Atention please! Everyone! part darius tau identiti Dee maybe dlm part 52. Be patient! Guy's. I promise nak buat part tu dlm part ni. But dont worry i will try my best to make that's part( i mean part 52) thx guys for you support, comment and vote.🔯🔯🔯🔯
Dee masih lagi membuang pandangan matanya ke arah luar manakala, Darius pula sibuk menatap ke arah skrin I phone S7 miliknya itu tanpa mengendahkan langsung keberadaan teman lelaki baru Gloria bekas kekasihnya, itu. Masing-masing hanya diam membisu sehinggalah, Thiago mula membuka mulutnya barulah suasana yang sunyi sepi sebentar, tadi menjadi riuh sedikit.
"Tuan Darius nak balik rumah dulu, kah?!"
Sejurus, mendengar pertanyaan Thiago itu, Darius segera mendongakkan wajahnya lalu, menghalakan tatapan matanya tepat ke arah wajah bodyguardnya, itu. Dee yang tadinya asyik, dengan lamunannya turut menatap ke arah Thiago.
"Yes! Kita on the way dulu dekat rumah aku, after that kita pergi ofis terus!" Jawab Darius tanpa berbasa-basi. Laju saja arahan itu meluncur laju keluar daripada mulutnya.
Selepas mendengar arahan Darius sebentar, tadi Thiago tanpa berlengah lagi, segera mengendalikan kereta yang dipandunya menuju ke jalan masuk utama ke arah rumah banglo majikannya yang terletak di Bukit Kiara, itu. Selang beberapa minit memandu akhirnya, Thiago pun menghentikan kereta yang dipandunya itu betul-betul di hadapan, sebuah banglo. Terpegun seketika, Dee apabila melihat banglo mewah yang sedang tersergam indah di depan matanya itu. Wah! Besarnya! Ini rumah, kah istana? Soal hati Dee dibenaknya, sendiri sambil menatap ke arah banglo tersebut tanpa mengelipkan sedikit pun, tatapan matanya itu.
"Oi! Yang kau duduk lagi dekat kereta aku ni, apasal? Keluar, lah cepat!" Tengking Darius dengan kuatnya sambil beredar keluar daripada kereta itu lalu, bergegas masuk menuju ke dalam banglo mewah tersebut.
Terperanjat terus Dee, dibuatnya. Dengan kelam-kabutnya juga dia meluru keluar dengan segeranya daripada kereta Darius, itu dengan wajah merah padamnya. Sekilas, dia menyorotkan pandangan matanya ke arah Darius yang sudah pun menghilang dari balik pintu. Amboi! Jahatnya mulut, dia! Rungut Dee perlahan sambil menjuihkan bibirnya tanda menyampah dengan sikap berlagak lelaki itu seketika, tadi. Thiago yang kebetulan mendengar rungutannya itu dengan segera menyapa dirinya.
"Dee! Kau janganlah ambik hati sangat dengan perangai tuan Darius, tu. Kalau kau nak tau, boss aku tu sebenarnya, baik! Dia tak adalah jahat manapun garang sikit, je!"
"Haa! Garang sikit awak, cakap? Come on! Bro, itu bukan sikit banyak, tau?" Jawab Dee dengan wajah masam mencukanya.
"Alah! Cool, lah sikit bro! Tak naklah marah-marah macam, ni!" Pujuk Thiago kepada Dee sambil memaut dengan erat bahunya. Tindakan sepontan daripada Thiago itu amat memeranjatkan, Dee. Relax, Dee! Hang jangan pula nak mengamuk sakan dekat mamat sado tu, sebab pegang bahu hang macam, tu! Dia fikir hang lelaki sebab tulah, dia buat macam tu! Hang buat tak tau, je! Kang, hang buat bising kantoi pula rahsia hang, nanti! Bisikkan itu mententeramkan semula perasaan gundah-gulananya sebentar, tadi.
"Aku bukan apa, bro! Aku cuma bengang je, dengan perangai berlagak dan sombong boss kau, tu!" Luah Dee dengan wajah tidak puas hatinya. Kalau diikutkan hatinya ingin saja dia blah sekarang tetapi apabila mengingatkan tawaran lelaki itu semalam niatnya itu terpaksa dibatalkan.
Thiago yang mendengar luahan hati Dee itu hanya, terdiam membisu. Dia sebenarnya, simpati dan kesian. Nak dibantu memang tak dapatlah sebab Darius, kan bossnya. Mustahil untuk dia, melepaskan lelaki itu dari terus berada di dalam genggaman tangan Darius. Bukannya dia tidak kenal dengan sikap bengis dan panas baran majikannya, itu. Huh! Keluhan berat dilepaskan oleh, Thiago. Fikirannya, betul-betul buntu dan berada di dalam keadaan dilema. Dee yang pelik, melihat sikap Thiago yang hanya mendiamkan dirinya segera, menyiku lengan kekar lelaki itu dengan sikunya. Tersedar terus Thiago daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi.
"Ee...alah! Lu, apasal bro? Ingat awek, kah?!" Usik Dee kepada Thiago dengan sengih lebarnya.
Usikkan Dee itu, menerbitkan senyuman di bibir Thiago. Awek? Entah mengapa, pertanyaan lelaki itu mengingatkan terus Thiago kepada Kristy. Tiba-tiba sahaja fikirannya dipenuhi, dengan wajah dan tubuh seksi wanita itu. Kalau tengok dari muka mamat, ni! Sah! Tekaan aku tadi tu, betul. Confirm! Mesti tengah berangan dengan awek, dia! Duga Dee di dalam akal fikirannya, sendiri sambil tergelak dengan kuatnya.
Thiago yang sedang asyik, dengan lamunannya tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan gelak kuat daripada Dee yang masih lagi setia berdiri disampingnya. Wajahnya segera, dipalingkan ke arah lelaki itu. Kelihatan, Dee sedang mentertawakan dirinya. Merah padam terus raut wajah Thiago, dibuatnya. Adoi! Apasal, pula aku boleh berkhayal perkara yang bukan-bukan, ni? Desis hati Thiago sendiri dengan wajah bingungnya.
"Dahlah jang...."Baru sahaja, Thiago ingin, mengatakan sesuatu Darius tiba-tiba mencelah percakapannya, itu.
"Amboi! Seronok, nampak?!"
Terdiam terus Thiago, dibuatnya begitu juga dengan Dee. Gelak tawanya juga turut, terhenti. Suasana yang kecoh sebentar, tadi terus bertukar menjadi sunyi sepi. Hanya, kedengaran bunyi degup jantung Dee berdetak dengan lajunya. Kemunculan tiba-tiba Darius amat mengejutkan, dirinya dan Thiago.
Wajah gelabah Dee dan Thiago di renung dengan silih berganti oleh, Darius sambil berjalan mundar-mandir di hadapan mereka berdua. Entah mengapa, hati Darius begitu terguris apabila melihatkan, Kemesraan di antara Dee dengan Thiago ketika dia mengintai melalui, tingkap biliknya sebentar, tadi. Kelakuan keduanya amat menyakitkan hatinya. Dadanya sesak dan bagai, kan ingin meletup sejurus melihat tangan Thiago memaut erat ke arah bahu Dee. Secara automatik perasaan cemburu terus menguasai, dirinya. Pelik? Dia sendiri bingung dengan perasaan yang sedang dialaminya pada ketika dan saat, ini. Semuanya begitu menyemakkan kepala, otaknya. Thiago yang risau melihatkan keadaan Darius di saat ini segera, menyapanya.
"Tuan Darius! Sebenarnya, saya de...."
"Diam! Aku tak tanya pun apa-apa soalan, lagi. So! You bettar shut you mouth, Thiago!" Pintas Darius sambil menundingkan jari telunjuknya tepat ke arah wajah bodyguardnya, itu. Terdiam terus Thiago, dibuatnya.
Isskk! Dia, ni bagilah orang tu jelaskan hal yang sebenar dulu barulah suruh, diam! Bebel Dee di dalam lubuk hatinya sendiri. Dia yang sudah tidak tahan melihat perangai kerek Darius itu segera, mencelah percakapannya.
"Yang tuan Darius nak marah sangat dekat saya dan Thiago ni dah, kenapa? Kami bukannya buat benda yang tak, senonoh pun. Takkan setakat, bersembang macam tu tuan Darius nak cemburu pula!"
Berdesing terus cuping telinga Darius apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki itu terhadap dirinya di saat, ini. Memuncak terus api kemarahan yang sejak tadi cuba ditahan olehnya, itu. Dadanya kelihatan, turun naik. Buku lalinya dikepal dengan kuatnya. Bila-bila masa saja buku lalinya itu bakal mengenai, wajah comel lelaki yang sedang merenung wajahnya dengan tatapan sinisnya seolah-olah sedang mempersendakan dirinya. Dengan perasaan berangnya dia terus meluru ke arah lelaki itu dan ingin menyerangnya. Dee yang perasan dengan tindakan Darius itu segera, menjauhkan dirinya dengan bersembunyi di belakang Thiago.
"Tolong aku, Thiago!" Rayu Dee dengan wajah cemasnya.
Rayuan lelaki itu, menimbulkan terus perasaan simpati di dalam hati Thiago. Darius yang mulai, naik hantu dengan adegan yang sedang berlaku di depan matanya itu sekali lagi ingin menyerang ke arah Dee tetapi niatnya itu tidak kesampaian.
"Dont hit him tuan, Darius!" Halang Thiago sambil mencengkam erat buku lali Darius dengan tangannya.
Halangan Thiago itu, menambahkan lagi amarah dan sakit hati Darius. Wajah bodyguardnya itu terus di tatap dengan tajamnya.
"Let go my hand, Thiago!" Jerit Darius dengan wajah berangnya sambil menolak kuat tubuh sado bodyguardnya itu dengan sebelah tangannya. Terdorong terus tubuh Thiago ke atas lantai disusuli sekali oleh, Dee. Nasib baiklah masa jatuh tu tubuh sado Thiago tidak menghempap ke atas tubuh Dee yang kurus kering, tu. Kalau tidak memang patah renyuk jugalah tulang- belulangnya.
"Kalau aku ikutkan kemarahan aku sekarang ni, memang teruk kau berdua aku kerja, kan!" Pekik Darius dengan wajah berangnya sambil mencengkam kolar baju Thiago dan menarik kuat rambut pendek Dee dengan sebelah tangannya.
"Tuan Darius ni dah, ken...."
"Tolonglah maafkan kami berdua, tuan Darius!" Pintas Thiago dengan percakapan Dee sambil mengenyitkan sebelah matanya sebagai, isyarat menyuruhnya diam.
Perkataan maaf yang keluar daripada mulut Thiago itu meredakan sedikit, kemarahan Darius. Perlahan-lahan tangannya yang mencengkam kolar baju Thiago dan menarik rambut pendek Dee segera dilepaskan, olehnya. Dia bingkas bangun dari bertekuk lutut sebentar, tadi dan terus meraup wajahnya berulangkali. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah Dee dan Thiago. Timbul terus rasa penyesalan di dalam hatinya kerana terlalu mengikutkan perasaan marah dan cemburunya sebentar, tadi. Oh god! Apa yang aku dah buat, ni? Desis hati Darius dengan perasaan bersalahnya.
"I am sorry!" Ringkas saja kata-kata yang keluar daripada mulut Darius.
Tercengang terus Dee dan Thiago apabila mendengar perkataan maaf yang baru keluar daripada mulut Darius sebentar, tadi. Darius yang pelik, melihat Dee dan Thiago hanya diam membisu terus menjerit dengan kuatnya.
"Yang kau berdua tercegat lagi dekat depan aku ni, apasal? Masuk, cepat!" Arah Darius dengan wajah seriusnya sambil menghadiahkan jelingan tajamnya kepada Dee. Kecut terus perut Dee dibuatnya manakala, Thiago pula sekadar menganggukkan kepalanya lalu membuntuti langkah kaki bossnya, itu.
Sejurus, menjejakkan kaki kedalam banglo tersebut terbeliak terus biji mata Dee apabila melihat keluasan banglo itu dua kali ganda berbanding banglo Darius yang berada dekat Pulau Besar, tu. Sedang asyik, dia memerhatikan suasana di dalam banglo tersebut tiba-tiba sahaja cuping telinganya mendengar pekikkan kuat suara kanak-kanak.
"Abang Rius!!
Wajahnya segera, dipalingkan ke arah belakangnya. Kamal? Apasal, pula budak ni ada dekat banglo ni? Soal hati Dee sendiri sambil memerhatikan Darius memeluk erat tubuh Kamal, cucu nek Mah ibu angkatnya, itu.
"Eh! tuan Darius dah, sampai!" Sapa Nek Mah dengan wajah cerianya. Namun senyumannya mati apabila menyedari, kehadiran Dee.
Nek Mah! Tergamam seketika, Dee apabila menatap ke arah wajah ibu angkatnya, itu. Berbagai, persoalan terus menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Dee di saat, ini.
"Oi! Kau duduk diam-diam dekat dalam rumah, ni! Aku dan Thiago nak pergi pejabat, jap. Kau jangan nak lari, pula!" Ingat Darius kepada Dee sebelum beredar pergi bersama dengan Thiago. Sebelum pergi sempat lagi, lelaki itu berpesan kepada nek Mah supaya mengawasi dirinya.
Alah! Kalau aku nak blah bila-bila boleh, bro! Desis hati kecil Dee sendiri sambil memerhatikan kelibat, Darius sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia kemudian, mengalihkan semula perhatiannya kearah nek Mah yang masih lagi berdiri terpacak di hadapannya, itu.
"Rindunya dekat ibu Dee, ni!" Kata Dee sambil memeluk erat tubuh ibu angkatnya itu. Hampir sebulan, nek Mah tidak bersua muka dengan Dee. Terlihat, sungguh perubahan pada wajah dan tubuh anak angkatnya itu yang semakin cengkung dan kurus kering.
"Ibu pun rindu juga dekat, Deya!" Jawab nek Mah sambil tersasul menyebutkan nama sebenar Dee seketika, tadi.
"Ibu! Jangan panggil Deya, bahaya!" Ingat Dee kepada ibu angkatnya, itu.
"Maaf, ibu tersasul tadi. Dahlah asyik bersembang je Dee mesti tengah lapar, kan? Jom! makan sekali dengan ibu!" Ajak nek Mah sambil memaut erat pergelangan tangan Dee.
Tersungging terus senyuman lebar di raut wajah Dee sejurus, mendengarkan ajakkan ibu angkatnya pada ketika, ini. Kebetulan pula dia dari pagi lagi tidak menjamah sebarang makanan. Perutnya jugak sudah mula, berkeroncong!
"Baik, boss! Perintah boss akan saya, turuti!" Ucap Dee sambil mengangkat sebelah tangannya sebagai, menunjukkan tanda tabik kepada ibu angkatnya, itu.
"Dahlah, tu Dee! Jom ikut ibu makan sekarang dekat dapur, tu!" Arah nek Mah sambil tersengih dengan lebarnya.
Sampai sahaja di dapur Dee terus melabuhkan punggungnya di atas, kerusi sambil memerhatikan ibu angkatnya itu sibuk menghidangkan nasi, ayam masak merah, sayur peria tumis dan sedikit ikan masin terubuk di atas meja makan.
"Dee! Jom, makan! ibu dah siapkan makanan, ni!" Pelawa nek Mah kepada Dee.
Selepas mendengar pelawaan ibu angkatnya, itu Dee dengan senang hatinya terus menjamah makanan tersebut dengan begitu berselera, sekali.
"Emm...sedapnya masakkan, ibu!" Puji Dee kepada nek Mah yang baru sahaja ingin menyuakan, nasi ke dalam mulutnya. Tersengih terus wajah tua wanita separuh baya itu, dibuatnya.
"Isskk! Kamu ni, Dee! Masakan ibu ni, tak adalah sedap mana, biasa-biasa je" Jawab nek Mah dengan rendah- dirinya.
Sedang asyik, Dee dan nek Mah bersembang tiba-tiba sahaja Darius muncul dan terus menyapa ke arah Dee.
"Oi! Kau ikut aku, sekarang!"
Mati terus selera makan Dee apabila mendengar arahan daripada Darius sebentar, tadi. Wajahnya segera, didongakkan ke arah wajah lelaki itu.
"Bagilah saya abiskan makanan ni dulu, tuan Darius!" Pinta Dee.
"Isskk! Kau jangan mengada-gada boleh, tak? Cepat! Ikut aku, sekarang!" Arah Darius sambil menatap dengan tajamnya.
"Tuan Darius, bagilah encik Dee abiskan makanan dia du...."Belum sempat, nek Mah hendak menghabiskan percakapannya Darius terus mencelahnya.
"Nek Mah! Ini urusan saya dengan dia. Nek Mah tak usah masuk campur, ya!"
"Tuan Darius! Respectlah sikit bila bercakap dengan nek Mah, tu. Dia, kan orang tua!" Sampuk Dee dengan wajah geramnya. Geram melihat sikap lelaki berlagak sombong, itu!
Berdesing terus cuping telinga Darius selepas mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dee seketika, tadi. Amboi! Ada hati pula nak tegur perangai, aku! Bisik hati kecil Darius sambil menghalakan terus tatapan matanya ke arah Dee.
"Oi! Kau dah lupa, kah pasal tawaran aku semalam, tu? Emm....tak apalah, kalau kau tak nak buat job tu aku boleh suruh thiago!" Ujar Darius sambil mengusap dagunya sendiri.
Adoi! Apasal, pula aku boleh terlupakan pasal tawaran, tu? Itu tiket aku agar dapat lepas dari tangan lelaki psyco, ni! Bebel Dee di dalam hatinya sambil menatap sekilas, ke arah wajah Darius yang masih lagi menantikan jawapan daripada mulutnya, itu. Kau fikir apa lagi, Dee? Cakap je, lah yang kau setuju! Bisikkan itu, menyedarkan terus dia daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi.
"No!!" Pekik Dee secara tiba-tiba.
"What do you mean, no?!" Soal Darius dengan wajah bengangnya.
"Please! Let me do it that job, tuan Darius!" Rayu Dee sambil memaut erat pergelangan tangan lelaki itu dengan kedua-dua tangannya.
Tindakkan spontan Dee itu amat, mengejutkan Darius. Perlahan-lahan matanya dilirikan ke arah tangannya. Sentuhan tangan lelaki itu menimbulkan perasaan sensasi yang amat sukar untuk diterjemahkan, olehnya. Wake up! Darius! Bisikkan itu, menyedarkan terus dirinya dari terus dibuai hanyut dengan perasaannya sendiri. Dengan pantasnya juga Darius menarik semula tangannya dari terus dipaut oleh lelaki, itu.
"Dah! Kau jangan nak banyak cakap lagi, ikut aku sekarang!" Arah Darius sambil mencerlung tajam ke arah Dee.
Kecut terus anak perut Dee apabila melihat renungan tajam mata Darius pada ketika, ini. Oh god! Desis hati kecilnya sendiri sambil bangkit terus dari tempat duduknya lalu, membuntuti langkah kaki lelaki itu naik menuju ke tingkat atas banglo, tersebut. Nek Mah pula hanya, menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihatkan karenah pelik majikan dengan anak angkatnya, itu. Apa kenalah dengan budak dua orang ni, dah macam anjing dengan kucing dah aku, tengok! Desis hati kecil nek Mah sendiri sambil menyambung makannya yang terganggu sebentar, tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...