Bab 20

9.2K 211 2
                                        


    Satu jam memandu akhirnya, sampai juga Darius dekat Jeti, Anjung Batu. Dari jauh lagi sudah kelihatan kelibat, pak cik Halim sedang menantikan kedatangannya. Sejurus saja, menghentikan keretanya dia bergegas turun lalu menuju dengan segeranya ke arah pak cik Halim. Sampai saja di hadapan lelaki tua itu, Darius terus bersalaman dengannya.
   "Maafkan saya pak cik Halim sebab terlambat sikit, tadi!" Ucap Darius sambil tersenyum dengan lebarnya.
   "Eh! Tak apa, tuan Darius. Pak cik faham!" Pintas pak cik Halim dengan pantasnya. Senyuman juga tidak lekang dari bibir tua itu.
   "Oh! Ya, mana bot yang saya nak sewa tu pak cik?!" Soal Darius sambil matanya di hala ke arah beberapa bot yang sedang berlabuh di Jeti, Anjung Batu pada ketika ini.
  "Bot tuan Darius yang paling hadapan, tu!" Tuding pak cik Halim dengan jari telunjuknya.
  Dengan segera juga, Darius mengalihkan perhatiannya ke arah bot yang dimaksudkan oleh pak cik Halim itu. Bot berwarna peach bersaiz sederhana itu kelihatan, terumbang-ambing sedikit dek, terkena desiran air laut. Keadaan cuaca pada ketika ini, amat baik. Angin yang datang daripada arah laut pula begitu menyamankan, sekali. Suasana yang sebegini, membuatkan semua masaalah yang dihadapi oleh Darius dapat dilupakan olehnya buat seketika. Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba pak cik Halim menyapanya tersedar terus dia daripada lamunannya.
   "Tuan Darius! Datang dengan, siapa?!"
   Pertanyaan tiba -tiba pak cik Halim itu, mengingatkan semula dia dengan teman lelaki baru, Gloria yang masih lagi berada di dalam kereta ferarrinya itu. Adoi! Macam mana pula aku boleh forget pasal, lelaki tu? Macam mana ni, takkan aku nak bagitau dekat orang tua tu yang aku dah culik orang? Masaalah besar, ni! Desis hati Darius sendiri. Dia cuba memikirkan, alasan apa yang boleh diberi kepada pak cik Halim yang dari tadi masih lagi menantikan jawapannya itu.
   "Tuan Darius, kenapa ni? Pak cik tengok macam ada masaalah besar saja? Maaf bukan niat pak cik pun nak masuk campur urusan tuan Darius" Sapa pak cik Halim semula kepada Darius yang masih lagi berwajah dengan penuh kebingungan itu.
   Selepas mendengar kata-kata pak cik Halim itu, Darius menjadi serba salah pula dibuatnya. Sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu dia segera bersuara "Err....sebenarnya, dia tu kawan lama saya pak cik. Dia baru saja balik daripada London!" Jelas Darius dengan panjang lebarnya. Maafkan Darius, pak cik Halim! Bisik hati Darius di dalam hatinya.
   Terangguk-angguk terus kepala pak cik Halim apabila mendengar penjelasan Darius itu. Sepanjang dia menyewakan botnya kepada Darius inilah pertama kali dia melihat lelaki itu membawa seorang lelaki. Selama ini, Darius hanya membawa perempuan sahaja. Berkerut seribu terus dahinya apabila memikirkan hal itu. Darius yang perasan dengan wajah pelik pak cik Halim itu segera menyapanya.
   "Okeylah, pak cik Halim! Terima kasih sebab sewakan bot pak cik dekat, saya. Ini upah untuk pak cik Halim!"
   Sejurus mengatakan demikian, Darius segera menghulurkan cek yang berisikan dua ribu ringgit kepada lelaki tua itu. Terbeliak terus, biji mata pak cik Halim bilamana melihat jumlah cek yang diberikan oleh Darius kepada dirinya itu. Buat pertama kalinya, dia mendapat upah yang begitu lumayan sekali.
  "Eh! Banyak sangat, ni tuan Darius!"
  "Tak apa, saya memang dah lama niat nak bagi pak cik Halim duit tu!"
  "Syukur alhamdulilah! Kalau macam tu terima kasih banyaklah tuan Darius!" Ucap pak cik Halim dengan girangnya.
   Selepas selesai semua urusan dengan pak cik Halim barulah Darius dapat menarik nafas lega sedikit. Kalau tidak naik pening juga kepala otaknya melayankan karenah orang tua tu tadi. Huh! Nasib baiklah, dia tak tanya soalan yang bukan -bukan dekat aku tadi! Desis hati Darius sendiri.

                                                 *****

  
   Dee yang baru tersedar, daripada lenanya segera membuka kelopak matanya. Terpana seketika, dia apabila melihat suasana indah yang sedang terbentang luas di hadapan matanya itu. Isskk! Aku dekat mana, ni? Apasal, ada laut, jeti dan bot dekat depan mata aku, ni? Jangan-jangan aku mimpi, kot! Desis hati Dee sendiri sambil menutup semula kelopak matanya itu. Tetapi baru saja dia berniat, ingin menutup matanya tiba-tiba saja halwa telinganya mendengar bunyi pintu kereta sedang dibuka dan ditutup dengan begitu kasar sekali. Terperanjat terus, dia dibuatnya. Matanya segera, dibuka dengan luasnya. Kelihatan Darius sedang menyandarkan tubuhnya ke arah tempat duduknya sambil sebelah tangan lelaki itu memicit perlahan dahinya. Mata lelaki itu sedang tertutup rapat. Peluang itu terus diambil oleh Dee. Mata bundarnya terus meneliti ke seluruh raut wajah kacak milik lelaki bermata biru itu. Semuanya kelihatan begitu sempurna sekali. Oh my god! Kacak betul lelaki ni, geram pula aku tengok! Bisik Dee sendiri di dalam hatinya.
   Darius yang sudah pun, membuka matanya segera berpaling ke arah sebelahnya. Alangkah, terkejutnya dia apabila melihat lelaki yang berada disebelahnya itu sedang menatap ke arah wajahnya tanpa berkelip langsung. Timbul terus akal jahat Darius.
   "Oi! Yang kau tenung muka aku macam nak telan tu, apasal?!" Pekik Darius dengan kuatnya tepat-tepat depan muka lelaki itu.
   Terperanjat terus, Dee apabila mendengar pekikkan kuat lelaki yang sedang berada di hadapan wajahnya itu. Naik bingit juga cuping telinga Dee dibuatnya.
  "Oh! Mak engkau!" Latah Dee secara tiba -tiba.
   Baru dia perasan, yang lelaki itu rupanya sejak daripada tadi lagi asyik, memerhatikan dirinya yang tengah berkhayal itu. Alamak! Malunya, muka aku ni! Desis hati Dee dengan raut wajah yang sudah pun merona merah seperti, cili itu. Darius yang melihat sikap pelik lelaki itu tadi, segera melepaskan gelaknya. Entah mengapa, apabila mendengar lelaki itu berlatah perasaan lucu terus menyelubungi dirinya. Jarang benar, dia melihat lelaki berlatah. Biasanya, hanya golongan perempuan saja yang akan bersikap sedemikian. Wah! Ini benar-benar benda yang begitu pelik sekali! Desis hati Darius sendiri. 
    "Oi! Nama aku Dee, lah! Tak payahlah asyik, nak panggil kita dengan panggilan oi!"
   Terhenti terus, gelak Darius selepas mendengar lelaki itu memperkenalkan dirinya seketika tadi. Yalah, baru dia perasan sepanjang dia menculik lelaki itu tidak sedikit pun dia ambil tau siapa nama lelaki itu.
   "Oh! Nama kau Dee, aku Darius! Darius savakis carlos! Mesti Gloria dah bagi tau banyak pasal diri aku dekat engkau, kan? So! Lepas ni kau akan lebih kenal siapa Darius savakis yang sebenarnya! So, prepare yourself mr. Dee!" Kata Darius sambil menudingkan jari telunjuknya tepat ke arah wajah Dee.
   Meremang terus bulu tengkuk Dee selepas, mendengar kata-kata Darius itu sebentar tadi. Banyak maksud tersirat, yang ada pada ayat lelaki tu tadi. Taulah, dia bukannya pakar dalam bab teka meneka ni tetapi berdasarkan penelitiannya sepanjang bersama dengan lelaki itu dia perlu berhati-hati sedikit. Makhlumlah, lelaki tu bukan saja membencinya malah ingin membunuhnya. Alah, Dee! Kau tak payahlah nak takut dengan mamat mat salleh ni! Lagipun kau, kan ada pertahanan diri, belasah saja mamat tu kalau dia berani nak buat yang bukan -bukan dekat diri kau! Bisikkan itu menaikkan semula semangatnya.
   "Dee! Jom, ikut aku sekarang!" Arah Darius kepada Dee yang masih lagi duduk membisu di tempat duduknya.
   Tersedar terus, Dee daripada lamunannya apabila mendengar sapaan tiba-tiba Darius itu. Matanya segera di hala ke arah lelaki itu. Pandangan keduanya terus bertembung. Dada Dee terus berdebar dengan kencangnya sejurus, melihat wajah kacak lelaki yang turut merenung wajahnya itu. Cutenya, muka lelaki ni! Isskk! Apasal, muka dia macam muka perempuan je aku tengok? Soal Darius di dalam hatinya. Agak lama juga, mereka berdua berada dalam keadaan begitu sehinggalah Dee mulai, perasan bibir lelaki di hadapannya itu semakin dekat ke arah bibirnya. Dengan pantas juga dia segera menolak tubuh tegap lelaki itu. Terdorong terus tubuh Darius dibuatnya.
   "Encik Darius! Nak buat apa ni? Agak-agaklah saya ni tak minatlah dengan kaum sejenis!" Perli Dee dengan wajah selambanya. Dasar lelaki hidung belang, dengan tomboy macam aku ni pun nak tangkap feeling! Marah Dee di dalam hatinya.
   Darius yang berang, dengan tindakan Dee itu tiba-tiba sahaja terus menarik kuat kolar baju lelaki itu dengan kedua-dua tangannya.
   "Aku pun tak hadaplah dengan lelaki gelendangan macam, kau ni. Kau ingat, aku ni dah kemaruk sex sangatkah sampai nak try dengan kau! Hello! Berlambak lagi, perempuan dekat luar tu yang aku boleh pilih untuk puaskan nafsu aku. Kau faham, tak!" Bentak Darius dengan wajah seriusnya.
  Kecut terus, perut Dee apabila melihat sikap kasar lelaki itu terhadap dirinya seketika tadi. Itulah Dee! Lain kali bila nak cakap tu, jangan nak main lepas macam tu saja. Sekarang, kau tengok apa dah jadi? Kalau lelaki psyco tu, bunuh kau sekarang? Kau nak buat, apa?! Bertubi-tubi soalan mulai, menyesak masuk ke dalam fikirannya. Naik lemas juga dia dibuatnya. Darius yang mula, hilang sabar dengan sikap mendiamkan diri Dee itu sekali lagi menengking ke arah dirinya.
   "Oi! Kalau aku cakap dengan engkau janganlah asyik, diam saja! Mulut kau tu ada berlian, kah? Sampai dah tak boleh nak bercakap!"
   Dee yang geram dengan tengkingan Darius itu segera, mencelah percakapannya "Cukup, encik Darius! Okey, saya faham dan akan dengar semua arahan encik Darius! Puas hati!"
   Tersenyum lebar terus, Darius apabila mendengar jawapan daripada Dee itu. Nampaknya, kemenangan semakin berpihak kepada dirinya. Tidak lama lagi, semua dendamnya akan dapat dilaksanakan olehnya. Tak sabar pula rasanya aku nak siksa hidup lelaki ni, nanti! Desis hati Darius sambil mengambil gunting daripada dalam dashboard keretanya. Terkejut terus, Dee apabila melihat lelaki itu sedang memegang gunting di tangannya. Hatinya terus diulit, dengan perasaan risau yang amat sangat.
   "Pusing belakang, sekarang!" Arah Darius dengan wajah masam mencukanya.
   "Errr...ka...kau...nak buat ap...apa de...dengan gunting tu?!" Soal Dee dengan wajah paniknya. Dia kemudian segera mengelak apabila melihat lelaki itu ingin menyentuh bahunya.
  "Isskk! Kau jangan nak naikkan darah aku pula, aku cakap pusing belakang sekarang, pusinglah!"
   Sejurus mengatakan demikian, Darius terus meluru ke arah Dee lalu memaut bahunya dan segera memusing tubuhnya ke belakang menghadap tepat ke arah dada bidang milik lelaki itu.
   "Eh! Apa ni, encik Darius? Lepaslah bahu, aku" Jerit Dee dengan geramnya. Adoi! Dia nak buat apa, ni? Dia nak bunuh aku, kah? Soal Dee di dalam benaknya. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu. Tali yang mengikat kedua tangannya kini, sudah pun terlepas. Barulah dia faham, kenapa Darius memegang gunting seketika tadi, rupa-rupanya lelaki itu ingin menanggalkan tali yang berada pada tangannya itu.
  Dee kemudian, merenung ke arah tangannya. Terdapat kesan, birat pada kedua -dua pergelangan tangannya itu akibat, diikat terlalu lama dengan tali. Darius juga turut perasan dengan kesan birat pada tangan Dee itu. Timbul pula perasaan kesiannya kepada lelaki itu. Takkan, kau nak batal semua plan kau untuk hancurkan hidup lelaki tu, Darius? Kau dah lupakah, apa yang lelaki tu buat dekat engkau?! Bisikkan itu, menyedarkan semula Darius ke alam nyata semula. Perasaan marah dan benci mulai, menguasai dirinya. Gunting yang masih, berada di tangannya digenggam dengan kuat olehnya. Kerana tidak dapat mengawal amarahnya, Darius segera menarik kepala Dee lalu menyuakan muncung tajam gunting yang ada pada tangannya ke arah leher lelaki itu.
   "Kau bergerak sedikit, gunting aku ni bakal tembus dekat leher kau tu!" Bisik Darius tepat ke arah cuping telinga Dee.
   Tergamam terus, Dee apabila mendengar bisikkan lelaki itu. Jantungnya seolah-olah rasa ingin tercabut dek, perasaan takut yang sedang dialaminya pada saat dan ketika ini. Pelbagai andaian buruk mulai, berlegar-legar di dalam fikirannya.
   "Encik Darius, nak bu...." Kelu terus lidah Dee, apabila merasakan Darius sedang menjilat cuping telinganya dengan begitu bernafsu sekali. Deru nafas Dee terus menjadi tidak teratur. Tidak cukup menjilat cuping telinganya kini, lidah lelaki itu menjalar pula ke arah pipi dan lehernya. Menggigil terus sekujur tubuh Dee apabila diperlakukan sedemikian oleh, Darius. Selama ini, dia tidak pernah mengizinkan mana-mana lelaki pun menyentuh dirinya. Meskipun tomboy, Dee masih berjiwa perempuan. Pada luarannya saja yang kasar tetapi di dalam hati ada taman. Amboi! Dee, dalam saat genting macam ni pun kau nak berangan jugak, kah?! Bisikkan itu segera menyedarkan Dee semula.
   "Chupp!"
   Bunyi kucupan Darius pada belakang tengkuk, Dee membuatkan dia segera bertindak diluar dugaannya. Dengan pantas juga, tangannya segera menyiku tulang rusuk lelaki itu dengan begitu kuat sekali. Terjerit, terus Darius dibuatnya. Kerana perasaan takut yang amat sangatnya, Dee cuba untuk meluru keluar daripada kereta itu. Darius yang menyedari, Dee ingin melarikan dirinya bertindak dengan lebih pantas menekan butang lock yang kebetulan berada disebelahnya itu.
   "Tolonglah, encik Darius! Saya merayu sangat-sangat dekat awak, tolonglah lepaskan saya!" Rayu Dee dengan wajah paniknya.
   Tergelak kuat terus, Darius apabila mendengar rayuan Dee itu. Tau pula dia nak merayu dekat aku! Masa nak rampas Gloria tak adanya pula dia nak fikir bertapa hancurnya hati aku! Bisik hati Darius sambil mengetip bibirnya. Perlahan-lahan Darius mulai, menghampiri Dee. Perasaan gementar terus menguasai diri Dee. Dia terus mengigit bibir bawahnya. Perbuatannya itu hanya diperhatikan oleh Darius. Entah syaitan apa yang merasuk dirinya sebentar tadi, apabila secara tiba-tiba dia jadi bernafsu dengan lelaki itu. Niat sebenarnya hanya ingin menakutkan lelaki itu tetapi lain pula yang terjadi dia sendiri hanyut dengan fantasi gilanya.
   "Oi! Dee, kau jangan buat lawak bodoh boleh tak? Kau ingat, dengan merayu macam tu aku nak lepaskan kau? Jawapannya kau sendiri dah, tau. Selagi aku tak puas nak siksa hidup engkau, selagi itulah kau akan berada dalam tangan aku! Kau faham, tak?!" Tengking Darius sambil tersenyum dengan sinisnya.
   Terkedu terus Dee apabila mendengar, kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Darius terhadap dirinya sebentar tadi. Ya allah! Apa aku nak buat, ni? Kau bantulah aku, ya allah! Doa Dee di dalam hatinya.
   "Oi! Yang kau duduk tercongok lagi dekat situ tu, apasal? Cepatlah, keluar!"
   Berterbangan terus, semua lamunan Dee apabila disergah secara tiba-tiba oleh Darius. Tatapan matanya segera di hala, ke arah lelaki itu. Darius yang perasan dengan pandangan Dee itu segera, mengenyitkan sebelah matanya. Sepantas kilat, juga Dee mengalihkan tatapan matanya ke arah lain. Dahlah tu Dee, baik kau ikut je arahan mamat psyco tu! bisik hati Dee sendiri sambil terus meluru keluar daripada kereta tersebut. Baru saja, dia ingin melangkah pergi pergerakkanya terus terhenti. Tiba-tiba saja Pergelangan tangannya dipaut dengan begitu erat sekali oleh Darius. Tersentak terus, dia dengan tindakan lelaki itu.
   "Ap..." Belum sempat, dia hendak berbicara, lelaki itu terus menarik kedua-dua tangannya ke arah belakang lalu mengikatnya semula.
   "Sorry mr. Dee! Aku tak nak kau buat hal, lagi!" Bisik Darius perlahan ke arah telinganya.
   "Kau memang, orang yang tak berhati perut! Kenapa kau tak bunuh aku saja, huh?!"
   "Kau nak cakap apa pun cakap, ajelah!" Balas Darius dengan selambanya.
   Setelah selesai, mengikat kedua tangan Dee, barulah Darius menekan butang lock kereta ferarrinya. Sejurus selepas itu, Darius terus menolak kasar belakang Dee ke arah hadapan dan mulai mengarahkannya berjalan menuju ke arah jeti. Sampai saja di atas bot itu, Darius terus menyuruh Dee duduk sementara dia menghidupkan bot tersebut. Selang beberapa saat kemudian, bot pun hidup. Darius kemudian terus memecut laju bot itu. Naik kecut terus, perut Dee apabila melihat cara lelaki itu mengendalikan bot tersebut. Darius yang perasan dengan wajah cemas Dee itu semakin melajukan lagi kelajuan bot tersebut. Well come to you hell, Dee! Desis hati Darius sambil menghadiahkan senyuman sinis kepada Dee.

Please add,vote and comment my novel! I need you fedback and support guys! Thx who add,vote and comment my novel. this is my new update. This part a little bit hard when i write cause i dont have any idea it all. But syukur alhamdulilah i dapat siapkan juga. I hope you all enjoy with my story! I will try update a little bit faster!
Good night guys!😴😴😴😴😴
 
  
  
  
  
  

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang