Bab 76

9K 97 1
                                    

      Dee masih lagi cuba menyaingi, langkah kaki Darius sambil kedua-dua matanya ditutup dengan kain oleh lelaki itu. Pada mulanya, dia enggan membenarkan Darius menutup kedua matanya dengan kain sebab dia memang ada fobia dengan kegelapan. Tiba-tiba ingatannya menerawang ke arah peristiwa pahit yang pernah menimpa dirinya semasa masih kecil. Pada suatu ketika Maria, ibu tirinya itu pernah mengenakan hukuman dengan mengurung dirinya di dalam sebuah bilik yang agak gelap. Hanya disebabkan dia cuai dalam melakukan perkerjaannya sehingga memecahkan pinggan vintage kesayangan wanita, itu. Kerana terlalu sakit hati dengan dirinya Maria telah mengurungnya di dalam sebuah bilik yang tidak mempunyai pencahayaan, langsung.
     "Eeii....Biadap punya, budak! Suka-suka kau saja nak pecahkan pinggan kesayangan aku, ni! Buat kerja semua tak betul, ada saja yang pecah! Mari kau!" Tengking Maria sambil menarik cuping telinga Dee dengan kuatnya. Menjerit kesakitan terus dia, dibuatnya.
    "Ibu!...Tolonglah, lepaskan telinga saya! Sa...kit, ibu! Aargh!!"
     Erang Dee semakin kuat bila rayuaannya tadi tidak dihiraukan langsung oleh ibu tirinya, itu. Malahan, semakin kuat lagi cuping telingannya ditarik.
     "Oh! Pandai pula kau nak merayu dekat, aku! Kau ingat dengan tangisan dan rayuan kau tu dapat baikkan balik pinggan aku yang dah pecah, ni?!" Herdik Maria dengan wajah berangnya.
     Terhinjut terus kedua-dua bahu Dee bila dikejutkan dengan herdikkan tiba-tiba ibu tirinya, itu. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah wajah bengis yang masih lagi membebel serta memaki hamun dirinya tanpa ada belas kasihan sedikit pun. Dirinya dilayan tidak ubah seperti, binatang. Ditampar, dipukul dan ditendang sesuka hati wanita itu. Bagai, kan ingin tercabut rangka tulang Dee, dibuatnya. Apa yang mampu dilakukan olehnya hanya meringkukkan tubuhnya sambil menutup wajahnya dengan tangannya. Kesakitan, jangan cakaplah hanya allah saja yang tau!
     "I...bu! Sa...kit, jan...ganlah pu...kul, la...gi!" Rintih Dee dengan suara lemahnya.
     Maria! Control yourself! Kau dah gila, kah! Takkan kau nak jadi pembunuh pula? Kesian, budak tu Maria! Dia tak bersalah, langsung! Bisikkan-bisikkan halus itu terus menerjah masuk ke dalam kotak pemikiran Maria.
     "Diamlah! Aku cakap, diam!!" Jerit Maria secara tiba-tiba sambil memegang kepalanya sendiri. Dia juga turut menjauhi, diri Dee. Bisikkan-bisikkan itu terus menguasai, pemikirannya. Terduduk terus dia di tepi dinding sambil meracau-racau sendiri.
     Dee yang terkejut dengan perubahan sikap ibu tirinya itu terus meluru ke arah dirinya. Timbul persoalan di dalam benaknya bila melihatkan keadaan pelik Maria di saat, ini. Perlahan-lahan tangan kecilnya menyentuh dengan lembutnya bahu wanita itu lalu menyapanya dengan suara gugupnya.
     "I...bu!...Ke...na...pa, ni? Ibu!...ba...gun! Ibu!" Pekik Dee dengan suara dan wajah paniknya.
     Tersedar terus Maria daripada iguan ngerinya bila dikejutkan dengan suara pekikkan daripada anak tirinya, itu. Lantas, wajahnya segera di dongakkan ke arah wajah mugil Dee yang masih lagi menatap ke arah dirinya dengan penuh kehairanan. Tatapan redup anak kecil itu tiba-tiba menyentuh hati nurani kewanitaanya. Timbul perasaan belas dan kesian bila melihatkan lebam yang berada disekitar tubuh anak tirinya, itu. Namun, pintasan wajah Alia mematikan terus semua rasa simpatinya kini, berganti pula dengan amarah yang membuak-buak. Tangan mugil Dee yang masih menyentuh ke arah bahunya itu segera ditepis dengan kasarnya. Akibatnya, terdorong terus tubuh kecil itu ke atas lantai.
     "Hei! Jangan berani nak sentuh tubuh aku, lagi!" Ingat Maria sambil memaut dengan kasarnya dagu Dee.
     "Ta...pi, ibu kan....!"
     "Diam! Sekali lagi aku dengar mulut kau membebel, aku potong lidah kau tu, nanti!" Ugut Maria sambil mencerlung dengan tajamnya ke arah wajah Dee.
    Mati terus perbicaraan Dee bila diugut sebegitu oleh, Maria. Sekujur tubuhnya juga turut menggigil bila melihat kelakuan dan wajah bengis wanita itu di saat, ini. Ketakutan yang terpamer di wajah anak tirinya itu menimbulkan kepuasan di dalam hati Maria. Dia merasakan dengan berbuat begitu semua dendam dan bencinya terhadap Alia terbalas.
     "Aku bukan ibu, kau! Ibu kau dah lama, mampus! Dah berkulat pun dekat kubur, tu! So, kau jangan sekali-kali bermimpi yang aku akan anggap kau sebagai anak, aku!" Tengking Maria dengan wajah bencinya.
    Tersentak seketika, Dee bila mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut ibu tirinya, itu. Dia tidak menyangka, sebesar itu kebencian Maria terhadap dirinya.
    "Ta...pi kenapa, ibu? Ke...napa Dee, tak boleh anggap ibu sebagai ibu, saya?!" Soal Dee dengan beraninya.
     Berdesing terus cuping telinga Maria bila diajukan pertanyaan seperti, itu oleh seorang budak yang masih lagi hingusan. Kurang ajar! Berani betul budak, ni! Desis hati kecilnya sendiri sambil melayangkan terus tangannya ke arah pipi mulus anak tirinya, itu.
     "Plak!!"
     Tergamam terus Dee bila dilayangkan penampar oleh wanita, itu. Perit dan sakit! Itu yang sedang dirasakan olehnya pada ketika, ini. Papa! Tolong, Dee! Dee takut, papa! Rintihnya sendiri sambil menangis.
     "Lancang betul mulut kau ni, kan! Tak padan dengan budak kecik! Sini, kau!"
    Sejurus mengatakan yang demikian, Maria terus meluru ke arah Dee lalu, mencengkam dengan kasarnya rambut kanak-kanak itu. Dia kemudian, menyeret anak tirinya itu dan dihumban masuk ke dalam bilik stor.
     "Kau duduk diam-diam dekat, sini! Selagi amarah aku tak hilang kau duduklah dekat dalam bilik yang gelap ni sampai esok!" Tutur Maria sambil tersenyum dengan sinisnya. Baru sahaja, dia ingin melangkah keluar lututnya terus dipeluk oleh Dee dengan eratnya.
      "I...bu! Tolonglah, jangan kurung saya dekat bilik, ni! Saya takut, ibu!" Rayu Dee diselangi, dengan esak tangisnya.
     "Lepaslah, lutut aku!" Pekik Maria dengan kuatnya sambil menyingkirkan terus pautan tangan Dee daripada lututnya itu. Tepisan kasar wanita itu menyebabkan Dee tersungkur ke arah lantai.
     "Ibu!...Ibu! Jangan tinggalkan, saya! Ibu!!!" Pekik Dee dengan suara hibanya sambil mengetuk bertalu-talu pintu yang terkunci rapat dengan kedua-dua tangan kecilnya.
     Pekikkan kuat daripada Dee itu tidak mengundang sedikit pun simpati maupun, belas di dalam hati Maria. Dia malahan, mengunci pintu bilik tersebut daripada luar. Emm...baru puas hati aku, ni! Desis hati kecilnya sendiri.
     "Ibu!...Ibu!...Sampai hati ibu kurung saya dekat bilik, ni! Ibu!" Rintih Dee sendiri sambil terduduk lesu dan terus memeluk lututnya sendiri. Biarpun, dia cuba merayu mohon dilepaskan daripada bilik tersebut Maria tidak mempedulikan langsung rayuannya. Nasib baiklah, tuan Imran papanya balik agak awal dari tempat kerjanya pada hari, itu. Dia, lah yang telah mengeluarkan dirinya daripada bilik, tersebut. Masa tu, memang mengamuk gila jugak tuan Imran dengan isteri mudanya, itu. Yalah! Siapa tak, marah! Bayangkan, bertapa kejamnya sikap wanita itu yang sanggup membiarkan anak kecil terkurung seharian di dalam sebuah bilik yang gelap dengan tidak diberikan makanan serta minuman langsung.
     Semasa ditemui, oleh tuan Imran keadaan Dee memang agak lemah dan tidak bermaya. Mujurlah, nyawanya masih sempat diselamatkan. Kalau tidak sudah lama nyawanya melayang angkara sikap tidak berperikemanusiaan ibu tirinya yang begitu membenci dirinya, itu. Tetapi, semua itu hanya tinggal memori. Segala-galanya berubah semenjak, kematian Maria hidup dan perhubungan Dee dengan papanya semakin baik dan erat. Rupa-rupanya disebalik, semua kesusahan serta kepayahan yang pernah dilalui, olehnya selama ini, tersimpan seribu hikmah. Apa pun dia rasa bersyukur sangat sebab allah masih memberikan kesempatan pada dirinya untuk merasakan kasih-sayang papanya yang selama ini banyak di curahkan kepada, ibu tirinya itu.



Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now