Dee yang tengah asyik, mengelamun terus terperanjat apabila mendengar hempasan kuat pintu bilik tempat dia dijadikan tawanan pada ketika ini. wajahnya segera, dipalingkan ke arah pintu bilik tersebut. Kelihatan, Darius sedang meluru ke arahnya lalu menyeret dirinya dengan kasar ke arah, luar.
"Kau ikut aku, sekarang!" Arah Darius kepada Dee.
Terpinga -pinga seketika, dia dengan tingkahlaku pelik lelaki psyco itu. Isskk! Apa lagilah yang nak dibuat oleh mamat berlagak sombong ni dekat, aku?! Desis hati Dee sendiri sambil mengerling sekilas, ke arah wajah Darius yang kelihatan agak serius itu. Sampai saja, di satu sudut lelaki itu tiba-tiba menolak kasar tubuhnya ke arah lantai. Akibat tolakkan yang kuat itu, Meringgis terus, raut wajah Dee dibuatnya. Hodie yang dipakai olehnya, juga turut terjatuh daripada kepalanya. Terserlah terus, leher jenjang putih mulus miliknya di hadapan lelaki bermata biru itu.
Darius yang baru ingin, mengikat pergelangan tangan lelaki yang diculiknya itu terus terpana seketika, bila matanya melirik seketika ke arah leher jenjang milik lelaki di hadapannya itu. Putih dan mengiurkan sekali! Jarang lelaki ada leher macam tu, biasanya hanya orang perempuan saja yang memiliki leher sedemikian, lainlah kalau orang dekat depan aku ni perempuan? Perempuan! Oi! Darius, kau dah kenapa? Sedarlah! Takkan dengan lelaki pun kau boleh bernafsu, bro?! Bisikkan itu segera, menyedarkan dia daripada lamunan gilanya sebentar tadi. Baru dia teringat, yang niatnya datang ke tempat ini adalah untuk memindahkan lelaki itu ke tempat persembunyian yang baru. Tanpa berlengah lagi, dia segera mengikat pergelangan tangan Dee dengan tali rapia. Setelah itu, barulah Darius menarik tubuh Dee ke arah kereta ferarri miliknya yang sudah sedia tersadai di hadapan gudang tersebut menantikan kedatangan mereka berdua.
Sampai sahaja di hadapan kereta tersebut, Darius segera membuka pintu tempat duduk penumpang dan segera menolak masuk tubuh kurus kering Dee ke dalam keretanya itu. Terhenyak terus, punggung Dee ke tempat duduk yang agak empuk itu. Dia kemudian, cuba menstabilkan posisi duduknya supaya selesa sedikit meskipun dengan tangan yang terikat ke arah belakang.
"Dum!!"
Terperanjat terus, Dee apabila mendengar pintu tempat duduknya ditutup dengan kasar sekali oleh Darius. Bagai hendak gugur tangkai jantungnya dibuat oleh lelaki itu. Darius terus, tergelak di dalam hatinya apabila melihat wajah terkejut Dee seketika tadi. Sekilas, dia merenung jam Rolex yang berada di sebelah tangan kirinya itu. Jam sudah pun menunjukkan 2.30 petang. Patutlah, perutnya asyik berbunyi je dari tadi. Rupanya, dia tengah lapar tetapi rasanya bukan dirinya seorang yang merasakan demikian pasti lelaki yang diculiknya itu juga tengah kebulur sekarang ni. Nampaknya, sempat lagi kalau dia singgah ke restoran untuk membeli makanan. Darius segera, menyusup masuk ke dalam keretanya. Tanpa membuang masa lagi, dia terus menghidupkan keretanya lalu beredar pergi dari kawasan gudang tersebut.
Beberapa minit perjalanan akhirnya, Darius ternampak sebuah restoran. Tanpa berlengah lagi, dia segera menghentikan keretanya tepat di hadapan restoran itu.
"Oi! Aku nak pergi restoran jap, nak beli makanan! Kau jangan nak cuba lari pula! Kalau kau lari juga, aku cari kau sampai lubang cacing!" Ugut Darius sambil menundingkan jari telunjungnya tepat ke arah wajah Dee. Dee hanya mampu menganggukkan kepalanya.
Sejurus mengatakan demikian, Darius segera beredar keluar dari keretanya lalu menuju ke restoran tersebut. Dee hanya memerhatikan kelibat lelaki itu sehingga hilang daripada pandangan matanya.
*****
Selesai daripada makan, Darius segera meneruskan pemanduannya menuju ke Melaka. Dee pula hanya, membuang pandangannya ke arah luar tingkap memerhatikan kereta yang sedang lalu lalang di lebuh raya pada ketika ini. Sesekali Darius melirikkan tatapan matanya ke arah lelaki yang berada disebelahnya itu. Entah mengapa sukar sekali, bagi dirinya untuk tidak menatap wajah comel yang tengah duduk mengelamun langsung tidak mempedulikan keberadaan dirinya itu. Wajah bujur sirih, kening tebal, hidung mancung, dan bibir yang agak mugil itu membuatkan dada Darius tiba-tiba berdebar dengan kencangnya. Tidak pernah lagi dia mengalami perasaan sedemikian, meskipun ketika bersama dengan Gloria, bekas kekasihnya itu. Oh god! What's is wrong with me now? I should hate this man not to have a feeling for him! Desis hati Darius sambil mengalihkan semula tatapan matanya ke arah pemanduannya.
Isskk! Apasal pula mamat ni asyik, tengok muka aku je dari tadi? Jangan -jangan dia nak bunuh aku tak? Ya allah! Selamatkanlah aku! Doa Dee di dalam hatinya. Dia cuba menenangkan dirinya dengan memerhati pemandangan yang berada di sekitar lebuh raya. Hampir sejam perjalanan Dee mulai, perasan yang kereta lelaki itu sudah pun jauh meninggalkan bandar raya, kuala Lumpur. Dia menjadi panik seketika, apabila melihat kereta lelaki itu melalui jalan menuju ke arah Melaka.
"En...en..cik...Da...Darius, nak ba...wa sa..sya ke..ma...na?!" Soal Dee dengan suara gementarnya. Entah mengapa perasaan takut mulai, menguasai dirinya pada ketika itu. Dia takut seandainya, lelaki itu bertindak ingin mencederakan dirinya. Terbayang terus wajah sayu ayahnya, di hadapan matanya. Ayah! Maafkan Dee! Rintih Dee di dalam hatinya.
Darius tidak mengendahkan langsung, pertanyaan lelaki yang berada disebelahnya itu. Dia masih lagi, menumpuhkan perhatian pada pemanduannya. Dee yang geram, dengan sikap mendiamkan diri Darius itu tiba-tiba terus menjerit dengan kuatnya ke arah lelaki itu.
"Oi! Bro, aku tanya tu jawablah, jangan buat tak dengar pula!"
Terkejut beruk terus, Darius apabila mendengar tengkingan kuat lelaki yang berada disebelahnya itu. Nak pecah juga gegendang telinga Darius dibuatnya. Dia yang mulai, naik hantu dengan perangai gila Dee itu, segera menghentikan keretanya di bahu jalan.
"Kau! Jerit lagi macam tu, aku tembak kau!" Ugut Darius sambil menatap tajam ke arah wajah Dee.
Tergamam terus, Dee apabila mendengar ugutan daripada lelaki itu. Raut wajahnya terus bertukar menjadi pucat lesi. Adoi! Abislah aku kalau mamat ni, betul-betul buat apa yang dia ugut dekat aku tadi tu! Bisik hati Dee sendiri sambil terus menghalakan tatapan matanya tepat menuju ke arah hadapan semula. Dia tidak berani langsung hendak menatap wajah serius Darius walaupun sekilas.
Darius yang perasan, dengan wajah gelabah lelaki disebelahnya itu segera tersenyum dengan sinisnya. Tiba-tiba timbul akal jahatnya ingin mengenakan lelaki itu. Dengan selambanya, dia terus menyentuh paha Dee dengan tangannya sambil membelai dengan lembutnya. Mengiggil terus seluruh anggota tubuh Dee, dibuatnya. Melihat wajah panik lelaki disebelahnya itu, Darius terus tergelak lucu di dalam hatinya.
"Comel pula aku tengok wajah kau, ni. Rasa macam nak cium pun ada"
Selepas mengatakan demikian, Darius terus mendekatkan wajahnya ke arah Dee.
"Isskk! Apa ni, encik Darius?!" Pekik Dee yang begitu berang dengan sikap kurang ajar Darius sambil terus menolak tubuh sasa lelaki itu dengan bahunya. Terdorong terus tubuh Darius ke arah tempat duduknya semula. Dee kemudian terus merenung wajah lelaki di hadapannya itu dengan penuh kebencian. Mujur tangannya sedang terikat di saat ini kalau tidak sudah lama lelaki itu dibelasah olehnya. Mata keduanya beradu lama, sehinggalah Darius tiba-tiba tergelak dengan kuatnya.
"Ha! Ha! Ha! Adoi! Kelakarnya aku tengok muka kau sekarang, ni!"
Amboi! Bukan main lagi kau gelakkan aku ye, kau tunggulah pembalasan dari aku jap lagi! Desis hati Dee sambil menjuihkan bibirnya.
"Apasal, pula encik Darius nak gelakkan saya sampai macam tu sekali?!"
Mati terus gelak, Darius sejurus mendengar pertanyaan lelaki di hadapannya itu. Wajahnya yang ceria tadi, terus berubah menjadi serius semula. Pandangan matanya segera dihala ke arah wajah Dee yang masih lagi menantikan jawapan daripada dirinya. Berdebar terus dada Darius saat, menatap lama wajah comel yang berada di hadapannya itu. Hilang semua kemarahan yang dirasakan olehnya seketika tadi. Kini perasaan lain pula mulai, mengusik masuk ke lubuk hati Darius. Dee yang pelik, melihat Darius hanya merenung dirinya membuatkannya menjadi tidak selesa. Bibir bawahnya digigit perlahan. Terpana terus Darius, apabila melihat Dee mengigit bibir mugil miliknya, itu. Seksinya, bibir dia! Geram pula aku tengok! So hot and sexy! Puji Darius di dalam hatinya sambil terus mendekatkan dirinya ke arah Dee dan cuba untuk mencium bibir itu. Dee yang perasan dengan niat lelaki itu segera menjerit dengan kuatnya.
"Encik Darius!!!"
Tersedar terus, Darius daripada khayalan liarnya sebentar tadi. Dengan segera, juga dia menjarakkan dirinya semula daripada lelaki yang berada disebelahnya itu. Berkali-kali juga Darius, mengutuk dirinya sendiri sebab terlalai dengan perasaan gilanya seketika tadi. Buat malu je! Kalau Eric dan Max taulah pasal hal ni, confirm diaorang gelakkan aku gila-gila punya! Desis hati Darius sendiri sambil meraup wajahnya dengan tangannya.
Dee yang sudah tidak dapat menahan perasaan lucunya tiba-tiba terus tergelak dengan kuatnya. Adoi! Mamat mata biru ni, takkanlah dengan aku yang tomboy ni pun dia nak terpikat pula? Mengarutlah! Desis hati Dee sendiri.
"Oi! Yang kau gelak macam orang gila ni, dah kenapa?!"
Jeritan kuat Darius menghentikan terus gelak tawa Dee. Dia kemudian, merenung sekilas wajah masam mencuka lelaki yang berada disebelahnya itu melalui ekor matanya. Renungan tajam Darius membuatkan dada Dee tiba -tiba berdebar dengan kencangnya.
"Takkan nak gelak pun kena minta izin encik Darius, pula?" Perli Dee dengan selambahnya.
Berbulu terus telinga, Darius apabila mendengar perlian pedas yang keluar daripada mulut Dee itu. Kemarahannya yang reda tadi, kini datang semula. Dengan perasaan berangnya, tangan Darius terus mencengkam kolar baju Dee dengan kasarnya. Tersentak terus, Dee dengan tindakkan spontan daripada Darius itu.
"Oi! Kau dengar sini ye! Kau jangan ingat, aku gelak tadi tu aku akan batalkan niat aku nak bunuh kau! Aku masih siuman lagi nak ada feeling dengan kau ni! Lagi satu aku bukannya lelaki gay yang nak tergila-gila dengan wajah comot dan badan bau busuk kau ni!" Tengking Darius dengan kuatnya tepat ke arah wajah Dee.
Tergamam seketika, Dee apabila mendengar tengkingan kuat daripada lelaki itu. Apa! Dia cakap muka aku comot dan badan aku bau busuk? Amboi! Sedap mulut dia je, nak cakap apa dekat aku ni! Umpat Dee di dalam hatinya.
"Encik Darius! Gloria seorang pun dah cukup untuk saya!" Jawab Dee dengan beraninya. Dia tau tidak sepatutnya, dia mengungkapkan kata-kata itu tetapi lelaki itu tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan yang bukan-bukan pasal, dirinya. Dirinya bukan robot, dia juga ada perasaan.
Berdesing terus, cuping telinga Darius apabila nama bekas kekasihnya itu keluar daripada mulut lelaki itu. Lelaki yang telah menyebabkan dia harus berpisah dengan Gloria. Dengan perasaan geramnya, Darius terus mencekik leher lelaki yang berada di hadapannya itu. Kebencian semakin bermaharajalela di dalam hatinya.
"Aku akan bunuh kau sekarang!" Bisik Darius sambil terus menguatkan lagi cengkaman tangannya pada leher Dee. Tercungap -cungap terus pernafasan Dee dibuatnya.
"Le...pa..s...kan....sa..ya!" Rayu Dee dengan suara lemahnya.
"Lepas, kan kau? Memang taklah, kau jangan mimpi nak lepas senang -senang dari aku!" Ugut Darius dengan suara lantangnya.
Terkedu terus, Dee apabila mendengar ugutan daripada Darius itu. Sedaya upaya dia cuba menahan airmatanya daripada tumpah. Dee! Dont cry, you have to be strong! If you cry now, Darius akan tau identiti sebenar kau nanti! Bisikkan itu menaikkan semula keyakinan dirinya yang semakin hilang itu. Sekali lagi, dia memberanikan dirinya berbicara dengan Darius yang sedang dirasuk oleh amarahnya itu.
"Please! I....i...be...beg...y..you, m...mr....Da....Da...rius!"
Rayuan Dee itu, hanya di pandang sepi oleh Darius. Tiada sedikit pun rasa belas maupun simpati yang wujud di dalam hatinya untuk teman lelaki baru, bekas kekasihnya itu. Perasaan muak dan sakit hati pula, semakin membara di dalam hati Darius pada ketika ini.
"Will you shut up!" Jerit Darius ke arah Dee.
Terdiam terus, Dee apabila mendengar jeritan kuat daripada lelaki itu. Wajah serius Darius di renung sekilas, olehnya. Kecut terus perut Dee apabila melihat, raut wajah lelaki di hadapannya itu. Berbagai andaian buruk mulai, bermain di dalam mindanya. Dia cuba menahan kesakitan pada lehernya yang sedang dicekik dengan kuatnya oleh Darius. Dee kini, hanya membiarkan saja lelaki itu, mencekik lehernya. Dia pasrah, dengan nasib dirinya. Seandainya, kematian dirinya dapat melepaskan dia daripada cengkaman tangan lelaki psyco itu Dee rela menerima takdirnya itu.
Darius! Takkan kau nak bunuh lelaki tu, sekarang? Abis tu, macam mana dengan rencana kau yang hendak menyiksa kehidupan lelaki itu? Berbaloikah, kalau kau bunuh lelaki tu, sekarang?! Bisikkan itu menyedarkan semula, Darius daripada amarahnya. Perlahan-lahan dia melepaskan semula cengkaman tangannya daripada terus mencekik leher Dee. Darius kemudian, meramas rambutnya lalu menyandarkan tubuhnya semula ke arah tempat duduknya. Sekilas, tatapan matanya dihalakan ke arah lingkaran merah bekas tangannya turut kelihatan pada leher jenjang putih mulus yang telah dicekiknya sebentar tadi. Melihatkan keadaan itu, timbul pula perasaan kesian di dalam hati Darius.
Dee yang sedang, mengusap-usap lehernya terus terkejut apabila melihat Darius sedang memandang ke arah lehernya. Tidak berkelip langsung biji mata lelaki itu memerhatikan, lehernya itu. Isskk! Apasal, pula lelaki psyco ni tengok aku semacam je?! Desis hati Dee sendiri sambil terus mengenakan, hoddienya semula. Darius yang mulai, perasan lelaki di hadapannya itu menyedari dia sedang memandang dirinya segera mengalihkan wajahnya ke arah lain. Merah padam terus raut wajah Darius dibuatnya. Adoi! Malunya aku Bisik hati Darius sendiri.
"Ingat! Kau jangan nak buat perangai lagi, kalau kau buat juga aku takkan teragak-agak tembak kepala kau tu, nanti!" Kata Darius sambil terus menghidupkan semula kereta ferarrinya itu dan meneruskan semula pemanduannya yang tergendala tadi. Kecut terus perut Dee apabila melihat lelaki itu memandu keretanya dengan begitu laju sekali. Darius yang perasan dengan wajah cemas lelaki disebelahnya itu hanya tergelak di dalam hatinya sambil meningkatkan lagi kelajuan keretanya itu.Please add my novel,vote and comment. I need you respond guy. Please support my novel. Good night😴😴😴😴
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Lãng mạnnovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...