Dee terus membuka perlahan-lahan pintu bilik air lalu, menjengahkan sedikit kepalanya ke arah luar. Matanya terus melilau ke seluruh ruangan bilik tidurnya, itu. Takut, siot! Maunya, muncul tiba-tiba lelaki psyco tu dekat depan mata dia ni confirm memang mati katak, lah dia jawabnya. Perlahan-lahan nafasnya dihela kemudian dengan lafaz bismillah dia terus bergegas keluar daripada bilik air, tersebut. Tatapan matanya kemudian, di halakan terus ke arah pintu biliknya, itu. Tersentak seketika, dia daripada lamunannya apabila cuping telinganya menangkap bunyi derap kaki dan suara sedang menuju ke arah bilik tidurnya, itu.
"Alah! Sory, lah tuan Imran! Hari ni customer i banyak sangat, tu yang terlambat, ni! Eerr....tapi tak apa i bagi diskaun!"
Baru sahaja, Dee berniat ingin meluru semula ke arah bilik air hasratnya itu terpaksa dibatalkan. Pintu biliknya sudah pun dibuka daripada luar. Keras terus dia berdiri dekat, depan pintu bilik airnya itu. Tidak berani sedikit pun dia berpaling. Terlebih lagi, bila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang secara tiba-tiba daripada arah belakangnya. Dek, perasaan terkejutnya dia terus menolak keras tangan yang menyentuh bahunya, itu lantas meluru ke dalam bilik air lalu mencapai berus tandas yang kebetulan terletak hampir dengan dirinya itu.
"Pergilah! Jangan ganggu, aku!" Jerit Dee dengan wajah pucat lesinya serta mata terpejamnya sambil menghayunkan berus tandas yang berada di tangannya itu ke arah mak andam yang disangka, kan Darius oleh dirinya, itu.
"Choi! Perempuan kau buat apa, ni?!" Pekik mak andam sotong yang sedang ditenyeh mukanya oleh Dee dengan berus tandasnya, itu.
Isskk! Sejak bila pula suara garau suami aku ni, boleh bertukar menjadi lembut? Tanya hati kecil Dee sendiri sambil membuka sebelah matanya. Eh! Apasal, pula badan suami aku ni nampak gemuk, je? Tadi suara sekarang badan, pula? Ya allah! Kenapa dengan mata aku, ni? Asyik, nampak benda pelik je! Berjela-jela persoalan terus bermain-main di dalam mindanya yang berserabut di kala, ini.
"Oi! Perempuan! Sampai bila hang nak tenyeh muka aku yang vogue ni dengan berus tandas, ni?!" Soal mak andam sotong yang terus sahaja menolak dengan kasarnya berus tandas yang di halakan tepat ke arah wajahnya, itu.
Terbuka luas terus biji mata Dee selepas mendengar dengan lebih jelas pemilik suara yang sedang berada di hadapannya, itu. Kelihatan, seorang lelaki yang berpenampilan pelik sedang berdiri tercegat di hadapannya. Terlepas terus, berus tandas yang berada di tangannya, itu.
"Awak ni siapa, huh?!" Soal Dee dengan wajah seriusnya. Sekilas, dia memerhati fizikal lelaki yang masih lagi merenung wajahnya dengan tatapan marahnya.
"Hah! Dekat sini rupanya kamu, Rose!"
Sapaan tiba-tiba tuan Imran memecahkan terus keheningan sepi sebentar, tadi. Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai, Ros itu terus meluru ke arah papanya. Siap berlengang lagi! 'Dah macam itik balik kampung saja Dee melihatnya. Terkedik-kedik dah serupa macam perempuan miang! Isskk! Apa nak jadilah dengan lelaki zaman sekarang ni! Ramai pula yang nak jadi, perempuan! Bebel Dee sendiri di dalam hatinya. Huh! Nasib baiklah aku ni tomboy saja tak adalah sampai tersasar nak jadi pengkid dan lesbian. Syukur alhamdulilah naluri aku masih lagi normal tak adalah nak menyimpang sampai menyukai, kaum sejenis. Simpang malaikat dua puluh empat! Cetus hati kecilnya sendiri.
"Deya! Yang kamu tercegat lagi dekat depan bilik air tu apasal? Tengok ni suami kamu pun dah bersiap. Cepatlah sikit lagi dua jam majlis resepsi dah nak mula, ni!" Ingat tuan Imran kepada anak gadisnya itu.
What? Tatapan matanya terus di halakan ke arah jam dinding. Tepat jam 6.00 petang! Gila, siot! Patutlah dah naik kejung jari-jemari kaki aku, ni. Rupanya, hampir tiga jam aku berkurung dekat dalam bilik air, ni! Getus hati Dee dibenaknya sendiri. Kelam-kabut juga dia, dibuatnya. Ke sana kemari dia berlari mengambil kain serta tuala lalu, bergegas meluru masuk ke dalam bilik air.
Sempat lagi, dia melirik sekilas ke arah penampilan segak Darius yang kelihatan begitu kacak dan bergaya, sekali. Baju tuxedo yang dikenakan oleh lelaki itu padan betul dengan tubuh tegap dan sasanya, itu. Sekali pandang suaminya terlihat seperti, seorang model yang selalu di lihat olehnya di dalam majalah fashion dalam dan luar negara. Mak oi! Kacaknya, dia! Puji Dee di dalam hatinya yang sedang berbunga-bunga, itu. Sedang leka melayan perasaannya sendiri suara gedik mak andam sotong tadi, kembali menerpa ke halwa pendengarannya. Berterabu terus semua lamunan panjang Dee sebentar, tadi.
"Cik Deya sayang! Stop dreaming! Pergilah bersih-bersih apa yang patut dekat, dalam bilik air tu! Jap lagi i dah nak touch up make up dekat muka you, tu! Cepat, sayang!" Arah mak andam sotong itu sambil menolak masuk tubuh Dee ke dalam bilik air tersebut.
"Dubb!!"
Dee terus menatap kosong pintu bilik air yang sudah pun tertutup dengan rapatnya, itu. Huh! Keluhan kecil dilepaskan, olehnya. Isskk! Kecoh betullah mak andam aku, ni! Baru nak cuci mata aku ni sikit, dah disuruh masuk balik dekat dalam bilik air, ni! Kacau daun betul, lah! Desis hati kecil Dee sendiri dengan wajah sebalnya.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...