Dee merasakan degupan jantungnya seolah-olah terhenti sejurus, mendengar pertanyaan tiba-tiba Darius itu. Dia dan nek Mah saling, berpandangan. Lidahnya juga menjadi kelu tidak tau, jawapan apa yang ingin diberinya. Dee mengigit bibir bawahnya sambil mengerling sekilas, ke arah wajah panik nek Mah. Alamak! Macam mana, ni? Takkan, dia dengar perbualan aku, kot? Ya allah bantulah, aku! Doa Dee di dalam hatinya.
"Apasal, nek Mah dan Dee diam?!" Soal Darius dengan wajah peliknya. Sebenarnya, Darius tidak berniat pun ingin mencelah perbualan pembantu rumahnya bersama Dee. Namun selepas nek Mah menyebut nama Deya dia terus berasa pelik sebab dekat dapur hanya ada jantan keparat tu sahaja. So! Apakah jedanya, nak panggil seorang lelaki dengan nama Deya. Macam pelik je, bunyinya! Desis hati Darius sendiri.
Nek Mah yang daripada tadi hanya mendiamkan diri mulai, membuka mulutnya "Hah! Tu...tu..an..Da...darius! Ap...apa...sal, ma...suk dekat dapur, ni?!" Soal nek Mah dengan gelabahnya.
"Kenapa nek Mah tanya macam tu dekat, saya? Bukan rumah ni, rumah saya! Salahkah, saya nak masuk dapur rumah saya, sendiri?" Jawab Darius sambil melangkah perlahan -lahan ke arah Dee yang masih lagi mendiamkan diri. Berkerut terus, dahinya apabila melihat reaksi, cemas yang muncul pada wajah itu.
"Oi! Yang kau diam macam orang bisu ni, apasal?!" Soal Darius kepada Dee sambil menyilangkan kedua-dua tangannya ke atas dadanya.
Isskk! Dia ni kalau tak cari kesalahan aku tak boleh, kah? Rungut Dee di dalam hatinya sambil mengetip bibirnya sendiri. Pertanyaan Darius pula, hanya dibiarkan olehnya begitu sahaja. Lantaklah dia nak cakap apa dekat aku! Malaslah nak bertekak dengan mamat psyco ni! Desis hati Dee sendiri.
Darius yang bengang, dengan sikap endah tak endah Dee itu terus saja meluru ke arahnya lalu mencengkam terus dagunya dengan begitu kuat sekali. Meringgis kesakitan terus, Dee dibuatnya. Melihatkan kesakitannya itu, Darius terus tersenyum dengan sinisnya sambil membisikkan sesuatu ke arah telinganya.
"Ini baru sikit, lepas ni aku akan buat kau lebih teruk, lagi!"
Menggigil terus, seluruh tubuh Dee apabila mendengar bisikkan halus yang terpacul daripada mulut Darius pada ketika ini. Ya Allah! Kau lindungilah, aku! Doa Dee dengan penuh shadunya. Entah mengapa disaat -saat ini, dia dapat merasakan yang nyawanya bagaikan berada dihujung tanduk. Sedang asyik, mengelamun sekali lagi dirinya dikejutkan dengan tengkingan kuat daripada Darius.
"Oi! Kau dengar tak apa yang aku cakap, tadi!" Tengking Darius dengan berangnya sampaikan, gigi gerahamnya berlaga sesama sendiri dek, menahan perasaan marah yang sedang membuak -buak di dalam dadanya pada ketika ini.
Terperanjat terus Dee dibuatnya. Dia kemudian, menghalakan tatapan matanya tepat ke arah wajah bengis yang sedang menatapnya dengan begitu dingin dan penuh dengan kebencian. Nek Mah yang masih lagi berada disebelahnya juga turut terkejut, apabila mendengar tengkingan kuat Darius sebentar, tadi. Wajah nek Mah terus, berubah menjadi cemas apabila melihat Dee sedang dikasari oleh Darius. Dia perlu membuat sesuatu, sebelum Darius mencederakan anak angkatnya, itu.
"Argh! En...cik Darius to..." Dee cuba untuk berbicara, namun dirinya tidak berdaya sebab Darius mencengkam kuat bahagian dagunya membuatkan dia sukar, untuk bersuara.
"Kenapa baru sekarang kau nak..." Belum sempat, Darius ingin menghabiskan percakapannya nek Mah tiba -tiba mencelahnya.
"Tuan Darius! Deya tu sebenarnya, kawan baik kepada encik Dee, ni!" Jelas nek Mah dengan panjang lebarnya. Harap-harap majikannya dapat menerima alasannya itu. Di dalam hati dia bermohon, agar kemarahan Darius reda setelah mendengar penjelasannya seketika, tadi.
Berdesing terus, cuping telinga Darius selepas mendengar penjelasan nek Mah di saat ini. Wajah lelaki yang sedang berada di hadapannya itu, di tatap dengan perasaan benci dan dendam. Kurang ajar! Jadi lelaki ni, turut mempunyai teman wanita lain selain, Gloria! Bisik hati Darius lantas, melepaskan semula cengkaman tangannya daripada dagu Dee. Tiba-tiba saja Darius berasa jijik dan muak kerana bersentuhan dengan lelaki itu. Shit! Maki Darius di dalam hatinya sambil mengenggam kuat kedua -dua buku lali, tangannya. Kalau diikutkan kepala anginnya, mati lelaki ni dibelasahnya. Sabar Darius! Ingat! Kau kena, siksa dulu jantan sial ni, sampai dia melutut dan merayu dekat kaki engkau! Masa tu, lah baru kau bunuh dia! Hasutan syaitan, semakin bermaharajalela di lubuk hati Darius. Kemarahannya yang sedikit reda tadi, muncul kembali. Kali ini, leher baju lelaki itu pula, menjadi mangsa cengkaman tangannya.
"You fucking, bastard! Aku ingat kau cintakan Gloria, rupanya kau ada simpan betina lain dekat belakang dia, ye!" Jerit Darius sambil menolak keras tubuh Dee ke arah singki. Abis berjatuhan cawan yang baru di cuci oleh nek Mah sebentar tadi
"Tuan Darius! Janganlah buat macam tu dekat Dee, kesian dia!" Rayu nek Mah kepada Darius sambil mengutip sisa kaca cawan yang bersepah di atas lantai.
Rayuan nek Mah itu, tidak sedikit pun diendahkan oleh Darius. Malah tangannya semakin kuat mencengkam ke arah leher baju Dee.
Terhuyung-hayang tubuh Dee dikerjakan oleh, Darius. Keluhan kecil dilepaskan olehnya apabila belakangnya terhentak keras ke arah singki. Adoi! Sakitnya pinggang aku, ni! Rengek Dee di dalam hatinya sambil mengosok -gosok belakangnya yang terkena bucu singki dengan tangan kanannya. Wajah berang Darius di pandang kejap, olehnya.
"Lepaslah, bro!" Pekik Dee sambil cuba melepaskan pautan tangan Darius daripada terus mencengkam leher bajunya.
Nek Mah yang melihat keadaan Dee itu terus, berasa simpati. Dia sudah tidak sanggup lagi, melihat Darius terus-menerus menyakiti anak angkatnya, itu. Bahu Darius terus disentuh olehnya.
"Tuan Darius! Le..." Belum sempat, nek Mah hendak mengatakan sesuatu Darius terus memotong percakapannya. Terkunci terus bibir nek Mah, dibuatnya.
"Nek Mah! Ini urusan saya dengan, dia! Saya nak nek Mah pergi sekarang!" Arah Darius sambil menatap ke arah wajah sedih, nek Mah.
Dengan berat hatinya, nek Mah terpaksa akur dengan arahan Darius yang menyuruhnya supaya tidak mencampuri urusannya. Sebelum beredar pergi sempat lagi, mata nek Mah melirik sayu ke arah Dee. Dia hanya, dapat berdoa kepada Allah agar Darius tidak mengapa-apakan anak angkatnya itu.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romansanovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...