Bab 15

9.9K 184 0
                                        


    Darius segera, menghelakan nafasnya sejurus sahaja keluar daripada gudang tempat dia mengurung teman lelaki baru, bekas kekasihnya itu. 'Encik Darius! Saya takkan pernah takut dengan ugutan encik Darius, tu!' Tergiang-giang semula, kata-kata lelaki itu ke dalam cuping telinga Darius. Kemarahan yang reda sebentar tadi, kini datang kembali menyelubungi dirinya. Darius! Be cool, man! Bisikkan itu menyedarkan semula dia daripada amarahnya. Sekilas, Darius merenung ke arah jam Rolex yang berada di tangannya itu. Jam tepat menunjukkan pukul 11.30 pagi! Terbeliak terus biji matanya apabila melihat angka waktu yang terpempang di depan matanya itu.
   Baru dia teringat sepatutnya, hari ini dia perlu menghadiri mesyuarat penting bersama wakil daripada Syarikat, Desaru Holding. Oh my god! Aku dah lewat ni, kalau nak on the way sekarang pun, belum tentu sempat. Abislah, mesti papa tengah bengang dengan aku sekarang ni! Desis hati Darius sambil terus meluru ke arah kereta ferarrinya dengan tergesa-gesa. Tanpa berlengah lagi, dia segera menghidupkan keretanya itu dan terus beredar pergi daripada gudang tersebut.
   Sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Heritage, Darius terus memikirkan alasan apa yang boleh di beri kepada papanya agar orang tua itu tidak memarahi dirinya. Ini dah masuk kesalahannya yang, kedua kali. Tak dapat dia hendak mengambarkan, bagaimana buruknya situasi yang bakal dihadapinya sebentar lagi. It' okey, Darius! Relaxlah sikit, kalau kau gelabah macam sekarang ni, fikir apa pun takkan jadi, bro! Bisikkan itu, membuatkan diri Darius menjadi tenang semula.
   Sejurus sahaja sampai di hadapan Hotel Heritage, Darius segera menghentikan keretanya dan segera menyerahkan kunci keretanya kepada budak bell boy hotel tersebut. Langkah kakinya, di lajukan ke arah lif. Sampai sahaja, di dalam lif dia terus menekan punat 5 yang akan terus membawanya naik ke ofisnya. Terbuka sahaja, pintu lif tersebut Darius terus bertembung dengan Jenny yang kebetullan baru ingin menuju ke arah lif. Tanpa mengendahkan, kehadiran setiausaha papanya itu, Darius segera melangkah pantas ke arah ofisnya.
   "Encik Darius!"
  Mati terus langkah kaki Darius, sejurus mendengar suara sapaan Jenny ke arahnya. Dia kemudian segera berpaling, lalu memandang tubuh genit wanita di hadapannya itu.
   "yes! What do you want, Jenny?" Soal Darius dengan wajah seriusnya.
   Terkejut terus Jenny, apabila melihat wajah lebam dan serius milik anak majikannya itu. Isskk! Apasal, dengan muka encik Darius, ni? Lebam semacam je, aku tengok! Dia bergaduh dengan orangkah? Bertubi-tubi soalan terus menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Jenny. Darius yang mulai, geram dengan sikap membisu setiausaha papanya, itu terus sahaja menyergah ke arah wanita itu.
  "Miss Jenny!"
  Jenny yang sedang asyik, dengan lamunannya itu apa lagi terus terperanjat apabila di sergah secara tiba-tiba oleh Darius sebentar tadi. Baru dia perasan, yang lelaki itu telah melihat dia tengah leka dengan khayalannya sendiri. Merah padam terus wajah Jenny dibuatnya.
   "Eerr...maafkan saya, Encik Darius! Sebenarnya, saya cuma nak informkan dekat Encik Darius yang Tuan Carlos ingin bertemu dengan Encik Darius sekarang, jugak!" Tutur Jenny dengan pantasnya.
   Darius yang sudah dapat meneka jawapan Jenny itu, hanya menganggukkan kepalanya dan terus beredar pergi.
Huh! Leganya, nasib baiklah dia tak mengamuk dekat aku tadi! Desis hati Jenny di dalam hatinya sambil memerhati kelibat Darius sehingga hilang dari pandangan matanya.

                                                
                                               *****
 
  

   Darius merenung seketika, pintu ofis papanya itu sebelum mengetuk pintu ofis tersebut.
  "Tok! Tok! Tok!"
   Tuan Carlos yang sedang, tekun menghadap lap top di hadapannya tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ketukkan dari luar pintu ofisnya.
   "Masuk!" Arah tuan Carlos sambil menatap semula ke arah lap topnya.
   Sejurus mendengar arahan papanya itu, Darius dengan segeranya terus membuka pintu ofis tersebut lalu meluru masuk dengan perasaan yang amat berdebar-debar sekali. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati mengharapkan papanya tidak memarahi dirinya. Darius kemudian, menghalakan pandangannya ke arah papanya yang kelihatan begitu sibuk dengan kerjanya.
  "Papa!" Sapa Darius dengan wajah paniknya.
  Apabila halwa telinga tuan Carlos mendengar sapaan anaknya itu, dia segera menghentikan perkerjaanya. Wajahnya segera, didongakkan ke arah Darius. Tergamam seketika, dia bila melihat wajah lebam anaknya itu.
  "Darius! Apasal, dengan muka kamu tu?!"
  Tersentak terus, Darius apabila diajukan dengan pertanyaan itu oleh papanya. Baru dia teringat pertarungannya bersama teman lelaki baru Gloria, bekas kekasihnya itu. Alamak! Macam mana pula aku boleh lupa pasal lebam dekat muka aku, ni! Soal Darius di dalam hatinya sendiri. Melihat reaksi gelabah anaknya itu tuan Carlos segera menggelengkan kepalanya. Ini adalah kesalahan kedua yang telah dilakukan oleh anak bujangnya itu. Dia sebenarnya, pelik melihat tingkah laku Darius sejak akhir-akhir ini. Setaunya, Darius seorang yang komited dengan kerjanya. Jarang sekali anaknya itu mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya sebelum ini.
  "Papa! Darius nak minta maaf sangat sebab...."        
  "Duduk, Darius!" Celah tuan Carlos kepada anak bujangnya itu.
   Darius segera, melabuhkan punggungnya ke arah kerusi dan terus memandang ke arah wajah serius papanya itu. Dia tau, papanya pasti sedang marah dengan dirinya pada ketika ini.
  "Darius! Tell me what's you problem, son?" Soal tuan Carlos dengan nada lembutnya.
   Tergamam seketika, Darius apabila mendengar nada lembut yang keluar daripada mulut papanya itu. Aku tengah mimpikah sekarang, ni? Pelik ni, biasanya kalau aku buat salah mesti dah kena ceramah dah! Desis hati Darius sendiri.
   "Papa! Okey, tak ni?!" Soal Darius dengan wajah cemasnya.
   Terangkat terus, sebelah kening tuan Carlos apabila mendengar pertanyaan anaknya itu. Wajah cemas Darius terus di tatap olehnya.
  "Apa pula yang tak okeynya? Papa sihatlah, Darius!"
  Mendengar sahaja jawapan daripada papanya itu, Darius terus menarik nafas dengan leganya. Dia sebenarnya, risau kalau-kalau sakit jantung papanya datang balik sebab itulah dia cemas semacam je tadi.
   "Huh! Lega terus hati Darius ni, bila den..."
   "Enough! Darius tak jawab lagi soalan papa, tadi!" Pintas tuan Carlos kepada percakapan anak lelakinya itu.
   Terdiam terus, Darius apabila diingatkan semula dengan pertanyaan papanya sebentar tadi. Alamak! Macam mana aku nak bagi tau papa, masaalah aku yang sebenarnya. Takkan nak cakap pula, dekat dia yang aku dah culik orang dan rancang nak bunuh orang tu juga! Bertubi-tubi soalan mulai, masuk menyesakkan lagi fikiran Darius yang sudah pun sedia berserabut itu. Tuan Carlos yang pelik, melihat Darius hanya diam membisu segera menyapanya semula.
   "Darius! Kamu dengarkah, dengan pertanyaan papa tadi?!"
    Tersentak terus, Darius daripada lamunannya apabila disapa secara tiba-tiba oleh papanya itu. Dengan suara gelabahnya dia mulai, berbicara"Err...papa tanya ap..apa dengan Darius tadi?"
   Terjegil terus, biji mata tuan Carlos apabila diajukan dengan pertanyaan semula oleh anaknya itu. Isskk! Darius ni, memang saja je nak naikkan darah aku! Bisik hati tuan Carlos dengan geramnya.
   "Darius! I am not joking right, now! Baik Darius cakap dekat papa sekarang, apa sebenarnya masaalah Darius sampai tak masuk ofis dan tak hadir dalam mesyuarat hari ni?!"
   Soalan bertubi-tubi daripada tuan Carlos itu, membuatkan fikiran Darius semakin bingung. Dia sendiri juga tidak tau bagaimana cara untuk menjelaskan masaalah yang sedang dihadapinya kepada papanya itu. Dalam saat yang semakin genting itu, tiba-tiba saja dia terfikirkan sesuatu. Dengan selambanya, Darius segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu berpura-pura sedang membaca pesanan ringkas yang diterima olehnya. Selang beberapa saat kemudian, dia bingkas bangun dari kerusinya dan terus menyapa papanya dengan suara paniknya. Terperanjat terus tuan Carlos dibuatnya.
   "Oh my god! Papa! Darius dah lambat ni, ada klient nak jumpa dengan Darius sekarang! Nanti saja kita bincang pasal hal ni, I got to go, now!"
   "Darius! Papa belum habis cakap, lagi!"
   Pekikkan kuat papanya itu tidak diendahkan langsung oleh Darius apa yang dia tau dia perlu beredar pergi dari bilik itu sebelum papanya mulai, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Papa! Maafkan Darius! Desis hati Darius sendiri.

Please add,vote and comment my novel. I will try update a little bit faster. Please support my novel. I need you reponds and feedback guys. Good night😴😴😴😴
  
  
 
 
 
 
  
  

  
  
 

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang