"Deya! Bangunlah, hari dah pagi ni!"
Dee yang masih tertidur dengan pulasnya, terus tersedar apabila dikejutkan oleh Nek Mah. Perlahan -lahan dia mulai, membuka kelopak matanya. Muncul terus wajah ceria Nek Mah sedang tersenyum ke arahnya.
"Ergh! Nek Mah! Dee mengantuk lagilah!" Jawab Dee sambil menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar tadi.
"Alah! Bangunlah Deya! Tak baik, anak dara tidur sampai tengah hari!" Ujar Nek Mah sambil mengejutkan Dee semula.
Adoi! Nek Mah ni! Confirm selagi aku tak bangun mesti dia akan terus kejutkan aku! Bisik hati Dee sendiri sambil membuka semula kelopak matanya. Sejurus membuka kedua -dua belah matanya sinaran cahaya matahari terus menerpa ke arah wajahnya. Sepantas kilat, jugak tangan kanannya di angkat bagi melindungi matanya daripada silau cahaya matahari tersebut. Sekilas, Dee merenung ke arah luar khemah, Cuaca baik! Nampak gayanya, hujan dah pun berhenti bolehlah dia melakukan kerja mengutip tin kosong dan barang -barang terpakai seperti biasa.
"Apa lagi yang dimenungkan tu, Deya? Cepatlah bangun!"
Sapaan tiba -tiba Nek Mah itu terus menyedarkan Dee daripada lamunannya sebentar tadi. Wajahnya kemudian segera ditoleh ke arah wajah tua Nek Mah. Sebaris senyuman di hadiahkan kepada wanita tua itu.
"Baiklah, bu! Dee bangunlah, ni!"
Sejurus berkata demikian Dee terus mengangkat kepalanya dari riba Nek Mah. Dia duduk sebentar sambil mentenyehkan tahi mata daripada matanya. Pandangannya kemudian beralih pula ke arah cucu Nek Mah yang masih lagi terlelap di atas lantai beralaskan kotak. Kesian! Desis hati Dee di dalam hatinya. Sedang leka memerhatikan Kamal tiba -tiba Nek Mah menyapanya semula.
"Deya! Ni Nek Mah ada duit sikit, bolehlah....Belum sempat, Nek Mah menghabiskan percakapannya Dee terus mencelahnya.
"Eh! Tak payah bu! Duit tu ibu simpanlah. Tak apa biar Dee belanja sarapan pagi untuk ibu dan Kamal pagi ni"
Selepas berkata demikian, Dee bingkas bangun lalu melangkah ke arah luar, tetapi langkah kakinya terhenti apabila Nek Mah menyapanya secara tiba-tiba.
"Deya! Nak ke mana pula tu?!"
Dee terus menoleh semula ke arah Nek Mah yang sedang memandang wajahnya dengan penuh kehairanan.
"Ibu! Dee kan nak beli sarapan, takkan ibu dah lupa pula?" Soal Dee dengan wajah peliknya.
Mendengar jawapan Dee itu Nek Mah terus menggelengkan kepalanya sambil menepuk dahinya sendiri dan terus berkata "Astagfirullahalahazim! Ya allah! Nek Mah lupalah Deya!"
Melihatkan reaksi Nek Mah itu Dee terus tergelak kecil. Dia sebenarnya tak kisah pun wanita tua itu menyapanya tadi cuma bila ditanya soalan yang sama tu yang buat dia jadi bingung sendiri sebentar tadi.
"Okeylah, bu! Dee pergi dulu, ye!" Kata Dee sembil terus bergegas keluar dari khemah tersebut.
Apabila melihat kelibat Dee hilang dari pandangan mata Nek Mah, dia kemudian segera mengejutkan cucunya. Selang berapa saat kemudian kamal pun tersedar daripada lenanya. Dia bingkas bangun dari perbaringannya. Wajah comelnya terus di halakan ke arah neneknya.
"Nek! Kamal laparlah!" Rengek Kamal sambil berbaring semula di atas lantai.
Mendengar rengekkan cucunya itu, hati Nek Mah terus di landa perasaan hiba. Kalaulah Nek Mah dapat memutarkan waktu, dia pasti berfikir dua kali untuk bertemu dengan Mila, anak kandungnya sendiri. Ingatkan bila dah bertemu dengan anaknya tu dapatlah dia dan cucunya itu menumpang senang. Tetapi perkara sebaliknya pula yang berlaku. Masih tergiang -giang di cuping telinganya, jeritan kuat suara Mila ketika menghalau dirinya dan Kamal keluar daripada rumahnya.
"Mila! Anak ibu!" Jerit Nek Mah selepas melihat anaknya di hadapan matanya.
Mila yang kebetulan baru ingin keluar terus terkejut apabila melihat kedua -dua makhluk yang kini sedang berdiri tepat di hadapan matanya. Ibu! Kamal! Desis hati Mila sendiri.
"Mila! Apa khabar nak? Ibu rindu sangat dengan anak ibu ni!"
Baru sahaja Nek Mah melangkah ingin menghampiri anak kesayangannya itu tiba -tiba Mila menghalangnya. Terkejut terus dia dengan sikap pelik anaknya itu.
"Tunggu jap! Awak ni siapa?" Soal Mila sambil menjarakkan dirinya dari Nek Mah.
Tersentak terus Nek Mah dengan soalan spontan anak gadisnya itu. Ai! Dah kenapa pula, dengan anak aku ni? Takkan dia dah tak kenal dengan aku lagi? Bisik hati Nek Mah sendiri.
"Ibu! Kamal rindu sangat dengan ibu!"
Kamal yang daripada tadi asyik memaut tangan neneknya terus meluru ke arah Mila lalu memeluknya. Terperanjat terus Mila dengan tindakan anaknya itu, sepantas kilat laju saja dia menolak tubuh kecil itu dari terus memeluk dirinya.
"Eh! Lepaslah budak! Aku bukan ibu kau! Faham!" Bentak Mila sambil menundingkan jari telunjuknya tepat ke arah wajah anaknya itu.
"Pang!"
Nek Mah yang dari tadi hanya memerhatikan tingkahlaku Mila secara tiba -tiba terus meluru ke arahnya lalu menamparnya.
"Ibu tak sangka sikap Mila boleh berubah sampai macam ni sekali, Kamal tu kan anak Mila? Kenapa Mila layan ibu dan Kamal macam orang asing? Jawab! Jawab Mila!!" Soal Nek Mah dengan geramnya.
Mila terus terdiam apabila di ajukan soalan demikian oleh ibunya sendiri. Jauh di sudut hatinya Mila sebenarnya terlalu merindui ibu dan anaknya itu, tetapi dia terpaksa berlakon tidak mengenali keduanya kerana tidak mau rahsia dirinya terbongkar ke pengetahuan suaminya. Ini kerana sepanjang perkenalan dengan suaminya itu, Mila mengatakan dirinya yatim piatu dan seorang janda tanpa anak.
"Apasal, Mila diam?! Jawablah!" Tengking Nek Mah semula kepada anaknya itu.
Mila yang terkejut dengan tengkingan ibunya itu terus mengarahkan pengawal mengusir keluar Nek Mah dan anaknya, Kamal keluar daripada rumahnya.
"Keluarlah, orang tua! Bawa budak ni sekali! Lepas ni saya tak nak tengok lagi muka awak berdua tercegat dekat rumah saya ni! Berambus sekarang!" pekik Mila dengan kuatnya.
Sejurus mendengar kata -kata penghinaan daripada anaknya itu, hati Nek Mah bagaikan tersayat belati tajam. Anak yang di tatang bagai minyak yang penuh kini membuat harga dirinya benar -benar tiada nilainya. Dengan berat hatinya, Nek Mah dan Kamal terus melangkah pergi dari rumah banglo yang tersergam indah itu.
"Ibu! Ibu! Jom! Kita sarapan dulu!"
Nek Mah yang sedang mengelamun terus terperanjat bilamana di sapa secara tiba-tiba oleh sesorang.
"Eh! Anaklah ayam! Anak ayam kecoh berkokok!" Latah Nek Mah dengan kuatnya.
Dee yang melihat aksi sepontan Nek Mah itu apalagi terus tergelak dengan kuatnya. Akibat gelaknya jugak, Kamal terus tersedar semula daripada lenanya. Terkebil -kebil matanya di halakan tepat ke arah wajah Dee.
"Abang ni, siapa?"
Mati terus gelak Dee apabila mendengar suara halus cucu Nek Mah menyapa lembut ke halwa telinganya. Dia segera, berpaling lalu menatap ke arah wajah yang agak chubby dan comel itu.
"Hai! Selamat pagi Kamal! Adik akak ni dah bangun, ye! Jom makan dgn akak!" Ajak Dee dengan mesranya.
"Akak?....Tapi....
"Mal! Kak Deya tu perempuanlah, bukannya lelaki!" Jelas Nek Mah kepada cucunya itu.
"Tak apalah, bu Kamal tu kecil lagi mesti dia hairan tengok Dee ni macam lelaki tapi nama perempuan" Celah Dee sambil tersenyum.
"Agaknyalah, Deya! Eh! Jomlah! kita makan dulu, Perut ibu pun dah lapar ni"
"Eh tak ya jugak! Asyik bersembang sampai terlupa pula nak makan. Mari ibu! Kamal! Dee ada belikan nasi lemak dengan kue karipap ni"
"Wah! kue karipaplah!" Jerit Kamal sambil terus mengambil plastik yang berisikan kue tersebut.
Merah padam terus wajah Nek Mah menahan malu bilamana melihat kelakuan kurang sopan cucu lelakinya itu.
"Kamal! Tak payahlah jerit sampai macam tu sekali! Malu sikit dekat akak Deya tu! Letak balik pelastik tu!" Tegur Nek Mah kepada cucu kesayangannya itu.
"Ibu! Dahlah tu, biarlah Kamal makan semua kue tu" Sampuk Dee sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.
Mendengarkan kata-kata Dee itu Nek Mah terus mendiamkan dirinya. Wajah cengkung gadis tomboy itu direnung lama olehnya. Baik betul budak Deya ni! Puji Nek Mah di dalam hatinya. Dee yang perasan Nek Mah merenung ke arahnya dari tadi terus menghentikan suapan nasi ke mulutnya.
"Ibu! Kenapa tak makan lagi?"
Tersedar semula Nek Mah dari lamunanya apabila di sapa tiba -tiba oleh Dee.
"Err....Deya! Makanlah! Ibu pun nak makanlah ni" Jawab Nek Mah sambil terus membuka bungkusan nasi lemak di depannya lalu menjamahnya.
Selasai daripada makan Dee terus menghantar Nek Mah dan cucunya menaiki teksi menuju ke Terminal bas TBS. Sepanjang berada di dalam teksi, mulut Nek Mah tidak berhenti berceloteh itu dan ini bersama Dee. Manakala, Kamal pula hanya mendiamkan diri sahaja.
"Deya! Betulkah tak nak ikut balik dengan ibu, ni?" Soal Nek Mah sejurus sampai di Terminal Bas TBS.
"Eh! Tak naklah, bu. Dee tak nak susahkan ibu"
"Susah kan apa pula Deya? Ibu! Lagi seronok kalau Deya, tinggal dengan ibu dekat kampung tu!"
Kamal yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia perbualan mereka berdua tiba -tiba menyampuk "Yalah, Kak! Jomlah! Ikut lik gan Mal!" Pinta Kamal dengan cakap yang agak pelat. Makhlumlah kamal cuma berusia 4 tahun sebab tu lah bahasa melayu dia agak sukar untuk di fahami oleh orang dewasa. Dee pula terus tergelak apabila melihat gelagat lucu Kamal sebentar tadi.
"Mal! Akak bukan tak nak balik cuma sekarang ni akak tengah ada kerja nanti, bila akak dapat cuti akak baliklah, ye!" Ujar Dee sambil menyapu lembut ke arah pipi comel Kamal yang agak chubby itu.
"Dahlah tu, Mal! Janganlah paksa akak Deya lagi!" Celah Nek Mah pula.
Sedang asyik, Nek Mah dan Dee bersembang tiba-tiba kedengaran pengumuman daripada pembesar suara menyuruh para penumpang bas yang ingin pergi ke Melaka segera beratur masuk ke dalam bas.
"Emm....Nampaknya, bas Ibu dah ada tu! Kalau macam tu, ibu dan Kamal pergilah masuk dalam bas sekarang! Takut kalau lambat kang tertinggal bas pula" Arah Dee sambil terus mencapai tangan kanan Nek Mah lalu menciumnya.
Tersentuh terus hati kecil Nek Mah apabila melihat Dee mencium tangannya sebentar tadi. Ada rasa hiba tiba -tiba menyergah masuk ke lubuk hatinya. Dengan segera, dia terus meluru ke arah Dee lalu memeluk dan mencium kedua -dua pipi gadis tomboy itu yang sudah pun dianggap olehnya seperti anak sendiri.
"Deya! Jaga diri baik -baik ye, kalau deya perlukan bantuan cari je dekat alamat ibu ni!" Kata Nek Mah sambil menghulurkan kertas berisi alamat rumahnya ke arah Dee.
"Baiklah bu! Ibu dan Mal pun jaga diri, ye!" Ucap Dee dengan sedihnya.
"Bye! Akak Deya!" Jerit Kamal kepada Dee sebelum beredar pergi bersama dengan Nek Mah menuju ke arah bas yang sudah menanti kedatangan para penumpang.
"Bye! Kamal! Nek Mah! Bisik hati kecil Dee sambil terus melangkah dengan longlai meninggalkan terminal bas TBS tersebut.P/s: Asalamuailaikum! Hai guys! Maaf lambat update! But dont worry i try to make a little bit faster for update! Pls add my story in you library. Good night😴😴😴😴
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...