Sampai saja, di meja makan Darius terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sementara, Dee pula hanya dibiarkan berdiri disebelahnya. Ada ketika, tersungging senyuman lebar daripada bibir kemerah-merahan milik lelaki itu. Sampaikan Dee yang dari tadi asyik, memerhati ke arah Darius naik meluat dengan sikapnya itu. Isskk! Geram pula, aku tengok perangai mat salleh ni! Dia sedap dok kat, kerusi tu siap main handphone lagi aku dekat tepi dia ni langsung dia tak hiraukan! Sungut Dee di dalam hatinya sambil menjuihkan bibirnya, tanda sebal dengan sikap lelaki bermata biru itu.
Nek mah yang kebetulan sedang, sibuk menyusun makanan di atas meja sesekali, merenung ke arah wajah Darius dan Dee silih berganti. Wajah tua itu kemudian, merenung kejap ke arah Dee. Timbul terus, perasaan simpati nek Mah kepada anak angkatnya itu.
"Err...Tuan Darius! Apasal, ka...kawan tuan ta...tak du...duk lagi?" Soal nek Mah dengan gugupnya.
Darius terus, merenung wajah nek Mah dengan tatapan yang sukar dimengerti olehnya. Pertanyaannya tidak di hiraukan langsung, oleh majikannya itu. Sebaliknya, Darius hanya menumpuhkan perhatiannya pada telefon bimbit yang sedang berada di atas tangannya itu. Bukannya Darius tidak dengar pertanyaan wanita tua itu, dia sebenarnya, sengaja buat-buat tak dengar. Dia tau, pasti di saat ini hati orang tua tu tengah kesian dengan Dee sebab daripada tadi dia hanya berdiri disebelahnya.
Melihatkan sikap mendiamkan diri Darius itu, menjadikan nek Mah berasa serba salah sebab bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya kepada majikannya itu sebentar tadi.
"Maafkan saya tuan Darius ka..." Belum sempat, nek Mah menghabiskan percakapannya Darius terus mencelahnya. Terdiam terus, dia dibuatnya.
"Nek Mah! Kamal, mana? Dia tak breakfast sekali, kah?!" Pintas Darius dengan percakapan nek Mah. Dia sebenarnya, sengaja mengatakan demikian atas sebab tidak mau pembantu rumahnya itu mengesyaki, sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduknya.
Ceria terus, raut wajah nek Mah bilamana Darius bertanyakan perihal cucu kesayangannya itu. Memang sudah satu kemestian bagi, Darius bersarapan sekali dengan nek Mah dan cucunya itu. Inilah satu sikap Darius yang begitu disenangi oleh nek Mah. Meskipun, hanya pembantu di rumah ini majikannya itu sentiasa melayan dirinya serta cucunya seperti keluarga lelaki itu sendiri.
"Oh! Kamal masih tidur lagi, tuan Darius! Tapi kalau tuan Darius nak saya kejutkan dia boleh, juga!" Cadang nek Mah sambil mengerling sekilas, ke arah Dee yang masih lagi berdiri tercegat seperti robot disebelah majikannya itu.
"Eh! Tak payah nek Mah, biarkanlah dia tidur!" Halang Darius kepada pembantu rumahnya itu.
Dee yang dari tadi hanya jadi pendengar perbualan di antara Darius dan nek Mah mulai, menyampuk.
"Err...Encik Darius! Kaki saya sakit sangat, ni! Boleh saya duduk, tak?!"
Terhenti terus, perbualan Darius dan nek Mah apabila mendengar pertanyaan Dee itu. Kini, tatapan mata keduanya terus terhala ke arahnya. Dee apa lagi, terus telan air liur sebab tak tahan tengok wajah masam mencuka dan serius Darius pada saat dan ketika ini. Oh god! Harap lelaki psyco ni, taklah mengamuk dekat aku! Aku bukan apa, kaki aku ni dah naik lenguh dah! Makhlumlah, daripada tadi dia asyik, berdiri! Macam rupa tiang lampu pun, ada! Rungut Dee di dalam hatinya. Sedang asyik, Dee mengelamun Darius tiba-tiba menyapa dirinya. Tersedar terus, dia daripada lamunan panjangnya seketika tadi. Tatapan matanya bertembung terus dengan mata biru milik lelaki itu. Dup! Dup! Dup! Degupan jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencangnya. Terpana terus, dia apabila melihat wajah kacak lelaki bermata biru itu. Adoi! Hensomnya, dia! Puji Dee di dalam hatinya. Tanpa sedar dia terus tersengih, sendiri. Darius yang perasan dengan tingkah laku pelik lelaki disebelahnya, itu terus mengelengkan kepalanya.
"Oi! Yang kau tersengih macam beruk tu, apasal? Duduklah, cepat! Takkan aku nak ajar kau duduk dekat kerusi, pula!" Pekik Darius dengan kuatnya sambil menghadiahkan jelingan tajamnya kepada Dee.
Berdesing terus, cuping telinganya, apabila mendengar pekikkan kuat Darius sebentar, tadi. Merah padam terus, raut wajah Dee dibuatnya. Amboi! Mulut memang tak ada etika, langsung. Agak-agaklah! Dia ingat aku ni, bodoh sangat, kah sampai nak kena ajar duduk dekat kerusi bagai! Dasar berlagak! Kutuk Dee di dalam hatinya sambil terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Huh! Barulah lega sikit, sakit melecet dekat kaki aku, ni! Desis hati Dee sambil terus melilaukan pandangannya ke arah meja makan. Kecur terus, air liurnya apabila melihat makanan dan minuman yang sudah pun terhidang rapi di atas meja. Ada nasi goreng kampung, ikan masin terubuk, roti bakar dan telur rebus. Air kopi, coklat, susu dan teh turut terhidang di atas meja makan tersebut. Wah! Banyaknya, sarapan! Siapa yang nak, abiskan semua makanan dan minuman, ni? Takkan aku dengan mamat psyco ni, je? Tanya Dee di dalam hatinya.
"Err...Siapa yang nak....Belum sempat, dia hendak menghabiskan pertanyaannya suara seorang wanita tiba-tiba mencelahnya.
"Hi! Baby, dekat sini rupanya you!" Sapa Kristy dengan suara gediknya.
Dengan segera, juga Dee terus mengalihkan perhatiannya kepada pemilik suara itu. Gulp! Mak oi! Seksinya, wanita ni! Siapa, dia? Takkan kekasih Darius kot, bukan sebelum ni lelaki tu sudah bertunang dengan sahabat baiknya, Gloria! Berjela-jela persoalan terus, bermain-main di dalam mindanya.
"Hi! Babe! Come here!" Jawab Darius dengan wajah happynya. Tangannya segera, dihulur ke arah Kristy. Melihatkan huluran tangan Darius itu, hati Kristy terus berbunga-bunga dengan rianya. Tanpa segan silu, dia terus meluru ke arah Darius dan terus mencium bibirnya. Darius juga turut, membalas ciuman Kristy itu dengan begitu bernafsu sekali sambil menatap ke arah bibir mugil milik Dee. Entah mengapa, dia boleh jadi 'turn on' dengan hanya melihat bibir lelaki yang berada di hadapannya itu.
Dee yang sedang melihat adegan intim, di antara Darius dan wanita itu terus terasa bagai nak muntah. Uwek!! Isskk! Wanita gedik macam ni, pun laku jugakah, dekat lelaki ni? Kalau aku, tak layanlah minah gedik tak cukup kain, ni!" Kutuk Dee akan taste Darius itu, sambil mengalihkan cepat-cepat tatapan matanya ke arah lain. Nek Mah juga turut, terkejut sama apabila melihat tingkah laku kurang sopan majikannya bersama dengan wanita yang bernama Kristy, itu. Kerana tidak sanggup melihat lebih lama lagi, adegan mesra majikannya itu nek Mah terus beredar pergi menuju ke arah dapur.
"Ehhemm!!"
Deheman kuat itu, menyedarkan terus Darius dan Kristy daripada terus hanyut dengan ciuman mesra mereka berdua seketika, tadi. Terpacak Thiago disebelah, Darius.
"Sorry boss! Ni ada call dari, tuan Carlos!" Kata Thiago sambil menghulurkan segera telefon bimbitnya ke arah majikannya itu. Sempat lagi, dia meneroka ke arah tubuh montok milik Kristy dengan ekor matanya. Sebenarnya, sudah lama dia menginginkan Kristy tetapi wanita itu tidak pernah mengendahkan dirinya. Sabarlah, Thiago! Satu hari nanti Kristy akan jatuh juga dekat tangan engkau! Bisikkan itu melegakan terus perasaan Thiago. Kristy yang perasan dengan renungan nakal Thiago itu, terus membetulkan keadaan gaunnya yang sedikit terdedah itu.
"Thanks, Thiago!" Ucap Darius sambil bangkit terus daripada kerusinya lalu menuju ke arah ruang tamu. Sejurus saja, telefon ditekapkan ke telinganya terdengar terus, suara papanya daripada hujung talian.
"Hello! My son, how you vacation? It's okey or not?!" Sapa tuan Carlos.
"Hello too, pa! My vacation, okey! Err...pa wait a minute!" Jawab Darius sambil mengerling sekilas, ke arah Dee, Thiago dan Kristy. Sempat lagi, dia mengarahkan mereka bertiga bersarapan dahulu dengan isyarat tangannya. Nasib baik, meja makan dekat dengan ruang tamu. Setelah itu, barulah dia menyambung semula perbualan telefonnya bersama papanya itu.
"Sorry! Pa, Darius ada hal sikit tadi! So, apa hal papa call Darius pagi-pagi ni?"
"Papa nak, Darius balik esok!" Jawab tuan Carlos.
"Balik esok? Pa! Apa ni? Bagilah, Darius peluang untuk berehat jap! Lusa baru Darius balik boleh, kan?!" Pujuk Darius kepada papanya.
"No! You have to be here, son! I need you help!" Jawab tuan Carlos dengan tegasnya.
Dahlah tu, Darius! Baik kau balik esok, kang mengamuk pula orang tua tu, nanti! Bisik hati Darius sendiri.
"Okey! Pa, Darius akan balik esok"
"Hah! Macam tulah, anak papa! Okey! son, see you tommorow!"
Sejurus, menamatkan perbualan telefonnya itu Darius terus melepaskan keluhan berat. Alamak! Esok aku kena balik, pula! Baru aku nak, plan siksa hidup jantan keparat tu! Dah tak dapat, pula! Papa ni, kacau daun betul, lah! Rungut Darius di dalam hatinya sambil melangkah semula ke arah meja makan.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romansanovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...