Bab 60

10.6K 156 2
                                    

     Darius segera, menyarungkan cincin bertahtahkan berlian itu ke arah jari manis Dee. Dia tidak menyangka wanita tomboy yang disangkakan lelaki olehnya selama ini sudah pun sah menjadi isterinya. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah Gloria bekas tunangnya, yang turut duduk bersebelahan dengan isterinya, Dee. Wanita itu hanya merenung dirinya dengan tajamnya. Darius yakin pasti di saat, ini Gloria masih belum dapat memaafkan kesalahannya sebab telah memperkosa Dee sahabat baiknya, itu.
    Timbul terus sekelumit, penyesalan di dalam hati kecil Darius. Dia kemudian, mengalihkan wajahnya daripada Gloria lalu menatap ke arah wajah comel isterinya yang daripada tadi hanya menundukkan wajahnya. Isskk! Apa kena dengan dia, ni? Dari tadi asyik, tunduk saja? Benci dan jijik sangat, kah dia nak tengok muka aku sekarang, ni? Berjela-jela pertanyaan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikirannya. Tiba-tiba muncul idea, nakal di dalam akal fikiran Darius. Laju sahaja, dia menundukkan sedikit wajahnya lalu membisikkan sesuatu ke arah cuping telinga isterinya, itu.
    "Oi! Kalau kau tak nak aku cium bibir kau tu, baik kau angkat muka kau tu, sekarang!"
   Merah padam terus raut, wajah Dee selepas mendengar bisikkan daripada suaminya, itu. Dengan kadar segeranya, juga dia mendongakkan wajahnya lalu menatap dengan sebalnya wajah kacak Darius. Nak cium aku, konon! Apa dia ingat aku ni macam minah salleh yang biasa dia cium dekat khalayak ramai, tu kah? Bebel Dee di dalam hatinya sendiri.
   Berbakul-bakul sumpah dan seranah ditujukan kepada lelaki yang telah menghancurkan harga dirinya, itu. Entah mengapa, perasaan benci dan dendam semakin mengebu-gebu di dalam dirinya. Kalau tidak difikirkan maruah papanya dia tak hadaplah nak khawin dengan mamat psyco, ni. Sekilas, dia merenung ke arah tangannya yang masih lagi berada di dalam genggaman tangan Darius. Laju sahaja, dia menarik tangannya, itu. Tersentak, terus Darius dengan tindakkan tiba-tiba isterinya yang seolah-olah jijik dengan sentuhan tangannya itu. Timbul terus amarahnya bila diperlakukan sedemikian, oleh isterinya sendiri. Terasa sangat dirinya tidak dihormati langsung oleh wanita, itu. Dengan perasaan geramnya Darius terus memaut semula tangan itu lalu, mendekatkan segera wajahnya ke arah Dee. Bertembung terus tatapan mata keduanya.
    "Kau jangan berani nak lawan aku, Dee! Kau kena ingat aku dah pun jadi suami kau yang, sah! Bisik Darius dengan suara perlahannya sambil menyeringai, dengan liciknya.
    Merinding terus bulu tengkuk Dee apabila mendengar bisikkan daripada Darius di waktu, ini. Sejak, pertemuannya dengan lelaki itu kehidupannya juga turut berubah menjadi 180 darjah. Haru-biru jadinya hidup Dee, dibuatnya.
    "Aku tak takutlah dengan ugutan kau, tu!" Jawab Dee dengan beraninya. Bibir mugilnya terus diketap dengan geramnya. Tatapan matanya tidak dialihkan langsung daripada wajah Darius. Kalau diikutkan marahnya ingin, sahaja dilempangnya muka lelaki itu di saat, ini.
    "Okey! Fine, kau terimalah punishment daripada aku, sekarang!"
    Sejurus, mengatakan yang demikian Darius terus melumat kasar bibir Dee dengan bibirnya. Tergamam seketika, Dee apabila bibirnya dicium secara tiba-tiba oleh suaminya, itu. Bukan setakat dirinya sahaja, yang tergamam para tetamu yang hadir turut terperanjat dengan tindakkan kurang sopan daripada Darius itu. Tok kadi yang masih berdiri disebelah tuan Imran juga turut terkejut sama apabila melihat adegan yang tidak sepatutnya, itu. Manakala, tuan Carlos dan puan Sandra pula hanya menggelengkan kepala apabila melihat tingkah anak bujang mereka itu. Gloria dan Eric hanya tercengang melihat tindakan berani mati Darius diketika, ini.
   "Darius! Kamu buat apa, ni?!" Pekik tuan Imran dengan wajah berangnya. Tubuh tegap menantunya itu terus ditarik dengan kasarnya agar menjauhi, diri anak gadisnya itu.
  Tersedar terus Darius bila tubuhnya ditarik dengan  kasarnya oleh tuan Imran sebentar, tadi. Wajahnya kemudian segera, di halakan ke arah wajah serius bapa mentuanya itu. Isskk! Harap muka saja hensom tapi perangai mengalah, kan syaitan! Kalau aku jadi tuan Imran tak nak aku bermenantu, kan orang yang tak tau adab, ni! Bisikkan-bisikkan halus tetamu yang hadir mulai, menerpa ke dalam halwa pendengaran Darius.
   Barulah dia perasan yang dirinya sudah terlepas kendali sebentar, tadi. Gara-gara gagal mengawal kemarahannya, dia tidak menyangka boleh bertindak sebegitu rupa. Sekilas, wajahnya di halakan ke arah Dee yang sedang ditenangkan oleh, tuan Imran. Oh god! Apa yang aku dah buat, ni? Keluh Darius dengan perasaan kesalnya. Wajahnya segera, diraup berulangkali dengan tangannya. Perasaan malu terus menguasai, dirinya. Adoi! Malunyalah! Desis hati kecilnya sendiri. Dengan perasaan bersalahnya dia segera, menghampiri tuan Imran lalu menyapa lelaki separuh baya itu dengan suara gementarnya.
    "Papa! I am sorry! Saya tak se....."Belum sempat, Darius hendak menghabiskan perbicaraannya tuan Imran terus mencelahnya.
    "Dahlah, Darius! Papa pun nak minta maaf juga sebab dah berkasar dengan Darius, tadi!"
   Kesian, pula tuan Imran melihat wajah serba-salah menantunya, itu. Tidak sampai hati pula dia hendak memarahi, lelaki itu. Dia tau, Darius masih baru dalam mengenal agama islam. Tentu banyak hal tentang islam yang masih belum diketahui, olehnya. Sebab itulah tadi, semasa majlis membatalkan air sembayang lelaki itu bertindak diluar jangkaan dirinya sebentar, tadi. Kalau tidak difikirkan Darius baru memeluk islam memang nahas juga dikerjakan olehnya lelaki tu, tadi. Nasib baiklah niatnya itu dapat dihalang oleh Dee anak gadisnya, itu. Tiba-tiba tuan Imran teringatkan sesuatu lantas Darius segera disapanya.
   "Darius! Hulurkan tangan kanan Darius tu dekat Deya, sekarang!"
   "Kenapa, pa?!" Soal Darius dengan wajah penuh kehairanannya. Kepala yang tidak gatal segera, digaru dengan tangannya. Eric yang berada disebelahnya juga turut berasa pelik dengan arahan tuan Imran sebentar, tadi.
   Para tetamu yang hadir terus tergelak dan berbisik sesama sendiri apabila melihat sikap gelabah dan bingung Darius di waktu, ini.
    "Kenapa nak hulurkan tangan saya ni dekat, Dee?!" Soal Darius sekali lagi dengan wajah kalutnya.
    Isskk! Mat salleh, ni! Banyak pula soalan, dia? Apa dia ingat papa aku tu wartawan, kah asyik nak bagi tau itu dan ini dekat dirinya yang sengal, tu! Bebel Dee di dalam hatinya sendiri. Dengan perasaan geramnya dia terus meluru ke arah suaminya, itu.
    "Ikut sahajalah cakap bapak aku, tu! Tak payah nak banyak soal sangat, lah!" Bisik Dee dengan wajah merah padamnya. Perasaan malu jangan cakaplah, tak pasal-pasal pula majlis nikahnya boleh menjadi seteruk, ini.
   "Amboi! Bukan main lagi kau arah itu dan ini dekat, aku! Kalau aku tak nak ikut cakap bapak kau, tu? Kau nak buat apa dekat, aku?!" Soal Darius sambil berpeluk tubuh.
   "Isskk! Kenapalah, tuan Darius ni keras kepala sangat, huh?!" Marah Dee dengan suara perlahannya. Dia sengaja memperlahankan nada suaranya sebab tidak mau orang lain menyedari, ketegangan yang sedang berlaku di antara dirinya dengan lelaki itu.
   Pertanyaan wanita tomboy itu tidak dipedulikan langsung oleh, Darius. Tuan Imran yang sudah malas hendak melayan karenah menantu dan anak gadisnya itu segera, menyapa keduanya. Terhenti terus perbualan di antara Dee dan Darius apabila mendengar suara tuan Imran menyapa mereka berdua sebentar, tadi. Perhatian keduanya segera, terhala ke arah wajah tuan dan berkedut tuan Imran itu.
    "Tadi, kan Darius ada buat solat sunat selepas, nikah! Sepatutnya, Darius hanya perlu hulur tangan dekat Deya bukannya cium, dia! Cara Darius tadi tu dah, salah!" Tegur tuan Imran akan kesilapan menantunya, itu.
    Alangkah, malunya Darius apabila mendengar teguran daripada bapa mentuanya, itu. Dia mengakui, akan kesilapan dirinya, itu.
    "Maafkan Darius, pa!" Ucap Darius dengan wajah bersalahnya.
   Tok kadi yang daripada tadi hanya mendiamkan diri mulai, mencelah perbualan Darius bersama dengan tuan Imran di saat, ini.
   "Tak apalah, Imran! Kami semua yang ada dekat sini, faham! Tak payahlah dibesarkan hal yang kecil, ni! Yang penting majlis nikah anak tuan Imran dah pun selesai!"
    Sejurus, mendengar kata-kata tok kadi itu, redalah sedikit kemarahan tuan Imran. Wajah bengisnya sebentar, tadi terus berubah menjadi ceria semula. Laju sahaja, dia meluru ke arah anak gadis dan menantunya itu. Tubuh keduanya terus dipeluk dengan eratnya. Melihat reaksi, bapa mentuanya itu Darius terus menarik nafas dengan perasaan leganya. Huh! Nasib baiklah, dia tak mengamuk sakan dekat aku tadi!" Desis hati kecil Darius sendiri sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah Dee.
    Terkesima seketika, Dee apabila melihat Darius mengenyitkan sebelah matanya ke arah dirinya. Cutenya, dia! Puji Dee di dalam benaknya sambil menjelirkan lidahnya ke arah suaminya itu.
   
   

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now