Bab 22

10.5K 144 2
                                        


  Dee masih lagi, berdiri tercegat di hadapan banglo mewah milik Darius itu. Sedang asyik, memerhatikan banglo tersebut tiba-tiba Darius menyapanya.
  "Oi! Yang kau tercegat macam pantung cendana tu, apasal? Ikut aku, cepat!" Arah Darius sambil menolak kasar tubuh Dee ke arah hadapannya.
  "Eh! Tak payahlah nak tolak, saya!" Pekik Dee dengan geramnya sambil mulai mengatur, langkah kakinya perlahan menuju ke arah pintu utama banglo tersebut.   
Darius pula, terus mengawasi pergerakkan Dee itu dengan begitu ketat sekali. Sejurus sampai di depan pintu tanpa berlengah lagi, Darius terus menekan lonceng yang kebetulan berada disebelah pintu tersebut. Selang berapa minit menanti akhirnya, pintu pun di buka dari dalam. Muncul terus wanita tua separuh baya, berdiri betul-betul di hadapan mereka berdua.
   Nek mah yang kebetulan sedang sibuk di dapur segera menuju ke arah pintu utama setelah mendengar lonceng berbunyi berulangkali.
   "Kamal! Kamal! Pergi tengok siapa yang datang, tu?!" Pekik nek Mah kepada cucunya itu. Namun pekikkannya itu tidak berjawab lonceng pintu pula terus ditekan berulangkali. Tiba-tiba nek Mah teringatkan sesuatu dengan segera jugak dia terus bergegas keluar daripada dapur lalu membuka pintu tersebut. Tercegat di hadapannya Darius bersama dengan seorang lelaki.
   "Tuan Darius, Jemput masuk!" Sapa nek Mah dengan begitu ramah sekali.
   "Terima kasih! Ucap Darius sambil menolak kasar tubuh Dee untuk ikut masuk sekali ke dalam bersamanya.
   Nek Mah yang melihat situasi, yang sedang berlaku di hadapannya itu membuatkan dia tergamam seketika. Kasar sekali layanan majikannya itu pada lelaki yang datang bersama dengannya itu.Pelik! Siapa lelaki yang bersama dengan Darius itu? Berjela-jela soalan mulai, menyesak masuk ke dalam benaknya.
   "Nek Mah! Mulai hari ni, lelaki ni akan tinggal dekat rumah ni!"
   Terkejut terus Dee, apabila mendengar Darius menyebut nama wanita tua itu dengan panggilan nek Mah. Macam pernah dengar je, nama tu! Desis hati Dee sendiri.
  Nek Mah yang sedang mengelamun, terus tersedar daripada lamunannya apabila di sapa oleh Darius secara tiba-tiba. Pandangannya kemudian segera di hala kepada majikannya itu.
   "Err....tuan Darius datang dengan siapa, ni?!" Soal nek Mah dengan wajah penuh kebingungannya. Wajah lelaki yang berada di sebelah Darius itu tidak dapat di lihat dengan jelas olehnya, sebab baju hodie yang dipakai oleh lelaki itu menutupi keseluruhan wajahnya.
   Pertanyaan nek Mah tidak dijawab oleh Darius. Dia hanya berlalu pergi sambil menarik kasar tubuh Dee agar pergi bersamanya. Nek Mah hanya memerhati kelibat majikannya sehingga hilang dari pandangan matanya. Dahi tua itu, terus berkerut seribu. Perbuatan Darius itu, amat mengejutkan nek Mah. Kamal yang baru keluar daripada bilik air terus meluru ke arahnya.
   "Nek Mah! Napa panggil mal, tadi?!" Sergah Kamal kepada neneknya itu.
   Sergahan cucunya itu, amat mengejutkan nek Mah. Dia kemudian, mengurut perlahan -lahan ke arah dadanya. Nasib baik sakit jantungnya tidak menyerangnya tadi. Dia bukannya boleh, terkejut.
   "Mal, lain kali jangan sergah nenek macam tu!" Tegur nek Mah sambil membelai lembut rambut cucunya itu.
  "Ma...maafkan...Mal, nek!" Ucap Kamal sambil memeluk tubuh nek Mah.
   Tersentuh terus, hati kecil nek Mah apabila mendengar cucunya itu meminta maaf kepadanya. Tiba-tiba saja dia teringatkan anaknya, Mira. Entah bila dia dapat bersua, dengan anak kandungnya itu. Mengapa keras betul hati anak gadisnya itu. Sampai ke saat ini, tiada langsung khbar berita tentang anaknya itu. Dahlah tu, Mah! Buat apa kau ingat lagi dengan anak derhaka,  tu? Dia, kan dah buang engkau dan Kamal? Bisikkan itu, membuatkan hati tua nek Mah semakin hiba.
   "Napa nangis, nek?!"
   Tersentak terus, nek Mah apabila disapa oleh cucunya itu. Airmata yang mengalir di pipinya segera, dikesat dengan tangannya. Dia kemudian, mengalihkan semula perhatiannya kepada cucunya itu. Wajah comel dan tembamnya itu menceriakan semula, hati nek Mah.
   "Mana ada nenek, nangis. Mata nenek masuk habuk, tadi!" Jawab nek Mah dengan senyum yang sengaja, dibuat-buat olehnya. Dia tidak mau, cucunya perasan akan kesedihan yang sedang dirasakan olehnya ada ketika, ini.
   "Nek! Mal, laparlah!" Tutur Kamal sambil mengosok perutnya dengan tangannya.
   Tersengih terus, nek Mah apabila melihat gelagat lucu cucunya itu. Dia kemudian, segera mengajak cucunya itu menuju ke arah dapur. Apabila mendengar ajakkan nek Mah itu Kamal terus tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
   Sejurus sahaja, nek Mah sampai di dapur dia terus mengarahkan cucunya supaya duduk di meje makan sementara, dia pergi menyediakan makanan untuk cucu kesayangannya itu.
   "Nek Mah! Masak apa untuk makan malam, ni?!" Sapa Darius sambil duduk di sebelah Kamal.
   Terperanjat terus, nek Mah apabila mendengar sapaan tiba-tiba majikannya itu.
    "Err....malam ni, nek Mah masak nasi beriani dengan kambing masak merah kegemaran tuan Darius, tu!" Jawab nek Mah sambil membawa makanan untuk cucunya.
   "Emmm....mesti sedap nek Mah masak, tak sabar pula saya nak makan!"
   "Eh! Kalau tuan Darius, nak makan nek Mah boleh hidangkan sekarang!" Pelawa nek Mah kepada Darius.
   Darius sekadar, menganggukkan kepalanya sambil mula berbual dengan Kamal. Baru sahaja, nek Mah ingin menuju ke arah dapur tiba-tiba tubuhnya terhalang dengan seseorang yang sedang berdiri betul-betul di hadapanya. Nek mah terus mendongakkan wajahnya. Alangkah terkejutnya, dia bila melihat Dee aka Deya sedang berdiri di depan matanya. Dee juga turut tersentak, bila bertentang mata dengan nek Mah, ibu angkatnya itu. Berkerut terus, dahinya apabila melihat nek Mah berada di dalam rumah lelaki yang telah menculiknya itu. Alamak! Apa pula, yang nek Mah buat dekat dalam rumah lelaki psyco ni? Abis aku, kalau kantoi! Desis hati Dee sendiri.
   "Eh! Deya, kah ni?!" Tegur nek Mah sambil terus memeluk tubuh Dee dengan begitu erat sekali. Dia seperti, tidak percaya akan bertemu dengan anak angkatnya itu.
   "Ibu! Boleh tak ibu pura-pura tak kenal dengan Dee?" Bisik Dee tepat ke arah cuping telinga ibu angkatnya itu.
   "Tapi ke..."
   Nanti Dee cerita, sekarang nek Mah buat saja macam yang saya suruh tu" pintas Dee.
   Tergamam seketika, nek Mah apabila mendengar permintaan Dee itu. Namun kerana tidak ingin, menimbulkan masaalah dia segera menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kehendak anak angkatnya itu. Darius yang pelik, melihat kelakuan nek Mah dengan Dee terus sahaja menyapa mereka berdua.
   "Nek Mah, kenalkah dengan dia ni?!" Soal Darius dengan wajah seriusnya sambil mengerling sekilas, ke arah wajah panik Dee.
   Perasaan gemuruh terus, menyelubungi lubuk hati Dee selepas mendengar Darius bertanyakan sesuatu kepada ibu angkatnya itu. Dia takut, rahsianya terbongkar. Tatapan matanya kemudian segera, di hala ke arah nek Mah yang masih lagi diam membisu itu. Ya allah! Tolonglah, selamatkah aku! Doa Dee di dalam hatinya.
    "Err...ya! Bukan, maksudnya nek Mah memang tidak kenal pun dengan lelaki ni, tuan Darius!"
   Huh! Nasib baiklah, nek Mah tak cakap yang dia kenal dan tau identiti aku yang sebenarnya dekat, lelaki psyco tu! Bisik hati Dee sambil melangkah perlahan-lahan ke arah meja makan. Baru saja dia ingin, melabuhkan punggungnya di atas kerusi Darius terus menjerit ke arahnya. Terperanjat terus, dia dengan jeritan lelaki itu.
   "Oi! Siapa suruh kau duduk dekat, sini?!"
   "Bukankah, tadi, encik Darius yang suruh saya pergi dekat meja makan, ni!" Jawab Dee dengan selambanya.
   Terjegil terus biji mata, Darius apabila mendengar jawapan selamba lelaki itu. Dia kemudian, bingkas bangun daripada kerusinya lalu meluru ke arah Dee. Kolar baju lelaki itu, dicengkam dengan kuatnya oleh Darius.
    "How dare you say like that to, me? Who do you think yourself?!" Tengking Darius dengan wajah berangnya. Baru saja dia berniat, ingin melayangkan penumbuk solungnya kepada lelaki itu, tiba-tiba pergerakkan tangannya itu segera di halang oleh seseorang.
   "Tuan Darius! Tolonglah, jangan buat macam tu dekat dia!" Rayu nek Mah sambil menatap wajah serius Darius dengan pandangan redupnya.
   "Apasal, tak boleh nek Mah? Nek Mah nak tau tak, sebab dialah saya dan Gloria dah tak bersama lagi. Dia ni dah, rampas Gloria daripada saya!" Bentak Darius dengan geramnya.
   Terhinjut terus, kedua-dua bahu nek Mah sejurus mendengar bentakkan kuat majikannya itu. Selama berkerja bersama dengan Darius, ini adalah pertama kali dia dimarahi oleh lelaki itu.
   "Nek Mah! Bukan maksud tak..." Belum sempat, nek Mah hendak menghabiskan percakapannya Dee terus mencelahnya.
    "Encik Darius! Tolong jangan babitkan, nek Mah! Dia tak ada kaitan, langsung pun dengan masaalah kita! Kalau saya tak dengar arahan encik Darius tadi saya nak minta maaf sangat dekat awak!" Bela Dee kepada nek Mah.
   Selepas mendengar kata-kata lelaki itu, barulah kemarahan Darius kembali reda. Cengkaman tangannya pada kolar baju lelaki itu dilepaskan olehnya semula. Dia kemudian, melangkah semula ke arah meja makan. Kamal yang dari tadi, hanya menjadi pemerhati mulai berbicara.
   "Tuan daus! Cikgu ada pesan kat mal, dia ka...ta...kita tak oleh gaduh-gaduh! Tak baik, tau!"
   Tergelak kuat terus, Darius apabila mendengar pelat keanak-anakkan Kamal itu. Dee dan nek Mah turut tergelak sama.Suasana meja makan yang tadinya tegang kini, bertukar menjadi riuh-renda pula dengan gelak tawa mereka semua.
   "Errr....tuan Darius! Boleh nek Mah, hidang makan malam sekarang?!" Soal nek Mah dengan suara takutnya.
   "Boleh, nek Mah!"
  Sejurus mendengar jawapan majikannya itu, dia segera bergegas ke arah dapur. Darius pula terus, bergurau senda dengan Kamal. Sesekali, tangan kekar lelaki itu mencubit pipi tembam cucu, nek Mah itu. Terpana seketika, Dee dengan situasi yang sedang berlaku di hadapan matanya itu. Dia tidak menyangka disebalik, sikap panas baran, sombong dan berlagak Darius itu dia sebenarnya, seorang lelaki yang sukakan kanak-kanak. Boleh jadi, seorang ayah yang baik! Bisik hati Dee sendiri sambil ingin beredar pergi daripada meja makan tersebut.
   "Oi! Kau nak pergi mana, pula? Sit now!" Arah Darius kepada Dee.
   Pada mulanya, Dee ingin membantah arahan Darius tetapi apabila melihat tatapan tajam mata lelaki itu ke arah dirinya dia melangkah semula ke arah meja makan lalu, melabuhkan punggungnya ke atas kerusi dengan segera. Darius yang melihat keadaan gelabah Dee itu terus tersenyum dengan penuh sinisnya. Sabar Darius! Tak apa malam ni aku bagi freedom sikit dekat, engkau! Mulai esok, punishment aku akan bermula! Desis hati Darius dengan penuh dendamnya.

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang