Dee terus menarik nafas dengan leganya selepas keluar daripada bilik air sebentar, tadi. Dapat, lah dia membersihkan apa yang patut. Tak adalah lagi rasa melekit dan bau yang melekat pada tubuhnya, itu. Sedang asyik, mengelamun tiba -tiba Dee teringatkan sesuatu dengan pantasnya juga dia bergegas menuju ke arah dapur dan terus bertembung secara tidak sengaja, dengan Darius yang kebetulan baru keluar daripada dapur. Nasib baik dia sempat, mendongakkan wajahnya tadi kalau tidak memang terlanggar juga tubuh tegap tinggi lampai lelaki, tu.
"Eerr...tuan Darius buat apa dekat dapur, ni?!" Tanya Dee dengan gugupnya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan tangannya.
Pertanyaan Dee tadi tidak diendahkan langsung, oleh Darius. Dia sebaliknya, ligat memerhatikan keadaan pakaian lelaki itu dengan tatapan matanya. Kotornya baju, dia! Kesian, pula aku tengok dia, ni! Getus hati kecil Darius di dalam benaknya, sendiri.
Dee yang pelik, melihat lelaki itu menatap ke arah pakaiannya terus mengerutkan dahinya dengan penuh kehairanan. Isskk! Apasal, pula dia tengok pakaian aku, ni? Cetus hati kecil sendiri sambil cepat-cepat melihat ke arah baju hodie dan seluarnya ingin, memastikan pakaiannya itu terletak elok di tubuhnya. Risau juga hatinya apabila melihat sikap Darius sebentar, tadi.
"Kenapa tuan Darius tengok saya macam, tu?!" Soal Dee sekali lagi kepada Darius.
Darius yang sedang mengelamun itu, terus mengalihkan semula perhatiannya kepada Dee yang masih lagi menatap ke arahnya dengan seribu pertanyaan.
"Siapa cakap aku tengok, kau! Kau ni, perasan sangat, lah!" Ujar Darius sambil mengurut perlahan tengkuk lehernya.
Alah! Sombong betul, lah mat salleh ni! Menyampah betul aku bila tengok perangai berlagaknya, ni! Umpat Dee di dalam hatinya sambil menjuihkan bibirnya.
"Eh!..ya, kah! Tapi saya perasan, lah! Tuan Darius memang tengok saya, tadi!" Tutur Dee dengan sengih lebarnya sambil mengangkat sebelah keningnya dan menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah wajah kacak lelaki itu.
Terpegun seketika, Darius apabila melihat senyuman lebar lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, itu. Berdebar-debar terus dada Darius, dibuatnya. Bibir mugil Dee yang kemerah-merahan di tambah lagi dengan lesung pipit di pipinya menambahkan lagi, kecomelan wajahnya yang kelihatan, keanak-anakkan itu. Sampai, kan Darius sendiri tidak mengalihkan, langsung tatapan matanya dari terus menatap ke arah wajah Dee yang difikirkan seorang lelaki olehnya itu. Kerana terlalu asyik, memerhatikan wajah Dee tanpa sedar, Darius terus menyentuh dan membelai dengan lembut pipi mulusnya dengan tangannya.
"You skin so, soft!" Bisik Darius dengan pandangan redupnya.
"Tapi tu..."
"No word's, please!" Celah Darius sambil meneruskan kegiatannya mengusap perlahan ke arah pipi Dee.
Tergamam seketika, Dee apabila melihat tingkahlaku pelik dan pandangan redup Darius terhadap dirinya di saat, ini. Tiba-tiba sahaja, tubuhnya menjadi kaku. Dia cuba menghalang perbuatan lelaki itu namun mulutnya juga turut, terkunci! Sentuhan tangannya umpama, tenaga elekterik yang menggetarkan seluruh urat saraf tubuhnya, itu. Melihatkan, Dee hanya mendiamkan dirinya Darius terus mendekatkan bibirnya perlahan-lahan kearah bibirnya. Dee yang perasan dengan niat lelaki itu, terus memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Chup!!" Ciuman Darius mengenai, tepat ke arah pipi Dee. Terlihat terus raut kecewa di wajah lelaki itu kerana tidak dapat mencium bibir Dee. Huh! Nasib baiklah aku sempat, mengelak tadi kalau tidak abis lagilah bibir aku ni dijamah oleh lelaki mat salleh, ni! Desis hati Dee dengan perasaan leganya.
"Tuan Darius! I think you need a woman, now! Saya ni lelaki bukannya, perempuan!" Ingat Dee kepada Darius dengan wajah sebalnya.
Merah padam terus pipi Darius apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dee sebentar, tadi. Adoi! Malunya, aku! Apasal, aku boleh terleka pula, ni? Shit! Maki Darius dengan perasaan malunya.
"Tepilah, tuan Darius!"
Tersedar terus Darius daripada lamunannya apabila di sapa oleh, Dee. Dia kemudian, mengalihkan terus perhatiannya kepada lelaki itu. Tiba-tiba Darius teringat, kan sesuatu.
"Oi! Kau nak pergi mana pula, tu?!" Pekik Darius dengan wajah seriusnya.
"Ai! Bukan tadi tuan Darius yang suruh saya, masak! Ni nak pergi masak, lah! Nak buat apa, lagi!" Jawab Dee dengan wajah ketatnya.
"Takkan kau nak masak dengan pakaian kotor macam, tu? Ni, bau badan kau pun aku cium dah macam bangkai tikus dah!" Ujar Darius sengaja ingin menyakitkan hati Dee.
"What?!"
Terjegil terus biji mata Dee apabila mendengar kata-kata Darius sebentar, tadi. Amboi! Mulut dia ni, memang tak ada adab langsung! Adakah patut, dia cakap bau badan aku ni dah macam bangkai tikus! Desis hati Dee sendiri sambil menghalakan hidungnya ke arah ketiaknya. Isskk! Mengarut je dia, ni! Bau sikit macam ni, biasalah! Bisik hati kecilnya sendiri.
Uwek! Darius bagaikan ingin termuntah apabila melihat aksi, lelaki itu menghidu ketiaknya sendiri. Isskk! Pengotornya dia, ni! Desis hati Darius sambil menggelengkan kepalanya sendiri.
"Oi! Kau pergilah mandi, dulu. Pakaian kau pun aku dah sedia dan letak dekat bilik air, tu!"
Sejurus mengatakan demikian, Darius terus beredar pergi sambil mengerling sekilas, kearah Dee yang masih lagi sibuk menghidu ketiaknya itu.
"Dah! Kau tak payahlah nak hidu sangat ketiak kau, tu! Bukannya wangi, pun!" Laung Darius kepada Dee sambil tergelak dengan kuatnya.
Sial! Ingat, kan dia dah blah! Rupanya sempat lagi, nak skoding aku! Bebel Dee dengan wajah geramnya sambil bergegas laju menuju ke arah bilik air.
Selang beberapa minit kemudian, Dee pun siap berpakaian dan meluru keluar dengan segeranya daripada bilik air. Sekilas, dia merenung seketika ke arah baju lengan panjang jenama nike dan seluar jeans berwarna biru gelap yang terletak elok di atas tubuhnya itu seketika. Not bad, lah juga! Desis hati Dee sendiri. Nasib baiklah, saiz baju dan seluar Darius tidak terlalu besar bolehlah dia memakainya. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya itu, barulah dia bergegas menuju ke arah dapur.
Ketika kakinya ingin melangkah masuk ke arah dapur kaget seketika, dia apabila melihat Thiago sedang sibuk menyiang ikan di atas sinki. Alamak! Macam mana aku nak masak, ni? Takkan pula aku nak halau lelaki tu dari dapur, ni? Alah! Macam mana, ni! Rungut Dee dengan wajah bingungnya.
Thiago yang perasan dengan kehadiran Dee itu segera menyapanya.
"Oi, bro! Takkan kau nak tercegat je dekat, situ! Come on help me, now!" Ajak Thiago dengan wajah cerianya.
Termangu seketika, dia apabila melihat sikap baik lelaki berbadan sado itu terhadap dirinya sebentar, tadi. Pelik! Apasal, pula lelaki ni layan aku baik je? Tanya hati kecil Dee sendiri sambil melangkah perlahan-lahan ke arah Thiago.
"Eerr...! Encik Thiago nak saya tolong apa?!" Soal Dee dengan gugupnya. Dia sebenarnya, tidak begitu selesa berdua saja dengan lelaki itu di dalam dapur, ni. Ingat, kan tadi dia boleh masak sendiri. Tak sangka pula, Thiago pun ada dekat dapur ni, juga.
"Tolong aku masak boleh, kan!" Soal Thiago dengan senyuman lebarnya.
"Boleh!" Jawab Dee dengan cepatnya sambil menuju ke arah peti sejuk dan mengeluarkan segera, ayam dan sayur brocoli lalu dibawa ke arah sinki.
Melihat dari cara Dee melakukan kerjanya berkerut juga dahi Thiago, dibuatnya. Lelaki itu begitu pakar melakukan perkerjaannya, nampak begitu sempurna, sekali. Pelik! Dia ni macam pakar je, dalam bidang masakkan! Teka Thiago di dalam hatinya sendiri sambil menyambung semula kerjanya.
"Pandainya encik Thiago siang ikan, tu!" Puji Dee kepada Thiago sambil menghidupkan api dapur.
"Eh! Tak adalah pandai, sangat! Aku tengok kau pun pakar juga dalam bidang masakkan, ni! Kau ada belajar course memasak, kah dekat mana-mana?!" Tanya Thiago sambil memasukkan air asam jawa ke dalam kari ikan yang sedang dimasaknya, itu.
Tergelak terus, Dee apabila mendengar pertanyaan tiba-tiba Thiago sebentar, tadi. Dia tidak menyangka sama sekali, dibalik wajah serius lelaki itu terselit sifat kelakar di dalam dirinya. Sebab itulah pepatah orang putih ada menyebut 'dont judge a book by a cover'!
"Sebenarnya, saya pernah ambik course kulinari dan pastri tapi saya tak abis belajar!" Jelas Dee dengan panjang lebarnya.
Thiago sekadar, menganggukkan kepalanya sambil menepuk perlahan bahu Dee dengan tangannya.
"Sikap dan cara percakapan kau mengingatkan aku dengan Armando!" Tutur Thiago dengan wajah sedihnya.
Armando? Isskk! Siapa pula tu? Apasal, thiago nampak sedih je, ni? Berjela-jela persoalan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Dee.
"Armando tu siapa, encik Thiago?!" Tanya Dee dengan wajah ingin taunya.
"Err...tak ada apa-apalah, bro! Dahlah, ki...."
"Alah! Ceritalah cepat, bro! Armando tu siapa, sebenarnya?!" Celah Dee dengan pantasnya.
"Dia adik, aku!" Ringkas sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Thiago itu.
"Emm....untung Armando ada abang macam, awak! Macam saya ni, anak tunggal bosan je, rasanya!" Luah Dee kepada Thiago.
Thiago yang tidak selesa lelaki itu asyik, menyebut nama adiknya tiba-tiba saja menghempaskan pisau yang berada di atas tangannya ke arah singki. Terkejut terus Dee dengan tindakkan spontan daripada Thiago, itu.
"Armando dah lama, mati. Dia meninggal akibat, nahas jalan -raya!"
Terkedu seketika, Dee apabila mendengar penjelasan daripada Thiago itu. Timbul terus perasaan bersalah di dalam hatinya sebab, telah menyinggung perasaan lelaki itu. Perlahan-lahan dia menghampiri, Thiago lalu memeluk erat bahunya sambil berusaha mententeramkan perasaan lelaki itu, semula.
"Maaf, kan aku bro! Aku tak ada niat pun nak singgung perasaan kau, tadi. Sekali lagi, aku nak minta maaf, bro!" Bisik Dee perlahan tepat ke arah cuping telinga Thiago.
Darius yang kebetulan, baru melangkah masuk ke arah dapur terus terperanjat apabila melihat adegan mesra yang sedang berlaku di antara Dee dengan Thiago, bodyguardnya itu. Kelihatan, Dee sedang memaut dengan eratnya bahu Thiago dan seolah-olah mereka berdua sedang berbisik sesama sendiri. Timbul terus perasaan, cemburu di dalam hati Darius. Raut, wajahnya terus bertukar menjadi merah padam. Buku lalinya dikepal dengan kuatnya manakala, nafasnya pula kelihatan turun dan naik dek, menahan perasaan marahnya yang sedang membuak -buak itu. Dengan perasaan marahnya dia segera, meluru ke arah keduanya lalu memekik dengan kuatnya.
"Kau berdua buat apa, ni?!!"
Kemunculan tiba-tiba Darius amat mengejutkan Dee dan Thiago. Pandangan mata keduanya terus tertumpu, ke arah Darius. Dee melepaskan segera, tangannya dari terus memaut bahu Thiago apabila melihat Darius merenung dirinya dengan perasaan jijik dan bencinya. Tatapan maut mata lelaki itu amat menggetarkan naluri hati Dee yang di saat, ini sedang berkecamuk dengan perbagai perasaan.
"Tuan Darius se...." Belum sempat, dia hendak menghabiskan penjelasannya Darius terus mencelahnya.
"Dasar penipu! Playboy! Gay! Sanggup kau menduakan Gloria dengan lelaki! Lelaki jenis apa kau ni, hah?!" Tuduh Darius dengan wajah berangnya sambil ingin melayangkan penumbuk sulongnya kepada lelaki itu tetapi tangan kekarnya sempat, ditahan oleh Thiago.
"Kau jangan halang aku Thiago, biar aku belasah dia, ni!" Bentak Darius dengan kuatnya.
"Calm down, tuan, Darius!" Pujuk Thiago kepada majikannya, itu.
"Kenapa kau nak back up sangat jantan sial ni, Thiago? Oh! Jadi betullah kau memang ada affair, kan dengan jantan, ni?!"
"Tuan Darius!!" Sapa Dee dan Thiago serentak. Mereka berdua amat, terkejut dengan tuduhan tiba-tiba daripada Darius sebentar, tadi. Isskk! Apasal, pula dengan mat salleh, ni? Datang-datang je, dekat dapur ni terus tuduh yang bukan-bukan dekat aku dan Thiago! Bebel Dee di dalam hatinya dengan wajah tidak puas hatinya.
"Kenapa dengan tuan Darius, ni? Saya dan Thiago tak ada buat apa-apa, pun!" Jelas Dee dengan suara tegasnya.
"Cukup! Aku tak nak dengarlah cakap lelaki penipu macam kau, ni!" Jerit Darius dengan perasaan marahnya.
Thiago yang bersimpati dengan keadaan diri Dee itu segera mencelah percakapan Darius.
"Dia cuma nak tenangkan saya tuan Darius! Kami berdua tak buat pun benda yang dibayangkan oleh tuan Darius, tu!" Jelas Thiago dengan panjang lebarnya. Harap-harap penjelasannya tadi, dapat diterima oleh bossnya, itu.
Setelah mendengar penjelasan daripada Thiago reda, terus kemarahan Darius dibuatnya. Dia yakin bodyguardnya itu memang seorang yang jujur dan amat mustahil untuk lelaki itu berbohong kepadanya.
"I am sorry, Thiago!" Ucap Darius dengan rasa bersalahnya sambil mengerling sekilas, ke arah Dee.
"It's okey, boss!" Jawab Thiago sambil tersengih dengan lebarnya.
"Well! You can serve dinner now, Thiago!"
Selepas mengatakan yang demikian, Darius terus beredar pergi dengan perasan malu dan bersalahnya. Kepergiannya itu hanya diperhatikan oleh Dee melalui, ekor matanya. Sombong! Takkan nak minta maaf dekat Thiago, je? Abis tu aku ni, macam mana? Bebel Dee di dalam hatinya sendiri. Setelah kelibat, Darius hilang dari pandangan matanya barulah dia mengalihkan semula perhatiannya ke arah Thiago.
"Thank's bro!" Ucap Dee kepada Thiago sambil menghelakan nafas dengan perasaan leganya. Huh! Nasib baiklah Thiago sudi nak bantu, aku! Kalau tidak tak tau, lah apa nasib aku, tadi! Monolog Dee di dalam hatinya, sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...
