Dee masih lagi merenung tompokan baju dan seluar milik Darius yang baru sahaja diangkat olehnya daripada ampaian sebentar, tadi. Huh! Banyaknya baju dan seluar yang aku kena sterika! Itu belum lagi masuk bab nak melipat semua baju dan seluar, ni. Memang berkematu jugalah tangan aku ni, dibuatnya! Rintih Dee di dalam hatinya sendiri. Sedang asyik, dia mengelamun tiba-tiba seseorang menyapanya dari arah belakang. Tersedar terus dia daripada lamunannya, itu.
"Oi! Bilanya nak siap kerja kau tu kalau dari tadi aku tengok asyik, nak mengelamun, je?!"
Pertanyaan spontan Thiago itu, tidak terus dijawab oleh Dee. Dia hanya menatap kosong wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, itu. Dia ni, lagi? Isskk! Bosan betul, lah asyik tengok muka mamat ni, je! Tak ada, kah muka lain? Bebel Dee di dalam hatinya sambil menjuihkan bibirnya. Thiago yang geram dengan sikap acu tak acu lelaki di hadapannya itu tiba-tiba saja menjadi baran dan panas hati. Kurang ajar! Berani betul dia buat tak tau dengan aku, ya! Desis hati Thiago sambil mengetap bibirnya sendiri.
"Kalau aku tengah cakap dengan engkau janganlah asyik, bu...."
"Encik Thiago pergilah buat kerja dekat luar, tu! Tak payahlah asyik nak ganggu saya, je!" Celah Dee dengan percakapan Thiago sambil menatap sekilas, ke arah wajah bengang lelaki yang sedang berdiri berhadapan dengan dirinya, itu.
Berdesing juga cuping telinga Thiago selepas, mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dee di saat, ini. Kalau diikutkan hatinya yang sedang marah, itu ingin sahaja, dia melempang mulut lelaki tu dengan tangannya. No! Kau tak boleh buat macam, tu Thiago! Macam mana kalau time kau lempang tu, dia tiba-tiba pengsan, pula! Mengamuk sakan pula si Darius tu, nantinya! Desis hati kecil Thiago sendiri. Dee yang daripada tadi asyik, memerhatikan Thiago sedang mengelamun tiba-tiba sahaja terfikirkan sesuatu. Dengan perlahan-lahannya dia terus menghampiri lelaki itu, sambil berdiri tepat ke arah cuping telinganya lalu, menjerit dengan sekuat hatinya.
"Encik Thiago! Encik Thiago!!"
Mengelabah terus Thiago apabila dikejutkan dengan jeritan tiba-tiba yang datang daripada arah tepinya, itu. Tertoleh terus wajahnya ke arah sebelah kirinya dek, terlalu terkejut. Cuping telinganya juga turut menjadi mangsa binggit dek, terdengar jeritan kuat yang datang daripada Dee.
"Hei! Apasal, ni terjerit-terjerit macam orang yang tak betul, je?!" Soal Thiago dengan wajah berangnya sambil mencengkam terus kolar baju Dee dengan sebelah tangannya.
Terdorong terus tubuh Dee ke arah dada bidang lelaki, itu.
Wajahnya segera, didongakkan ke arah Thiago. Gulp! Dee terus menelan air liurnya sendiri sebab terlalu takut dengan wajah bengis Thiago pada ketika, ini. Alamak! Marah betul aku tengok muka mamat latin ni, sekarang? Apa aku nak buat, ni? Alah, relaxlah Dee! Desis hati kecil Dee sambil cuba mententeramkan dirinya sendiri.
"Cool man! Aku gurau je, lah! Yang kau marah sangat dengan aku ni dah, kenapa?!" Soal Dee dengan beraninya. Beranilah sangat! Padahal dalam hati hanya allah yang tau bertapa takutnya dia pada ketika, ini.
Bergurau? Dahlah menjerit betul-betul dekat telinga aku, ni. Itu dia cakap bergurau? Memang nak kena juga dengan pelempang aku ni, karang! Bisik hati kecil Thiago sambil menguatkan lagi cengkaman tangannya di kolar baju lelaki, itu.
"Hei! Kau ingat aku ni kawan kau, kah yang boleh kau buat bahan gurauan? Agaknya, kau dah lupa yang aku ni boleh bunuh kau sekarang, jugak!" Ugut Thiago sambil merenung tajam ke arah Dee.
Menggiggil terus sekujur tubuh Dee apabila, mendengar ugutan daripada Thiago itu. Dia cuba mencari kekuatan dengan menghelakan nafasnya perlahan-lahan. Dont be afraid, Dee! You have to be strong! Bisikkan itu, menguatkan semula semangatnya yang hampir hilang sebentar, tadi. Dengan senyuman sinisnya Dee mulai, memberanikan dirinya untuk menatap ke arah wajah lelaki, itu.
"Aku tak takut, lah dengan ugutan bunuh kau tu!"
Terjegil terus biji mata Thiago apabila mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Dee pada ketika, ini. Sial! Berani betul dia cakap macam tu dekat, aku! Desis hati Thiago dengan geramnya.
"Okey! Mungkin sekarang kau tak takut dengan aku, tapi kalau kau kenal aku siapa jangankan bercakap nak angkat muka depan aku pun belum tentu kau berani!" Bisik Thiago tepat ke arah cuping telinga Dee.
Kedudukkan tubuh Thiago yang begitu hampir dengan Dee membuatkan, dia menjadi tidak selesa. Tubuh sado lelaki itu cuba ditolak olehnya, namun tenaganya tidak dapat menyamai, kekuatan Thiago. Huh! Kerasnya dada dia! Dah macam besi, je! Desis hati Dee sendiri sambil cuba untuk mencari jalan bagi melepaskan dirinya daripada terus berada di dalam pautan, tangan Thiago.
"Bro! Lepaslah kolar baju aku, ni! Kau nampak, kan baju dan seluar yang berlambak dekat bakul, tu! Siapa yang nak sterika dan lipat balik masuk dekat, almari? Takkan nak tunggu sampai boss kesayangan awak tu, balik?!" Bentak Dee dengan wajah sebalnya.
Mendengar sahaja nama Darius diutarakan oleh Dee barulah Thiago teringat yang bossnya akan balik petang, ni. Oh god! Macam mana pula aku boleh lupa pasal hal penting, ni? Nasib baiklah, mamat kurus kering ni ingatkan aku tadi! Bisik hati kecil Thiago sendiri sambil melepaskan dengan segeranya kolar baju Dee daripada cengkaman tangannya. Dee pula terus menarik nafas dengan leganya setelah melihat tangan Thiago sudah tidak berada di kolar bajunya, lagi. Dengan kadar segeranya, juga dia membetulkan semula letak kolar bajunya yang agak tersenget sedikit.
"Kau pergilah buat kerja kau tu, cepat! Kalau dah siap sterika dan lipat hantar terus dekat bilik boss aku, tu! Ingat, kau jangan pula nak mengular!"
Selepas mengatakan yang demikian, Thiago terus beredar pergi sambil diperhatikan oleh Dee melalui, ekor matanya. Kau pergilah buat kerja kau tu, cepat! Ejek Dee kepada Thiago sambil mengajuk percakapan lelaki itu. Oi! Dee, yang kau bercakap sorang-sorang ni dah, kenapa? Karang Darius balik kerja tak siap lagi nahas kau, nanti! Bisikkan itu mengingatkan terus Dee kepada perkerjaannya yang belum lagi selesai, itu.
Tanpa berlengah lagi, dia terus memulakan tugasnya, itu. Semua baju dan seluar yang berada di dalam bakul segera diseterika dengan cepatnya oleh, Dee. Terpegun seketika, juga dia melihat kesemua pakaian Darius mempunyai, jenamanya yang tersendiri. Ada levi's, Polo, celvin klien,versace, dan macam-macam lagi jenama yang terkenal. Agaknya, orang kaya memang macam ni kot! Pakai baju mesti nak ada, jenama! Desis hati Dee sendiri sambil mengerling sekilas, ke arah jam yang terletak elok ditepi dinding. Waktu tepat menunjukkan pukul 2.30 petang!
Terbeliak terus biji mata Dee dibuatnya. Dengan segeranya, dia mengangkat terus bakul pertama berisikan baju Darius itu ke tingkat atas. Mak oi! Beratnya, lah! Keluhnya sendiri di dalam hati sambil menggigihkan juga dirinya mengangkat bakul tersebut. Sampai sahaja di dalam bilik tidur Darius dia terus meletakkan bakul itu di atas, lantai sambil meluru turun semula ke tingkat bawah ingin mengambil bakul kedua yang berisikan seluar slack dan jeans lelaki itu, pula. Setelah berjaya mengangkat kedua-dua bakul tersebut ke dalam bilik Darius barulah Dee dapat menarik nafas dengan leganya. Huh! Penatnya! Getus hati kecil Dee sendiri sambil melabuhkan terus punggungnya di atas katil Darius. Pinggangnya yang lenguh diurut perlahan dengan sebelah tangannya. Sambil berehat sebentar, mata Dee menerawang keseluruh ruangan yang terdapat di dalam bilik tersebut. Besar dan cantik! Beruntung betul Darius, ni! Puji Dee di dalam hatinya. Sedang asyik, dia memerhati bilik tersebut tiba-tiba saja tatapan matanya tertancap ke arah sesuatu. Pintu almari agak terbuka sedikit kelihatan ada sebuah buku yang menghalang almari itu daripada tertutup rapat.
Dengan segeranya, juga Dee bangkit terus dari tempat duduknya lalu melangkah terus ke arah almari yang terletak tidak berapa jauh daripada katil itu. Laju saja tangannya membuka sedikit pintu almari lalu mengeluarkan album yang disangkakan buku olehnya seketika, tadi. Album tersebut direnung kejap oleh, Dee. Hatinya jadi berbelah bagi samada nak tengok album tu atau pun tidak. Isskk! Perlukah aku tengok gambar apa yang ada dekat album, ni? Ini, kan barang peribadi dia! Desis hati Dee sendiri sambil ingin menyimpan semula album tersebut di tempat asalnya.
Apasal, pula kau nak simpan? Bukannya, dia tau pun kalau kau tengok gambar dekat album, tu! Bisikkan itu mematikan terus niat Dee ingin menyimpan semula album itu di tempat asalnya. Dia kembali duduk di atas katil lalu membelak satu persatu gambar yang berada di dalam album. Adakalanya, dia tersengih sendiri apabila melihat posisi gambar Darius dan Gloria yang berada di dalam album tersebut. Emmm....cutenya Darius dan Gloria! Memang padan, sangat! Desis hati Dee sendiri. Sedang asyik, dia melihat gambar -gambar tersebut tiba-tiba sahaja tatapan matanya tertumpuh kepada sekeping gambar yang menunjukkan Darius sedang tersenyum. Terpegun seketika, dia apabila melihat lesung pipit dan mata biru yang dimiliki oleh lelaki itu. Berdebar-debar terus dada Dee dibuatnya. Kacaknya, dia! Puji Dee diluar kesedarannya sambil mengusap perlahan gambar tersebut dengan tangannya sambil membayangkan dirinya tengah mengusap lembut pipi lelaki, itu. Oh, Darius! Lafaz Dee perlahan sambil menutup matanya membayangkan keberadaan, Darius.
"What the hell are you doing, hah?!!!"
Jeritan kuat yang muncul secara tiba-tiba dari arah belakangnya amat memeranjatkan diri, Dee. Berterbangan terus semua khayalan indahnya seketika, tadi. Lantas, wajahnya segera di hala ke arah belakangnya. Alangkah, terperanjatnya dia bila menyedari Darius sudah pun berdiri di hadapannya sambil menatap wajahnya dengan begitu tajam sekali.
"Tuan Darius!" Ujar Dee dengan wajah terkejutnya. Album yang berada di atas tangannya turut terlepas jatuh ke atas, lantai. Pelbagai, andaian buruk terus melintas ke dalam kotak fikirannnya.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...