Bab 48

7K 97 2
                                        

    

     Dee yang baru selesai, membersihkan sisa kotoran yang bertaburan di atas meja makan segera, duduk di atas kerusi. Dia ingin merehatkan sebentar, kakinya yang lenguh itu akibat, berdiri terlalu lama tadi. Dah duduk macam ni matanya pula buat perangai. Secara tiba-tiba sahaja dia mulai, diserang dengan perasaan mengantuk yang amat sangat. Pada mulanya, dia masih boleh lagi menahan perasaan mengantuknya itu, tetapi apabila kipas angin yang kebetulan tengah terpasang terhala ke arah wajahnya lama-kelamaan pandangan matanya terus bertukar menjadi kelam dan kabur. Tidak sampai beberapa saat dia akhirnya, terlelap di atas meja makan, tersebut.
    Darius yang kebetulan, baru keluar daripada bilik tidurnya terus melangkah laju menuruni, anak tangga menuju ke tingkat bawah sambil bersiul-siul kecil. Sampai sahaja ke tingkat bawah dia bergegas segera, menuju ke arah meja makan yang terletak tidak berapa jauh daripada dapur. Tujuannya hanya satu ingin, melihat samaada Dee sudah menyelesaikan semua tugas yang diberikan olehnya sebelum beredar pergi seketika, tadi.
    Terbeliak terus biji mata Darius apabila melihat, Dee sedang terlelap dengan lenanya di atas meja makan sambil menggunakan kedua-dua tangannya sebagai, alas penganti bantal. Terbit terus api kemarahan di dalam hati Darius apabila melihatkan keadaan, itu. Dengan segeranya,  dia terus meluru ke arah lelaki itu dan menghentakkan dengan sengaja kedua-dua tangannya ke atas meja makan tersebut.
    "Dubb!!!"
    Bunyi hentakkan kuat yang muncul secara tiba-tiba itu mengejutkan, terus Dee daripada tidurnya yang lena sebentar, tadi. Samar-samar tatapan matanya di halakan, ke arah datangnya bunyi yang di dengar oleh cuping telinganya seketika, tadi. Kelihatan ada kelibat, sesorang sedang berdiri betul-betul berhadapan dengan dirinya yang masih mamai daripada tidurnya, itu.
    Darius yang mula angin dengan sikap acu tak acu lelaki yang sedang berada di hadapannya itu sekali lagi menengkingnya.
   "Oi! Bangunlah!!"
   Terang -bederang terus, penglihatan mata Dee selepas cuping telinganya mendengar tengkingan kuat daripada Darius di saat ini. Kelam -kabut juga dia bangun segera, daripada tempat duduknya sambil menatap dengan bingungnya wajah lelaki psyco, itu.
    "Ma...maaf tuan Darius sa...saya terle...lap, tadi!" Jelas Dee dengan wajah serba- salahnya. Melihatkan renungan tajam mata lelaki itu, membuatkan perutnya menjadi senak seketika.
    "Amboi! Senang betul ayat kau, kan. Bila dah buat salah minta maaf je, lah yang kau tau. Apa kau fikir dengan maaf semua masaalah boleh selesai, kah?!" Bentak Darius dengan wajah berangnya.
    Terhinjut terus kedua-dua bahu Dee dek, terperanjat dengan bentakkan tiba-tiba Darius itu. Isskk! Geram betul, lah aku dengan dia ni! Bila bercakap dengan aku asyik nak mengamuk, je! Tak boleh, kah cakap elok-elok dengan aku, ni? Bebel Dee di dalam hati kecilnya sendiri sambil merenung sekilas, ke arah wajah Darius.
    "It's okey! Saya tak kisah pun tuan Darius sudikah, tak maaf, kan saya tadi!" Tutur Dee dengan wajah selambanya.
    Berdesing terus cuping telinga Darius apabila, mendengar kata-kata selamba yang keluar daripada mulut Dee itu. Dengan pantasnya, juga dagu lelaki itu terus dicengkam dengan kuatnya lalu didekat, kan ke arah wajahnya. Terdongak terus, wajah Dee ke arah Darius.
     "How dare, you! Kau jangan berani nak uji kesabaran aku, kang mampus kau aku kerja, kan nanti!" Ugut Darius sambil mencerlung tajam ke arah wajah cemas Dee.
    "Let me go now, tuan Darius!!" Jerit Dee dengan beraninya. Ugutan lelaki itu tidak sedikit pun menggetarkan hatinya. Dia dah tak hairan lagi, dengan sepak terajangnya. Tubuh badannya juga, sudah lali dengan perasaan sakit.
    Binggit terus cuping telinga Darius apabila mendengar jeritan kuat Dee terhadap dirinya sebentar, tadi.
    "Bullshit!" Maki Darius sambil melepaskan segera, dagu lelaki itu dari terus berada di dalam cengkaman tangannya.        Kalau diikutkan perasaan marahnya itu teruk juga lelaki tu dibelasahnya, nanti.
   Selepas melihat dagunya dilepaskan semula oleh, lelaki itu Dee terus menghelakan nafas dengan perasaan leganya. Adoi! Sakit dan sengalnya dagu aku, ni! Rintih Dee  di dalam hatinya sendiri sambil mengusap perlahan ke arah dagunya yang menjadi mangsa kekasaran Darius sebentar, tadi.
    Keadaan diri Dee itu tidak menimbulkan sedikit pun perasaan kesian maupun, simpati di dalam lubuk hati Darius. Dia malahan, hanya tersengih mengejek sambil menjuihkan bibirnya sebagai, tanda benci dan menyampah.
    "Alah! Kau ni janganlah nak lembik sangat! Aku bukannya cengkam kuat pun dagu kau, tu!" Perli Darius sengaja ingin menyakitkan hati Dee.
    Gila tak, sakit! Dia ingat dagu aku ni besi, kah? Suka-suka dia je nak cakap macam tu dekat, aku! Marah Dee di dalam hatinya sambil menatap ke arah wajah kacak Darius dengan wajah sebal dan sakit hatinya. Malas betul dia hendak menghadap wajah lelaki psyco ni.
    "Saya tak adalah, lembik pun cuma sebagai manusia mestilah saya rasa sakit. Lain, lah kalau saya ni robot, tuan Darius!" Tutur Dee memulangkan batu keras kepada Darius.
    Dahlah tu Darius! Makin kau layan cakap lelaki ni sampai esok pun tak abis. Apa kata, kau bagi lagi punishment baru yang kau telah plan masa dekat bilik tidur tadi! Bisikkan itu mengingatkan terus Darius akan rancangan yang telah diaturnya sebentar, tadi. Tersungging terus senyuman lebar di raut wajahnya yang kacak itu. Dee yang pelik, melihat senyuman Darius itu terus mengerutkan dahinya. Ya allah! Apa lagi, lah yang dia nak buat dengan aku ni? Takkan tak puas lagi nak punish, aku? Aku dah penat sangat, ni! Keluh Dee di dalam hatinya sendiri.
    "Apasal tu....Baru sahaja, Dee ingin mengatakan sesuatu Darius tiba-tiba sahaja menyampuk percakapannya itu. Terdiam terus dia, dibuatnya.
    "Enough! Aku tak nak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut kau, sekarang!"
    "Tapi tuan Darius ke...."
    "Kau ni faham juga, kah dengan bahasa melayu, atau kau nak aku bahasa, kan kau dengan bahasa lain pula. Kau nak, kah!!" Herdik Darius dengan wajah berangnya.
    "Tak nak, tuan Darius!" Jawab Dee dengan pantasnya. Mampus aku kang dia cakap bahasa ibundanya confirmlah aku tak faham nanti! Bisik hati kecil Dee sendiri.
    "Good! Follow me, now!" Arah Darius dengan suara tegasnya.
    Dee yang tiada pilihan lain terpaksa, menuruti arahan Darius. Dengan langkah lemahnya dia mulai, membuntuti langkah kaki lelaki itu menuju entah ke arah mana. Sehinggalah, sampai ke belakang banglo tersebut barulah Darius menghentikan langkah kakinya, itu dan terus berpaling ke arah Dee yang masih lagi setia berdiri di belakangnya sejak daripada, tadi. Akibat, posisi yang begitu dekat, hampir lagi bibir lelaki itu menyentuh tepat ke arah bibirnya. Dee yang tidak selesa dengan situasi itu terus menyapa lelaki itu.
    "Kenap...!"Belum sempat, Dee hendak mengatakan sesuatu tiba-tiba saja jari telunjuk Darius terus menekup tepat ke arah bibirnya.
    "Shh!...Listen, now!" Bisik Darius dengan lembutnya sambil menundukkan sedikit wajahnya tepat ke arah cuping telinga Dee.
    Tergamam seketika, dia apabila melihat tindak-tanduk pelik Darius pada ketika, ini. Perlahan-lahan hembusan nafas lelaki bermata biru itu mengenai, lembut ke arah leher jenjangnya. Berdebar-debar terus dada Dee, dibuatnya. Kedudukkan wajah Dee yang begitu hampir dengan Darius membuatkan jiwa lelakinya menjadi tidak tentu arah. Tiba-tiba sahaja degup jantungnya menjadi, cepat dan tidak keruan. Darius! What are you, doing? Wake up, now! Bisikkan halus itu menyedarkan terus Darius dari terus dibuai dengan fantasi gilanya, itu.
    "Welcome to swimming poll Mr. Dee!" Pekik Darius dengan kuatnya sambil menolak tubuh Dee dengan kasarnya ke arah kolam renang tersebut.
    Dee apa lagi terus terjerumus ke dalam kolam renang yang begitu kotor dan tidak terurus, itu. Mujurlah, dia pandai berenang kalau tidak boleh melayang juga nyawanya sebentar, tadi.
    "Tuan Darius nak bunuh saya, kah?!!" Soal Dee dengan wajah tidak puas hatinya sambil melarikan sisa lumut yang masuk ke dalam mulutnya, itu.
    Darius yang melihat keadaan Dee itu, hanya tergelak dengan kuatnya. Tidak ada sedikit pun riak, bersalah pada wajah lelaki itu.
     "For you information Mr. Dee, this you job, now! Aku nak kau bersihkan air dan semua kekotoran yang ada dekat kolam renang aku, ni! Ingat, pastikan semuanya dalam keadaan bersih!" Arah Darius kepada Dee sambil duduk di bangku rehat yang memang tersedia, di kawasan kolam renang itu lalu, menghadap ke arah telefon bimbitnya.
    Sial! Dia bukan main relax lagi dekat bangku tu, siap main handphone lagi! Isskk! Geramnya, lah! Desis hati Dee sendiri dengan wajah sebalnya. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah air kolam renang yang sudah pun berwarna kuning dan keruh itu. Mak oi! Kotornya air, ni! Baik aku keluar cepat, kang tak pasal-pasal kena gatal-gatal pula kulit aku ni! Getus hati kecil Dee dibenaknya sambil bergegas naik daripada kolam renang tersebut. Mujur, baju hodie yang dikenakan olehnya ini, agak tebal sedikit tersembunyilah juga lekuk tubuh kewanitaannya, itu daripada pandangan mata Darius.
    Tanpa pengetahuan, Dee rupa-rupanya Darius bukannya menghadap sangat dengan telefon bimbitnya, itu. Sebaliknya, lelaki itu mencuri pandang ke arah dirinya sewaktu naik daripada kolam renang tersebut. Tidak berkelip langsung, biji mata Darius apabila melihat lelaki itu mengusap sisa air kolam daripada wajah dan batang lehernya seketika, tadi. So hot and sexy! Puji Darius diluar kesedarannya.



                                 
                                               
                                                 *****



 
     Dee yang perasan, dengan renungan pelik wajah Darius itu terus mengerutkan dahinya dengan penuh kehairanan. Isskk! Apasal, pula dia tengok aku semacam je, ni? Jangan-jangan dia nak buat lagi perangai gilanya tu dekat, aku? Kalau tak pun, mesti dia tengah fikir nak punish aku dengan apa pula lepas, ni? Berjela-jela persoalan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikirannya yang tengah berserabut itu. Darius yang hairan, melihat Dee berhenti melakukan tugasannya segera menyapanya.
    "Oi! Yang kau berangan dekat tepi kolam tu apasal? Kerja kau dah siap, kah?!!" Laung Darius dengan kuatnya sengaja ingin mengenakan lelaki itu.
    Dee yang sedang asyik, mengelamun terus tersedar daripada lamunannya apabila disapa secara tiba-tiba oleh, Darius. Dia kemudian, menghalakan tatapan matanya sekilas, ke arah lelaki itu sambil menyambung semula kerjanya yang tertunda seketika, tadi. Crazy! Bagilah aku ni, rehat sikit! Rungut Dee di dalam hatinya sendiri sambil memberus lantai kawasan kolam renang tersebut dengan kuatnya.
    Darius yang melihat keadaan lucu lelaki itu, terus tergelak dengan kuatnya. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dirinya diselubungi, dengan perasaan yang amat lucu sekali. Buat pertama kalinya semenjak, dirinya gagal mendapatkan projek mega Jentayu Holding tu, baru sekarang dia dapat tersenyum semula. Selama beberapa hari ini Darius begitu, tertekan dengan masaalahnya, itu.
    Dee yang sedang leka, melakukan kerjanya terus terkejut apabila mendengar Darius sedang tergelak dengan kuatnya. Dia kemudian, mengalihkan segera perhatiannya ke arah lelaki itu. Terpukau seketika, dia bila melihat Darius sedang tergelak dengan wajah cerianya. Jarang benar, dia dapat melihat lelaki tu tersenyum ketika bersama dengan dirinya. Dengan lesung pipit menghiasi, kedua belah pipi ditambah lagi dengan mata birunya benar-benar membuatkan, lelaki itu kelihatan seperti, model yang selalu di lihat olehnya di majalah maupun, di media masaa tempatan dan antarabangsa. Kacaknya, dia! Puji Dee di dalam hati kecilnya sendiri. Patutlah Gloria, sahabat baiknya itu meroyan teruk apabila lelaki itu memutuskan pertunangan mereka berdua.
     "Oi! Yang kau tengok muka aku sampai macam tu sekali dah, kenapa?!"
     Pertanyaan tiba-tiba Darius itu, amat mengejutkan Dee. Merah padam terus wajahnya menahan malu sebab kedapatan menatap wajah lelaki itu sebentar, tadi.
    "Eh! Mana ada saya tengok, tuan Darius. Tuan Darius ni, perasan sangat, lah!" Gelak Dee secara tiba-tiba.
    Sakit pula hati Darius apabila melihat Dee sedang, mengetawakan dirinya. Sambil mengetip bibirnya dia terus memarahi lelaki itu.
    "Apasal, kau gelak? Aku ada suruh, kah?!!"
    Mati terus gelak Dee apabila mendengar pertanyaan tiba-tiba daripada Darius, itu. Ingat nak bergurau, lah sikit dengan dia tapi lain pula yang, jadi! Cetus akal fikiran Dee sendiri.
    "Alah! Takkan saya gelak pun nak minta izin tuan Darius, pula? Lecehlah macam, ni!" Rungut Dee dengan wajah masamnya.
    "Dah! Aku tak nak dengar kau, membebel. Kau bereskan cepat kerja kau ni, sekarang!!" Sampuk Darius dengan nada tingginya.
    Dee yang malas hendak bertekak dengan Darius menuruti, sahaja arahan lelaki itu tanpa sebarang bantahan langsung. Darius pula, terus tersenyum dengan penuh kemenangan sebab berjaya membuatkan lelaki itu patuh akan arahannya. Meskipun, jauh disudut hatinya dia sebenarnya, kesian dan bersimpati dengan lelaki itu tetapi apabila mengingatkan, perbuatannya hilang terus semua rasa kesian dan simpati yang ada di dalam hati Darius pada saat, itu.
    Dee yang baru sahaja ingin, merehatkan dirinya sebentar tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan jeritan kuat daripada Darius yang sudah pun terpacak di hadapannya, sambil bersilang tangan. Terkedu seketika dia, dibuatnya.
    "Well! Are you ready for you last job for, today?!" Soal Darius dengan wajah seriusnya.
   "Saya tak faham, lah tuan Darius cakap, apa!" Jawab Dee dengan wajah bingungnya.
   "Okey! Aku nak lepas ni kau kemas, sapu dan mop lantai  dekat, ruang tamu aku tu and jangan lupa masak sekali untuk dinner malam, ni!"
   Selepas mengarahkan yang demikian, Darius terus beredar pergi daripada kolam renang tersebut meninggalkan Dee dalam keadaan terpinga-pinganya.
    Terbeliak terus biji mata Dee apabila mendengar arahan Darius yang seterusnya sebentar, tadi. Mak oi! Banyaknya kerja, aku? Boleh, kah aku buat semua tu dalam satu masa? Isskk! Dah makin melampau pula tuan Darius, ni! Apa dia ingat aku ni maid dia, kah? Suka-suka dia je nak suruh aku buat itu dan ini! Bebel Dee di dalam hatinya sendiri. Dahlah tu, Dee! Baik kau buat kerja kau tu sekarang! Kang datang lelaki psyco tu, nanti macam-macam kerja lagi yang kau kena buat! Bisikkan itu, menyedarkan terus Dee daripada lamunannya. Tanpa berlengah lagi, dia segera melakukan semua tugasan yang telah diarahkan Darius kepada dirinya sebentar, tadi.



Please add,vote and comment my story. I need you respond and fedback guy's. Good night😴😴😴😴
   
   

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang