Bab 19

9K 179 2
                                    


   Darius sengaja, menjauhkan dirinya daripada Dee kerana tidak ingin lelaki itu mendengar perbualan telefonnya. Setelah pasti dengan jaraknya yang sudah jauh sedikit barulah dia menjawab pangilan telefon tersebut.
   "Hello!"
   "Hello! Tuan Darius!" Sapa pak cik Halim pemilik bot sewa yang ingin digunakan oleh Darius untuk pergi ke Pulau Besar, Melaka.
   "Bot saya dah readykah, pak cik Halim?" Soal Darius sambil mengerling sekilas, ke arah Dee yang masih lagi terbaring lemah di atas tanah. Oh god! Teruk sangatkah, aku tendang perut dia tadi? Bisik hati Darius sendiri.
   "Semuanya sudah ready, tuan Darius!" Jawab pak cik Halim dengan pantasnya.
   Sedang Darius asyik, memerhatikan Dee tiba -tiba pak cik Halim menyapa dirinya.
   "Tuan Darius, perlukan apa-apa lagi tak? Kalau ada pak cik Halim akan sediakan dengan segera!"
  Tersedar terus Darius daripada lamunannya apabila mendengar sapaan pak cik Halim itu. Dia kemudian segera, mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil menyambung semula perbualannya bersama dengan pak cik Halim.
   "Rasanya saya dah tak perlukan apa-apa lagi, pak cik Halim. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada pak cik Halim sebab, sudi sewakan bot pak cik dekat saya!"
   "Eh! Janganlah cakap macam tu dekat pak cik, tuan Darius. Sepatutnya pak cik yang cakap macam tu sebab selama ni, keluarga tuan sendiri dah banyak membantu perusahan bot sewa pak cik ni. Jasa baik tuan sekeluarga takkan terbalas oleh saya, tuan Darius!"
  Tersenyum lebar terus Darius bilamana mendengar jawapan pak cik Halim itu.
   "Okeylah, pak cik Halim dalam sejam lagi, sampailah saya!"
   "Okey, tuan Darius!"
   Sejurus menamatkan perbualan telefonnya, Darius segera melangkah semula ke arah Dee.
   "Oi! Bangun cepat, ikut aku sekarang!" Arah Darius kepada Dee.
   Dee tiada pilihan lain dia akhirnya, akur dan terus membuntuti langkah kaki lalaki itu. Selang berapa minit perjalanan akhirnya, Darius Dan Dee sudah pun berdiri berhampiran dengan kereta ferarri milik lelaki itu. Tanpa berlengah lagi, Darius segera menolak kasar tubuh Dee masuk ke dalam keretanya itu. Dengan kedua-dua tangan yang masih terikat ke belakang membuatkan, posisi duduk Dee kelihatan tidak begitu selesa sekali. Dia cuba, membetulkan tempat duduknya supaya posisi duduknya menjadi lebih, selesa.
  Darius yang sudah pun masuk ke dalam keretanya segera, mengenakan tali pinggang keledar kepada Dee. Semasa ingin mengenakan tali pinggang itu, sekali lagi posisi tubuh Darius dan Dee saling bersentuhan. Kedudukkan tubuh keduanya begitu hampir sekali. Tercium terus, aroma minyak wangi jenama Polo milik lelaki itu menyusup masuk ke dalam rongga pernafasan Dee. Emmm....harumnya minyak wangi dia! Hidu Dee tepat ke arah leher Darius yang begitu hampir dengan wajahnya itu. Darius yang perasan, dengan tingkahlaku lelaki di hadapannya itu, segera menyapanya.
   "Oi! Kau buat apa ni?!" Soal Darius sambil menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Dee.
   Terperanjat terus, Dee dengan pertanyaan tiba-tiba Darius itu. Merah padam terus muka Dee dibuatnya. Bibir yang kering segera dijilat olehnya. Perbuatannya itu sebenarnya, sedang diperhatikan oleh Darius. Seksinya bibir dia, rasa nak cium saja rasanya! Desis hati Darius di dalam hatinya.
   "Eerrr....bu...buat apa encik, Darius?!" Soal Dee dengan suara gelabahnya.
   Terjegil terus, biji mata Darius apabila mendengar jawaban lelaki yang masih lagi merenung ke arah wajahnya itu.
   "Oi! Kau ni pekakkah, bisu? Apasal, kau hidu leher aku tadi?!" Tengking Darius kepada Dee.
  Tengkingan kuat lelaki bermata biru itu, amat mengejutkan Dee sekali. Rasa melayang seluruh semangatnya. Wajah serius lelaki itu, di renung sekilas oleh Dee. Mak oi! Kacaknya dia! Puji Dee sambil menundukkan wajahnya lalu mengigit bibirnya sendiri.
   "Encik Darius ni, banyak sangat tengok drama korea agaknya sebab itulah fikir benda yang pelik-pelik" Jawab Dee dengan selambanya.
   Tersentak terus, Darius apabila mendengar jawapan lelaki di hadapannya itu. Amboi! Sedap mulut je, kata aku ni gila dengan drama korea! Dia ingat aku hadap sangat, kah dengan drama korea tu?! Bebel Darius sambil menghadiahkan jelingan mautnya kepada Dee.
   "Kau dengar sini ye, kau jangan ingat aku sembang dengan kau sekarang ni aku akan lupakan dendam aku pada kau! So, be ready dengan punishmant aku selepas ni!"
   Selepas mengatakan demikian, Darius segera menghidupkan keretanya sambil tersenyum dengan sinisnya. Dee yang masih lagi, tunduk segera, mendongakkan wajahnya ke arah Darius sejurus mendengar ugutan lelaki itu terhadap dirinya. Ya allah! Lindungilah diri hamba dari segala rencana jahat lelaki, ini! Doa Dee di dalam hatinya.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now