Bab 52 mature content(18sx)

24.7K 184 5
                                    


sean o pry as Darius and kristen stewart as dee aka deya. ketty pery as gloria, gigi hadid as kristy,tyson balau as draco, david dgan as thiago, agnes monica as ursula kartika and simon neesman as eric.(this cast for this novel)
   

    Dee dan Thiago terus beriringan masuk ke dalam banglo mewah milik, Darius itu. Suasana sunyi dan sepi terus menyelubungi, lubuk hati keduanya. Semenjak, dari perjalanan balik tadi Dee dan Thiago saling mendiamkan diri. Ketika melangkah masuk ke dalam banglo tersebut mereka berdua menjadi tergamam, seketika. Isskk! Apasal, rumah ni gelap semacam, je? Biasa waktu macam ni, nek Mah masih sibuk melakukan perkerjaannya di dapur. Kamal cucu Wanita tua itu juga tidak, kelihatan sejak dari pagi tadi. Pelik? Berjela-jela persoalan mulai menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Dee di saat, ini. Begitu jugaklah dengan Thiago.
   "Dee! Kau tunggu jap, biar aku hidupkan lampu dekat ruang tamu, ni!"
  Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba Thiago menyapanya berterbangan terus semua lamunan panjang Dee sebentar, tadi. Kini tatapan matanya di halakan tepat ke arah wajah lelaki yang berbadan sado, itu.
   Baru sahaja Thiago berniat, ingin menyentuh suis lampu tindakannya itu terus dihalang oleh suara Darius.
   "Thiago! Let, the light turn off! You can go, now! I want to talk something with Dee for a, while!"
    Sapaan tiba-tiba Darius itu, amat memeranjatkan Dee dan Thiago. Dari remang cahaya bulan yang muncul memantulkan terus cahayanya ke arah wajah tampan milik, lelaki itu. Terserlah, terus tubuh tegap tinggi lampai Darius yang cuma mengenakan t-shirt lengan panjangnya dipandakan dengan seluar jeans jenama Live's -nya. Dia kemudian, menatap dengan tajamnya ke arah wajah Dee.
   Sorotan tajam mata lelaki itu amat galak dan menggetarkan hati Dee. Bajunya yang terkoyak ketika bergelut dengan Draco segera dipaut dengan erat olehnya. Mujur, keadaan agak gelap jadi Darius tidak perasan dengan keadaan Dee yang begitu berantakkan sekali. Terbayang semula adegan cemasnya ketika hampir menjadi mangsa rogol Draco musuh ketat kepada lelaki itu di dalam mindanya umpama, sebuah video yang merakam semua kejadian. Nasib baiklah Thiago sempat, menyelamatkan dirinya.
   "Mana fail, tu?!"
    Pertanyaan tiba-tiba daripada Darius itu amat, memeranjatkan Dee. Berterbangan terus semua khyalan panjangnya seketika, tadi. Wajah serius Darius ditatap sekilas, olehnya. Dia yang perasan dengan riak, wajah kurang senang lelaki itu dapat meneka sesuatu yang buruk bakal terjadi ke atas dirinya.   
    "Eerr....Sebenarnya, sa...saya gagal dan tak berjaya ambik fail tu! Tuan Draco dapat cekup saya masa nak ambik fail tu dan masa tu jugak dia ugut nak bunuh, saya!" Jelas Dee dengan suara gelabahnya.
    "What?!!" Jerit Darius dengan wajah terkejutnya. Perasaan marah terus meluap-luap di dalam hatinya sejurus mendengar penjelasan lelaki yang berada di hadapan matanya, itu.
   "What the fuck, man! Job easy macam tu pun kau tak boleh nak, buat? Baik kau mati je dekat tangan Draco sekarang, ni!" Jerit Darius sambil menghadiahkan jelingan tajamnya kepada Dee.
   Tersentak seketika, Dee apabila mendengar jeritan kuat daripada Darius di saat, ini. Ketakutan semakin bermaharajalela di dalam hatinya. Dia risau, lelaki itu akan mencederakan dirinya sekali lagi.
   "Maafkan saya tuan Darius! Sa...."
    "Shhh!....i dont want to hear one word's pun dari mulut kau sekarang, ni! Kalau kau degil juga pistol aku dekat laci tu dah lama tak tembak orang. So! You bettar shut you mouth right, now!" Celah Darius dengan wajah sakit hati dan sebalnya.
    Pucat lesi terus raut wajah Dee apabila mendengar ungkapan kata-kata berbaur ugutan yang dilempakan oleh Darius terhadap dirinya sebentar, tadi. Nampak gayanya, peluang untuk dia lepas bebas dari tangan lelaki psyco itu hanya tinggal impian sahaja. Ya Allah! Apa aku nak buat, ni? Tolonglah bantu aku, Ya Allah! Doa Dee di dalam lubuk hatinya sendiri.
    "Tuan Darius! Tolonglah, bagi saya peluang sekali lagi. Saya merayu sangat dekat, tuan Darius! Kali ni saya pasti buat betul-betul tugasan saya, tu!" Rayu Dee sambil menatap wajah Darius mohon belas kasihan lelaki itu.
   Tersungging terus senyuman sinis di raut, wajah Darius selepas mendengar rayuan lelaki itu. Dia ingat peluang tu boleh datang berulangkali agaknya, dia dah terlupa kot dengan perbincangan tempohhari. Maybe aku boleh refresh, kan balik memori jantan keparat, ni! Desis hati kecil Darius sambil mencebikkan bibirnya sebagai tanda menyampah.
    "Bukan aku pernah cakap sebelum ni, kan! kalau kau gagal lakukan tugasan yang aku beri ni hukuman berat pasti aku jatuhkan ke atas diri kau! Takkan kau dah lupa, kot?!!"
   Terhinjut terus kedua-dua bahu Dee apabila mendengar herdikkan kuat daripada Darius di kala, ini. Perasaan gementar dan takut terus menyelubungi, dirinya.
    "Ma...maafkanlah saya, tuan Darius! Tolonglah jangan hukum saya hanya disebabkan dengan benda kecil, ni!" Pohon Dee dengan wajah cemasnya.
    Terjegil terus biji mata Darius sejurus, mendengar permohonan lelaki itu. Dengan perasaan geramnya dia terus menunjal dengan kuatnya dahi lelaki itu dengan sebelah tangannya.
   "Ouchh!!" Jerit Dee sambil mengosok perlahan dahinya yang kesakitan itu. Gila! Dia ingat dahi aku ni besi, kah? Suka-suka dia je, nak tunjal dahi aku macam, tu. Berlagak betullah mamat psyco, ni! Umpat Dee di dalam benaknya sendiri sambil merenung kejap ke arah wajah kacak Darius.
    "Kau ni memang bodoh, kan? Memang suka tengok aku naik angin! Senang je, mulut kau cakap tugas yang aku beri tu benda kecil! Dasar lembab!" Tengking Darius dengan wajah sombongnya.
   Dee hanya, mendiamkan dirinya dan merelakan telingannya mendengar caci- maki dan bebelan pedas  daripada Darius di waktu ini. Nak menjawab pun memang tak boleh 'dah terang lagi bersuluh dia yang bersalah di dalam hal ini. Terima sahajalah punishment, lelaki tu! Bisik hati kecilnya sendiri. Sedang asyik, dia mengelamun tiba-tiba sahaja ruang tamu yang gelap sebentar tadi, kini bertukar menjadi terang berderang semula.
    Ketika berpaling daripada suis lampu tatapan mata Darius terus tertumpuh semula ke arah Dee yang masih lagi setia berdiri ditempatnya sambil menundukkan wajahnya. Tiba-tiba dahi Darius berkerut seribu. Keadaan pakaian Dee yang kelihatan, agak serabai dan kesan koyakkan pada bahagian dada bajunya menimbulkan tanda tanya di dalam hati Darius.
   "Kenapa dengan baju kau, tu?!"
   Tergamam seketika, Dee apabila diajukan dengan pertanyaan tiba-tiba daripada Darius itu. Adoi! Aku nak bagitau apa dekat, dia? Tak, kan nak cakap Draco hampir nak rogol aku. Nanti tak pasal-pasal kantoi pula, identiti diri aku yang sebenarnya! Getus hati kecil Dee sambil mengetip bibirnya sendiri.
    "Oi! Kau ni pekak, kah? Aku tanya tu jawab, lah!!" Jerit Darius dengan wajah berangnya. Berang dengan sikap acu tak acu lelaki itu. Dia memang pantang kalau dia tengah bercakap orang buat tak endah sahaja.
   "Eerr....maafkan saya, tuan Darius tanya apa tadi?!" Soal Dee sambil terkebil-kebil merenung ke arah wajah lelaki itu.
   Kemarahan Darius sudah tidak dapat dibendung lagi, olehnya. Dengan perasaan marahnya dia terus meluru, ke arah lelaki itu dan terus menolak dengan kasar tubuhnya ke arah lantai. Dee yang tidak sempat, mengelak terus terbaring ke atas lantai. Bagai nak remuk tulang belakangnya! Sakit jangan cakaplah hanya allah yang, tau.
    "Apa ni, tuan Darius?!" Pekik Dee dengan wajah tidak puas hatinya.
    Pertanyaan Dee itu tidak dijawab langsung oleh, Darius. Lelaki asing itu sebaliknya, terus menatap ke arah dadanya yang pada pandangan kasar bukan dada seorang lelaki tetapi buah dada seorang wanita. Wait! Takkan, dia seorang wanita? Apa aku mengarut, ni? Desis hati kecil Darius sambil mengosok-gosok kedua-dua matanya ingin memastikan apa yang di lihatnya itu bukan mimpi tetapi itulah kenyataan yang, sebenarnya. Jadi selama ni, dirinya sudah ditipu hidup-hidup oleh seorang wanita.
   Dee yang baru perasan dengan tatapan mata Darius ke arah lurah dadanya itu segera, menutup dadanya dengan kedua-dua tangannya. Hujung baju yang terkoyak itu terus dipaut dengan tangannya.
   "Who the hell are you, hah?!!" Bentak Darius dengan wajah berangnya sambil merenung wajah Dee dengan tatapan tajamnya.
   Bentakkan kuat dan tatapan tajam mata lelaki asing itu amat mendebarkan seluruh lubuk hati Dee. Mulutnya tidak dapat berbicara. fikirannya juga turut menjadi buntu. What should i do, god! Desis hati kecilnya sendiri.
   "Kau ikut aku, sekarang!"
   Sejurus, mengatakan yang demikian Darius terus menyeret dengan kasarnya pergelangan tangan Dee naik menuju ke tingkat atas banglo tersebut. Dee yang bagai, kan lembu dicucuk hidung hanya membuntuti, langkah kaki Darius tanpa berani membantah sedikit pun arahan lelaki itu.
  "Masuk cepat!!" Tengking Darius dengan kuatnya sambil menolak kasar tubuh kurus kering Dee masuk ke dalam bilik tidurnya, itu.
   Termangu seketika, Dee apabila melihat sikap kasar Darius terhadap dirinya di waktu, ini. Tengkingan kuat lelaki itu juga amat, membinggitkan telinganya.
    "Apa niat tuan Darius bawa saya masuk dekat dalam bilik tidur, ni?!" Soal Dee dengan wajah paniknya sambil menjauhkan dirinya daripada jangkauan tangan lelaki itu.
   Pertanyaan gadis tomboy itu, tidak dipedulikan langsung oleh, Darius. Dia sebaliknya, terus menyeret pergelangan tangan Dee lalu menolak dengan kasar tubuhnya ke arah sofa. Terhenyak terus punggung Dee ke atas sofa yang empuk, itu. Dia kemudian, melilaukan pandangan matanya. Alangkah, terkejutnya Dee apabila menyedari  keberadaan dirinya di saat, ini. Bilik tidur? Isskk! Apasal, pula lelaki psyco ni bawa aku dekat dalam bilik tidur dia, ni? Jangan-jangan dia nak buat lagi benda yang tak senonoh tu dekat, aku! Dee mula berteka-teki sendiri di dalam hatinya sambil mengerutkan dahinya.
   Berdua-duaan dengan lelaki asing yang tidak ada ikatan langsung, dengan dirinya di dalam sebuah bilik. Bagaimana kalau tiba-tiba orang dari Jabatan Agama menyerbu masuk ke dalam banglo, ni? Confirm! Cerita tangkap khalwat dirinya pasti menjadi muka utama surat khabar pagi esok. Abis rosak nama papanya, nanti. Satu-satunya anak gadis gadisnya telah menconteng arang ke mukanya. Gerenti! Bersorak riang lagilah Maria, ibu tirinya itu. Ya Allah! Aku mohon Jangan sampai itu, terjadi. Berikanlah pertolongan dan bantuan kepada hamba Ya- Allah! Doa Dee di dalam hatinya sendiri sambil melirik sekilas, ke arah Darius yang kelihatan, sedang mundar-mandir di hadapan matanya. Wajah lelaki itu, terlihat agak tegang dan amat menakutkan sekali. Naik kecut juga perut Dee, dibuatnya.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now