Bab 10

10.3K 215 3
                                    

  

    Tersedar terus Dee daripada pengsannya, selepas wajahnya di percik dengan air oleh seseorang. Samar-samar dia melihat kelibat seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum dengan sinisnya. Dia cuba untuk menjerit, namun hampa mulutnya diletakkan dengan pita pelekat. Perasaan takut mulai, menyelubungi dirinya di saat ini. Dia cuba mengingati, sesuatu. Tiba-tiba raut wajahnya terus bertukar menjadi pucat lesi apabila mengingat semula kejadian buruk yang telah menimpa dirinya seketika tadi.Oh my god! Aku di culikkah? Desis hati Dee sendiri sambil menatap semula ke arah lelaki yang masih lagi mencerlung tajam ke arah dirinya itu. Kali ini penglihatannya semakin jelas. Eh! Bukan tadi lelaki ni, yang langgar aku masa dekat jalan tadi? Bisik hati Dee sambil terus memerhatikan tingkah laku pelik lelaki yang telah menculiknya itu. Ni, apasal pula dia senyum semacam, je dekat aku ni?! Meremang terus bulu tengkuknya apabila teringatkan, kejadian penculikkan yang melibatkan kes rogol dan bunuh yang sering dilaporkan oleh para media cetak sejak akhir -akhir ini.
   "Oi! Bro! Apasal, lu pandang gua macam tu? Aku ni straight guy, lah! Aku tak minat dengan yang sejenis, ni!" Sindir Dee dengan selambanya.
   Alex terus tersengih apabila mendengar sindiran pedas lelaki yang berada di hadapannya itu terhadap dirinya. Dia jugak tidak mengendahkan langsung pertanyaan lelaki itu sebentar, tadi. Tubuh tinggi lampai lelaki itu kemudian diperhatikan seketika, olehnya. Tiba-tiba dahi Alex berkerut seribu, ada sesuatu yang sedang menarik perhatiannya di saat ini. Comel pula muka mamat ni, macam muka perempuan je, aku tengok! Desis hati Alex sendiri.
    Dee yang sedang asyik, melayan perasaan takutnya itu, terus tersentak apabila di sapa secara tiba-tiba oleh lelaki yang menculik dirinya itu. Dia apa lagi, terus tersedar daripada lamunan panjangnya sebentar tadi.
   "Emm...tuan putera! Dah sedar, ye!" Kata Alex kepada Dee sambil terus membuka pita pelekat yang masih lagi berada di mulutnya itu.
   Sejurus sahaja, pita pelekat di tanggalkan daripada mulutnya, Dee terus menghemburkan semua perasaan marahnya terhadap lelaki itu.
  "Kau siapa, hah? Aku dekat mana, ni?!" Soal Dee dengan berangnya.
   Binggit terus, cuping telinga Alex apabila mendengar pertanyaan bertubi-tubi daripada lelaki yang telah diculiknya itu.
   "Woi! Kau diam boleh, tak?!" Tengking Alex dengan suara lantangnya.
   Tergamam seketika, Dee dengan tengkingan tiba-tiba lelaki itu terhadap dirinya. Dia kemudian, cuba bangkit dari tempat duduknya namun pergerakkannya itu tiba-tiba terhenti. Pandangannya kemudian segera, dihala ke arah tangan dan kakinya, terbeliak terus matanya apabila melihat Kedua-dua tangan dan kakinya telah diikat dengan tali.
   "Oi! Bro! Apasal lu, ikat tangan gua ni? Lepaslah!!" Bentak Dee dengan geramnya sambil cuba melepaskan ikatan pada tangannya namun usahanya itu menemui, kegagalan. Senyuman pula semakin lebar menghiasi, wajah lelaki yang telah menculik dirinya itu.
   "Ha! Ha! Ha! Kelakar pula aku tengok kau ni, dah macam beruk je aku tengok!" Jawab Alex sambil terus membangunkan lelaki itu daripada duduknya lalu mencengkam kuat kolar baju lelaki itu dengan kasarnya.
   Terperanjat terus, Dee dengan tindakan sepontan daripada Alex terhadap dirinya itu. Tubuh lelaki itu, begitu hampir dengan dirinya. Di dalam hati dia hanya mampu berdoa agar lelaki itu tidak menyedari, yang dirinya adalah seorang wanita.
   "Hei! Jangan nak main kasar sangat, bro! Gua be...Belum sempat, Dee hendak menghabiskan percakapannya tangan lelaki itu tiba-tiba sahaja mengusap lembut ke arah pipinya. Terdiam terus dia dengan tindakan pelik, daripada lelaki itu.
   "Nasib baiklah, kau ni lelaki kalau perempuan dah la..."Belum sempat, Alex hendak menghabiskan kata-katanya suara yang datang dari arah pintu membuatkan dia menurunkan tangannya dari terus menyentuh pipi mulus milik, lelaki yang telah diculiknya itu. Dia kemudian, melemparkan tatapan matanya kearah pintu.
   "Alex!!"
   "Tuan Darius!" Tutur Alex dengan wajah, kagetnya. Tanpa berlengah lagi, dia terus menjauhkan dirinya daripada Dee.
   Darius? Tercengang terus, Dee sejurus mendengar nama bekas teman lelaki Gloria tercetus daripada mulut lelaki yang telah menculiknya itu. Dia kemudian, terus mendongakkan wajahnya ke arah pintu. Terkedu sebentar dia, apabila melihat Darius sedang berbual dan berjabat tangan dengan lelaki yang telah menculik dirinya itu. Air liunya terus ditelan. Pelbagai andaian, mulai bermain di kotak fikirannya diketika, ini. Apa kaitan, Darius dengan lelaki tu? Desis hati Dee sendiri sambil terus memerhati, dengan curiga kelakuan pelik kedua -dua lelaki itu dengan sorot matanya.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now