Darius terus menyandarkan tubuhnya seketika ke arah pintu sambil meraup wajahnya dengan tangannya. Huh! Keluhan berat dilepaskan dari bibirnya. Masih tergiang-giang di cuping telinganya setiap bait dan kata-kata luahan hati isterinya ibarat sebuah pita rakaman. Pedih dan amat menyakitkan! Sedang asyik, dia mengelamun tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya mulai, berbunyi. Berkemundang terus lagu'by you side' nyayian jones blue feat raye memenuhi, ruangan disekitarnya. Bergegas dia beredar pergi daripada biliknya itu lantas, menuju ke arah balkoni lalu mengeluarkan segera telefon bimbitnya yang tidak berhenti berbunyi daripada tadi. Tanpa, melihat nama sepemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello! Darius, speaking!" Mendatar sahaja suara Darius.
"Good Morning, my son-in-law!" Sapa tuan Imran dengan suara cerianya dari hujung talian.
Darius menghelakan nafas dengan leganya selepas mendengar suara gelak bapa mentuanya, itu. Dia bukan apa bimbang juga dirinya menjadi mangsa kemarahan lelaki itu disebabkan kejadian kurang beradabnya semalam yang terus sahaja membawa Dee pergi tanpa pamit kepada bapa mentuanya, itu.
"Eerr....good morning, too Pa!" Jawab Darius dengan suara gugupnya. Sesekali, dia mengusap perlahan dagunya dan mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Ini memang satu tabiat dirinya apabila sedang berada di dalam situasi, yang agak tegang. Secara tiba-tiba sahaja sikapnya menjadi tidak menentu.
Tuan Imran yang perasan, kan ada kelainan pada nada suara menantunya itu terus tergelak sendiri di dalam hatinya. Sebagai, orang tua dia tau pasti di saat ini Darius sedang berasa bersalah dengan perbuatannya yang membawa pergi anak gadisnya begitu sahaja tanpa meminta keizinan daripada dirinya.
"Darius! Dahlah, kamu tak payahlah risau sangat. Papa faham kenapa kamu bertindak begitu, semalam. Kalau papa berada di dalam situasi kamu tu pun tindakan yang sama akan papa laku, kan juga!" Tutur Tuan Imran diselangi, dengan gelak tawanya.
Reda terus keresahan Darius apabila mendengar kata-kata bapa mentuanya itu sebentar, tadi. Huh! Nasib baiklah bapa mentua aku ni jenis yang sporting kalau aku kena yang jenis yang tegas memang masak juga aku, dibuatnya! Bisik hati kecil Darius sambil menghelakan nafasnya dengan perasaan leganya. Nampaknya, selesai satu masaalah yang sedang memberat di dalam kepala otaknya seketika, tadi.
"Senang terus hati saya ni bila dengar papa cakap macam tu, tadi. Yalah! Risau juga saya kalau papa tiba-tiba marah dan maki hamun saya, tadi!" Ujar Darius sambil menghalakan pandangan matanya sekilas, ke arah kolam renang yang terletak di tingkat bawah banglo mewahnya, itu. Timbul terus perasaan ingin berenang di dalam lubuk hatinya. Lagi pun sudah agak lama dia tidak duduk bersantai di kolam renangnya itu. Ada baiknya dia merelaxkan sedikit diri dan mindanya buat, seketika. Senyuman kecil terus terukir di bibirnya.
"Darius! Are you still on the, line?!" Soal tuan Imran secara tiba-tiba kepada menantunya yang semenjak daripada tadi hanya diam membisu sedangkan dirinya seorang sahaja yang berceloteh itu dan ini dan hanya sesekali, sahaja Darius mencelah percakapannya. Pelik! Dia ada masaalah, kah? Tanya hati kecil tuan Imran sendiri.
Sapaan mengejut tuan Imran menerpa terus ke dalam cuping pendengaran Darius yang begitu asyik dengan lamunanya, itu. Sejurus, mendengar sapaan itu berterabu pergi semua lamunan panjangnya sebentar, tadi. Kini perhatiaannya, terhala semula ke arah panggilan telefonnya, itu. Adoi! Apasal, pula aku boleh berkhayal sampaikan tak sedar dunia, ni! Rungut Darius dengan sedikit perasaan kesal kerana terlalu terbawa dengan fikiran sendiri sebentar, tadi.
"I am sorry, pa! Papa cakap apa, tadi?!" Soal Darius memulakan perbicaraanya bersama tuan Imran yang terhenti seketika, tadi.
Berkerut seribu terus dahi tuan Imran apabila diajukan pertanyaan oleh menantunya, itu. Sah! Lelaki ini pasti sedang berhadapan dengan masaalah yang besar. Masakan tidak lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Tetapi takkanlah pula tuan Imran ingin menanyakan masaalah Darius melalui telefon. Ada baiknya, dia menjemput Dee dan menantunya itu datang ke rumahnya malam, ini bagi membincangkan hal tersebut.
"Tak apalah, Darius! Apa pun malam ni, jangan lupa makan malam dekat rumah papa, bawa Dee sekali!" Ingat tuan Imran kepada Darius sebelum mengakhiri panggilan telefonnya.
"Okey, pa!" Ringkas sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Darius itu. Seketika, dia merenung ke arah skrin telefonya yang sudah pun bertukar menjadi gelap menandakan sepemanggil sudah pun mematikan panggilan telefonnya. Perlahan-lahan dia memasukkan semula telefon bimbitnya itu di dalam saku baju t-shirtnya. Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba ingatan Darius terarah semula ke arah niatnya sebentar, tadi. Laju sahaja, dia mengatur langkah kakinya menuju semula ke arah bilik tidurnya itu lalu, membuka dengan segeranya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...