Bab 36

8K 123 13
                                    

 Hi! Guys, i hope you not mad with me cause i been late to update this story. Sorry guy's! So this is a new chapter! Dont worry! i will try to update a little bit faster! So please vote, add, and comment. I need you support and feedback guy's.🐥🐥🐥🐥

   


    Darius terus menghirup kopi yang baru saja dihidangkan oleh mamanya, itu sehingga abis. Air kopi buatan tangan mamanya memang tidak ada tandingannya. Sedap sangat! Puji Darius di dalam hatinya. Sementara itu, puan Sandra pula terus memerhatikan tingkah laku anak bujangnya itu sambil menggelengkan kepalanya.
   "Darius! Kalau minum air kopi tu pelan-pelan, lah sikit! Janganlah gelojoh sangat macam, tu.Tak, elok!" Tegur puan Sandra akan sikap anak tunggal kesayangannya itu.
   "Alah, mama! Bukannya selalu Darius dapat rasa kopi buatan mama, ni! Tak salah, kan kalau Darius nak minum puas-puas!" Ujar Darius sambil tersengih dengan lebarnya.
   "Memanglah tak, salah sayang!" Jawab Puan Sandra mengiyakan kata-kata anak bujangnya itu.
   Tersengih terus Darius apabila mendengar jawapan mamanya sebentar, tadi. Dia memang sudah sedia makhlum, dengan sikap perfectionist mamanya itu.
   "Macam mana percutian Darius dekat Pulau Besar, tu? Seronok, tak?!"
   Pertanyaan tiba-tiba mamanya itu mengingatkan terus Darius kepada Dee teman lelaki baru bekas kekasihnya, Gloria. Terpapar terus semua kejadian semasa, dia bersama -sama dengan lelaki itu. Wajah comel itu, terus bermain-main di dalam kotak fikirannya. Apa khabar agaknya, dia? Dah makan, kah dia? Berjela-jela persoalan menyesak masuk ke dalam mindanya. Tiba-tiba Darius tersedar dari lamunannya. Isskk! Kenapa pula aku nak fikir dan risau pasal dia, ni? Takkan pula aku....No! Aku tak boleh ada perasaan macam tu dekat, dia! Getus hati kecil Darius cuba mengingatkan dirinya sendiri.
   Puan Sandra yang pelik dengan sikap membisu anak bujangnya itu segera menyapanya.
   "Darius! Kamu okey tak, ni? Apasal, mama tengok Darius macam ada masaalah besar, je?!" Soal puan Sandra dengan wajah cemasnya. Pelbagai andaian mulai, bermain di dalam mindanya.
   Tersentak terus Darius apabila mendengar sapaan tiba-tiba mamanya, itu. Wajah cemas puan Sandra direnung kejap olehnya.
   "Ma, apa yang panik sangat ni? Darius, okeylah!" Jelas Darius dengan pantasnya. Risau juga dia bila tengok wajah cemas mamanya seketika, tadi.
   Puan Sandra terus menghelakan nafasnya setelah mendengar penjelasan panjang lebar daripada anaknya sebentar, tadi.
   "Oh, thank's god!" Ucap puan Sandra dengan perasaan leganya.
   Tersenyum terus, Darius dengan gelagat overprotected mamanya itu.
   "Mama! Tak payahlah risau lagi, Darius okeylah!"
  Puan Sandra sekadar, menganggukkan kepalanya sambil tergelak sendiri di dalam hatinya. Baru saja puan Sandra ingin menyuakan, air kopi ke dalam tekaknya tiba-tiba saja dia teringatkan, Gloria yang merupakan tunang kepada anak bujangnya itu. Darius yang sedang asyik, mengelamun terus saja di sapa olehnya. Tersedar terus dia daripada lamunannya. Wajahnya segera di hala ke arah puan Sandra.
   "Darius! Eerrr....Sebenarnya, mama ada benda nak tanya sikit, ni!" Tutur puan Sandra dengan nada suara yang agak, tersekat-sekat.
   Berkerut seribu terus dahi Darius sejurus mendengar kata-kata mamanya di saat, ini. Kenapa pula mama nampak gelabah je, ni! Ada benda tak elok, kah yang jadi dekat mama? Desis hati kecil Darius sendiri.
   "Mama nak tanya pasal, apa?!" Soal Darius dengan wajah cemasnya. Kerisauan jelas terpancar di raut wajahnya.
   Tersentak terus, puan Sandra apabila menatap wajah cemas anaknya yang sedang duduk berhadapan dengan dirinya itu. Sekilas, tatapan matanya terhala ke arah tangannya yang sedang dipaut dengan eratnya oleh anaknya itu. Dia kemudian, mendongakkan wajahnya ke arah Darius. Agak lama juga dia menatap ke arah wajah cemas anaknya yang begitu jelas terlihat, olehnya.
    "Darius! Calm down, okey!" Ujar puan Sandra cuba menenangkan kebimbangan anaknya pada ketika, ini. Dia menarik nafas perlahan kemudian, melepaskannya semula. Cara itu, dapat memberikan ketenangan kepada diri puan Sandra.
   "Darius tak boleh nak calm down, selagi tak dengar apa benda yang mama nak cakap tadi!"
   "Mama cuma nak tau, macam mana perhubungan Darius dengan Gloria sekarang? Dah lama mama tak nampak Gloria jenguk mama dengan papa dekat rumah, ni!" Tutur Puan Sandra dengan wajah penuh kehairannya.
   Pertanyaan tiba-tiba puan Sandra itu terus menimbulkan, ketidakselesaan kepada diri Darius. Dia kalau boleh sudah malas hendak membincangkan perihal wanita sial itu kepada mamanya. Adoi! Macam mana nak cakap, ni? Takkan nak bagi tau, dekat mama yang aku dah break-up dengan Gloria! Cetus hati kecil Darius di dalam hatinya sendiri. Puan Sandra yang sudah tidak sabar mendengar jawapan anaknya itu sekali lagi menyapa dirinya.
    "Darius! Apasal, asyik diam je, ni? Jawablah cepat pertanyaan mama tadi, tu!" Gesa puan Sandra yang sudah tidak sabar ingin mendengar sendiri penjelasan daripada mulut anak bujangnya, itu.
   "Sebenarnya, Darius dah dekat seminggu break-up dengan Gloria! Dia ad...."
   "Apa! Mama tak salah dengar, kah? Betul, kah Darius dah putus dengan Gloria?!" Soal puan Sandra inginkan kepastian daripada anaknya itu.
   Darius terus menganggukkan kepalanya sambil menatap ke arah wajah terkejut mamanya. Dia tau, pasti di saat ini mamanya berada di dalam keadaan terkejut dan sedih.
   "Tapi kenapa, Darius?!" Soal puan Sandra yang masih tidak puas hati dengan jawapan anaknya itu. Terkejut juga dia bila mendengar penjelasan Darius sebentar, tadi. Yalah! Baru seminggu yang lalu dia bertemu dengan puan Mary, ibu kepada Gloria ingin membincangkan majlis pernikahan anak gadis sahabat baiknya itu bersama dengan anak bujangnya. Nampaknya, semua perancangan puan Sandra tidak akan kesampaian.
    Darius tidak, terus menjawab soalan puan Sandra itu. Dia kemudian, bangkit dari kerusinya lalu menuju ke arah kerusi yang berada disebelah mamanya, itu. Punggungnya segera, dilabuhkan ke arah kerusi. Bahu puan Sandra dipeluk dengan eratnya oleh Darius. Terhinjut terus bahu wanita itu, dibuatnya. Terdengar terus, di cuping telinga Darius suara esakkan tangis mamanya. Tersentuh terus hati kecil Darius dibuatnya. Dia cuba mencari jawapan sesuai yang boleh mententeramkan semula jiwa wanita yang amat disayangi olehnya, itu.
    "Mama, Dont cry please! Agaknya bukan jodoh Darius dengan Gloria!" Pujuk Darius kepada mamanya itu. Dia berharap sangat jawapannya itu, boleh meredakan kesedihan mamanya.
   "Darius, janganlah putus dengan Gloria mama dah pun...."
   "No! Keputusan Darius muktamad, ma! Samaada mama setuju atau tidak, Darius tetap dengan keputusan Darius!" Celah Darius dengan cepatnya sambil merenung redup ke arah wajah sendu mamanya.
   Puan Sandra terus menghelakan, nafasnya. Nampaknya, Darius sudah nekad dengan keputusannya. Memang tidak akan ada harapan lagi untuk anaknya itu bersetuju dengan kemahuannya. 'Dah terang lagi bersuluh' Darius sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan Gloria. Tak apalah, Sandra! Dah bukan jodoh Darius dengan budak, tu! Bisikkan itu meredakan semula kekecewaan, hatinya.
Sedang asyik, Puan Sandra dan Darius bersembang tiba-tiba saja tuan carlos muncul lalu menyampuk perbualan mereka berdua. Terhenti terus perbualan Darius dengan puan Sandra, dibuatnya. Kini perhatian keduanya tertumpu ke arah tuan Carlos yang sedang menyuakan air kopi ke dalam mulutnya.
   "Emm....kopi yang awak buat ni memang sedap, sangat! Sebab nilah, abang sayang sangat dekat isteri abang, ni!" Puji tuan Carlos kepada puan Sandra tanpa ada perasaan malu sedikit pun kepada Darius yang turut mendengar kata-kata pujiannya sebentar, tadi.
   Merah padam terus raut wajah puan Sandra apabila dipuji secara tiba-tiba oleh suaminya, itu. Berbunga-bunga terus lubuk hati puan Sandra dek teruja dengan pujian suaminya seketika, tadi.
   "Isskk! Abang ni, kan Darius ada tu! Malulah sikit dekat dia!" Tutur puan Sandra sambil mencubit halus lengan tuan Carlos dengan sebelah tangannya. Terjerit kecil terus tuan Carlos, dibuatnya.
   "Adoi! Sakitnya tangan abang, ni!" Keluh tuan Carlos sambil mengusap perlahan lengannya yang dicubit oleh isterinya sebentar, tadi.
    Darius yang melihat adegan gurau senda mama dan papanya menimbulkan perasaan iri di dalam hatinya. Entah mengapa, jiwanya tiba-tiba saja menjadi sakit dan pedih! Ingatannya terus tertuju kepada Dee, lelaki yang telah merampas Gloria daripada dirinya. Aku akan pastikan hidup engkau merana, Dee! Desis hati Darius dengan perasaan yang penuh dengan dendamnya.
   Tuan Carlos yang perasan dengan wajah pelik Darius itu terus saja menyapanya.
   "Darius! Jauh benar kamu termenung papa, tengok? Tengah fikirkan apa, tu?!" Soal tuan Carlos sambil merenung tepat ke arah wajah anaknya itu.
   Tersedar terus lamunan Darius selepas di sapa secara tiba-tiba oleh, papanya. Tatapan matanya terus di hala ke arah wajah tua papanya yang sudah kelihatan, berkedut itu. Timbul terus perasaan belas di dalam hatinya sejurus, melihat keadaan fizikal papanya yang sudah kelihatan, agak berusia itu. Sepatutnya, di usia emas seperti ini papanya memang sudah tidak layak lagi untuk menyandang jawatan sebagai, lembaga pengarah Hotel Heritage. Sudah sampai masanya untuk Darius pula, mengambil alih tugas papanya itu.
   "Pa! Darius sebenarnya, tengah fikirkan pasal jawatan sebagai ahli lembaga pengarah yang baru untuk Hotel Heritage!" Ujar Darius sambil menatap kejap ke arah wajah papanya.
   Mujur anaknya itu mengingatkan dirinya pasal, peralihan jawatan lembaga pengarah miliknya itu yang bakal di sandang oleh, Darius sendiri. Sebenarnya, dia sudah lama berhasrat ingin bersara dan menghabiskan masanya bersama dengan puan Sandra, isterinya itu.
    "Emm.....Papa pun sebenarnya, nak bincang juga dengan Darius pasal perkara, ni. Tak sangka, pula Da...."
   "Pa! Darius harap papa tak salah faham pula, dengan kata-kata Darius tadi!" Celah Darius dengan pantasnya. Dia tak naklah pula di anggap, hanya tau nak ambik kesempatan mentang-mentang dirinya anak kepada lelaki itu.
    Tuan Carlos terus menganggukkan perlahan kepalanya sebagai, tanda bersetetuju dengan cadangan anak bujangnya itu. Lega juga hati tuan Carlos dibuatnya setelah mendengar Darius bersetuju dengan cadangannya sebentar, tadi.
   "So! Papa rasa dah tiba masanya Darius gantikan tempat papa, tu!" Ujar Tuan Carlos yang bersetuju sangat dengan pendapat anak lelaki kesayangannya, itu.
    Terkejut terus Darius apabila mendengar pendapat papanya, itu. Dia masih sukar untuk mempercayai, ungkapan yang baru di dengar oleh cuping telinganya. Isskk! Betul, kah papa nak aku ambik jawatan dia,  tu?!" Darius mulai, berteka teki sendiri di dalam hatinya. Tuan Carlos yang sudah faham sangat dengan perangai anaknya itu terus saja menyapanya.
    "Hah! Apa lagi yang di fikirkan, tu? Macam mana Darius setuju tak dengan cadangan papa, tadi?!"
   Pertanyaan tiba-tiba tuan carlos itu menyedarkan segera Darius daripada lamunannya seketika, tadi. Dia kemudian, menatap semula ke arah wajah papanya yang kelihatan begitu ceria sekali. Terukir terus, senyuman lebar daripada wajah Darius setelah melihat wajah ceria papanya itu.
   "Baiklah, pa! Darius terima jawatan, tu!"
   Tuan Carlos segera, menghelakan nafas dengan leganya setelah mendengar persetujuan daripada anak bujangnya, itu. Nampaknya, lepas ni bolehlah dia pergi holiday dekat, luar negara bersama dengan isterinya. Kerana terlalu, gembira dia terus memaut erat tubuh anaknya itu. Puan Sandra yang kebetulan baru muncul dari arah dapur terus terpaku, seketika. Kelihatan, suaminya sedang memeluk dengan eratnya tubuh Darius.
    "Abang! Darius! Mama dah terlepas berita gembira, kah?!" Soal puan Sandra dengan wajah penuh kehairanannya. Wajah tuan Carlos dan Darius di renung silih berganti, olehnya.
   Pertanyaan tiba-tiba puan Sandra itu terus mengejutkan, tuan Carlos dan Darius yang masih lagi berpelukkan dengan eratnya. Terlerai, terus pelukkan tuan Carlos daripada Darius. Kini, perhatiannya tertumpu ke arah wajah bingung isterinya itu. Darius juga turut menatap ke arah puan Sandra. Suasana yang tadinya, ceria terus bertukar menjadi sunyi sepi.
   "Sayang! Janganlah pandang abang dengan Darius sampai macam tu, sekali!" Tegur tuan Carlos kepada sikap isterinya yang kelihatan agak pelik, itu.
   "Memanglah, saya tengok macam tu dekat, abang! Saya sebenarnya, hairan apa sebab abang peluk Darius tadi!" Ujar puan Sandra dengan wajah kalutnya.
  Tergelak besar terus tuan Carlos dibuatnya sejurus, mendengar jawapan yang keluar daripada mulut isterinya, itu. Entah mengapa, lubuk hatinya tiba-tiba saja dilanda dengan perasaan lucu yang amat sangat. Darius yang masih berada disebelahnya turut tergelak sama. Amboi! Dua beranak ni, bukan main suka lagi gelakkan aku! Tunggu jap, ye! Desis hati puan Sandra sendiri sambil meluru terus ke arah suami dan anak bujangnya, itu. Dengan pantasnya, juga telinga suami dan anaknya itu ditarik dengan kuat, olehnya.
    "Arrgg! Sakitnya!!" Jerit Tuan Carlos dan Darius serentak.
   "Hah! Tau pun, sakit!" Jawab puan Sandra sambil melepaskan semula tangannya daripada terus berada di telinga suami dan anaknya itu.
   "Apa ni, sayang? Sakit tau telinga abang, ni!"
   "Yalah, mama apasal tarik telinga Darius, pula?!" Sampuk Darius dengan percakapan papanya sambil mengusap perlahan telinganya yang kesakitan itu.
   Melihatkan, keadaan lucu suami dan anaknya itu, berderai terus tawa puan Sandra dibuatnya. Sementara itu, tuan Carlos dan Darius pula terus saling berpandangan sesama sendiri sambil pada akhirnya, turut tergelak sama dengan puan Sandra. Sedang asyik, mereka bergelak tawa tiba -tiba saja Darius teringatkan sesuatu lantas terus bermohon kepada papa dan mamanya yang dia ingin pulang ke banglonya yang terletak di Bukit Kiara.
   "Darius! Malam ni makan dekat sini, ya!"
   "Okey, Mama! Eerr....Darius gerak dulu pa! Ma!"
   "Be careful, kalau memandu tu, Darius!" Pesan tuan Carlos sambil merenung sekilas, ke arah wajah serius anaknya itu.
   "Okey! Pa....Darius pergi dulu, ya!"
   Sejurus mengatakan hal yang demikian, Darius segera meluru masuk ke dalam kereta ferrarinya. Dia kemudian, menghidupkan keretanya itu lalu, memandu keluar menuju ke jalan utama. Satu jam perjalanan akhirnya, Darius pun sampai juga di banglonya yang terletak, di Bukit Kiara. Setelah, mematikan keretanya dia terus bergegas keluar lalu meluru cepat ke arah pintu utama. Belum sempat lagi, tangannya hendak menekan lonceng pintu nek Mah sudah pun membukakan pintu untuk dirinya.
    "Amboi! Nek Mah ni, macam ahli nujum pula. Baru ingat nak tekan lonceng, tadi!" Usik Darius kepada nek Mah. Tersenyum simpul terus nek Mah bila mendengar usikkan majikannya, itu.
   "Silakan masuk, tuan Darius!" Ucap nek Mah sambil membuka luas pintu utama tersebut.
  "Terima kasih, nek Mah!" Ucap Darius sambil melangkah laju ingin menuju ke tingkat atas.
  "Err...tuan Darius nak minum apa-apa tak?!" Soal nek Mah.
   Pertanyaan tiba-tiba nek Mah mematikan terus, langkah kaki Darius. Kepalanya segera, dipalingkan ke arah pembantu rumahnya, itu.
   "Nek Mah buatkan kopi panas untuk saya, ye!"
   Selepas mengatakan yang demikian, Darius menyambung semula langkah kakinya yang terhenti tadi menuju ke tingkat atas dimana bilik tidurnya terletak. Nek Mah pula, hanya memerhatikan Darius sehingga hilang dari pandangan matanya. Setelah itu, barulah dia bergegas menuju ke arah dapur.
   Sampai sahaja di dalam biliknya, Darius terus membuka t-shirt dan mengeluarkan dompet serta telefon bimbitnya lalu diletakkan di atas meja yang berdekatan, dengan katilnya. Dia kemudian, melabuhkan punggungnya di atas katil lalu menanggalkan dengan segera, seluar jeansnya. Setelah itu, Darius bangkit semula daripada katilnya sambil, meluru terus ke arah bilik airnya dan mengambil tuala lalu membalut tuala itu ke arah pinggangnya. Baru saja dia berniat ingin menuju masuk ke dalam bilik air tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk dengan bertalu-talunya.
    "Tuan Darius! Boleh nek Mah, masuk?!" Laung nek Mah daripada luar bilik Darius.
   Sejurus mendengar suara nek Mah, Darius tanpa berlengah lagi, segera meluru ke arah pintu lalu membuka
pintu biliknya itu. Kelihatan terus, wajah ceria nek Mah terpampang di depan matanya. Senyuman ceria wanita tua itu turut dibalas oleh Darius. Nek Mah yang baru perasan dengan keadaan majikannya itu pada ketika ini, menimbulkan gelak di dalam hatinya. Darius yang perasan dengan riak lucu di wajah nek Mah segera, menyapanya.
    "Amboi! Apa yang lucu sangat tu, nek Mah?!"
   Pertanyaan tiba-tiba Darius itu amat mengejutkan nek Mah yang sedang asyik, dengan lamunanya sebentar, tadi. Wajahnya segera, didongakkan ke arah wajah kacak majikannya, itu.
   "Err...eh! Tak ada apa-apalah, tuan Darius. Nek Mah cuma teringatkan Kamal cucu nek Mah tu, je!" Jawab nek Mah dengan suara gelabahnya. Harap -harap alasan aku tadi itu dapat diterima oleh, Darius! Desis hati nek Mah sendiri sambil meluru masuk ke dalam bilik itu lalu, meletakkan segera kopi yang berada di tangannya itu ke atas meja. Baru saja dia berniat ingin keluar dari bilik itu Darius tiba-tiba saja menyapanya.
   "Nek Mah! Tunggu, jap!"
  Terhenti terus langkah kaki nek Mah, dibuatnya. Dia kemudian, membalikkan semula tubuhnya ke arah majikannya yang sedang sibuk mengambil sesuatu di dalam, beg sandangnya. Selang beberapa minit menanti, Darius kembali menuju ke arahnya sambil membawa bersamanya satu kotak bersaiz sederhana yang dibalut, dengan begitu cantik dan kemas sekali.
   "Ini ada hadiah harijadi untuk, Kamal. Nek Mah tolong berikan dekat dia, ye!" Arah Darius sambil menyerahkan kotak yang berada di tangannya kepada nek Mah.
   Terkedu seketika, nek Mah apabila melihat hadiah yang berada di atas tangannya, itu. Tersentuh terus hati tua nek Mah, dibuatnya. Yalah! Selama ni, tidak ada sesiapa pun yang pernah memberikan hadiah harijadi kepada cucu kesayangannya, itu. Ibu kandung Kamal sendiri juga tidak pernah melayannya sebaik, ini. Sedangkan Darius yang tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan cucunya itu, begitu mengambil berat akan hal-ehwal diri kanak -kanak itu. Bersyukur betul, nek Mah kepada allah sebab ditemukan dengan lelaki itu di saat dia dan cucunya amat memerlukan pertolongan. Sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah melupakan jasa baik Darius kepada mereka berdua. Dia benar-benar berhutang budi dengan lelaki berbangsa mat salleh, itu. Tanpa sedar, airmata mengalir terus membasahi kedua-dua pipinya. Entah mengapa, hatinya tiba-tiba saja dilanda dengan perasaan sedih yang amat sangatnya. Darius yang perasan, dengan kesedihan nek Mah itu terus saja menyapanya.
   "Eh! Apasal sedih pula ni, nek Mah?!"
   Pertanyaan tiba-tiba Darius itu, menyedarkan terus nek Mah dari dibuai dengan perasaan sedihnya seketika, tadi. Airmata yang mengalir dikedua -dua pipinya segera, disapu dengan tangannya. Dia kemudian, menatap ke arah wajah Darius yang kelihatan agak risau itu.
   "Err....nek Mah tak sedihlah, tuan Darius. Mata ni saja yang buat hal tadi, agaknya masuk habuk kot!" Ujar nek Mah sambil berpura-pura mengosok matanya yang tidak gatal itu dengan tangannya. Darius pula hanya, menggelengkan kepalanya. Nek Mah memang tak pandai nak menipu orang. Dia sendiri boleh melihat wanita tua itu sedang menangis sebentar, tadi. Hanya orang bodoh saja yang tidak boleh, perasan! Getus hati kecil Darius sendiri.
   "Dahlah, nek Mah! Hari ni, kan hari jadi Kamal. Tak elok kalau Kamal tengok nenek dia tengah, bersedih!" Pujuk Darius kepada nek Mah.
   Ada betulnya juga kata-kata Darius di saat ini, sepatutnya nek Mah tidak boleh bersedih dihari bahagia cucunya, itu.
   "Emm....betul cakap tuan Darius, tu. Apa pun terima kasih sebab beri hadiah ni dekat cucu nek Mah!"
   "Eh! Tak payahlah cakap macam tu, nek Mah! Saya ikhlas beri hadiah tu dekat, kamal!" Celah Darius sambil tersenyum dengan cerianya.
   "Baiklah, kalau macam tu nek Mah keluar dulu, ya!"
   Darius sekadar menganggukkan kepalanya sambil memerhati kepergian nek Mah melalui, ekor matanya sambil menutup semula pintu biliknya, itu. Dia kemudian, mengerling sekilas ke arah jam dinding. Waktu tepat menunjukkan jam 7.00 petang! Tiba-tiba saja Darius teringatkan sesuatu, dengan segeranya juga dia meluru terus ke dalam bilik air. Oh god! Nasib baik aku ingat pasal makan malam dengan mama hari, ni. Kalau tidak boleh merajuk pula mamanya tu, nanti! Cetus hati kecil Darius sendiri.
  
  
  
 
  

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now