Suasana lebuhraya menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada pagi ini kelihatan agak, sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Di sana sini kedengaran bunyi hon yang sengaja, dibunyikan oleh para pemandu yang sedang naik berang. Tidak terkecuali jugak, Darius Savakis turut terperangkap di dalam kesesakkan jalan raya diketika ini. Berkali -kali jugaklah dia mengerling ke arah jam Rolex yang berada di pergelangan tangan kanannya itu. Terbeliak terus biji matanya apabila melihat jam sudah pun melewati angka 10 pagi. Tiba -tiba Darius teringatkan sesuatu, Alamak! Aku ada mesyuarat pentinglah pagi ni! Rungut Darius di dalam hatinya. Sejurus melihat lampu isyarat sudah pun bertukar kepada hijau tanpa berlengah lagi, Darius dengan kadar segera terus memecut laju keretanya menuju ke pejabatnya yang terletak di jalan Bukit Bintang.
Siapa tak kenal, dengan Darius Savakis? Dia adalah seorang jutawan yang juga merupakan pemilik, Hotel Heritage yang begitu terkenal sekali di kawasan Bukit Bintang ini. Hotel yang bertaraf lima bintang itu turut diktiraf sebagai salah satu tempat penginapan yang paling di minati oleh pelancong dari dalam dan luar negari. Sudah hampir 6 tahun juga, Hotel ini beroperasi. Meskipun masih baru lagi, namun Hotel Heritage ini tetap mampu bersaing dengan hotel -hotel terkemuka yang lain. Itulah yang membuatkan, Darius semakin gigih mengusahakan perniagaannya ini.
"Tit! Tit! Tit!"
Sedang asyik mengelamun tiba-tiba telefon bimbit I Phone S7 nya berbunyi. Bergema terus lagu Alone nyanyian Marshmallow memenuhi ruangan di dalam keretanya. Tanpa melihat nama sipemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Darius! Where are you right, now! "
Bingit terus telinga Darius apabila mendengar tengkingan papanya dari hujung talian telefon bimbitnya. Pantas tangannya menjauhkan sedikit telefon bimbitnya itu daripada telinganya. Confirm! Papa mesti dah marah gila dekat aku sekarang ni! Bisik hati Darius sambil memikirkan alasan apa yang boleh diberinya agar kemarahan papanya tidak bertambah lagi.
"Eerr...Papa! Please! Calm down, okey! Darius on the way now!" Jawab Darius dengan agak gelabahnya.
"Darius! Our client, from syarikat Mega Holding dah sampai dekat ofis sekarang ni! So! You bettar hurry up son!"
"Okey! Pa!"
Selepas mengakhiri perbualan telefon dengan papanya Darius segera menarik nafas lega. Huh! Nasib baiklah, mood papa okey pula pagi ni! Kalau tak masak jugak aku tadi tu! Desis hati Darius sambil terus memecut laju keretanya. Tiba di satu selekoh jalan ketika kereta Darius ingin membuat pusingan u-turn secara tiba-tiba muncul seorang lelaki dari arah hadapannya, sepantas kilat jugak dia menekan brek keretanya. Suasana menjadi sepi seketika, hanya kedengaran degup jantung Darius. Oh my god! Aku dah langgar orang kah tadi? Soal Darius di dalam hatinya.
*****
Dee yang begitu asyik merenung pemandangan dari arah tingkap teksi yang dinaikinya tiba -tiba dikejutkan dengan situasi yang amat tidak dijangkakan oleh sesiapa pun. Ada seekor anak kucing yang agak comot dan kotor tengah berjalan bersendirian di atas jalan raya.Timbul terus rasa kesian di dalam hatinya apabila melihat keadaan anak kucing itu. Baru saja Dee berniat ingin membuka pintu teksi tiba-tiba pemandu teksi terus menyapanya.
"Eh! Encik, nak pergi mana pula ni?!"
Tersentak terus Dee apabila mendengar sapaan pemandu teksi itu. Lidahnya kelu! Pandangan matanya di alihkan semula ke arah anak kucing tadi. Tiba -tiba mata Dee terus terbeliak apabila melihat ada sebuah kereta yang sedang dipandu laju ingin melanggar anak kucing itu.
"Encik! Tambang teksi saya Encik tak bayar lagi!"
Tanpa berfikir lebih panjang lagi dia terus meluru keluar daripada teksi lalu segera berlari ke arah anak kucing itu. Laungan pemandu teksi tadi tidak dihiraukan langsung oleh Dee. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang ni hanya ingin menyelamatkan anak kucing itu. Belum sempat, kereta itu nak merempuh anak kucing tersebut pantas sahaja tangan Dee mencapai anak kucing itu lalu dibawa ke dalam pelukannya. Lega terus hati Dee apabila melihat anak kucing itu sedikit pun tidak tercedera langsung. Ketika asyik memerhati anak kucing yang berada di tangannya, baru Dee perasan kereta yang hampir melanggar anak kucing tadi masih lagi berhenti tepat beberapa metar tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang.
Dee terus melangkah laju ke arah kereta tersebut niatnya hanya satu, nak bagi ceramah sikit dekat pemandu yang tak berhemah ni. Dia ingat mentang-mentang bawak kereta mewah boleh berlagaklah? Apa dia ingat jalan raya ni mak bapak dia yang punya kah?! Marah Dee di dalam hatinya. Sampai saja dekat kereta mewah tu, dia cuba menjenguk ke arah dalam tetapi hampa cermin kereta tu gelap. Wajah pemandu tidak kelihatan langsung. Alah! Cermin tinted pula? Rungut Dee sambil menarik nafas panjang. Tiba -tiba dia terfikirkan sesuatu, laju saja tangannya mengetuk cermin kereta tersebut sambil tersengih -sengih sendiri melihat pantulan wajahnya yang muncul dari arah cermin.
"Tok! Tok! Tok!"
Ketukkan kuat dari arah cermin tingkap kereta Darius membuatkan dia terus tersedar daripada lamunannya sebentar tadi. Dia segera berpaling kelihatan seorang lelaki tengah berdiri di sebelah tingkap keretanya sambil tersengih-sengih sendiri. Di tangan lelaki itu pula ada seekor anak kucing. Bukan mamat ni kah, yang aku hampir langgar tadi? Eh! Boleh pula dia sengih macam tu dekat aku! Desis hati Darius sambil terus meluru keluar daripada keretanya.
Dee yang perasan pintu kereta dibuka dengan kasar segera berdiri ke tepi. "Err...Encik ta..." Tetapi belum sempat, dia ingin mengatakan sesuatu pemandu yang berada di dalam kereta tadi terus meluru ke arahnya. Kolar bajunya terus dicengkam kuat oleh lelaki itu dengan kedua -dua tangannya. Terlepas terus anak kucing yang berada dipelukkan Dee sebentar tadi.
"Oi! Kau tak ada matakah, huh?!" Jerit Darius tepat ke arah wajah Dee.
Terpana seketika, Dee apabila melihat wajah kacak lelaki yang menjerit ke arahnya itu. Dengan wajah empat segi, berambut coklat, kulit kuning langsat, kening tebal, hidung mancung dan bibir seksi yang berwarna merah menandakan dia bukan seorang perokok. Mak oi! Hensomnya! Mamat dekat depan aku ni! Siapa dia ni? Bidadara dari surga kah?! Puji Dee di dalam hatinya sambil tersenyum lebar.
Darius yang pelik melihat kelakuan lelaki di hadapannya itu mulai, naik angin dengan sikap acuh tidak acuh pemuda itu terhadap pertanyaanya sebentar tadi.
"Hoi! Kau ni, pekak kah?!" Tengking Darius semula ke arah Dee yang masih lagi leka diulit imaginasi nakalnya.
Tersedar terus Dee dari khayalannya, apabila mendengar tengkingan kuat daripada lelaki itu yang masih lagi merenung tajam ke arah wajahnya itu. Mata biru laut lelaki itu, begitu memukau pandangan mata Dee diketika ini. Cantiknya warna mata dia! Tanpa sedar sekali lagi dia memuji lelaki itu. Dengan suara gelabahnya dia terus menjawab pertanyaan Darius itu "Err...awak...saya....saya tak pekaklah!"
Darius terus mendengus dengan kasar apabila mendengar jawapan selamba lelaki di hadapannya itu. Kecik besar je dia tengok lelaki tu. Kalau diikutkan panas barannya ingin sahaja di balunnya biar sampai lunyai. Perlahan -lahan Darius melepaskan cengkaman tangannya dari kolar Dee.
"Baguslah kalau kau tu tak pekak, tapi kalau tak pekak jangan -jangan kau ni buta kot!" Sindir Darius dengan senyuman sinisnya.
Terjegil terus biji mata Dee apabila mendengar sindiran kasar lelaki itu. Amboi! Mulut mamat ni boleh tahan jugak! Pedas sungguh sindiran dia dekat aku tu, siot! Desis hati Dee sambil mengetip bibirnya dengan geram.
"Encik! Saya rasa, bukan saya seorang aje kot yang buta dekat sini! Encik lagi buta dari saya! Buta hati!"Jerit Dee dengan kuatnya.
Terperanjat terus Darius dengan jeritan tiba-tiba Dee itu. Hilang terus senyuman sinisnya kini berganti dengan tatapan tajam ke arah wajah lelaki di hadapannya itu. Perlahan -lahan Darius melangkah semula ke arah Dee.
"Err...Encik! Encik! Nak....bu...buat ap..apa dekat saya ni?!" Soal Dee dengan suara yang agak terketar - ketar.
Darius tidak langsung menjawab soalan lelaki itu sebaliknya dia terus menolak kasar tubuh tinggi lampai Dee ke arah tepi dan terus masuk ke dalam keretanya. Dee yang sedang menutup matanya terus terkejut apabila ditolak dengan kasar oleh Darius. Terduduk terus dia di atas jalan raya. Baru saja dia berniat ingin membalas balik perbuatan lelaki itu, Darius dengan pantasnya terus menghidupkan keretanya semula lalu beredar pergi meninggalkan dee terpinga -pinga sendirian bersama dengan anak kucing yang masih lagi setia berada di sampingnya.
"Kurang ajar! Sombong! Berlagak! Harap Muka je, hensom tapi perangai mengalahkan saitan! Bebel Dee sambil mengambil semula anak kucing tadi lalu dibawa semula ke dalam pelukannya. Wajah comel anak kucing itu direnung dengan penuh kasih. Tiba -tiba dee teringatkan lelaki tadi entah kenapa buat pertama kali dalam seumur hidupnya, dia berasa tertarik dengan seorang lelaki. Isskk! Kau fikir apa ni, Dee? Kau tu dahlah tomboy! Takkanlah lelaki tu, boleh berkenan dekat engkau yang macam lelaki ni!? Bisikkan halus itu menyedarkan semula Dee dari lamunannya. Dee! Janganlah bermimpi di siang hari! Desis hati Dee sendiri sambil menggelengkan kepalanya.Please add,vote and comment. I need you respond and fedback guy's. Good night😴😴😴😴
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romansanovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...