Bab 59

10.3K 149 2
                                    


     Hari ini majlis pernikahan Dee dan Darius bakal dilangsungkan. Dee sengaja memilih menikah di rumah sahaja kerana inginkan majlis perkahwinan yang simple sahaja. Tetapi, Darius sudah memberitahu awal-awal kepada Dee bahawa, majlis repsisi mereka berdua nanti akan di adakan di Hotel Heritage milik, lelaki tu sendiri. Dasar berlagak! Sombong! Mentang-mentanglah dia banyak duit suka-suka dia saja nak arah itu dan ini! Rungut Dee sendiri di dalam hatinya.
   Huh! Ingatkan tak jadilah aku kahwin dengan mamat psyco, ni! Desis hati kecil Dee sendiri. Dia sendiri sebenarnya, masih tidak percaya yang dalam masa sebulan sahaja, Darius sudah boleh membaca sedikit ayat suci al-quraan walaupun sebutannya masih tersangkut-sangkut lagi. Kuat juga keazaman lelaki mat salleh itu mempelajari, agama islam.
   Tiba-tiba Dee tergelak sendiri apabila teringat, kan kejadian lucu semasa lelaki itu ingin, bersunat. Bersunat ni kebiasaannya dilakukan ketika, seorang remaja lelaki itu mencapai akal baligh tetapi mualaf seperti, Darius perlu melakukannya ketika dewasa. Salah satunya, bersunat ni memang penting dalam agama islam. Banyak kelebihan bersunat salah -satunya dapat mengelakkan kanser prostet yang selalu menyerang golongan, lelaki.( Ada info sikit!...😉😉😉). Masih tergiang-giang di cuping telinga Dee  perbualan papanya bersama Darius sebelum lelaki itu menjalani, prosedur tersebut.
    "Sebenarnya, saya takut nak bersunat ni, pakcik! Saya....saya tak pernah takut sampai macam ni, sekali!" Luah Darius dengan wajah pucat lesinya.
   Tersengih kecil terus tuan Imran apabila mendengar luahan daripada pemuda asing itu sebentar, tadi. Perlahan-lahan lelaki separuh baya itu menghampiri Darius lalu, memaut dengan erat, bahunya.
    "Dahlah tu, Darius! Doktor bukannya nak buat apa, pun! Dia potong sikit, je. Kamu tak payah risau, ya!" Pujuk tuan Imran dengan sengih lebarnya.
   "Tapi saya rasa takut sangat, lah pakcik!" Jawab Darius dengan suara gementarnya.
    "Alah! Harap badan saja tegap tapi, penakut!" Sindir Dee sambil mengetawakan Darius.
    Tersentak seketika, Darius apabila mendengar sindiran pedas dan gelak-tawa daripada wanita tomboy itu di ketika, ini. Pedas dan panas juga hatinya bila mendengar kata-kata wanita itu sebentar, tadi. Nevar mind! Sabar Darius! Pujuk hatinya sendiri sambil menghadiahkan tatapan tajamnya kepada Dee yang masih lagi mengetawakan dirinya, itu. Dee yang perasan dengan tatapan maut Darius itu menghentikan segera, gelaknya.
    "Awak bolehlah cakap macam tu dekat, saya! Sebab bukan awak yang perlu lalui, semua ni, tapi saya!" Ujar Darius dengan geramnya.
   Berdesing terus cuping telinga Dee apabila mendengar jawapan spontan daripada lelaki itu sebentar, tadi. Wajah tidak puas hatinya segera, di halakan ke arah wajah lelaki bermata biru, itu. Darius yang tidak mau, kalah dengan wanita tomboy itu turut menatap wajahnya. Terpegun juga, dia apabila melihat rona kemerah-merahan yang muncul pada kedua-dua belah pipi wanita, itu. Rasa nak gigit pun ada geram pula Darius melihatnya. Dee yang perasan dengam renungan nakal lelaki itu, terus menjadi tidak selesa. Tiba-tiba sahaja, dadanya berpalu dengan kuatnya. Detak jantungnya juga menjadi tidak teratur.
    "Yang tuan Darius tengok saya sampai nak terkeluar biji mata tu, apasal?!" Pekik Dee dengan suara kuatnya sambil mengalihkan wajahnya ke arah lain.
    Pekikkan kuat yang menerpa ke arah cuping telinganya itu, menyedarkan terus Darius daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Pandangan wajahnya segera, ditundukkan ke arah lantai sambil beristighfar di dalam hatinya sendiri. Perkataan itulah yang diajar oleh Ustaz Jamal kepadanya apabila mula-mula dirinya mendalami, agama islam. Perasaan malu terus menguasai, dirinya kerana ketahuan menatap nakal ke arah wanita tomboy itu sebentar, tadi. Sebenarnya, dia takut tuan Imran akan salah faham pula dekat dirinya, nanti. Silap-silap haribulan majlis nikahnya pula dibatalkan oleh, lelaki itu nanti.
   "I am sorry, Dee!" Ucap Darius dengan suara perlahannya.
    "Memang patut pun kau ucap perkataan tu dekat, aku! Sebab aku memang dah lama tunggu kau ucap perkataan tu dekat, aku!" Jawab Dee dengan wajah bencinya.
  Tuan Imran yang mulai, perasan ketegangan yang berlaku di antara Darius dan Dee segera mencelah perbualan keduanya.
    "Deya! Apa yang Deya mengarut, ni? Cepat! Say sorry to Darius right, now!"
    "Papa ni dah, kenapa? Buat apa pula saya nak minta maaf dekat, dia! Bukan saya yang buat, salah!"
   "Deya! Papa tak perna....."
   "Dahlah, tu pakcik! Ini semua memang salah, saya! Memang patut pun Dee marah dekat, saya!" Sampuk Darius cuba membela Dee daripada dimarah dengan teruknya oleh tuan Imran.
    Reda terus kemarahan tuan Imran apabila mendengar kata-kata Darius sebentar, tadi. Dee juga agak, terkejut apabila melihat lelaki asing itu membela dirinya sewaktu papanya memarahi dirinya seketika, tadi. Pelik? Bersungguh-sungguh betul dia bantu aku, tadi! Apasal, dia tak biar je papa marah aku, tadi? Berjela-jela persoalan mulai, menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya di saat, ini. Sekilas, Dee merenung penampilan, dirinya di hadapan cermin. Dia kelihatan, begitu cantik di dalam persalinan pengantin berwarna putih yang dikenakan ke atas tubuhnya yang ramping itu. Mahkota tiara bertahtakan batu permata dan berlian yang diletakkan di atas kepalanya juga menyerlah, kan lagi kejelitaan dirinya, itu.
    "OMG! This you, Dee?!!" Pekik Gloria dengan kuatnya.
   Dee yang sedang asyik, mengelamun terus dikejutkan dengan suara pekikkan yang datang dari arah belakangnya. Berterbangan terus semua lamunan panjangnya sebentar, tadi. Lantas, wajahnya dipalingkan ke arah belakangnya.
     "Gloria!" Pekik Dee sambil bangkit segera, daripada tempat duduknya lalu meluru ke arah sahabat baiknya, itu.
Wajahnya yang masam mencuka seketika, tadi terus bertukar menjadi ceria. Tubuh sahabat baiknya itu segera, dipeluk dengan eratnya.
    "Selamat pengantin baru, Dee!" Ucap Gloria dengan wajah sebaknya. Dia tau, tidak sepatutnya, dia bersedih di hari perkhawinan teman baiknya, itu. Tetapi, dia yakin bukan Dee yang inginkan perkahwinan ini pasti Darius yang telah memaksanya. Licik betul permainan bekas tunangnnya, itu.
    Tersentak seketika, Dee apabila mendengar ucapan Gloria sebentar, tadi. Isskk! Gloria tau, kah aku nak khawin dengan Darius bekas ex-fiance dia tu? Tanya hati kecilnya sendiri.
   "Wah! Cantik betul kawan baik aku, ni! Tak sangka dapat juga aku tengok kawan aku yang tomboy ni, naik pelamin!" Ujar Gloria dengan senyuman lebarnya.
    "Eerr....beb! Kau tak marah, kah aku khawin dengan Darius, ni?!" Tanya Dee dengan wajah serba-salahnya.
   Pertanyaan tiba-tiba daripada Dee itu, mematikan terus senyuman yang terukir di bibir Gloria sebentar, tadi. Dia juga sendiri juga sebenarnya terkejut apabila mengetahui, sahabat baiknya itu hendak mengahwini Darius lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya itu.
  "Thank's, Gloria! Aku ingat, kau dah tak nak datang dekat, majlis khawin aku, ni! Kau datang dengan siapa, beb?!"
   Tersedar terus, Gloria daripada lamunannya apabila dikejutkan dengan pertanyaan daripada Dee, itu.
   "Biasalah dengan mama dan papa aku, Eric pun ada seka....ooppss!" Secepat kilatnya, Gloria terus menutup mulutnya sendiri. Alamak! Apasal, pula boleh terlepas cakap ni? Desis hatinya sendiri.
    "Eric! Siapa, tu?!" Soal Dee dengan wajah ingin taunya. Dia yang pelik, melihat Gloria hanya mendiamkan diri segera melepaskan pelukkannya lalu, melayangkan tangannya di hadapan wajah jelita sahabat baiknya, itu.
    "Gloria!!" Kejut Dee sekali lagi. Sah! Ni mesti tengah, berkhayal! Memang nak kena juga dengan aku, ni! Desis hati kecil Dee sendiri sambil mendekatkan mulutnya betul-betul hampir dekat, dengan cuping telinga sahabat baiknya, itu.
    "Oi! Minah, kau dengar tak dengan soalan aku tadi, tu?!" Jerit Dee dengan kuatnya.
    Terkejut beruk terus Gloria apabila mendengar jeritan kuat daripada Dee sebentar, tadi. Bingit tak payah nak cakap, lah. Rasa nak pecah gegendang telinga Gloria, dibuatnya. Sekilas, wajahnya di halakan ke arah Dee yang masih lagi mengetawakan dirinya siap, pegang perut lagi. Amboi! Minah sorang, ni! Bukan main seronok lagi dia gelakkan, aku! Bebel Gloria dengan wajah sebalnya sambil meluru ke arah Dee dan terus mencubit lengan wanita tomboy itu dengan kuatnya.
   "Auchh!!" Jerit Dee dengan wajah kesakitannya.
   "Wah! Seronok betul kau gelakkan, aku! Hah! Rasakan hadiah istimewa aku, ni!" Tutur Gloria dengan gelaknya sambil menguatkan lagi cubitan tangannya.
   "Stop!...Stop!...Gloria, please! I am sorry, okey!" Rayu Dee dengan wajah bersalahnya.
    Kesian pula, Gloria kepada Dee apabila mendengar rayuaannya sebentar, tadi. Dengan segeranya dia menghentikan perbuatannya, itu.
    "Adoi! Sakitnya tangan aku, ni! Isskk! Kau ni crazylah, beb!" Pekik Dee sambil menjegilkan matanya ke arah Gloria. sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah  tangannya yang sudah pun berubah warna menjadi kemerah-merahan, itu.
   Gloria yang perasan dengan keadaan tangan sahabat baiknya itu, terus berasa bersalah. Disebabkan perbuatan dirinya Dee menanggung kesakitan. Perlahan-lahan dia mendekati wanita tomboy itu lalu, mencuit bahunya sedikit.
    "Alah! Dee, sorrylah aku tak sengajalah nak tercubit tangan kau, tadi! Kau janganlah marah dekat aku, pula!" Pujuk Gloria sambil menundukkan wajahnya ke arah lantai. Abis aku kalau Dee mengamuk, tak dapatlah aku tengok dia khawin hari, ni! Desis hati kecilnya sendiri.
    Selepas mendengar perkataan maaf Gloria itu reda, sedikit kemarahan Dee. Wajah monyok yang sedang merenung ke arah lantai itu di tatap sekilas, olehnya. Laju sahaja tangannya memaut erat bahu wanita itu.
    "Okey! I forgive you! But, dengan satu syarat!" Tutur Dee sambil menundingkan jari telunjuknya tepat ke arah wajah Gloria.
    "Syarat, apa Dee?!" Soal Gloria dengan cepatnya sambil merenung ke arah wajah comel Dee dengan terkebil-kebilnya. Harap-harap dia tak bagilah syarat-syarat mengarut dia tu dekat, aku! Cetus hati Gloria di akal fikirannya sendiri.
    Dee terus tersengih-sengih sendiri apabila melihat wajah kalut dan bingung Gloria di saat, ini. Dia terus memikirkan apa hukuman yang patut dikenakan kepada sahabat baiknya, itu. Tiba-tiba terlintas idea, di dalam kepalanya. Terukit terus senyuman lebar diulas bibir mugilnya, itu.
    "Kau jadi bridesmaid, aku! Boleh, kan?!" Pinta Dee dengan senyuman cerianya.
    Sejurus, mendengar permintaan Dee itu Gloria segera, menghelakan nafas dengan perasaan leganya. Huh! Ingatkan syarat apalah, tadi! Getus hati kecilnya sendiri sambil menyeka peluh dingin yang mulai, membasahi sekitar dahinya, itu.
    "Okeylah! Bridesmaid pun bridesmaidlah, my bff!" Ujar Gloria sambil mencuit hidung mancung sahabat baiknya, itu. Menjerit kesakitan terus Dee, dibuatnya.
    "Oh god! Kau orang berdua ni tengah buat, apa? Deya, dah siap, kah? Majlis nikah dah nak mula, ni!"
    Kemunculan tiba-tiba puan Mary ibu Gloria, membantutkan terus perbualan Dee dengan Gloria. Mati terus senda -gurau kedua, dibuatnya.
    "Saya dah siap, aunty Mary!" Jawab Dee dengan cepatnya sambil menyiku ke arah siku Gloria.
    "Hi! Mom!" Sapa Gloria dengan senyuman lebarnya.
    "Tak payah nak hi sangat Gloria, sayang! Cepat, iring Dee keluar, sekarang! Majlis nikah dah nak mula, ni!" Gesa puan Mary dengan wajah gelabahnya.
   Dee dan Gloria yang sudah makhlum dengan perangai puan Mary itu menuruti terus arahannya tanpa membantah sedikit, pun.
    "Okey! Let's go, now my friend!" Ajak Gloria sambil memaut dengan eratnya tangan Dee lalu beredar keluar daripada bilik tidur, tersebut dengan kadar segeranya.







                                                 *****





     Dee terus membuntuti, langkah kaki Gloria dengan perasaan berdebar-debarnya. Pandangan matanya terus ditundukkan ke arah lantai. Gloria yang sudah menghampiri pelamin segera, menyiku siku Dee. Ingin menyedarkan temannya itu daripada lamunannya. Terkejut terus Dee, dibuatnya. Huh! Nasib baik latahnya tak terkeluar, tadi.
    "Oi! Dee, duduklah cepat!" Bisik Gloria sambil menghadiahkan senyuman simpulnya kepada tetamu yang sedang hadir dan memenuhi ruangan majlis nikah di waktu, ini.
    Sejurus, mendengar bisikkan daripada Gloria itu Dee terus duduk dengan tergesa-gesanya sambil mendongakkan wajahnya sedikit. Ingin melihat sedikit suasana majlis yang sedang berlaku di ketika, ini. Alangkah, terperanjatnya dia apabila melihat jumlah tetamu yang hadir ke majlis pernikahannya ini. Matanya terus dipejam-celikkan ingin, memastikan apa yang di lihatnya ini bukan mimpi. Mak oi! Ramainya yang, datang! Jerit hati batin Dee sendiri sambil terus mencuri pandang kelibat Darius yang daripada tadi tidak di lihat oleh dirinya, itu. Isskk! Mana pula dia, ni? Dari tadi tak nampak batang hidung dia, langsung! Jangan-jangan dia tak jadi nak khawin dengan aku, kot! Baru sahaja Dee berteka-teki sendiri di dalam hatinya tiba-tiba cuping telinganya dikejutkan dengan suara tok kadi. Tergamam seketika, dia dibuatnya.
    "Asalamuailaikum semua! Nampaknya kita dah boleh mulakan majlis nikah, sekarang!"
   Perlahan-lahan Dee mendongakkan wajahnya lalu, menghalakan tatapan matanya tepat ke arah Darius yang sedang berdiri di hadapan, tok kadi. Kelihatan, lelaki itu mengenakan persalinan pengantin yang sedondon dengan dirinya. Tiba-tiba mata Dee tertuju ke arah Eric yang turut, mengenakan colour yang sama dengan dirinya. Berkerut seribu terus dahi Dee, dibuatnya.
    "Mana satu pengantin lelaki, ni?!" Soal tok kadi yang bingung melihat Darius dan Eric mengenakan, warna pakaian yang sama dengan warna pakaian pengantin wanita.
   "Saya!...dia!...tok!" Jawab Darius dan Eric serentak sambil menundingkan jari ke arah sesama sendiri.
   "Isskk! Budak-budak ni, yang mana satu?!" Soal tok kadi sekali lagi dengan wajah kelirunya sambil menatap ke arah Darius dan Eric silih berganti.
   "Saya, pengantin lelakinya, tok!" Jawab Darius dengan cepatnya sambil melabuhkan dengan segera, punggungnya di atas bantal yang sengaja dibentangkan sebagai tempat duduknya, itu. Manakala, Eric pula terus duduk disebelahnya sambil membisikkan sesuatu ke arah telinga Darius.
    "Sorrylah, bro! Aku dah lambat tadi tu, yang tersama dengan warna pakaian pengantin kau, ni!" Diselangi, dengan gelaknya.
    "Nasib baiklah, kau ni bff aku kalau tak memang nak kena juga dengan pelempang aku, ni!" Jawab Darius sambil menjegilkan matanya ke arah sahabat baiknya, itu.
   "Ehemm!!"
    Deheman kuat tok kadi itu, membantutkan terus perbualan Darius dengan Eric. Kini, tumpuan mata para tetamu yang hadir terus tertumpuh ke arah Darius. Dengan perasaan berdebar-debarnya Darius terus mencapai tangan tok kadi lalu, mendengar setiap butir bicara lelaki tua itu.
   "Aku nikahkan Deya Binti Imran kepada Darius Savakis Abdullah dengan emas khawinya 1,200 ringgit, tunai!" Ujar tok kadi dengan wajah seriusnya.
   "Aku terima nikahnya Deya binti Imran dengan mas khawinya 1,200 ringgit, tunai!" Tutur Darius dengan suara gementarnya.
    Sejurus, mendengar lafaz daripada mulut Darius itu airmata kesedihan terus mengalir membasahi kedua-dua pipi Dee. Akhirnya, dirinya sah bergelar isteri kepada lelaki yang telah meranapkan maruah dirinya, itu. Nampaknya, dia memang tidak boleh lari lagi daripada tangan lelaki psyco itu.
    "Dee! Hulurlah tangan kau,sekarang! Darius nak sarung cincin, tu!" Bisik Gloria tepat ke arah cuping telinga Dee.
   Tersedar terus Dee daripada lamunannya apabila mendengar bisikkan Gloria sebentar, tadi. Tergesa-gesa dia membetulkan tempat duduknya lalu, menghulurkan segera tangannya ke arah Darius sambil menundukkan wajahnya ke arah lantai. Dia tidak berani hendak bertentangan mata dengan lelaki yang sudah pun bergelar sebagai, suaminya itu. Darius tanpa banyak soal segera, mencapai huluran tangan Dee lalu, menyarungkan cincin bertahtakan berlian ke arah jari manisnya itu. Terbeliak terus biji mata tetamu dan para keluarga terdekat yang hadir apabila melihat Darius menyarungkan cincin yang berharga jutaan ringgit ke arah jari manis Dee. Wah! Besarnya cincin dia! Cantiknya! Beruntung betul anak tuan Imran ni, khawin dengan jutawan yang kacak seperti Darius Savakis, ni! Itulah kata-kata pujian dan bisikan halus yang menerpa ke arah halwa pendengaran Dee. Mungkin perempuan lain pasti berasa bangga apabila mendengar pujian itu tetapi tidak bagi dirinya. I hate you so much, Darius! Desis hati Dee sendiri sambil menghalakan tatapan matanya sekilas, ke arah wajah ceria Darius dengan perasaan benci dan dendamnya.



Please add,vote and comment. I need you respond and fedback guy's. Good night😴😴😴😴
   

   

   
   
  
   
   

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now