Bab 35

12K 142 5
                                        

Intention please! Sorry if this part a little bit boring! But dont worry i am still working with the other part. Pls be stay tunned with my story!....

   

    Seharian Dee hanya berdiri termangu berdiri di depan tingkap sambil sesekali, matanya dilirikan ke arah pintu. Masih belum ada tanda-tanda yang Thiago akan datang untuk membuka pintu bilik stor, tersebut. Huh! Kenapalah nasib aku boleh jadi teruk sampai macam ni, sekali! Keluh Dee di dalam hatinya sambil beredar pergi daripada tingkap lalu melabuhkan punggungnya di atas, lantai. Dia kemudian, menyandarkan belakangnya ke arah dinding. Lutut dipaut kemas, olehnya. Kepala ditundukkan segera, ke arah lututnya. Tiba-tiba cuping telinganya menangkap bunyi seseorang, sedang membuka pintu bilik stor tersebut. Terdongak terus dia, dibuatnya.
    Sejurus saja pintu bilik terbuka kelihatanThiago mulai, melangkah masuk ke dalam bilik membawa bersamanya bungkusan plastik berwarna biru dan sebotol air mineral bersaiz, besar. Dengan selambanya, Thiago terus melemparkan plastik yang berada di tangannya itu ke arah Dee. Terdampar terus, bungkusan plastik itu tepat di hujung kakinya.
   "Kau makan cepat makanan tu, lepas ni aku ada tugas nak suruh kau buat!"
  Selepas mengatakan yang demikian, Thiago segera beredar pergi lalu mengunci semula pintu bilik stor, itu. Dee pula hanya, memerhati kepergian Thiago sehingga, hilang dari pandangan matanya. Dia kemudian, menatap sayu ke arah bungkusan plastik yang telah dilemparkan oleh lelaki itu sebentar, tadi. Perlahan-lahan tangannya mulai, membuka bungkusan plastik, tersebut. Hilang terus selera makan Dee dibuatnya, apabila melihat jenis makanan yang telah diberi oleh Thiago, pembantu peribadi kepada Darius itu. Hanya ada nasi putih berlaukkan, ikan masin! Terimbau terus ingatan, Dee kepada Alex lelaki yang telah diupah oleh Darius supaya menculik dirinya. Dan gara-gara lelaki itu juga dia menjadi tawanan Darius di dalam rumah banglo, ini. Dee! Yang kau dok berkhayal lagi tu, apasal? Baik kau makan, sekarang! Bisikkan kecil itu, menyedarkan semula dia daripada lamunan panjangnya seketika, tadi. Dee kemudian, mengeluarkan segera bekas berisikan makanan itu daripada plastik lalu melahapnya dengan begitu berselera, sekali. Selang beberapa minit kemudian, abis juga akhirnya nasi putih dan ikan masin yang berada di dalam bekas itu dimakan olehnya. Huh! Kenyang pun perut aku, ni! Desis hati Dee sendiri sambil duduk bersandar ke arah dinding. Oleh kerana, terlalu kenyang dan mengantuk tanpa sedar dia akhirnya, terlena di atas lantai.
    "Oi! Bangunlah, cepat!"
   Sayup-sayup cuping telinga Dee dikejutkan, dengan suara teriakan seseorang sedang menjerit ke arahnya sambil merasakan bahagian belakangnya sedang di tendang dengan begitu, kuatnya. Tersedar terus, dia daripada lenanya. Wajahnya segera, di halakan ke arah Thiago yang sedang berdiri terpacak di hadapannya sambil bercekik pinggang lagi. Mak oi! Garangnya rupa mamat ni, dah macam cikgu disiplin pun ada! Desis hati Dee sambil mengetip bibirnya lalu bangkit segera dari berbaring di atas lantai. Dia kemudian, menyandarkan semula belakangnya ke arah dinding. Kepalanya pula, masih lagi pusing sebab dikejutkan secara tiba-tiba oleh Thiago. Dia kemudian, meletakkan tangan kanannya ke arah dahinya lalu memicit dengan perlahan-lahannya. Legalah sedikit pusing kepalanya, itu!
    "Alah, bro! Bagilah aku lelap jap, bukannya...."
    "Dah! Kau jangan nak mengada-gada pula, bangun sekarang!" Pintas Thiago dengan pantasnya. Terkunci terus butir bicara Dee, dibuatnya. Dia kemudian, merenung kejap ke arah wajah berjambang yang sedang berdiri di hadapannya itu. Dengan badan sado dan jambangnya Thiago tidak ubah seperti, watak penjahat telenovela latin yang selalu di tonton olehnya, di kaca televisyen. Issy! Takut pula aku tengok dia, ni! Bisik hati Dee di dalam benaknya sambil bangkit segera, daripada tempat duduknya. Dia kemudian, berdiri tepat di hadapan lelaki itu. Meskipun, Dee seorang yang tinggi lampai dia masih perlu mendongakkan wajahnya ke arah Thiago sebab lelaki itu lebih tinggi daripada dirinya.
   "Tadi kau cakap nak bagi aku tugasan. Kalau aku boleh tau, tugas apa yang kau nak aku buat, tu?!" Soal Dee dengan wajah selambanya sambil mencerlung tajam ke arah Thiago.
  Thiago berdehem perlahan sambil, melangkah perlahan ke arah tingkap. Persoalan Dee itu tidak dijawab dengan segera, olehnya. Tatapan matanya di hala sekilas, ke arah luar tingkap. Thiago kemudian, menarik nafas perlahan dan berpaling semula ke arah Dee lalu menyapanya.
    "Job kau senang, je! Sebenarnya, tugas ni tuan Darius yang suruh! Aku hanya menyampaikan, saja!" Jawab Thiago dengan tegasnya.
   Darius! Isskk! Dia tak ada pun dekat sini, masih sempat lagi nak suruh pembantu peribadi dia yang muka serius ni dera dan seksa aku dekat sini! Bisik hati Dee sendiri sambil mencebikkan bibirnya tanda menyampah dengan lelaki yang berada di hadapannya, itu. Thiago yang dari tadi hanya, memerhatikan tingkahlaku Dee terus mengerutkan dahinya apabila perasan dengan tingkahnya yang sedang bercakap seorang diri, itu.
    "Oi! Kau membebel sorang-sorang ni dah, kenapa?!" Tengking Thiago sambil menatap dengan tajamnya ke arah Dee.
   Terperanjat beruk terus Dee dibuatnya bilamana, dikejutkan dengan pertanyaan tiba-tiba daripada Thiago itu. Alamak! Macam mana pula aku boleh kantoi  mengumpat pasal bos psyco dia yang  berlagak, tu! Desis hati Dee sendiri sambil menepuk dahinya, sendiri.
   "Aku cakap, sendiri? Isskk! Mana ada, bro!" Tutur Dee dengan wajah kalutnya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu dengan tangannya. Harap-harap alasan aku tu dia boleh terima, kalau tidak nahas aku dibuatnya, nanti! Desis hati Dee sendiri sambil cuba menenangkan perasaannya yang tengah gementar itu.
    Gelagat Dee itu membuatkan, Thiago tergelak lucu sendiri di dalam hatinya. Tiba-tiba saja dia teringatkan, perbualannya dengan Darius tempoh hari.
    "Hai, boss!" Sapa Thiago dengan wajah cerianya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tujuannya bertemu dengan Darius adalah atas arahan, lelaki itu.
   "Hi, too Thiago!" Ringkas saja jawapan Darius.
   Berkerut seribu terus, wajah Thiago apabila melihat reaksi pelik wajah majikannya itu. Jarang benar dia melihat lelaki itu bersikap seperti, itu. Pelik! Apa kena pula dengan boss aku, ni! Tanya hati Thiago sendiri.
   "Err...boss nampak macam ada masaalah, je! Cubalah, cerita dengan saya!" Ujar Thiago dengan suara gugupnya.
   Darius terus menghelakan nafasnya sebelum mulai, membuka mulutnya untuk berbicara. Wajah Thiago di pandang sekilas, olehnya.
   "Atcually, i memang ada masaalah sekarang, ni! I sendiri bingung tak tau nak cerita dengan siapa, lagi!" Tutur Darius dengan wajah ragu-ragunya sambil mengurut kedua -dua pelipis dahinya dengan tangannya.
   "Cerita je, boss! Maybe i can solve your, problem!" Pelawa Thiago dengan senang hatinya.
   "It's abaut my felling to someone! I am so confused with my heart! I think i am going crazy, Thiago!" Jelas Darius dengan wajah tegangnya.
   Tersentak terus Thiago apabila mendengar penjelasan majikannya, itu. Tidak pernah lagi dia melihat, Darius tertekan apabila berhadapan dengan masaalah besar. Baru kali ini dia dapat melihat bossnya itu berada, di dalam dilema. Confirm! Ni, mesti pasal perempuan! Apa lagi sebab yang boleh buat lelaki menjadi, sasau dan angau kalau bukan sebab perempuan! Teka Thiago di dalam hatinya sendiri.
   "Mesti wanita tu cantik, kan boss?!" Soal Thiago sambil tersenyum dengan lebarnya.
   Darius terus tersengih, apabila mendengar pertanyaan bodyguardnya itu. Wanita! No, aku sekarang bukan cerita pasal wanita! Kalaulah Thiago tau, apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni dia pasti akan terkejut! Bisik hati Darius sendiri sambil meraup wajahnya dengan, tangannya.
   "It's not abaut a women, Thiago!"
   Tercengang seketika, Thiago selepas mendengar jawapan pendek daripada Darius di saat, ini. Pelik! Kalau bukan sebab wanita! Abis tu, yang muka ketat dan monyok semacam tu sebab apa pula?! Berjela-jela pertanyaan mulai, berlegar-legar di dalam kotak fikiran Thiago. Sepanjang dia mengenali, Darius tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu berkeluh kesah meskipun ketika bersama dengan Gloria yang sudah pun menjadi ex-girlfriend kepada bossnya itu. Dia sebenarnya, masih tidak percaya yang Darius dan Gloria sudah tidak bersama lagi. Dari desas-desus yang di dengarnya, wanita itu curang dengan Darius! Bermacam-macam jugalah cerita yang di dengarnya daripada kaki tangan perkerja hotel milik bossnya, itu. Darius yang sedang asyik, menceritakan masaalahnya kepada Thiago terus menatap ke arah lelaki itu. Terbeliak terus biji matanya, apabila menyedari, Thiago sedang mengelamun. Apalah punya orang, aku bukan main syok lagi cerita masaalah aku dekat dia! Dia boleh pula nak berkhayal! Cetus hati kecil Darius sambil terus menyapa pembantu peribadinya, itu.
    "Thiago!...Thiago!" Kejut  Darius kepada pembantu peribadinya yang sedang hanyut dibuai oleh perasaannya, sendiri.
   Thiago yang sedang leka, mengelamun terus tersedar daripada lamunannya apabila mendengar sapaan tiba-tiba daripada Darius, itu.
   "Eerrr....Sorry boss! Boss cakap apa, tadi?!" Soal Thiago dengan wajah bingungnya.
   "Nothing! I think you can go, now Thiago!" Arah Darius sambil menatap ke arah lap topnya semula.
   Setelah mendengar arahan majikannya itu, Thiago dengan segeranya terus bergegas keluar daripada bilik ofis, tersebut dengan tergesa-gesanya.
   "Oi!...Bro! Bro...!!" Jerit Dee dengan geramnya.
   Terkulat-kulat terus raut wajah Thiago apabila mendengar jeritan kuat Daripada Dee, itu. Berterbangan terus semua lamunan panjangnya sebentar, tadi. Wajah sebalnya terus di hala ke arah Dee yang masih lagi berdiri di hadapannya, itu.
   "Aku tak pekak lagi, lah! Yang kau jerit kuat dekat aku tadi tu, apasal?!" Soal Thiago dengan wajah tidak puas hatinya.
  Cuak terus raut wajah Dee dibuatnya apabila disuakan, dengan pertanyaan tiba-tiba daripada Thiago itu. Isskk! Yang mulut hang gatal nak menjerit tadi tu, dah kenapa? Tengok sekarang apa dah, jadi! Bisikkan itu, menambahkan lagi debaran di dalam hati Dee.
    "Err...Alah! Sorrylah bro, aku tak ada niat pun nak menjerit dekat engkau, tadi! Aku cuma..."
    "Cuma apa?!" Celah Thiago sambil menjegilkan, matanya ke arah Dee.
   Mak oi! Garangnya dia, ni! Aku belum abis lagi pun nak tanya dia tadi, dah potong cakap aku! Menyampah pula aku tengok perangai sengal dia, ni! Bebel Dee di dalam hatinya sendiri.
   "Kenapa kau diam? Dalam mulut kau tu ada batu, kah?!"
   Kaget seketika, Dee apabila dikejutkan dengan tengkingan kuat daripada Thiago. Wajahnya segera, di hala ke arah lelaki itu.
   "Oi! Kau jangan nak melebih-lebih pula kau ingat, badan kau sado aku takutlah!" Cabar Dee dengan beraninya. Lantaklah! Aku dah malaslah asyik, nak mengalah je! Lepas ni, kalau dia nak juga fight dengan aku! Aku on, je! Getus hati kecil Dee sendiri di dalam hatinya.
   Terjegil terus, biji mata Thiago apabila mendengar cabaran Dee itu. Amboi! Tak padan dengan badan kurus kering dia, tu! Ada hati pula nak lawan dengan, aku! Satu kali aku jentik dengan penangan aku ni, confirm dia tumbang! Sabar Thiago! Kau kena cool dengan dia, ni! Desis hati Thiago sendiri sambil mententeramkan semula perasaan marahnya yang sedang membuak-buak, itu.
   "Dahlah! Kalau aku layan lagi perangai kau ni sampai besok pun takkan abis! Baik kau follow aku, sekarang! Jangan sampai aku naik angin, pula! Lunyai kau aku kerja, kan nanti!" Amaran Thiago dengan tegasnya.
   Tergamam terus Dee sejurus, mendengar amaran keras lelaki itu terhadap, dirinya. Alah! Ikut jelah arahan dia, Dee! Nanti kalau kau tak ikut masaalah lain pula bakal, timbul! Getus hati kecilnya, sendiri.
   "Eerr....Kau nak aku ikut kau pergi, mana?" Soal Dee dengan gugupnya.
   Berserabut terus kepala otak Thiago apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, itu.
   "Isskk! Kau diam boleh, tak?!" Pekik Thiago dengan kuatnya.
   Terkejut terus Dee bila mendengar pekikkan kuat Thiago sebentar, tadi. Mati terus butir bicara Dee dibuatnya. Dia kemudian, cuba berlagak dengan selambanya tetapi di dalam hati hanya allah yang tau bertapa cemas dan takutnya dia pada ketika, ini. Thiago yang perasan dengan wajah panik lelaki di hadapannya, itu terus tersenyum dengan lebarnya.
   "Ikut aku, sekarang!"
   Selepas mengatakan yang demikian, Thiago terus beredar keluar daripada bilik stor itu. Tidak sedikit pun, dia berpaling ke arah Dee yang masih lagi berada di dalam keadaan terpinga-pinga itu. Huh! Keluhan berat dilepaskan oleh Dee. Akhirnya, dia akur akan arahan lelaki itu. Perlahan-lahan langkah kakinya di atur keluar daripada bilik stor, tersebut. Harap-harap dia tak suruhlah, aku buat benda yang pelik-pelik! Desis hati Dee di dalam hatinya sendiri sambil mengekori langkah kaki Thiago.

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang