Bab 5

11.9K 247 3
                                    

     
   Bahang matahari pada waktu tengah hari ini begitu terik sekali. Dee yang masih lagi, tekun melakukan perkerjaanya dengan mengutip serta mengumpul tin dan barang -barang terpakai kelihatan berkali -kali mengelap peluh yang mulai membasahi seluruh wajahnya. Setelah selesai dengan perkerjaanya, dia berehat seketika sambil terus menghirup air milo yang baru sahaja dibeli olehnya sebentar tadi. Hilang terus rasa dahaganya sejurus menghirup air milo tersebut.
   "Keriukk!!!"
   Tiba -tiba perut Dee pula mula berkeroncong. Adoi! Laparlah, pula rasanya perut aku ni! Bisik hati Dee sambil terus mengambil sedikit roti canai.
   "Meow! Meow!"
    Baru sahaja dia  ingin menyuakan roti ke dalam mulutnya tiba-tiba Seri, nama anak kucing yang telah diselamatkan olehnya pagi tadi terus mengeluarkan suaranya. Mati terus selera makan Dee dibuatnya.
   "Seri! Lapar, ye! Nah! makanlah roti, ni"
  Dee terus menyuakan roti yang ingin di makannya tadi kepada Seri. Meskipun dia sendiri belum makan tidak sampai pula hatinya melihat anak kucing itu menahan kelaparan. Sejurus roti diberi kepada seri anak kucing itu apa lagi terus makan dengan begitu berselera sekali. Tak apalah Dee! Kang dah siap kau kumpul tin dan barang tu bolehlah dijual. Lepas tu bolehlah beli makanan! Desis hati Dee sambil tersenyum sendirian.
   "Oi! Dee! Dekat sini rupanya, kau! Puas aku keliling kawasan dekat sini tadi, tak jumpa pula!"
  Terperanjat terus, Dee apabila disergah secara tiba-tiba oleh seseorang dari arah belakangnya. Tanpa berlengah lagi, dia apa lagi  terus sahaja membuka langkah silatnya. Sejurus Dee mendongakkan wajahnya, terpacak berdiri di hadapannya Gloria sedang ketawa terbahak -bahak apabila melihat tingkah laku spontannya sebentar tadi.
  "Amboi! Bukan main lagi kau, gelakkan aku! Nasib baiklah aku ni, tak ada penyakit jantung, kalau tak boleh arwah aku dekat sini!" Kata Dee sambil sengaja meninggikan nada suaranya.
    "Alah! Dee! Takkanlah, aku gelak pun kau nak sound aku jugak? Chill lah, beb!" Jawab Gloria sambil terus memaut bahu Dee dengan eratnya.
   "Chill lah beb! Kau cakap? Tak ada, aku tak peduli! Sekarang aku nak kau minta maaf balik dengan aku! Cepat!" Arah Dee sambil menjegilkan matanya ke arah Gloria.
  Apabila Gloria mendengar arahan Dee itu dia terus tersengih sambil terus menarik pergelangan tangan sahabat baiknya itu. Dee yang terkejut dengan tindakan Gloria itu terus menjadi panik.
   "Isskk! Gloria! Apa ni, lepaslah tangan aku!" Jerit Dee sambil terus menepis pautan tangan Gloria dari pergelangan tangannya.
   "Alah! Dee kau ikut jelah dengan aku! Tak payah banyak soal boleh tak?!" Jawab Gloria sambil merenung tepat ke arah wajah panik Dee.
  Isskk! Gloria ni ada je benda pelik yang dia nak buat! Desis hati Dee sendiri. Perlahan -lahan dia melangkah semula ke arah Gloria.
   "Sebenarnya, kau nak bawa aku ke mana ni, Gloria?" Soal Dee dengan lembutnya.
   Gloria tidak terus menjawab pertanyaan Dee itu. Agak lama jugak dia mendiamkan dirinya. Gloria sendiri tidak tahu harus bagaimana hendak menerangkan keadaan situasinya di saat ini.
    "Gloria! Apasal kau diam pula ni? Kau okey tak?" Soal Dee dengan wajah penuh kehairanan.
    Mati terus lamunan Gloria apabila mendengar pertanyaan tiba -tiba Dee itu. Pandangannya segera dialihkan ke arah wajah gadis yang berpenampilan tomboy itu.
   "Dee! Sebenarnya, mulai minggu depan aku tak kan dapat jumpa dengan kau lagi sebab....Belum sempat Gloria menghabiskan percakapannya Dee terus mencelahnya
  "Eh! Kau nak pergi mana pula ni, Gloria?"
  "Isskk! Dee! Janganlah, menyampuk bagi aku habis cakap dulu, okey!"
   "Okey! Boss! I will shut my mouth!" Jawab Dee spontan.
   "Dee! Aku dapat tawaran belajar dekat UK. Minggu depan aku dah nak berangkat pergi UK selama tiga tahun" Jelas Gloria dengan wajah muramnya.
   Terdiam seketika, Dee apabila mendengar penjelasan sahabat baiknya itu. Lidahnya menjadi kelu. Tiga tahun bukan jangka waktu yang singkat. Yalah selama ni, Glorialah yang selalu membantunya jika dia ada masaalah. Tetapi jika Gloria pergi dekat UK siapa lagi yang boleh tolong dia lepas ni. Dee! Relaxlah! Takkan kau nak, halang Gloria sambung belajar pula! Itu tak adil namanya! Bisik hati Dee sendiri.
   "Wah! Bestnya! Bff aku dapat study dekat UK tu! Lepas ni, bolehlah kau belanja aku pergi makan kan?" Soal Dee dengan senyuman cerianya. Namun jauh di sudut hatinya dia sebenarnya sedih sebab bakal berpisah dengan sahabat baiknya itu.
    Apabila Gloria mendengar pertanyaan Dee itu, laju sahaja dia menganggukkan kepalanya. Wajah yang muram tadi terus bertukar menjadi ceria.
   "Hah! Kalau macam tu, kau tunggu apa lagi, Dee? Jomlah!"
  "Tapi ak..." Belum sempat, Dee hendak mengatakan sesuatu, Gloria terus menarik pergelangan tangannya menuju ke arah  kereta Ferari miliknya.

                                                

   
                                                 *****

   

   
    Darius masih lagi, merenung fail laporan projek usahasama hotelnya bersama Syarikat Mega Holding. 'Darius! Ni fail, laporan projek dengan Syarikat Mega Holding! Papa nak, Darius handle projek ni sampai siap. Jangan lupa! Always update perkembangan projek ni, dekat papa! Papa, harap kali ni, Darius tak kecewakan papa lagi!' Tergiang -giang kembali, kata-kata papanya sewaktu menghantar fail tersebut ke dalam ofisnya sebentar tadi.
    Huh! Lecehlah, macam ni! Lepas ni, aku mesti tak boleh lagi lepak dekat kelab macam selalu! Desis hati Darius sambil melonggarkan sedikit ikatan tali tie-nya. Yalah! Selama ni, semua projek papanya yang handle, tapi sekarang tangungjawab tu terletak di atas bahunya pula.
   "Tok! Tok! Tok!"
    Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba Darius terdengar bunyi ketukkan dari pintu ofisnya. Dengan segeranya, dia membetulkan semula ikatan tali tie yang dilonggarkan olehnya seketika tadi.
   "Masuk!" Arah Darius sambil berpura-pura sedang sibuk melakukan perkerjaanya. Dari ekor matanya, dia dapat melihat kelibat Jenny sedang meluru masuk ke dalam ofisnya. Di tangan wanita itu ada secawan kopi. Baru dia teringat dia ada menyuruh Jenny membuatkan secawan kopi untuk dirinya.
   Jenny merenung sekilas, ke arah wajah serius Darius yang masih lagi leka merenung lap top di hadapannya.
   "Err...Kopi,Encik Darius!" Tutur Jenny dengan gugupnya.
  "Thanks! Jenny! You can go, now!" Arah Darius tanpa memandang ke arah Jenny.
  "You welcome! Encik Darius!" Jawab Jenny ringkas sambil terus meluru keluar dengan tergesa-gesanya. Di dalam hatinya sempat lagi, dia mengumpat sikap sombong dan berlagak anak majikannya itu.
  Sejurus melihat Jenny keluar daripada ofisnya, barulah Darius mengeluarkan gelak yang ditahan daripada tadi olehnya. Gelagat Jenny semasa menghantar kopi ke dalam ofisnya membuatkan dia tiba-tiba diserang perasaan lucu yang amat sangat. Entah kenapa, setiap kali Jenny bertemu dengan dirinya wanita itu pasti menjadi tidak tentu arah. Agaknya dia suka dekat aku kot? Teka Darius sendiri di dalam hatinya sambil terus menghirup kopi buatan tangan Setiausaha papanya itu.Emm....sedap jugak kopi yang dia buat! Patutlah papanya pilih Jenny sebagai setiausahanya! Komen Darius di dalam hatinya sambil terus menikmati kopi itu sehingga habis.
  

Please add,vote and comment. I need you respond and fedback guy's.good night😴😴😴😴

  
 
 
  
  

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now