Darius merenung sekilas, cermin yang berada di hadapannya sambil memerhatikan sekali lagi penampilan dirinya. Meskipun, cuma mengenakan t-shirt dan seluar khakis paras lututnya penampilan Darius sentiasa nampak kemas dan menarik. Dia kemudian, mencapai topi nike dan kaca hitam miliknya lalu mengenakan dengan segeranya. Topi jenama Nikenya itu sengaja diterbalikan ke arah belakang. Sekali lagi, Darius memerhati ke arah cermin sambil membetulkan letak topinya yang kelihatan agak senget, itu. Emmm....kacak juga aku, ni! Puji Darius di dalam hatinya sambil tersengih sendiri. Terlihat terus, lesung pipit miliknya yang menyerlahkan lagi ketampanan dirinya. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya barulah, dia bergegas keluar daripada biliknya lalu meluru turun ke tingkat bawah dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Semasa tiba di tangga yang akhir, Darius terus bertembung dengan Kamal yang kebetulan baru ingin menemui, dirinya. Apabila Kamal melihat Darius senyuman lebar terus terukir di wajah chubby kanak-kanak, itu. Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia terus meluru ke arah Darius dan segera menyapanya.
"Abang Rius! Terima asih, sebab bagi hadiah kat Kamal, tadi! Mal suka sangat dengan hadiah, tu!"
Darius terus, tersenyum sambil mengusap perlahan kepala Kanak-kanak itu dengan sebelah tangannya. Dia duduk bertenggek tepat di hadapan Kamal lalu memaut, erat bahu anak kecil itu, lalu dibawa ke dalam pelukkannya.
"Sama-sama, Mal! Hadiah tu memang dah lama abang nak bagi. Kebetulan pula hari ni hari jadi Mal, abang pergi belilah hadiah, tu!" Ujar Darius sambil melepaskan semula pautan tangannya dari terus memeluk tubuh anak kecil, itu.
Kamal kemudian, merenung lama ke arah Darius yang sudah pun bangkit dari duduknya. Mata anak kecil itu, begitu ralit merenung penampilan diri Darius pada ketika, ini.
"Abang Rius nak pegi mana, ni?!" Soal Kamal dengan pelat keanak-anakannya.
Tersengih lebar terus, Darius sejurus mendengar pertanyaan tiba-tiba daripada Kamal itu. Sudah jadi kebiasaannya, membawa bersama kanak-kanak itu jika dia ingin keluar bersiar-siar di mall. Namun kali ini, dia tidak boleh membawa Kamal pergi bersamanya atas sebab tidak ingin mamanya bertanyakan perihal diri anak kecil, itu. Nanti macam-macam pula soalan pelik yang akan ditanya oleh mamanya kepada dirinya. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai ingin tau mamanya, itu.
"Emm...hari ni Mal duk rumah je, ya! Abang ada urusan penting, ni!" Alasan Darius kepada Kamal.
Berubah monyok terus raut wajah Kamal, dibuatnya. Dia kemudian, merenung kejap ke arah wajah Darius.
"Abang Rius! Mal tak, peduli. Mal nak ikut, jugak!" Rengek Kamal sambil memaut erat pergelangan tangan Darius dengan tangannya.
"Alah! Tak boleh, lah Mal. Hari ni, abang memang tak boleh nak bawa mal seb...."Belum sempat, Darius hendak menghabiskan percakapannya nek Mah yang kebetulan baru muncul dari ruang tamu terus menerpa ke arah Kamal lalu memarahinya. Terhenti terus rengek Kamal, dibuatnya.
"Kamal! Janganlah buat macam tu, nenek tak suka tau! Lepas tangan tuan Darius, sekarang!" Ujar nek Mah sambil sengaja menjegilkan matanya dan meninggikan sedikit, nada suaranya.
Cuak dan berubah takut terus raut wajah Kamal sejurus, mendengar arahan neneknya sebentar, tadi. Dengan pantasnya, juga dia melepaskan semula pergelangan tangan Darius daripada tangan chubbynya. Wajah monyoknya segera, ditundukkan ke arah lantai. Perasaan takut terus menyelubungi dirinya pada ketika, ini.
"Apa lagi yang tercegat dekat depan tuan Darius, tu! Naik, cepat!" Arah nek Mah sekali lagi kepada cucunya itu.
Darius yang kesian, dengan keadaan Kamal terus mencelah percakapan nek Mah yang daripada tadi tidak berhenti membebel itu dan ini kepada anak kecil, itu.
"Dahlah tu, nek Mah! Janganlah marah Mal, lagi!"
"Tapi tu..."
"Mal, naik atas ya! Ikut cakap, nenek!" Darius memintas terus percakapan nek Mah sambil meletakkan ke dua-dua tangannya ke arah, bahu Kamal. Dia amat mengharapkan pujukannya tadi di dengar oleh kanak-kanak, itu.
"Okey! Mal naik, dulu! Sebelum tu kiss dulu pipi mal, ni!" Pinta Kamal sambil menyuakan pipi chubbynya ke arah Darius.
"Dahlah, tu tuan Darius. Jangan dilayankan sangat perangai manja Kamal, tu!" Tegur nek Mah sambil mengerling sekilas, ke arah wajah cucunya, itu.
Darius tidak mengendahkan langsung, larangan nek Mah itu. Dia dengan segeranya, terus mencium pipi Kamal dengan lembutnya. Tersentuh terus hati nek Mah dengan tingkah majikannya, itu. Baik betul boss aku, ni! Cetus hati kecil nek Mah sendiri.
"Good night, abang Rius! Good night, nek!" Ucap Kamal sambil meluru naik ke tingkat atas.
"Good night, juga Mal!" Jawab Darius dan nek Mah serentak.
Setelah memastikan Kamal sudah pun beredar pergi barulah, Darius mengalihkan semula perhatiannya ke arah nek Mah yang masih lagi berdiri tegak disebelahnya. Wajah tua itu di tatap kejap, olehnya. Nek Mah yang baru tersedar daripada lamunannya terus menolehkan wajahnya ke arah, Darius. Berkerut seribu dahi nek Mah apabila menyedari, majikannya itu sedang merenung wajahnya. Dengan segeranya, juga dia menyapa terus ke arah Darius.
"Tuan Darius! Pergilah gerak, sekarang. Takut terlewat pula nak, makan malam dengan tuan Carlos dan puan Sandra, nanti!"
Mujur, nek Mah mengingatkannya hampir terlupa Darius dibuatnya.
"Okeylah, Nek Mah! Darius pergi dulu, ya!"
"Baiklah! Hati-hati kalau memandu tu, tuan Darius!"
Darius sekadar, menganggukan kepalanya ke arah nek Mah sambil meluru keluar dengan tergesa-gesanya.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...