Bab 29

7.8K 160 1
                                    


    Dee segera, meneguk air sirap bandungnya dengan begitu rakus sekali. Terlopong terus, mulut Darius apabila melihat cara lelaki di hadapannya, itu menegukkan air ke dalam mulutnya. Pelahap! Umpat Darius di dalam hatinya. Dee yang perasan, Darius sedang memerhatikan dirinya segera meletakkan semula gelas yang berada di atas tangannya di atas, lantai. Air sirap yang berjejeran di bibirnya segera dikesat dengan lengan baju hodienya. Adoi! Malunya aku, apasal boleh tak perasan dia tengah tengok kelakuan aku, tadi? Bisik hati kecil Dee sendiri dengan wajah merah padamnya.
   Terpana seketika, Darius apabila melihat kedua-dua belah pipi lelaki di hadapannya itu, berubah menjadi merah. Comelnya dia! Tanpa sedar, Darius memuji kecomelan Dee di dalam hatinya. Sedang asyik, memerhatikan Dee tiba-tiba telefon bimbit Darius berbunyi, bergema terus lagu 'Shape of you body' nyayian Ed Shereen di ruangan bilik bacaan tersebut. Tersedar terus, Darius dari lamunannya. Tatapan matanya dialihkan segera, ke arah telefon yang tidak henti-henti berbunyi itu. Gloria! Terbeliak terus biji matanya apabila melihat nama sipemanggil yang tertera di depan skrin telefon i phone 7s miliknya, itu. Berani betul perempuan jalang ni call, aku! Marah Darius di dalam hatinya sambil terus menjawab panggilan tersebut.
  "What do you want again, Gloria?!!"
   Dee yang baru hendak bangkit dari tempat duduknya terus terkejut apabila mendengar Darius tiba-tiba menjerit dengan kuatnya. Hampir terlepas, pinggan dan gelas yang sedang berada di atas tangannya, sejurus lelaki itu menyebutkan nama Gloria. Baru dia teringat, Gloria akan berlepas ke Uk pada hari, ini. Alamak! Macam mana aku boleh lupa pasal hal, ni? Mesti di saat ini, Gloria pelik sebab tak nampak lagi batang hidung aku dekat KLIA tu, sekarang! Ni semua salah Darius, kalau dia tak culik aku sekarang tentu aku dapat bertemu dengan Gloria buat kali terakhir. Lepas ni, lama lagilah aku dapat bersua muka dengan dia. Tiga tahun tu, dia dekat, UK! Desis hati Dee sendiri sambil terus memasang telinga ingin, mendengar lebih lanjut lagi perbicaraan telefon lelaki itu bersama dengan Gloria. Wajah tegang Darius di renung sekilas, olehnya. Kecut terus perutnya sejurus, melihat wajah Darius pada saat, ini. Isskk! seram pula, aku tengok muka dia sekarang, ni! Desis hati Dee di dalam, benaknya.
   "Senang betul kau nak minta maaf dekat aku selepas apa yang kau dah buat dekat belakang aku selama, ini! Kau ni memang perempuan jalang, Gloria!!" Tengking Darius dengan berangnya.
   "Darius! Sampai hati you cakap macam tu dekat, i! I bukan perempuan jalang dan i tak pernah curang pun dengan you!" Jelas Gloria diselangi dengan esak tangisnya. Dia tidak menduga lelaki yang begitu dicintai olehnya itu, sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap dirinya.
   Darius terus mendengus dengan kasarnya selepas mendengar esak tangis bekas kekasihnya, itu. Tidak timbul sedikit pun, rasa belas pada wanita yang pernah dicintai separuh mati olehnya, itu. Kerana rasa dikhianati, oleh Gloria semua rasa cinta dan sayang yang bersemi di dalam hatinya turut hilang dalam sekelip matanya. Tiada lagi, rasa cinta yang harus dipertahankan oleh Darius. Dia begitu, kecewa dengan sikap Gloria yang tidak pernah menghargai kasih sayangnya, selama ini.
  "Enough, Bitch! Aku tak nak dengar apa pun penjelasan yang keluar dari mulut perempuan murah macam, kau ni!" Bentak Darius sambil, merenung tajam ke arah Dee yang masih lagi tidak berganjak daripada tempat, duduknya.
  "Please Darius, dengar dulu pe..."Belum sempat, Gloria menghabiskan percakapannya Darius terus mematikan telefon bimbitnya. Hilang terus, suara Gloria daripada cuping telinganya. Kerana tidak dapat menahan perasaan marahnya, dia terus melemparkan telefon bimbitnya ke arah lantai sambil meramas-ramas rambutnya, sendiri.
   Terhinjut terus, kedua-dua bahu Dee akibat, terkejut dengan tindakan tiba-tiba Darius yang melemparkan telefon bimbitnya sendiri ke atas, lantai. Matanya terus terhala ke arah telefon yang sudah pun hancur berkecai itu. Amboi! Mentang-mentanglah, kaya janganlah sesuka hati saja membuang telefon yang harganya mencecah ribuan ringgit begitu saja! Aku rasa baik aku blah sekarang dari bilik ni sebelum mamat psyco ni mengamuk pula dekat, aku!Bisik hati Dee sendiri di dalam hatinya sambil segera bangkit, dari tempat duduknya lalu ingin meluru keluar daripada bilik tersebut. Tetapi baru saja, tangannya ingin mencapai tombol pintu bilik itu jeritan kuat Darius terus mematikan niatnya, itu.
   "Oi! Kau nak pergi mana pula, tu?!!"
   Dengan wajah cemasnya, Dee segera berpaling ke arah Darius yang sudah pun bangun dari tempat duduknya lalu meluru laju ke arahnya.
  "Stop! Tuan Darius nak buat apa lagi dekat, saya?!"
  Mati terus langkah kaki Darius sejurus, mendengar pertanyaan lelaki yang berada di hadapannya itu. Sambil tersenyum dengan sinisnya dia terus melangkah perlahan-lahan ke arah Dee sambil memasukkan ke dua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. Terpegun seketika, Dee apabila melihat, Darius semakin menghampiri dirinya. Lelaki itu tidak ubah seperti, model antarabangsa yang sedang memperagakan pakaian di atas pentas. Mak oi! Kacaknya, dia! Puji Dee di dalam hatinya sambil, menatap Darius tanpa berkelip sedikit pun.
  "Yang kau tengok aku macam nak terkeluar biji mata tu, kenapa?"
  Tersedar terus Dee daripada lamunannya apabila cuping telinganya mendengar bisikkan lembut Darius, itu. Mata coklatnya terus bertembung dengan mata biru milik, lelaki itu. Renungan Darius pada ketika ini, membuatkan dada Dee terus berdebar-debar dengan kencangnya. Kerana tidak tahan dengan panahan mata lelaki itu, Dee segera mengalihkan matanya ke arah lain. Alangkah, terperanjatnya dia apabila menyedari, kedua-dua tangan Darius kini diletakkan hampir dengan kepala kanan dan kirinya. Dengan segera, juga dia terus menolak kuat tubuh Darius dari terus menghampiri dirinya. Terdorong terus tubuh tegap Darius ke arah dinding. Isskk! Apa lagi yang dia nak buat dengan aku, ni? Tanya hati Dee sendiri sambil menjauhkan dirinya daripada Darius. Tindakan kasar Dee itu membuatkan, amarah Darius memuncak semula kepadanya. Dengan pantasnya juga, dia terus menarik kuat tubuh Dee lalu ditolak dengan kasarnya ke arah dinding. Tidak cukup dengan itu, Darius segera meluru ke arah Dee lalu mencengkam kuat dagunya.
  "Argh!...Ap..pa, ni tu...tu...an...Da...rius?!" Soal Dee dengan suara tersekat-tersekatnya.
  Pertanyaan Dee itu, tidak dihiraukan langsung oleh Darius. Dia malahan, menguatkan lagi cengkaman tangannya. Mencerlung tajam mata Darius ke arah Dee pada ketika, ini. Pucat lesi terus, raut wajahnya selepas melihat wajah berang Darius yang sedang mencengkam kuat dagunya, itu.
  "Berani betul kau nak fight dengan aku, ye? Kalau aku ikutkan kepala angin aku sekarang, ni nahas kau aku kerjakan nanti!" Ugut Darius sambil melepaskan dengan kasarnya dagu Dee daripada terus berada di tangannya.
Dee segera, menarik nafas dengan leganya sambil mengusap-usap perlahan dagunya yang masih kesakitan, itu. Wajah dingin Darius di renung sekilas, olehnya. Gila! Dia ingat dagu aku ni besi, kah?! Bebel Dee di dalam hatinya.
  "Saya taulah, tuan Darius tengah marah sekarang, ni! Tapi janganlah nak lepaskan dekat, saya!"
Darius terus, menatap tajam ke arah wajah serabai Dee selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan olehnya terhadap dirinya sebentar, tadi. Dia terus mengenggam kuat buku lalinya, lalu segera menghampiri lelaki itu. Sekali lagi, kolar leher baju Dee ditarik dengan kuatnya oleh Darius. Terkejut terus, dia dengan tindakkan kasar lelaki itu. Baru saja dia ingin, menolak tangan Darius dari terus menarik kolar bajunya dengan pantasnya juga lelaki itu segera, menghimpit keras tubuhnya ke arah dinding.       
   Terkedu seketika, dia dibuatnya sejurus menyedari dadanya juga turut terhenyak ke arah dada bidang milik, lelaki bermata biru, itu. Posisi dirinya pada ketika ini, amat tidak menyenangkan. Lelaki psyco ni, bukan boleh nak percaya! Nanti, tak pasal-pasal dia buat lagi perangai miang dia, tu! Bisik hati Dee sendiri dibenaknya.
  Darius yang perasan, dengan wajah cemas lelaki di hadapannya, itu terus tersenyum dengan sinisnya. Timbul terus akal jahatnya ingin, mengenakan lelaki yang sedang menatap ke arah wajahnya tanpa mengelipkan matanya sedikit, pun. Dia terus, mendekatkan wajahnya ke arah Dee lalu berpura-pura ingin mencium bibirnya, lagi. Dee yang menyedari, kelakuan kurang sopan Darius segera menolak kuat wajah lelaki itu dari terus mencium pipinya. Terkejut terus Darius dengan tindakan pantas Dee itu. Dia hanya tersengih sendiri sambil menatap tajam wajah lelaki di hadapannya, itu.
  "Oi! Yang muka kau nampak cuak sangat ni, apasal?!" Soal Darius sambil mengangkat sebelah keningnya.
Gila! Memanglah muka aku cuak, bodoh! Nasib baik aku perasan tadi, kalau tidak tentu sekarang ni bibir aku jadi mangsa nafsu buas kau, pula! Umpat Dee di dalam hatinya sambil menjuihkan bibirnya sebagai tanda menyampah dengan sikap Darius yang amat memeningkan kepalanya itu.
  "Tuan Darius, dahlah! Saya nak mandi, dulu! Badan pun dah bau tengih, dah!" Rungut Dee sambil mengaru-garu kepalanya sendiri.
  Tergelak kuat terus Darius apabila mendengar rungutan Dee sebentar, tadi. Entah mengapa, hatinya tiba-tiba saja dilanda perasaan yang amat lucu. Tidak pernah dia berasa gembira setelah hubungannya bersama Gloria, berakhir. Berkerut seribu terus dahi Dee apabila melihat Darius sedang tergelak dengan kuatnya. Isskk! Apa kena pula dengan mamat, ni? Tiba-tiba boleh gelak sampai macam tu, sekali! Apa aku cakap benda lawak, kah tadi?! Berjela-jela pertanyaan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Dee yang semakin kusut itu.
  "Okey! Memandangkan semua kerja yang kau buat tadi, memuaskan hati aku, you can take a bath right now!" Arah Darius sambil mengusap dagunya.
  Bagai nak melompat Dee dibuatnya apabila mendengar arahan Darius sebentar, tadi. Tanpa berlengah lagi, dia terus ingin beredar pergi tetapi dengan pantasnya juga Darius mencengkam kuat bahunya. Terhenti terus, pergerakkan Dee dibuatnya.
  "Takkan nak pergi macam tu je, bro! Pinggan dan gelas dekat meja aku tu siapa nak angkat? Takkan aku, pula!" Bisik Darius tepat ke arah telinga Dee sambil terus berlalu pergi dari bilik bacaan itu.
   Sejurus melihat, pintu bilik bacaan sudah tertutup dengan rapatnya barulah Dee menghelakan nafasnya yang tertahan tadi. Huh! Berambus juga, dia! Desis hati Dee sendiri sambil mengosok perlahan dadanya yang berdebar-debar seketika, tadi. Alamak! Lupa pula nak tanya dia tadi nak mandi dekat, mana? Bilik stor tempat dia kurung aku tu, bukannya ada bilik air pun! Isskk! Macam mana, ni? Tanya hati Dee sendiri sambil, mengosok -gosok kepalanya yang tidak gatal itu. Alah! Apa nak pening-pening Dee, nek Mah kan ada! Kau tanya je dekat, dia! Bisikkan itu menyelesaikan terus masaalahnya. Dengan senyuman lebarnya Dee segera, mengangkat piring dan gelas yang berada di atas meja lalu beredar pergi daripada bilik bacaan, itu dengan hati girangnya.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now