Sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Besar, Dee dan Darius hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi Dee perasan yang Darius asyik, memerhatikan dirinya. Tatapan mata lelaki itu, membuatkan Dee menjadi tidak selesa. Mamat ni, apasal? Dari tadi asyik, pandang aku je?! Desis hati Dee di dalam benaknya. Tiba-tiba dia teringatkan, kejadian menjijikan yang berlaku semasa dia berada di dalam kereta lelaki itu. Merinding terus sekujur tubuhnya, apabila mengingatkan perbuatan Darius ke atas dirinya seketika tadi. Darius yang perasan, dengan wajah pelik Dee itu segera menyapanya.
"Oi! Apasal, cuak je muka kau tu? Kau takut laut, ye?!" Jerit Darius dengan lantangnya.
Tersentak terus Dee, apabila mendengar jeritan kuat Darius itu. Tatapan matanya kemudian segera, di hala ke arah lelaki itu yang begitu pakar mengendalikan bot tersebut. Sesekali, air laut terpercik ke arahnya bilamana bot tersebut di pandu dengan begitu laju sekali oleh Darius.
Hilang terus semangat Dee, dibuatnya.
"Tak gunalah, saya jadi lelaki kalau dengan air laut pun nak takut?!" Jawab Dee dengan wajah sebalnya. Geram pula dia tengok, perangai sombong dan berlagak lelaki psyco tu.
"Hah! Baguslah kalau macam tu, senanglah aku nak jalankan plan aku tu, nanti!" Balas Darius sambil menatap wajah Dee dengan pandangan yang amat sukar untuk dimengertikan, olehnya.
Jalan, kan plan! Isskk! Plan apa pula yang dia nak buat tu, macam menakutkan saja, bunyinya! Monolog Dee di dalam hatinya.
"Err....plan? Plan apa yang encik Darius maksud, kan?!" Soal Dee dengan gelabahnya.
Tergelak kuat terus, Darius apabila mendengar soalan yang diajukan oleh lelaki itu terhadap dirinya. Apasal, lah lelaki bodoh macam ni pun Gloria boleh terpikat. Kalau nak banding dengan dirinya macam langit dengan bumi, saja. Langsung tak setanding dengan, dirinya. Harap muka je, comel tapi otak lembab! Ejek Darius di dalam hatinya. Dee yang bengang dengan sikap lelaki itu, terus sahaja mencebikkan bibirnya tanda menyampah. Sia-sia saja dia tanya soalan tu tadi, bukannya dapat jawapan malahan dirinya menjadi bahan gelak lelaki tu, pula. Isskk! Buang air liur aku je cakap dengan dia, ni! Bebel Dee sambil mengerling sekilas, ke arah Darius yang masih lagi mengetawakan dirinya itu.
"Kau duduk, baik-baik! Aku nak naik, kan lagi speed bot ni!" Laung Darius kepada Dee.
Tersedar terus, Dee daripada lamunan panjangnya sebentar tadi. Dengan segera, juga dia membetulkan posisi duduknya. Memang payah jugalah, duduk bersimpuh dengan kedua tangan terikat ke arah belakang. Naik sengal dah kepala lutut dibuatnya. Namun Dee tidak ingin menunjukkan kepada lelaki itu, yang dia kini sedang berada di dalam keadaan yang tidak selesa. Dia perlu kuat barulah lelaki tu tak cam, something wrong dekat dirinya. Baru saja Dee ingin, menghelakan nafasnya tiba -tiba saja tubuhnya terasa ingin melayang ke arah laut bilamana kelajuan bot sudah pun dinaikkan oleh Darius. Pucat lesi jugak raut wajah Dee, dibuatnya. Darius yang melihat keadaan lelaki itu sekadar, ketawa dengan terbahak-bahaknya. Apalah, lelaki ni, itu baru speed bot aku lepas ni kau rasalah pula punishment aku! Desis hati Darius di dalam hatinya. Dia sudah pun merancang bermacam cara untuk menyiksa, kehidupan teman lelaki baru bekas kekasihnya, Gloria. Tidak sabar rasanya dia menjalankan misi, balas dendamnya itu.
"Kita dekat mana ni, encik Darius?!" Pekik Dee dengan kuatnya. Dia kemudian, memerhati keadaan sekelilingnya. Di kiri dan kanannya hanya kelihatan, air laut sahaja. Matahari jugak sudah pun melabuhkan tirainya. Suasana semakin gelap namun, belum lagi kelihatan tanda-tanda bot akan sampai ke destinasinya. Pelbagai perasaan mulai, menguasai diri Dee. Dia benar-benar berasa lapar serta, letih. Keadaan tubuhnya juga semakin, lemah. Bila-bila saja penyakit gastriknya, boleh menyerang tuhuhnya itu.
Pada mulanya, Darius malas nak menjawab pertanyaan Dee itu tetapi setelah melihat wajah panik lelaki itu, dia mula berbicara sambil matanya tetap di halakan ke arah hadapan. Makhlumlah, malang tak berbau bila-bila saja kemalangan boleh berlaku. So! Dia perlu fokus, dengan pemanduannya itu.
"Pulau Besar! Takkan kau tak pernah dengar pasal pulau, ni?!" Tutur Darius dengan nada, kuatnya.
Terperanjat terus, Dee apabila mendengar penjelasan lelaki itu. Mak oi! Jauhnya dia nak kurung aku, sampai dekat pulau pula tu! Bisik hati Dee sendiri sambil merenung sekilas, ke arah Darius yang sedang berdiri membelakangi dirinya itu.
"Pernah dengar, tapi tak pernah pergi!" Jerit Dee dengan nada kuatnya. Rasa macam dah nak pecah peti suara dibuatnya. yalah! Asyik, terjerit saja daripada tadi.
"Kau tau tak, aku ada banglo mewah dekat pulau ni!" Kata Darius dengan penuh bangganya.
Sejurus, mendengar kata -kata Darius itu, Dee terus menjuihkan mulutnya sambil meniru mimik percakapan lelaki itu seketika, tadi. Sombong! Macam dia sorang saja yang ada banglo mewah dekat, pulau? Artis Hollywood pun tak berlagak macam, dia! Berbakul-bakul umpatan Dee terhadap lelaki, itu.
"Oi! Bro, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Soal Darius sambil berpaling ke arah belakangnya. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat lelaki itu sedang mengejek percakapannya sebentar tadi. Amboi! Patutlah senyap saja, rupanya kau tengah ejek aku, ya! Bisik hati Darius sambil menghadapkan pandangannya ke arah hadapan, semula. Dee yang baru perasan, Darius sedang memandang ke arahnya segera menundukkan wajahnya dan menghentikan perbuatannya itu sambil berlagak seperti tidak ada apa -apa yang berlaku.
"Tak payahlah nak ajuk percakapan aku, tu!"
Dee segera, mendongakkan wajahnya selepas mendengar kata-kata lelaki itu sebentar, tadi. Alamak! Dia nampak, kah apa yang aku buat tadi? Abislah, mengamuk sakan lagilah mamat psyco ni, dekat aku! Desis hati Dee sambil mengetip bibirnya.
"Err...en" Baru sahaja, dia ingin membicarakan sesuatu kepada Darius lelaki itu terlebih dahulu mencelah percakapannya. Terdiam terus Dee, dibuatnya.
"Lain kali aku tak nak tengok kau buat macam tu, lagi! Kau dengar, tak?!" Amaran Darius kepada Dee dengan wajah dinginnya.
"Okey! Okey! Aku, dengar!" Jawab Dee dengan pantasnya.
"Good! After this you must behave yourself when we arrive to Island, Besar. Understand!" Pekik Darius kepada Dee.
"Yes! I will behave, myself! Puas Hati!" Jawab Dee dengan berangnya.
Tersenyum lebar terus, Darius apabila mendengar jawapan daripada Dee itu. Dia kemudian mengalihkan, semula perhatian pada bot yang sedang dikendalikan olehnya, itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...