalkan niatnya itu atas alasan dia masih belum puas menyiksa kehidupan lelaki itu lagi.
Dee terus, menatap beg plastik yang dilemparkan oleh lelaki itu sebentar tadi. Kebetullan dia memang tengah lapar sekarang, tanpa mempedulikan kehadiran Darius dia terus membuka beg plastik itu dan terus menjamah makanan yang ada di dalam beg plastik tersebut dengan begitu lahap sekali. Meskipun, cuma nasi kosong berlaukan ikan masin itu sudah cukup untuk mengalas perutnya yang tengah lapar gila pada ketika ini.
Darius masih lagi memerhati keadaan lelaki di hadapannya itu. Pada penilaiannya, lelaki itu penampilannya nampak biasa sahaja tetapi kenapa Gloria boleh tinggalkan dirinya untuk bersama dengan lelaki ni? Apa kurangnya aku? Tanya hati Darius sendiri.
Dee yang sudah pun selesai, menghabiskan makanannya terus mendongakkan wajahnya ke arah Darius yang semenjak tadi asyik memerhatikan dirinya. Dia menjadi tidak senang dengan tatapan pelik lelaki itu terhadap dirinya.
"Apasal, encik Darius tengok saya macam tu?!"
Sapaan tiba-tiba Dee itu, terus menyedarkan Darius daripada lamunannya seketika tadi. Wajah pelik Dee terus di tatap dengan tajamnya olehnya. Dengan segera juga, Dee terus menundukkan wajahnya semula. Perasaan takut mulai, menguasai dirinya. Dia bimbang lelaki itu akan bertindak kasar lagi ke atas dirinya. Melihatkan wajah cemas lelaki di hadapannya itu Darius terus tergelak dengan kuatnya. Entah mengapa perasaan lucu tiba-tiba terbit di dalam hatinya.
"Bro! Kau tak payah risau, aku takkan bunuh kau sekarang!" Kata Darius diselangi dengan sisa tawanya.
Perkataan bunuh yang keluar daripada mulut lelaki itu amat menggetarkan hati Dee. Dia yakin Darius tidak bergurau dengan kata-katanya itu.
"Saya takkan takut dengan ugutan encik Darius, tu!" Jawab Dee dengan tegasnya.
Mati terus gelak Darius sejurus mendengar jawapan yang keluar daripada mulut lelaki yang berada di hadapannya itu. Bibirnya diketip geram sambil mengenggam kuat kedua -dua tangannya. Sabar Darius! Baik kau blah sekarang! Bisikkan itu meredakan semula kemarahannya. Tanpa membalas kata-kata lelaki itu, Darius terus beredar pergi daripada bilik tersebut. Huh! Berambus pun kau dari bilik, ni! Maki Dee di dalam hatinya.Please add, vote and comment my novel. Good night guys😴😴😴😴
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...