Picture above: thiago....🔯🔯🔯🔯
Dee merenung kosong ke arah taman bunga yang terbentang indah di hadapan matanya, itu. Huh! Keluhan berat dilepaskan, olehnya. Jiwa dan fikirannya begitu stress di kala, ini. Darius, suaminya itu tidak nampak langsung batang hidungnya semenjak, menghantar dirinya ke rumah papanya sejak balik daripada honeymoon mereka berdua tempohhari. Ya! Sudah hampir seminggu jugak dia menjadi penghuni tetap rumah papanya, itu. Jangan, kan sms telefon pun tak ada langsung. Marah benar lelaki itu terhadap dirinya. Alah! Buat apa pula dia nak marah dekat, aku? Bukan sepatutnya aku yang marah dekat, dia? Isskk! Apa kena dengan aku, ni? Asyik, ingatkan dia, saja! Bisik hati kecil Dee sendiri sambil meraup wajahnya dengan tangannya.
Masih terbayang-bayang di ruangan fikirannya sewaktu Darius menghantar dirinya balik ke rumah selepas berangkat pulang daripada honeymoon mereka berdua di Pulau Redang. Sebenarnya, lelaki itu tidak bersetuju langsung apabila Dee meminta di hantar balik dengan segera ke rumah papanya tetapi dia yang berkeras dan nekad dengan keputusannya, itu.
"Sayang, pasti, kah dengan keputusan sayang, ni?!" Tanya Darius dengan raut wajah sedihnya. Sedih sebab terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan isterinya itu.
"Yes! Keputusan saya, muktamad! Saya nak balik rumah papa, saya! So, tuan Darius tak payah, lah nak pening-pening fikir tentang diri saya lagi! Pergilah dekat perempuan, tu!" Bentak Dee dengan perasan geramnya. Yalah! Macam mana tak geram kalau lelaki itu telah menipu dirinya bulat-bulat. Apa yang lebih menyakitkan hatinya ternyata, pada malam sial itu Darius bukannya hendak bertemu dengan Thiago tetapi sebaliknya, ingin berjumpa dengan perempuan, tersebut. Buktinya sahaja, sewaktu mereka berdua sampai di KLIA Thiago yang datang menjemput. Dan disebabkan hal itu jugak, lah kemarahan dan kebenciannya terhadap Darius semakin menjadi-jadi. Hilang terus semua perasaan cinta dan kepercayaannya kepada lelaki itu selama, ini. Dia memang pantang kalau orang menipu dirinya.
"Tit!...Tit!...."
Sedang asyik, mengelamun pendengaran Dee terganggu dengan bunyi bising yang datang daripada kereta serta, motorsikal yang sedang lalu-lalang di kawasan perumahan tempat tinggalnya yang kebetulan berhampiran dengan kawasan sekolah, itu. Tersedar terus dia daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Sekilas, matanya kemudian di lirikkan ke arah telefon bimbitnya. Jam sudah pun menunjukkan ke angka 12.45 tengah hari. Emm....mesti budak-budak sekolah tu dah, balik! Fikir Dee di dalam benaknya sendiri sambil menompangkan dagunya di atas meja. Nampaknya, sudah agak lama jugak dia duduk bertenggek dekat bangku ni sampai tak perasan yang waktu zohor dah nak masuk. Kelam-kabut terus dia bangun lalu, bergegas masuk dengan segeranya ke dalam rumah.
Ketika ingin melangkah naik menuju ke atas tangga Dee terus bertembung dengan papanya yang kebetulan baru sahaja, turun daripada tingkat atas. Sewaktu dia berpapasan dengan papanya tiba-tiba sahaja dirinya disapa oleh lelaki separuh baya, itu. Terkejut terus Dee, dibuatnya.
"Deya, nanti lepas solat jumpa papa dekat bilik, bacaan!"
Mati terus langkah kaki Dee, dibuatnya. Dia kemudian, menoleh sekilas, ke arah papanya.
"Eerr...kalau papa nal bincang atau tanya pasal Darius, nanti je, lah pa!" Ujar Dee dengan wajah kurang senangnya sambil ingin meneruskan langkah kakinya meniti naik menuju ke tingkat atas.
"Deya!"
Tuan Imran yang masih tidak puas hati dengan jawapan anak gadisnya itu sekali lagi menyapanya. Kali ini nada suaranya ditinggi, kan sedikit. Sengaja, ingin menggertak Dee supaya akur dengan arahannya, tadi. Dia bukannya, tidak kenal dengan perangai degil, keras kepala dan perahsia anak gadisnya, itu. Kalau tidak ditanya atau diambik tau, confirm sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah tau apa masaalah sebenar anaknya, itu.
"Apa lagi ni, pa? Kan dee dah ca...."
"Dah! No, excuse! After pry meet papa dekat, office! Dengar, tak!" Celah tuan Imran dengan cepatnya sambil menatap ke arah wajah Dee dengan wajah seriusnya. Tidak terukir langsung senyuman di wajah lelaki separuh baya itu pada ketika, ini.
Dee yang perasan, kan wajah dingin papanya di saat, ini terus memberontak sendiri di dalam hatinya. Confirm, mesti papa tengah marah dekat aku sekarang, ni! Alah, kau ikut jelah cakap papa kau tu, Dee! Desis hati kecilnya sendiri sambil menuruni semula anak tangga lantas, menghampiri papanya semula.
"Bagi Dee solat dulu, pa! Lepas tu kita bincang pasal, Darius, ya!"
Berubah ceria terus raut wajah serius tuan Imran selepas mendengarkan jawapan ringkas yang keluar daripada mulut anak gadisnya, itu. Legalah sedikit perasaan risau dan bimbangnya sebentar, tadi.
"Emm...tak apalah! Deya pergilah solat, dulu!" Ujar tuan Imran sambil menyentuh perlahan bahu anak gadisnya, itu dengan perasaan sayangnya.
"Okey, pa!" Jawab Dee dengan nada mendatarnya
sambil melangkah perlahan-lahan naik ke tingkat atas semula dengan hati sebalnya. Isskk! Tak abis-abis nak tanya pasal menantu kesayangan dia, tu! Lantaklah, dengan mamat tu! Siapa suruh berani sangat nak curang dekat, aku! Geramnya! Apalah aku nak bagi tau dekat, papa nanti? Takkan nak cakap Darius curang, no bukan setakat curang siap ada video sex lagi dengan perempuan, lain! Jerit hati batinya sendiri. Sedang asyik, mengelamun Dee tiba-tiba teringatkan sesuatu. Alamak! yang aku dok tercongok lagi berdiri dekat tangga ni dah, kenapa? Baik aku pergi solat dulu kang asyik, fikir pasal suami psyco aku tu terlepas pula waktu solat! Bisik hati kecilnya sendiri sambil melangkah dengan tergopoh-gopohnya naik menuju ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidurnya, itu.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...