Dee yang baru sahaja selesai, membantu puan Sandra di dapur terus diajak oleh ibu mentuanya itu mengambil angin sebentar di belakang banglo mewah, tersebut. Tanpa banyak soal Dee segera, menuruti perintah dan membuntuti terus langkah kaki puan Sandra menuju ke arah pintu dapur. Sejurus, wanita itu membuka pintu dapur tersebut terpegun seketika, pandangan mata Dee, dibuatnya. Yalah! Mana tidaknya, bahagian kawasan belakang banglo mewah milik, ibu mentuanya itu ternyata berbeza dari yang pernah di lihat oleh dirinya selama, ini.
Kawasan belakang banglo tersebut di hiasi, dengan tanaman pokok bunga dari pelbagai, spesies yang begitu memukau penglihatan mata sesiapa sahaja yang memandangnya termasuklah diri Dee sendiri. Banyaknya pokok bunga! Ini kalau papa tengok mesti dia, suka! Fikir Dee di dalam benaknya sendiri apabila teringatkan hobi papanya yang jugak, gemar bercucuk-tanam sehingga adakalanya, dia sendiri naik pelik dan rasa tidak percaya papanya, seorang lelaki berminat menanam pokok bunga hiasan yang kebiasaannya, hanya dilakukan oleh golongan wanita, sahaja.
Huh! Tapi aku tak adalah minat giler dalam bidang, ni! Setakat, suka tengok orang tanam tu boleh, lah tapi bila kena buat sendiri sorry memang tak reti, langsung. Tiba-tiba ingatan Dee menerawang ke arah kejadian semasa papanya meminta dia menanam pokok bunga hiasan daripada spesies, Orkid. Masa mula-mula nak tanam bunga tu memanglah rasa excited, sangat. Makhlum, lah orang baru belajar, lah katakan.
Tetapi apa yang berlaku memang diluar jangkaan Dee. Keesokkan harinya apabila papanya menjenguk, hasil kerjanya itu bukan pujian yang dia dapat tetapi bebelan serta kemarahan lelaki separuh baya, itu. Bukan main mengamuk besar lagi tuan Imran, dibuatnya. Mana, kan tidaknya, abis akar pokok bunga orkid tu dicantas, olehnya. Yang ditinggal hanyalah, daun dan bahagian bunga orkid itu sahaja, yang di tanam dengan eloknya di atas pasu khas untuk bunga orkid, tersebut.
Semenjak kejadian, itulah papanya tidak pernah lagi membenarkan dirinya mengusik atau membantu dirinya menanam pokok-pokok bunga kesayangannya, itu. Agaknya, papa tak naklah kejadian yang sama berlaku ke pada pokok bunga tanamanya yang lain. Sebab itulah, busy macam mana sekali pun tuan Imran akan memastikan dia sendiri yang merawat serta, menjaga pokok-pokok bunga, tersebut. Agaknya, papa dah cuak kot nak suruh aku, lagi! Kang, tak pasal-pasal abis rosak aku kerja, kan lagi bunga-bunga tu semua! Bisik hati kecil Dee sambil tersengih sendiri apabila mengingatkan kejadian lucu yang pernah menimpa dirinya, itu.
"Ai! Yang Deya tersengih-sengih sendiri ni dah, kenapa?!"
Pertanyaan tiba-tiba daripada puan Sandra seketika, tadi membantutkan terus semua lamunan panjang Dee.
Sengihnya jugak turut, mati. Sepantas kilatnya, dia kemudian menolehkan segera wajahnya ke arah ibu mentuanya itu yang sudah pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan dirinya, itu. Adoi! Yang aku pergi termenung tadi dah, kenapa? Isskk! Tak baiklah aku buat macam tu, tadi. Kang! Mesti mama fikir aku buat tak endah pula dengan diri, dia! Alamak! Apa aku nak buat, ni? Tanya hati kecil Dee sendiri dengan wajah serba-salahnya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, itu.
"Eerr....Maaf, ma! Sebenarnya, saya cuma teringatkan pasal, kejadian lucu semasa mula-mula nak tanam pokok bunga hiasan, ni!"
Terangkat terus kedua-dua kening puan Sandra setelah mendengar jawapan yang terpacul keluar daripada mulut Dee, itu.
"Eh! Tak sangka pula, menantu mama ni pun minat dalam bidang tanaman pokok bunga hiasan, ni! Wah! Best, lah kalau macam ni, bolehlah mama share hobi ni dengan Deya, nanti!" Ujar puan Sandra dengan wajah cerianya.
Mampus! Jangan cakap dia nak suruh aku tanam pokok bunga dia, pula! Adoi, apa aku nak buat ni! Papa! Tolong Dee, pa! Jerit hati batin Dee di dalam lubuk hatinya sendiri dengan wajah kalutnya sambil melemparkan sengih lebarnya ke arah puan Sandra.
*****
"Eerrr...ma! Sebenarnya, bukan Dee yang minat sangat dengan tanaman pokok bunga hiasan ni, tap...." Belum sempat, Dee hendak menghabiskan penjelasannya ibu mentuanya itu terus mencelah percakapannya. Mati terus butir bicara Dee, dibuatnya.
"Hah! Abis tu, siapa yang minat sangat dengan tanaman pokok bunga hiasan, ni?!"
Wajah penuh pertanyaan puan Sandra di tatap sekilas, oleh Dee.
"Papa, saya!" Ringkas sahaja, jawapan yang terpacul keluar daripada bibir mugil Dee itu.
Terperanjat terus puan Sandra selepas mendengar penjelasan Dee sebentar, tadi. Dia seperti, tidak percaya dengan apa yang baru di dengar oleh pendengarannya di saat, ini. Yalah! Memang sesuatu yang pelik, bila mendengar ada jugak golongan lelaki yang berminat di dalam bidang tanaman pokok bunga hiasan yang lebih sinonim dengan kaum, wanita. Dee yang berasa hairan melihat dahi mentuanya itu berkerut-kerut terus berasa tidak sedap hati. Yalah! Risau pula dia, dibuatnya. Nampak sangat wanita tua itu seperti, sedang memikirkan sesuatu.
"Eh! Ma, ada kolam Ikan Koi, lah! Siapa yang buat kolam ikan ni, ma?!" Soal Dee sengaja, ingin mengubah topik perbualannya bersama puan Sandra seketika, tadi.
Tersentak terus, puan Sandra apabila mendengar pertanyaan tiba-tiba daripada Dee itu.
"Kolam ikan koi tu papa yang, buat! Kenapa, Deya nak pelihara ikan koi, kah?!" Tanya puan Sandra dengan wajah ingin taunya sambil bangkit, segera daripada bangku lalu, duduk bersimpuh bersebelahan dengan Dee yang sedang memasukkan sebelah tangannya ke arah air kolam Ikan Koi, itu! Comel, geram pula Dee, melihatnya.
"Suka! Suka sangat, ma! Tapi nak jaga ikan ni bukan mudah, ma! Lagipun kos dia mahal, sangat!" Jawab Dee dengan senyum kecilnya.
Wajah comel menantunya itu di tatap dengan perasaan kasih seorang, ibu. Makhlum, lah puan Sandra memang teringin memiliki, anak perempuan tetapi masaalah komplikasi rahim yang dialami oleh dirinya membuatkan dia terpaksa melupakan sahaja niatnya, itu. Tetapi semenjak, anaknya Darius mengahwini wanita yang berpenampilan tomboy itu dia berasa impian ingin memiliki seorang anak perempuan akhirnya, tercapai jugak. Yalah, meskipun, gadis muda itu bukan darah dagingnya tetapi dia sudah menganggap dirinya seperti, anaknya sendiri. Sebab itulah, masa Darius memberitahu ingin berkahwin puan Sandralah orang yang paling gembira, sekali.
"Mama! Tengok tu bukan main comel la.... terhenti seketika, percakapan Dee setelah menyedari, ibu mentuanya itu rupa-rupanya sedang mengelamun sendiri. Patutlah diam je dari, tadi! Isskk! Kenapa mama nampak macam sedih, je? Aku ada tanya benda yang tak patut, kah tadi? Bisik hati kecil Dee di dalam benaknya sambil menyentuh perlahan-lahan ke arah bahu ibu mentuanya itu dengan tangannya.
"Mama! Mama kenapa, ni? Dee ada cakap benda yang buat hati mama terasa, kah tadi? Eerr...maaf, ma Dee tak berniat pun nak buat ma...."
"Eh! Tak adalah, Deya! Mama okey, lah!" Pintas puan Sandra dengan pantasnya sambil menolehkan semula tatapan matanya ke arah wajah risau Dee pada ketika, ini dengan senyuman terukir di wajahnya.
Mendengar sahaja, jawapan dan senyuman daripada ibu mentuanya itu Dee segera menghelakan nafas dengan perasaan leganya. Dia bukan apa risau jugak bila melihat keadaan puan Sandra sebentar, tadi.
"Huh! Lega terus hati saya ni bila tengok mama dah ceria, balik!" Tutur Dee sambil mengusap perlahan bahu ibu mentuanya, itu.
"Emm....terima kasihlah Deya, sebab sudi terima anak mama, Darius yang panas baran tu sebagai suami Deya!"
"Eh! Janganlah cakap macam tu, ma saya yang sepatutnya rasa begitu sebab abang Darius sudi terima gadis tomboy macam saya ni jadi isteri, dia!" Celah Dee sambil menghalakan semula tatapan matanya ke arah kolam ikan Koi yang begitu menarik pemandangan matanya, itu.
"Amboi! Bukan main seronok lagi awak berbual dengan Deya, tu? Boleh abang join sekali, kah?!"
Sedang asyik, Dee dan puan Sandra bersembang tiba-tiba tuan Carlos muncul lalu, menyampuk perbualan keduanya. Terbantut terus, perbualan di antara puan Sandra dan Dee itu. Tatapan mata mereka berdua terus di hala ke arah tuan Carlos.
"Isskk! Abang, ni terperanjat saya ingatkan siapalah tadi!" Tutur puan Sandra sambil mengurut-urut perlahan dadanya akibat, terperanjat seketika, tadi. Manakala, Dee pula terus melemparkan senyuman manisnya ke arah bapa mentuanya, itu. Tuan Carlos turut membalas senyuman menantunya itu lalu, mengatur langkah kakinya menuju ke arah kolam ikan Koi tersebut dan memberikan makan kepada ikan peliharaan kesayangannya, itu.
"Sayang, abang dah booking flight untuk kita berdua. Jam 7.00 malam ni kita, bertolak!" Ujar tuan Carlos sambil menatap ke arah wajah isterinya, itu.
"Eh! Cepat, bukan sepatutnya kita pergi esok, kan abang?!" Tanya puan Sandra dengan wajah berkerutnya.
"Yes! Honey, but i got call from Jenny, tadi! Dia bagitau dekat abang malam ni jugak kita berdua kena pergi. Sebab wakil niaga dari Syarikat Blue Ocean, tu nak jumpa dengan abang esok, pagi!" Jelas tuan Carlos dengan panjang lebarnya.
Terangguk-angguk terus kepala puan Sandra dibuatnya sejurus, mendengar penjelasan suaminya sebentar, tadi. Sementara itu, Dee yang daripada tadi hanya mendiamkan dirinya segera mencelah perbualan di antara ibu dan bapa mentuanya, itu. Terbantut seketika, perbualan tuan Carlos dan puan Sandra, dibuatnya.
"Eerr...maaf Ma!..Pa!...sebab Dee mencelah sedikit! Sebenarnya, papa dan mama nak pergi mana malam, ni?!"
Pertanyaan Dee itu tidak terus dijawab oleh tuan Carlos sebaliknya, lelaki itu terus menuju ke arah gazebo sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku. Pandangannya ditolehkan semula ke arah Dee yang masih lagi menantikan jawapan daripada mulutnya, itu. Setelah berdiam sejenak, dia memulai, perbicaraanya.
"Takkan Darius tak ada info apa-apa dekat, Deya yang mama dan papa nak pergi ke London selama, seminggu!"
Tercengang seketika, Dee selepas mendengar jawapan daripada tuan Carlos sebentar, tadi. Sepantas kilatnya jugak, dia terus menggelengkan kepalanya. Seminggu, siot! Lama juga, tu! Jadi sepanjang ketiadaan ibu dan bapa mentuanya, itu dia berdua saja dengan Darius di dalam rumah, ni! Pelbagai, perkara buruk terus bermain-main di dalam akal fikirannya pada ketika, ini.
Yalah! Takut dan risau jika Darius mengulangi, lagi perbuatan kejinya itu. Alamak! Seram pula, aku! Apa aku nak buat, ni? Monolog Dee di dalam benaknya sendiri sambil membayangkan keadaan dirinya bila berdua saja bersama dengan suaminya di dalam rumah, itu? Keadaan itu semakin membuatkan dirinya menjadi bimbang dan runsing. Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba dia dikejutkan dengan sapaan Darius yang muncul secara mengejut lalu, merangkul dengan erat pinggang serta mencium belakang tengkuknya tanpa rasa segan silunya di hadapan, ibu dan bapa mentuanya, itu. Merinding terus sekujur, tubuh Dee dibuatnya.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...