Bab 30

8.3K 155 7
                                    


    Suasana pada petang ini amat, mendamaikan sekali. Kelihatan, Darius sedang menghirup kopinya sambil menghidu udara segar yang datang daripada arah laut. Kebetullan pula, banglo mewahnya ini didirikan tidak jauh daripada kawasan pantai. Sesekali, cuping telinganya terdengar gelak tawa kanak-kanak sedang bermain datang dari arah taman bunga yang terletak tidak berapa jauh dari tempat duduknya. Itu mesti suara Kamal, cucu nek Mah! Teka Darius di dalam hatinya sambil bingkas, bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah taman bunga. Dari jauh lagi, dia dapat melihat nek Mah sedang menyiram pokok bunga sambil bergurau senda dengan Kamal, cucunya. Gelagat dua beranak itu, menimbulkan perasaan lucu di dalam hati Darius.
    "Amboi! Nampak macam lucu, je? Boleh saya join, sekali?!"
   Terhenti terus, gurau senda di antara nek Mah dengan Kamal. Kini pandangan keduanya terus tertuju ke arah Darius. Nek Mah yang menyedari, kehadiran tiba-tiba majikannya itu segera mematikan pili air yang berada di tangannya lalu menyapa terus kepada Darius.
   "Selamat petang tuan, Darius!"
   "Selamat petang juga nek Mah!" Jawab Darius sambil tersenyum dengan lebarnya.
   "Err...tuan nak minum ye! Sekarang ju...."
   "Eh! Tak apa nek Mah, saya dah minum pun!" Halang Darius kepada nek Mah sambil menunjukkan cawan kopi yang berada di atas tangannya itu.
   "Emm....kalau macam tu, nek Mah nak pergi siapkan kerja dulu, ye!"
   "Abang Rius!" Celah Kamal sambil meluru terus ke arah Darius dan terus mendakap kepala lututnya.
   Kelakuan kurang sopan cucunya itu, amat mengejutkan nek Mah. Makhlumlah, lelaki itu majikannya amatlah tidak wajar melihat cucunya mendakap Darius sesuka hatinya. Dengan perasaan serba salahnya nek Mah segera, menarik kuat tubuh cucunya itu dari terus mendakap kepala lutut Darius.
   "Isskk! Kamu ni, Mal dah berapa kali nenek pesan jangan buat macam tu dekat, tuan Darius!" Marah nek Mah kepada cucu kesayangannya itu.
   Darius yang sedang memerhati situasi, tegang di hadapannya itu hanya menggelengkan kepalanya. Melihatkan wajah masam mencuka Kamal menimbulkan rasa simpati di dalam hati Darius. Kesian pula, dia tengok anak kecil itu dimarahi oleh neneknya.
   "Alah, nek ganlah mrah Mal! Mal cuma pe..."
   "Mestilah nenek marah, Mal buat macam tu, tadi!" Pintas nek Mah dengan percakapan cucunya, itu.
   Terhenti terus, butir bicara yang keluar daripada mulut Kamal. Dari raut wajah nek Mah, dia dapat merasakan kemarahan wanita tua itu sedang membuak-buak terhadap dirinya.
   "Dahlah tu, nek Mah! Kamal tak buat salah apa pun dengan, saya! Janganlah marah dia, kesian pula saya tengok!" Bela Darius kepada Kamal.
   Sejurus, mendengar kalimah Darius itu membuatkan kemarahan nek Mah menjadi reda semula. Mulutnya yang daripada tadi tidak berhenti membebel itu dan ini terus terdiam. Perhatiannya segera, tertuju ke arah Darius yang masih lagi berdiri tercegat di hadapan matanya pada ketika, ini.
   "Budak, ni! Tak boleh nak bagi muka sangat, tuan Darius! Takut bila dah besar nanti tak tau nak hormatkan orang, pula!" Tutur nek Mah sambil mengerling sekilas, ke arah cucunya yang sedang tertunduk diam itu.
   "Itu saya faham nek Mah, tapi Kamal...."
   "Memang betullah cakap nek Mah tu, bro! Daripada budaklah kena dididik dengan baik supaya bila dah besar taklah menyusahkan hidup orang lain!" Celah Dee sambil menatap wajah Darius dengan sinisnya.
    Kemunculan tiba-tiba Dee itu, membuatkan perbualan di antara Darius dengan nek Mah terus terbantut. Terpana seketika, Darius apabila melihat keterampilan gaya Dee yang sedang berdiri segak di depan matanya itu. Walaupun hanya mengenakan, t-shirt dan seluar jeans penampilan lelaki itu kelihatan begitu bergaya sekali. Sekali imbas, wajahnya kelihatan seperti, Kristy stewart. Isskk! Kau dah kenapa, Darius? Dia tu tetap, lelaki walaupun wajah dia ada iras macam pelakon twilight tu! Bisikkan itu menyedarkan semula Darius daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Tiba-tiba Darius teringatkan, sesuatu. Daripada cara percakapan Dee tadi, dia dapat merasakan lelaki itu sedang menujukan kata-katanya terhadap dirinya. Sial! Berani betul dia perli aku! Sabar, Darius! Pujuk hati Darius sambil menatap wajah Dee dengan tajamnya.
   Nek Mah yang perasan, dengan perubahan raut wajah Darius itu segera mencelah "Errr....tuan Darius, nak nek Mah masak apa untuk makan malam ni?!"
   Pertanyaan tiba-tiba nek Mah membuatkan perhatian, Darius dan Dee tertuju kepadanya.
   "Nek Mah masaklah apa pun saya tak, kisah!" Jawab Darius dengan selambanya.
   "Apa kata nek Mah masak ayam goreng halia dengan sayur cendawan tumis!" Sampuk Dee sambil menatap ke arah wajah ibu angkatnya itu.
   Darius yang pantang, kalau dia sedang bercakap ada orang lain yang menyampuk terus berdehem dengan kuatnya. Terkejut terus, Dee dan nek Mah apabila mendengar deheman kuat daripada Darius itu. Nek Mah yang sudah faham dengan perangai majikannya itu segera, beredar pergi disusuli oleh Kamal, cucunya sambil meninggalkan Dee berdua saja bersama dengan Darius. Setelah memastikan mereka hanya tinggal berdua barulah Darius mulai berbicara.
    "Oi! Yang kau pandai-pandai nak bagi cadangan dekat nek Mah tu, apasal?!" Soal Darius dengan wajah tidak puas hatinya.
   Isskk! Mamat psyco ni, aku bagi cadangan macam tu pun nak marah! Memang sengal betullah perangai mamat, ni! Umpat Dee di dalam hatinya sambil bersiul-siul kecil. Dia sengaja tidak mau menjawab pertanyaan lelaki itu. Darius yang mulai, naik angin dengan sikap endah tak endah Dee itu terus mendengus dengan kasarnya sambil menjatuhkan dengan sengaja cawan yang berada di tangannya itu ke atas lantai. Terkejut terus, Dee apabila mendengar bunyi seperti benda pecah. Dia segera, melihat ke arah bunyi benda pecah yang di dengarnya sebentar, tadi. Terbeliak terus, biji matanya setelah melihat cawan yang tadinya berada di tangan Darius sudah pun hancur berderai di atas lantai. Dee terus menatap wajah dingin Darius dengan penuh kehairanannya.
   "Kenapa tuan Darius buang cawan, tu?!" Soal Dee dengan beraninya.
   Darius yang daripada tadi hanya, memendam kemarahannya sudah tidak dapat membendungnya lagi. Dengan tidak semana-mananya dia terus menarik kasar kolar baju Dee lalu menolaknya ke arah lantai. Terjelepuk terus dia di atas lantai yang hampir dengan cawan yang sengaja dijatuhkan oleh lelaki itu seketika, tadi. Terkejut terus, Dee dengan tindakan kasar Darius itu. Baru saja dia ingin bangun daripada jatuhnya sekali lagi Darius menyerangnya. Kali ini perutnya pula menjadi mangsa sepak terajang kaki lelaki itu. Menjerit kesakitan terus dia dibuatnya. Rasa nak termuntah pun ada. Perutnya betul-betul senak setelah ditendang dengan begitu kuatnya oleh Darius. Tidak cukup dengan menendang perutnya tangan lelaki itu pula mulai, menarik kuat rambutnya. Bagai nak tercabut urat kepala Dee dibuatnya.
   "Hey! Kau dengar baik-baik! Aku paling pantang dengan orang yang tak nak ikut rule aku! So, you bettar watch you mouth when you say something like that again! Remember that, man!" Ujar Darius sambil melepaskan rambut Dee dengan kasarnya.
   Tindakan spontan Darius itu, hampir mencederakan diri Dee apabila sekali lagi dia terjatuh ke arah tempat cawan yang pecah sebentar, tadi. Mujur dia dapat menyeimbangkan badannya maka kecederaan pun dapat dielakkan, olehnya. Dia kemudian, mendongakkan wajah kebingungannya ke arah Darius yang masih lagi tegap berdiri di hadapannya sambil mengenggam erat kedua- dua buku lalinya. Melihatkan keadaan itu, membuatkan degup jantung Dee semakin laju. Peluh dingin mulai, membasahi seluruh tubuhnya. Pelbagai, kemungkinan boleh berlaku di saat ini.
   Darius yang perasan dengan renungan lelaki di hadapannya itu, terus mendengus dengan kasarnya. Berani lagi dia tatap muka aku lepas apa yang aku dah buat dekat dia, tadi! Memang nak kena lagi dengan penangan tangan dan kaki aku, ni! Desis hati Darius sendiri sambil ingin meluru semula ke arah Dee tetapi langkah kakinya terhenti setelah mendengar rayuan lemah yang keluar daripada mulut lelaki itu.
    "To....long! Janga...gan...apa-apa....kan sa..ya!"
   Dee terus,  mengensot ke arah belakang sambil memegang perutnya yang sedang sakit itu dengan sebelah tangannya. Pucat lesi terus, raut wajahnya apabila melihat Darius ingin meluru sekali lagi ke arahnya. Di dalam hati dia tidak berhenti berdoa kepada allah agar, kemarahan lelaki itu menjadi reda. Terkumat-kamit mulutnya menyebut nama allah, berulangkali. Tiba-tiba dia melihat, Darius berhenti daripada menuju ke arahnya.
    "You dont have to worry! Aku takkan apa-apakan kau, sekarang! Dont be afraid, mr. Dee!"
   Yes! Aku memang tengah takut sekarang, ni! Aku takut kalau kau bunuh aku! Aku risau tak sempat nak minta maaf dekat ayah aku! Bisik hati Dee sendiri sambil cuba menahan sebak yang semakin mencengkam kuat di dalam dadanya itu. Dee! Dont cry, you have to be strong! Bisikkan itu cuba menaikkan semangatnya yang semakin hilang itu.
   "Tuan Darius, ingat dengan buat semua siksaan ni dekat saya Gloria akan balik dengan tuan! No, semua tu takkan terjadi!" Tutur Dee dengan beraninya. Dia tau kata-katanya itu pasti membuatkan lelaki itu, bertambah benci akan dirinya.
   Berdesing terus, cuping telinga Darius selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki yang sedang terduduk lemah di atas lantai itu. Kalau diikutkan perasaan geramnya pada ketika ini memang teruk lelaki itu dibelasahnya. Be cool, man! Bisik hati Darius sambil mencerlung tajam ke arah Dee yang sedang menundukkan wajahnya itu. Melihatkan keadaannya itu, hati kecil Darius tiba-tiba diulit dengan satu perasaan yang amat sukar untuk dimengertikan olehnya. Tidak pernah dia merasakan perasaan seperti ini, meskipun ketika bersama dengan Gloria, bekas kekasihnya itu. No! Aku tak boleh ada  perasaan kesian dekat, dia! Aku kena benci dan siksa hidup dia! Aku nak dia rasa perasaan sakit hati aku selama, ini! Desis hati Darius sendiri.
    "Aku tau, Gloria takkan balik lagi dekat aku! Sebab itulah, aku culik kau! Aku tak nak tengok kau bahagia bersama dengan, dia! And aku nak buat hidup kau hancur dan menderita!" Ujar Darius sambil tersenyum dengan sinisnya.
    "Tuan Darius, takkan berjaya buat macam tu dekat sa..." Belum sempat, Dee hendak menghabiskan percakapannya Darius terus mencelahnya.
   "Siapa cakap aku takkan, berjaya? Sekarang pun aku dah berjaya buat kau tersiksa! So, you kena sedia lagi dengan punishment aku yang lain pula lepas, ni!"
    Sejurus mengatakan demikian, Darius terus meluru ke arah Dee dan segera menarik kasar tubuhnya. Terbangun terus dia daripada tempat duduknya seketika, tadi.  Perutnya yang masih sakit amat membataskan pergerakkanya buat masa, ini. Dia hanya membiarkan Darius menolak kasar belakangnya sepanjang perjalanan menuju ke bilik stor tempat lelaki itu mengurung dirinya. Sampai saja di depan bilik stor Darius segera membuka pintu bilik tersebut. Terbuka saja pintu bilik itu tanpa berlengah lagi, Darius terus menolak kasar tubuh Dee masuk ke dalam bilik itu. Terdorong terus tubuh Dee ke atas lantai.
    "Kau duduk diam-diam dekat, bilik ni!"
    Selepas mengatakan demikian, Darius terus menutup pintu bilik itu dengan begitu kuat, sekali. Bagai nak, tercabut tangkai jantung Dee dibuatnya. Crazy! Dia ingat aku takutkah dengan punishment bodohnya, tu? Tak apa, sekarang time engkau bila tiba time aku, taulah aku nak ajar kau nanti! Bisik hati Dee sendiri, sambil menghalakan tatapan matanya ke arah pintu bilik yang sudah pun tertutup dengan rapatnya itu.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now