Bab 7

13.6K 251 2
                                        

  Terjegil terus biji mata, Darius apabila melihat Gloria sedang bermesra dengan seorang lelaki. Punah terus harapannya ingin membina mahligai bahagia bersama dengan wanita itu. Dia tidak pernah menyangka yang Gloria sanggup menduakan dirinya.
  "Gloria!" Tengking Darius ke arah teman wanitanya itu.
  Suasana Cafe yang tadinya riuh dengan gelak tawa tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Kini semua mata pengunjung cafe tersebut tertumpu ke arah Darius. Gloria dan Dee yang sedang asyik bersembang turut terkejut dengan tengkingan tiba-tiba Darius itu. Tergamam terus Gloria apabila melihat Darius sudah pun muncul di hadapan matanya. Alamak! Apasal, pula Darius boleh ada dekat sini ni? Desis hati Gloria sendiri sambil Tergesa-gesa menepis tangan Dee daripada terus menyentuhnya. Dia bukan apa tidak ingin membuatkan Darius menjadi salah sangka terhadap dirinya. Dia cuba berlagak seperti biasa dan terus menyapa Darius dengan suara yang agak terketar-ketar "Err...Hai! Da..Darius! Atcually, i..i...want to introduce....Belum sempat, Gloria ingin memperkenalkan Dee kepada Darius, lelaki itu terus mengherdiknya sekali lagi. Terdiam terus Gloria dibuatnya.
  "Will you shut up, Gloria?!"
  Dee yang duduk berhadapan dengan Gloria juga turut terkejut sama apabila mendengar suara herdikkan lelaki yang muncul daripada arah belakangnya itu. Tersentak terus dia bilamana tangannya tiba-tiba ditepis kasar oleh Gloria.
  "Siapa lelaki ni, Gloria? Bukan main mesra lagi, aku tengok kau dengan dia!" Soal Darius sambil menundingkan jari telunjuknya tepat ke arah lelaki yang sedang duduk membelakangkan dirinya itu.
  Wajah Gloria menjadi semakin pucat selepas mendengar pertanyaan serius daripada Darius di saat ini. Lidahnya menjadi kelu seketika. Mulutnya seolah-olah seperti terkunci, tidak tau bagaimana hendak menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada teman lelakinya itu. Dee yang bersimpati dengan keadaan Gloria cuba untuk membantu  tetapi baru sahaja dia berniat ingin membuka mulutnya, Gloria segera menghalang tindakkannya itu.
  "Darius! Listen to me, please!" Rayu Gloria mohon pengertian daripada Darius.
   Apabila Darius mendengar rayuan daripada Gloria itu, dia terus mencebikkan bibirnya. Perempuan! Macam tulah, ada je alasan yang nak dibagi. Apa dia ingat aku ni senang nak kena tipukah! Ini Dariuslah! Pantang sekali bila ada orang yang ingin menipu dirinya! Bisik hati Darius sendiri sambil menatap tajam ke arah Gloria.
"Nak listen apa lagi, Gloria! Dah terang lagi bersuluh, berani you curang dengan i!" Bentak Darius dengan geramnya.
  "Curang? Darius! I tak pernah curanglah dengan you, janganlah buat tuduhan yang tak berasas ni dekat i!" Jawab Gloria dengan tegasnya.
  "Habis tu? Lelaki dekat depan you ni, siapa? Tunggul! anak patung! Enough! Gloria, i dah tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi dari you. Lepas ni, you jangan nak tunjuk lagi muka you depan i! I jijik sangat dengan perempuan yang perangai macam you, ni!" Hina Darius kepada Gloria.
  Airmata yang daripada tadi cuba ditahan oleh Gloria akhirnya, gugur jua selepas mendengar penghinaan daripada Darius sebentar tadi. Jiwanya begitu terluka bilamana dia dicaci dan dimaki sesuka hati oleh lelaki itu. Tidak sedikit pun rasa belas Darius terhadap dirinya.
  "Darius! Tolonglah, dengar penjelasan saya! Saya merayu sangat-sangat dekat awak!" Rayu Gloria sekali lagi sambil memaut pergelangan tangan lelaki itu. Tetapi pantas sahaja tangannya ditepis kasar. Terbungkam terus mulut Gloria dengan tindakan spontan Darius itu.
  "Dahlah! Gloria, mulai hari ni hubungan kita putus!"
  "What?! Darius! Tolonglah, jangan tinggalkan saya, i cant live without you! Please! I beg you Darius!"
  Dengan senyuman sinisnya Darius terus menatap semula kearah wajah Gloria yang sudah pun basah dengan airmata sambil berkata"Hei! Perempuan! Kau ingat, aku boleh terima kau balik after what you done to me right now? No! Gloria! I takkan kutip balik benda yang i dah buang, you faham tak?!"
  Tersentak terus Gloria apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut teman lelakinya itu. Dia tau keputusan Darius muktamad walau menangis darah sekalipun Darius tidak akan pernah menerima dirinya semula. Terduduk terus Gloria di atas kerusinya semula sambil menatap kosong ke arah wajah Dee yang sedang merenungnya di saat ini.
  Apabila Dee melihat Darius enggan mendengar
perjelasan Gloria hatinya tiba-tiba menjadi semakin sakit. Tidak sampai pula hatinya membiarkan sahabat baiknya itu dipermalukan dikhalayak ramai oleh lelaki itu. Perlahan-lahan Dee bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia kemudian berpaling ke arah belakangnya. Dari celah hoodie yang dipakainya Dee cuba mencuri pandang ke arah wajah lelaki yang telah menghina Gloria seketika tadi. Bermata biru? Tiba -tiba dia teringatkan sesuatu. Alangkah terkejutnya Dee sejurus melihat wajah teman lelaki Gloria dengan lebih jelas lagi, ternyata lelaki itu adalah pemandu kereta yang hampir melanggar seekor anak kucing. Patutlah, macam aku pernah dengar je suara lelaki tu tadi! Bisik hati Dee sendiri sambil terus menjerit ke arah teman lelaki Gloria itu.
  "Tunggu dulu! Encik Darius!"
  Mati terus langkah kaki Darius sejurus, mendengar jeritan seseorang dari arah belakangnya. Dia kemudian, segera berpaling terpacak di hadapannya, lelaki yang telah menjadi punca keretakkan perhubungannya bersama Gloria.
  "Oi! Jantan keparat! You nak apa lagi dari i?!" Pekik Darius dengan geramnya.
  Amboi! Mamat mata biru ni, mulut memang tak ada insurans langsung. Suka-suka dia je, nak panggil aku ni jantan keparat! Hei! Aku bukan jantanlah aku perempuan, tau tak! Pekik Dee di dalam hatinya. Dee kemudian cuba mencari ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan mamat berlagak sombong tu. Dee! Kau bawa bertenang okey! Nak hadap orang spesis Darius ni, memang susah sikit! Pujuk hati Dee sendiri.
  "Oi! Bro! Kau ingat aku ni tiang letrikkah? Cakaplah cepat!" Tengking Darius dengan kuatnya.
   Terbang terus lamunan Dee sejurus mendengar tengkingan kuat daripada Darius itu. Berdesing jugak telinga Dee dibuatnya. Dengan perasaan geramnya, dia terus meluru ke arah Darius dan menunjal dada bidang six pack lelaki itu dengan jari telunjuknya.
  "Encik Darius! Saya ni tak pekak lagilah, jadi tak payahlah nak terpekik terlolong macam orang tak betul!" Jawab Dee sambil terus membuka hoodie yang hampir menutupi seluruh wajahnya itu.
  "Awak!!" Jerit Darius dengan wajah terkejutnya.
  Terpana seketika, Darius apabila melihat wajah lelaki yang sedang berdiri rapat di hadapannya itu. Dia seperti tidak percaya akan bertemu semula dengan lelaki yang sanggup mengadai nyawanya semata-mata nak menyelamatkan seekor anak kucing. Bunyinya macam mengarut tetapi itulah yang sebenarnya telah terjadi. Dan gara-gara kejadian itu jugaklah papa Darius mengamuk gila dekatnya sebab tak masuk meeting tepat pada waktunya. Kenapa semua benda buruk yang terjadi di dalam hidupnya ada kaitan denga lelaki yang masih lagi menatap dirinya dari atas ke bawah ni. Meremang pula bulu tengkuk Darius dibuatnya.
    "Oi! Apasal, pula kau tengok aku macam tu? Eeeii...! Ingat sikit! Saya tak minatlah, dengan kaum sejenis ni!" Bentak Darius sambil menjarakkan dirinya daripada Dee.
   Selepas mendengar bentakkan kasar daripada Darius pecah terus tawa daripada mulut Dee. Entah mengapa perasaan lucu tiba-tiba saja menguasai dirinya.Darius yang mulai, naik angin dengan sikap acu tidak acu lelaki di hadapannya itu terus saja mencengkam kolar baju hoddie yang dipakai oleh Dee dengan kuatnya.
  "Hei! Bro! Tak payah nak gelak sangatlah, kau ingat aku ni apa badut sarkas kah, huh?!" Jerit Darius sambil menatap tajam ke arah wajah Dee.
  Mati terus gelak, Dee bilamana Darius tiba-tiba mencengkam kuat kolar bajunya. Terdorong terus tubuh kurus tinggi lampai miliknya, ke arah dada bidang lelaki itu. Tercium aroma maskulin Darius menerobos masuk terus ke dalam rongga hidung Dee. Emm....wanginya perfume mamat ni! Oi! Dee yang kau ni dah kenapa? Takkanlah time genting macam ni, pun kau boleh tangkap feeling pula dekat mamat berlagak sombong tu! Bisikkan itu menyedarkan semula Dee daripada fantasi liarnya. Nafas Dee terus tersekat di kerongkongnya saat mata biru Darius mencerlung tajam ke arahnya. Baru dia sedar yang posisinya dengan lelaki itu begitu rapat sekali. Dengan serta merta juga Dee segera menolak kasar tangan kekar milik Darius daripada terus mencengkam kolar bajunya.
  "Isskk! Apa ni, Encik Darius? Gentlemanlah sikit! Takkanlah dekat tempat awam, macam ni pun nak fight juga dengan saya!" Tegur Dee terhadap sikap kurang sopan Darius sebentar tadi.
   Amboi! Jantan ni, dahlah rampas Gloria dari aku sekarang ni ada hati pula nak tegur sikap aku dekat dia! Ni memang nak kena juga dengan penangan tangan aku ni! Bisik Darius di dalam hatinya sambil cuba menenangkan dirinya semula. Melihat lelaki itu sudah bertenang barulah  Dee dapat menarik nafas lega. Huh! Selamat aku! Bisik hati Dee sendiri. Darius yang masih lagi tidak puas hati dengan Dee sekali lagi cuba menyerangnya tetapi niatnya kali ini tidak berjaya kemunculan tiba-tiba papanya membuatkan Darius segera membatalkan niatnya itu. Bibirnya terus diketap dengan geramnya.
  "Darius! What's going on? Apasal, Darius cuba nak serang lelaki ni tadi? Darius please! dont make a scane in here, this is public place!"
   "Tapi papa, bukan Darius yang salah dalam hal ni tapi dia!" Tunding Darius ke arah Dee.
  "Encik Darius! Saya tak ta....Belum sempat, Dee hendak mengatakan sesuatu tiba -tiba saja Gloria pula menyampuk perbualan mereka.
  "Enough! All of you!" Pekik Gloria ke arah semua orang.
  Terperanjat terus Dee, Darius dan Tuan Carlos apabila mendengar pekikan kuat daripada Gloria itu. Sejurus melihat semua orang mulai, berdiam diri barulah Gloria membuka mulutnya.
   "Darius! You tak payahlah nak bergaduh dengan Dee. Yes! Dee memang teman lelaki baru i! I pun memang nak break-up dengan you! Lepas ni, you tak payahlah nak fikir nak jumpa lagi dengan i sebab minggu depan i akan pergi ke UK! So! Good by Mr. Darius!"
  Selepas berkata demikian, Gloria terus menarik pergelangan tangan Dee yang masih lagi kebingungan dengan pengakuannya sebentar tadi. Tanpa berlengah lagi, mereka berdua terus beredar pergi daripada Cafe Sweet Honey tersebut. Darius pula hanya, tercengang membisu sambil terus memerhatikan kelibat, Gloria dan teman lelakinya hingga hilang dari pandangan matanya. Kau tengoklah nanti Gloria! Aku akan pastikan hidup teman lelaki baru kau tu musnah! Ini janji aku! Janji seorang lelaki bernama Darius! Desis hati Darius sambil tersenyum dengan sinisnya.

P/S: sorry guy! Lmbt update. Ples keep vote and comment.
 
 
 
  
  
 
  
   

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang