Bab 90

7.9K 95 3
                                        

   Picture abave: Darius and Draco🔯🔯🔯

     "Dik! Kita dah sampai, ni!"
     Tersentak terus Dee dengan sapaan tiba-tiba pemandu grab car yang ditumpangi, oleh dirinya, itu.
     "Eerr....tambangnya berapa, bang?!" Soal Dee sambil menyelongkar dengan segera, beg sandangnya.
     "10.00 ringgit, dik!" Ringkas saja jawapan pemandu grab car itu.
     Mak oi, mahalnya! Sampai 10 ringgit dia cas, aku! Isskk! nasib baik aku nak cepat tadi, kalau tidak jangan harap aku nak naik grab car kau ni, cekik darah betul! Rungut Dee di dalam hatinya sendiri sambil menghulurkan dengan segeranya not duit kertas bernilai, 10 ringgit itu ke arah pemandu grab car yang masih lagi menatap ke arah dirinya dengan sengih lebarnya.
     "Terima kasih banyak, dik! Eerr....lain kali kalau nak pergi mana-mana boleh call abang dengan nombor, ni!" Ujar pemandu lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kad ke arah Dee.
     "Okey!" Jawab Dee dengan ringkasnya lalu, mencapai kad tersebut dengan senyum yang sengaja, dibuat-buat olehnya. Jangan mimpi aku nak call grab car kau ni lagi, memang taklah! Baik aku naik teksi biasa tadi, tak adalah nak cekik darah sangat! Bebel Dee di dalam benaknya sendiri sambil meluru keluar dengan segeranya daripada grab car, tersebut.
    Sekilas, pandangan matanya di halakan semula ke arah grab car  yang sudah pun memecut dengan lajunya di atas jalan raya. Oh god! Mengucap panjang terus dia apabila melihat cara lelaki itu membawa kenderaanya. Tidak mempedulikan keselamatan pemandu lain langsung. Dia main u-turn je, dekat tempat yang tidak sepatutnya. Pemandu jenis macam ni, lah yang selalu menjadi penyebab kemalangan jalan-raya sejak akhir-akhir ini. Semua asyik, nak cepat je! Undang-undang jalan raya tak nak ikut langsung! Tapi bila dah berlaku kemalangan mulalah nak salah, kan orang lain walhal diri-sendiri yang salah. Huh! Keluh Dee sendiri sambil menghelakan nafasnya. Cap yang dipakai ditanggalkan lalu, diselip ke arah poket seluar tracksuitnya. Rambut pendek yang kusut masai dibetulkan dengan tangannya. Kebetulan pula, pintu masuk utama ke Fitness Centar Freela ni, seperti cermin bolehlah dia melihat penampilan dirinya sekejap.
     Setelah, berpuas hati dengan penampilan dirinya dia terus menarik tombol pintu lalu, meluru masuk dengan segeranya. Terpegun seketika, matanya apabila melihat ruangan luas yang terdapat di dalam Fitness Centar Freela, tersebut. Mak, oi! Besarnya! Ni, kalau aku angkut Gloria pergi dekat tempat ni gerenti, dia mesti suka gila punya! Mahklumlah, dia, kan jenis wanita yang obses dengan kecantikkan. Cakap je, fitness centar mana dia tak pernah masuk, semua dia dah try! Pelik, macam manalah aku yang tomboy ni boleh pula bersahabat baik dengan wanita yang vogue seperti, Gloria tu! Desis hati kecil Dee sendiri di dalam benaknya.
     "Good Morning, sir! May i help, you!"
     Sejurus sahaja, kaki Dee menjejak masuk ke dalam bangunan Fitness Centar itu dia terus disambut dan disapa dengan ramahnya oleh pembantu wanita yang bertugas di bahagian pendaftaran. Melongo terus Dee, dibuatnya apabila buat sekalian kalinya sekali lagi dirinya di salah-ertikan sebagai lelaki oleh pembantu wanita, tadi. Sabar je, lah Dee! Kau nak salah, kan budak perempuan tu pun tak boleh jugak! Kau yang pakai baju dah macam jantan terima je, lah dia nak panggil apa pun! Monolog Dee di dalam lubuk hatinya sendiri sambil melemparkan senyuman lebarnya ke arah pembantu wanita yang turut tersipu-sipu malu membalas senyumannya itu.
     Dee yang mengerti dengan senyuman wanita itu terus tergelak dengan lucunya di dalam hati. Confirm! Dia ingat aku ni lelaki tu yang tergedik semacam je, depan aku sekarang, ni! Desis hati kecil Dee sambil mengetuk-getuk hujung jarinya ke atas meja. Sesekali, dia bersiul kecil sambil matanya ligat, memerhatikan para pengunjung lain yang turut datang ke Fitness Centar Freela, tersebut.
      "Eerr....Sir, please fill this form!"
     Tersedar terus Dee daripada lamunanya apabila di sapa secara tiba-tiba oleh pembantu wanita yang bernama Hetty. Dengan kelam-kabutnya dia mengalih, kan terus perhatian matanya ke arah wajah bujur sirih, wanita itu. Pen yang dihulurkan segera disambut dengan cepatnya lantas, laju saja tangannya mengisi borang pendaftaran sebelum masuk ke dalam Fitness Centar Freela. Ini merupakan salah-satu syarat penting jika ingin berkunjung buat pertama kalinya ke Fitness Centar Freela yang begitu popular di kalangan orang kenamaan dan para celeberiti. Oopss! Terasa macam artis, lah pula! Desis hati kecil Dee sendiri sambil tersengih-sengih sendiri. Setelah, siap mengisi borang pendaftaran masuk itu dia menyerahkannya kembali kepada Hetty yang daripada tadi, tidak mengalihkan langsung tatapan matanya daripada dirinya. Sampai, kan jadi tidak selesa pula dia, dibuatnya.
      "Eerr....Dik, okey tak borang akak tu?!"
     Berubah terus riak, wajah pembantu wanita bernama Hetty itu apabila mendengar suara lembut Dee menyapa dirinya sebentar, tadi. Borang yang berada di tangannya terus terlepas. Alangkah, terperanjatnya dia apabila mengetahui, identiti sebenar lelaki cute yang sedang berdiri di hadapan matanya, itu. Terkebil-kebil biji matanya merenung diri Dee dari atas ke bawah seolah-olah tidak mempercayai, dirinya seorang wanita. Dee yang mulai naik bosan dengan sikap wanita itu terus sahaja mengherdiknya. Terkejut beruk terus pembantu wanita itu, dibuatnya.
      "Dik! Akak dah lama tunggu ni, boleh masuk tak? Kalau tak boleh akak blah je, lah!"
     "Eh! Ja...janganlah macam tu, kak! Sa...saya nak minta maaf sebab dah salah faham dekat akak, tadi! Ma...maafkan sa...saya...ya!" Ucap pembantu wanita bernama Hetty itu dengan gugupnya sambil menyerahkan segera kad ahli Fitness centar itu kepada Dee.
     Hah! Tau takut, itulah banyak sangat berangan! Ejek Dee di dalam hatinya akan cara layanan pembantu wanita itu terhadap dirinya sebentar, tadi.
     "Tak apa, lah kali ni akak maafkan adik, lain kali jangan buat macam tu, lagi. Nasib adik baik kena dengan akak, kalau orang lain tadi, abis adik kena maki hamun!" Ingat Dee kepada pembantu wanita itu sebelum beredar masuk ke dalam bilik Fitness Centar Freela, tersebut.
    

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang