Bab 12

10.8K 229 0
                                    


   Darius terus membuka dengan kasarnya, pintu kereta ferarri sport miliknya itu, lalu terus meluru masuk ke dalam kenderaan tersebut. Penghawa dingin segera dihidupkan olehnya, keluar terus haruman lavender memenuhi ruang di dalam keretanya itu. Redalah seketika, perasaan marah yang dirasakan oleh Darius pada saat ini. Dia kemudian, menghalakan semula tatapan matanya ke arah gudang yang menempatkan lelaki yang telah merampas Gloria daripada dirinya itu.
   "Dum!!"
    Entah, syaitan apa yang merasuk Darius dengan secara tiba-tiba sahaja dia terus menumbuk dengan kuat stereng keretanya. Kalau diikutkan perasaan marahnya di saat ini ingin sahaja dia membunuh lelaki itu sekarang juga. Argh! Oh god! Apa yang patut aku, buat? Aku benci betul dengan lelaki tu! Desis hati Darius sambil terus meraup wajahnya dengan tangannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu laju sahaja tangannya mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Alex.
   "Hello boss!" Pekik Alex dari hujung taliannya.
   "Alex! Kau tolong belikan makanan dan minuman untuk jantan keparat tu! Aku tak nak dia mati selagi dendam aku tak lunas lagi. Kau faham, kan?!" Arah Darius dengan tegasnya.
   "Baik, boss!"
   Sejurus menamatkan panggilan tekefonnya, Darius meletakkan semula telefon bimbitnya.sedang asyik, dia mengelamun tiba-tiba telefon bimbit i phone s7 nya pula berbunyi. Tanpa melihat nama sepemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut.
   "Hello! Bro!" Pekik Eric dengan kuatnya, binggit terus telinga Darius dibuatnya.
    "Oi! Tak payahlah, nak terjerit macam orang yang tak betul je! Aku ni, tak pekak lagi!" Jawab Darius dengan nada geramnya.
   "Hey! Lain macam je, cara kau sound aku tu, What's wrong, bro?!"
   Darius! Cool man, takkan kau nak lepaskan marah kau dekat Eric pula? Bisik hati Darius sendiri.
   "I am sorry! Eric! Actually i have a problem now!" Jelas Darius dengan nada kesalnya.
   "Seriuskah sangatkah problem kau ni, Darius?" Soal Eric semula kepada sahabat baiknya itu.
   "Mestilah, serius Eric! It' abaut Gloria!" Jawab Darius dengan tegasnya.
   Terdiam seketika, Eric apabila mendengar jawapan tegas daripada Darius itu. Isskk! Takkanlah, hubungan Darius dan Gloria tengah bermasaalah sekarang, ni? Setaunya, mereka berdua dah merancang untuk berkahwin. Darius siap cakap lagi nak jadikan dia sebagai, pengapitnya dimasa hari perkahwinannya nanti. Darius yang dari tadi mulai, berasa pelik dengan sikap mendiamkan diri Eric terus sahaja menyapanya.
   "Eric! Are you still on the, line?!"
    Tersedar terus Eric daripada lamunan panjangnya selepas mendengar sapaan tiba -tiba Darius sebentar tadi.
   "Er....ya! No, i mean yes! I am still on the line, bro! So, ceritalah sikit apa problem kau tu. Manalah tau, aku boleh tolong, kot" Jawab Eric dari ujung talian.
   Tersengih terus, Darius dengan jawapan selamba yang keluar daripada mulut sahabat baiknya itu. Dia memang dah sedia makhlum, dengan sikap perihatin Eric itu. Sejak dari zaman universiti sampailah sekarang sikap baik lelaki itu tidak pernah berubah. Sebab itu juga agaknya, Darius lebih rapat dengan Eric berbanding dengan teman -temannya yang lain. Terus terang jika dia ada masaalah dia lebih senang menceritakan kepada sahabat baiknya itu.
   "Darius! Apasal, kau diam je? It's okey, kalau kau tak nak...Belum sempat, Eric hendak menghabiskan percakapannya Darius segera mencelahnya.
   "Eric! Aku dah break-up dengan Gloria!"
   "Hah! Kau dah break dengan Gloria? Eh! Kalau ada problem sekalipun, janganlah sampai nak berpisah bro!" Nasihat Eric kepada Darius. Terkejut juga dia bila mendengar penjelasan daripada lelaki itu sebentar tadi.
   "Perkara ni dah tak boleh nak bawa berbincang, Eric. Gloria sendiri yang mengaku depan aku, yang dia dah ada teman lelaki baru. Kau, faham tak!" Bentak Darius dengan nada marahnya.
   "Hey! Cool bro! Aku faham maksud kau tadi tu! Cuba bawa bertenang sikit, Darius! Jangan asyik, nak mengamuk je" Nasihat Eric kepada teman baiknya itu.
   Selepas mendengar nasihat daripada Eric itu, Darius seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Agaknya, dia dah terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan tanpa mendengar terlebih dahulu penjelasan daripada Gloria, bekas kekasihnya itu. Darius! Wake up! Man, takkan kau nak kutip balik benda yang kau dah buang? Lagipun, Gloria memang dah curang dekat belakang engkau! Kau nak ambik, kah perempuan macam tu sebagai isteri? Bisikkan itu menyedarkan semula Darius daripada khyalannya seketika, tadi.
   "It' too late, Eric! Aku memang dah tak boleh nak terima Gloria dalam hidup aku lagi! Keputusan aku muktamad!"
   "Okey, bro! I understand, kau tak payah risau aku sokong apa pun keputusan kau!"
  "Thank's Eric! Kau dah bagi semangat baru balik dekat diri aku ni!" Ucap Darius kepada sahabat baiknya itu.
   Tergelak kuat, terus Eric apabila mendengar ucapan terima kasih daripada sahabat baiknya itu. Inilah, first time dia mendengar Darius mengungkapkan perkataan itu terhadap dirinya. Satu perubahan yang baik! Desis hati Eric sendiri. Tiba-tiba Eric teringatkan sesuatu, bukan sepatutnya hari ini, dia ada jemputan ke parti salah seorang sahabat baik dirinya dan Darius iaitu Max yang di adakan di kelab Zouk.
   "Hey, bro! Memandangkan kau tengah stress sekarang ni, apa kata kau ikut aku pergi parti Max dekat kelab Zouk. Confirm semua problem kau akan hilang nanti!" Ajak Eric kepada Darius.
   Setelah mendengar ajakkan daripada Eric itu, baru dia teringat tentang parti  Max yang di adakan di kelab Zouk. Nasib baiklah, Eric mengingatkan dirinya.
   "I think, that's a good idea Eric. Okey! I will go, now!"
   "Okey, Darius! Kalau macam tu, kita jumpa nanti dekat kelab Zouk. Chow, bro!"
   Sejurus menamatkan perbualan telefonnya, dengan Eric tanpa berlengah lagi, Darius segera menghidupkan kereta fererri sportnya. Dahlah tu, Darius! Baik kau enjoy Malam ni! Kau kena lupakan semua masaalah yang ada dekat, kepala kau tu! Forget abaut Gloria dan jantan sial tu! Desis hati Darius dengan senyuman sinisnya, sambil terus memecut laju keretanya, menuju ke destinasinya.

                                               
                                                 *****

   Kesakitan yang amat sangat, pada perut Dee telah menyedarkan dia daripada pitamnya sebentar tadi. Perlahan-lahan dia cuba menggerakkan sedikit tubuhnya lalu, bersandar ke arah dinding sambil memegang kuat perutnya yang sedang sakit itu dengan kedua-dua tangannya. Adoi! Sakit pula perut aku, ni! Desis hati Dee sambil terus memicit-micit perlahan ke bahagian perutnya yang sakit itu. Gastrik kot! Terbeliak terus biji matanya apabila teringatkan penyakitnya yang satu itu. Baru Dee perasan yang hari ini, dah seharian suntuk dia tidak langsung menjamah sebarang makanan pun.
  Alamak! Macam mana ni? Bisik hati Dee sendiri sambil matanya meninjau cuba melihat keadaan sekeliling bilik dia sedang dikurung pada saat ini. Bilik kali ni, kelihatan agak luas sedikit berbanding bilik sebelumnya. Huh! Setelah puas meneliti seluruh bilik itu, Dee terus melepaskan keluhan kecil. Nampaknya, kali ni niatnya untuk lari daripada tempat ni pasti terkubur. Bilik ni, sahaja dah nampak macam penjara, tak ada ruang langsung untuk dia melarikan diri. 'Ingat! Kau jangan buat hal, kalau kau buat hal juga aku takkan teragak-agak tembak kepala kau tu!' Tiba-tiba tergiang-giang kembali di kotak fikirannya, ugutan Darius terhadap dirinya seandainya dia cuba untuk lari daripada tempat tersebut. Apa motif lelaki tu culik, aku? Sampai bila dia nak kurung aku dekat bilik ni? Bertubi-tubi soalan mulai bermain di dalam minda Dee. Sesekali tangannya, mengosok perlahan ke arah pipi dan kakinya yang masih lagi sakit akibat perlakuan kasar Darius seketika tadi. Confirm! Lebam pipi dan kaki aku ni! Bisik hati Dee sendiri. Tetapi apa pun dia rasa bersyukur sangat sebab tangan dan kakinya sudah tidak terikat lagi. Sekurang-kurangnya dia dapatlah menarik nafas lega sedikit. Tapi, kan dalam garang-garang lelaki tu aku boleh pula terpukau dengan ketampanan dia! Desis hati Dee sambil tersengih sendiri. Isskk! Dahlah tu Dee, tak payahlah nak berangan! Kau ingat lelaki macam Darius tu suka, kah dengan perempuan yang spesis macam kau, ni? Bisikkan itu menyedarkan semula dia daripada khyalan indahnya sebentar tadi. Apalah, aku ni dalam sakit macam ni pun masih sempat lagi nak fikir pasal mamat hati batu tu! Bebel Dee di dalam hatinya.
    Adoi! Gastrik aku ni, makin sakit pula! Keluhnya sendiri sambil terus memicit-micit perutnya yang sakit itu. Dee! Kau tak boleh give up, macam tu saja! Relax! Tarik nafas perlahan-lahan, jangan fikirkan sangat pasal gastrik kau tu! Pujuk hatinya sendiri. Dee cuba bertenang dan memikirkan benda lain. Papa! Tercetus juga akhirnya, kalimah itu daripada mulutnya. Tiba-tiba sahaja dia mulai, teringatkan papanya. Perasaan rindu terus menyapa relung hatinya itu. Timbul rasa sesal di dalam hati Dee. Kalaulah dia tidak melarikan diri daripada, rumah semua perkara buruk ini tidak akan menimpa dirinya. Tetapi nak menyesal sekarang pun dah tak berguna lagi 'nasi dah jadi bubur'. Sabarlah, Dee! Pujuk hati Dee sendiri.
    Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba sahaja pintu bilik dibuka dari luar terperanjat terus dia dibuatnya. Sejurus sahaja, pintu bilik itu terbuka kelihatan terus kelibat lelaki yang telah menculik dirinya itu.
   "Hai! My prince! We meet, again!" Sapa Alex sambil tersenyum dengan lebarnya.
   Meremang terus bulu tengkuk, Dee apabila melihat senyuman lebar daripada lelaki yang berada di hadapannya itu. Matanya kemudian, terhala pada tangan lelaki yang telah menculiknya itu. Kelihatan, beg plastik yang berisikan makanan dan minuman. Kriut!!! Perut Dee terus, berkeroncong dengan kuatnya apabila rongga hidungnya mulai, terhidu bau makanan daripada beg plastik tersebut.
   "Nah! Ini ada makanan dan minuman untuk, engkau!" Kata Alex sambil terus menyuakan plastik yang berada di tangannya itu kepada Dee.
   Pada mulanya, Dee tidak mengendahkan makanan yang di serahkan Alex kepadanya tetapi apabila kesakitan perutnya kembali menyerang dia menebalkan juga mukanya menerima pemberian daripada lelaki itu.
   "Amboi! Takkan nak ambik macam tu je, tak ada ucapan terima kasih kah?" Tegur Alex terhadap sikap Dee yang tidak sopan itu.
   Isskk! Mamat ni, ada hati pula nak tegur perangai aku yang dia culik aku tu, apa cerita?! Bisik hati Dee sendiri sambil mendongakkan wajahnya ke arah wajah lelaki yang masih lagi berdiri di hadapannya itu.
   "Terima kasih!" Ucap Dee sambil terus membuka plastik tersebut dan segera mengeluarkan minuman dan membuka bekas yang berisikan makanan itu. Hanya ada, nasi putih berlaukkan ikan goreng dengan sayur kubis sahaja. Walaupun makanan tu nampak simple je, apa pun Dee bersyukur sangat sebab dapatlah juga dia mengalas perutnya yang tengah lapar tu.
   "Okey! Tugas aku pun dah, selesai! By the way! aku nak ingatkan kau be careful with Darius!"
    Sejurus mengatakan Demikian, Alex terus beredar pergi daripada bilik tersebut. Tercengang seketika, Dee apabila mendengar kata-kata lelaki yang telah menculiknya itu. Isskk! Apasal, pula mamat sengal tu suruh aku berhati -hati dekat Darius? Siapa Darius tu, gangsterkah? Bertubi-tubi persoalan mulai menyesak masuk ke dalam minda Dee. Alah! Dee tak payahlah, kau fikir sangat pasal mamat mata biru tu baik kau makan lagi bagus! Desis hati Dee sendiri sambil menyambung semula makannya yang terganggu sebentar tadi.

P/s: please vote and comment. Good night guys😴😴😴😴
 
  
 
  
  
  

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now