Bab 8 (mature content) 18sx

42.8K 233 6
                                        

    

     Dee masih lagi, memerhati ke arah Gloria yang semenjak dari tadi asyik menangis sahaja. Dah puas dia memujuk, sampai dah tak tau nak cakap apa lagi dekat sahabat baiknya itu. Akhirnya, dee membiarkan sahaja Gloria melepaskan semua kesedihan yang dirasakan olehnya di saat ini. Selang berapa minit kemudian, suasana yang sepi tadi terus bertukar menjadi riuh dengan gelak tawa yang tiba-tiba keluar daripada mulut Gloria. Dee yang berada di sebelah Gloria, turut terperanjat dengan perubahan emosinya itu. Isskk! Apa kena pula, dengan kawan aku ni? Tadi bukan main lagi, menangis mengongoi sekarang boleh pula tergelak besar sampai macam tu sekali! Jangan-jangan dia meroyan kot! Sebab dah putus dengan boyfriend dia! Dee, tak baik kau cakap macam tu dekat bff kau sendiri, sepatutnya kau bagi sokongan moral dekat dia! Bisikkan itu menyedarkan semula Dee daripada lamunanya. Dia kemudian memandang ke arah Gloria yang masih lagi tergelak macam orang yang tak betul. Kerana risau melihat keadaan temannya itu, kelam-kabut terus Dee cuba menenangkannya.
    "Gloria! Boleh bertenang, tak? Kau ni dah kenapa, ketawa macam orang tak betul je?!" Herdik Dee sambil terus memegang erat kedua -dua bahu Gloria dengan tangannya.
    Sejurus, mendengar herdikkan Dee itu terdiam terus Gloria dibuatnya. Dia sendiri juga tidak dapat menjawab soalan Dee kenapa dia berkelakuan sedemikian. Agaknya, mungkin sebab terlalu kecewa selepas Darius memutuskan perhubungan dengannya. Why god? Why this happen to myself not to other?Desis hati Gloria sendiri. Kerana tidak dapat menahan kesedihannya lagi dia terus memeluk tubuh Dee. Tersentak terus Dee dengan tindakkan spontan Gloria itu.
    "Dee! Please, help me! Aku...aku tak boleh hidup tanpa Darius! Ke..kenapa? Kenapa Da..Darius b...buat ak...aku ma..macam ni?" Luah Gloria terhadap Dee.
    Apabila Dee mendengar luahan Gloria itu hatinya, turut berasa sebak. Dia kemudian mengusap perlahan belakang Gloria dengan tangannya.
    "Gloria! Kau janganlah macam, ni. Kau kena kuat, tau tak! Jangan disebabkan seorang lelaki kau nak kecewa sampai macam ni sekali. Kau kena ingat, semua ni dah takdir tuhan untuk kau, tapi aku yakin apa yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. So! Dont give up! You must go on with this life!" Pujuk Dee kepada Gloria.
   Selepas mendengar pujukan daripada Dee itu, reda terus tangis Gloria. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya daripada tubuh gadis tomboy yang berada disebelahnya itu. Wajah sembamnya terus di halakan ke arah Dee yang masih lagi merenung dirinya dengan penuh simpati. Di dalam hatinya dia bersyukur sangat kepada tuhan sebab ditemukan dengan seorang sahabat yang baik seperti Dee. Dia sendiri tidak tau apa nasib yang bakal menimpa dirinya jka sahabat baiknya itu tidak berada disampingnya pada saat ini.
   "Terima kasih, Dee! Sebab nilah aku sayang sangat dekat engkau ni!" Ucap Gloria sambil mencubit pipi mungil Dee dengan tangannya.
   "Oi! Apa ni, Gloria? Sakitlah pipi aku!" Rengek Dee sambil menyapu perlahan pipinya yang dicubit oleh Gloria sebentar tadi.
   Berderai terus tawa daripada mulut Gloria selepas melihat raut wajah lucu Dee sebentar tadi. Habis merah pipi putih mulus gadis tomboy tu dikerjakan oleh tangannya. Lega terus Dee apabila melihat sahabat baiknya itu, mampu tersenyum semula.
   "Hah! Macam tulah, senyum tak naklah sedih-sedih lagi okey!" Kata Dee dengan senyuman lebarnya sambil memaut erat bahu Gloria.
   "Betul apa yang kau cakap dekat aku tadi Dee, aku takkan menangis sebab lelaki lagi. Dan aku dah buat keputusan lepas ni, aku nak tumpuhkan sepenuh perhatian aku dekat study aku!" Jawab Gloria dengan penuh semangatnya.
Dee terus tersenyum apabila mendengar kata-kata Gloria sebentar tadi. Apa pun dia tau, sahabat baiknya itu sebenarnya masih lagi bersedih dengan apa yang telah terjadi pada dirinya hari ini. Dee tidak faham mengapalah Darius dengan mudahnya memutuskan hubungan dengan wanita sebaik, Gloria. Lelaki tu memang kejam, tak berhati perut langsung! Umpat Dee di dalam hatinya.
    "Dee! Dee!!"
   Jeritan tiba-tiba Gloria terus mengejutkan Dee daripada lamunannya. Dengan gelabahnya, dia kemudian terus mendongakkan wajahnya ke arah Gloria yang sedang memandang dirinya dengan penuh kehairanan.
   "Oi! Cik Gloria ku sayang! Tak payahlah terjerit-jerit, telinga aku ni tak pekak lagilah" Rungut Dee sambil menghadiahkan jelingan tajamnya ke arah Gloria.
   "Amboi! Janganlah jeling aku sampai macam tu, sekali! Takut pula aku tengok!" Jawab Gloria sambil tersenyum.
Sedang asyik, bersembang dengan Gloria dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Alamak! Mana Seri dan botol yang aku kumpul tadi? Soal Dee di dalam hatinya. Barulah dia perasan yang Seri dan botol yang dikumpul olehnya tadi telah tertinggal dekat Cafe Sweet Honey. Kelam-kabut terus Dee dibuatnya. Gloria yang pelik melihat tingkah laku Dee terus saja menyapanya.
    "Eh! Dee! Kau ni dah, kenapa? Panik semacam je, aku tengok?"
    "Eerrr...Gloria! Aku kena pegi dekat Cafe tu balik lah! Jawab Dee sambil terus beredar pergi dengan tergesa-gesa meninggalkan Gloria yang masih lagi terpinga-pinga sendiri ditempat duduknya. Isskk! Dee! Ni kan, selalu macam tu perangai pelupa dia mengalahkan orang yang dah berusia! Desis hati Gloria sambil terus mengejar Dee yang sudah pun jauh berada di hadapannya.
    "Dee! Tunggulah jap!"
    Mendengar laungan Gloria itu, Dee terus memperlahankan langkah kakinya. Dia kemudian, segera berpaling ke belakang. Kelihatan Gloria sedang berlari menuju ke arahnya. Sejurus menghampiri, Dee nafas Gloria terus tercungap-cungap.
   "Gloria! Apasal, kau tak tunggu je aku dekat tempat tadi? Tengok, kan dah penat!" Tegur Dee kepada Gloria sambil menggelengkan kepalanya.
   "Eii...! Tak naklah, aku duduk sorang-sorang dekat tempat tu! Lebih baik aku ikut dengan engkau!" Jawab Gloria sambil tangannya sibuk mengelap peluh yang mulai membasahi dahinya.
   "Okey! Kalau macam tu, cepatlah kita pergi dekat cafe tu sekarang!" Ajak Dee kepada Gloria.
   Selang beberapa minit berjalan akhirnya, mereka berdua pun sampai di hadapan Cafe Sweet Honey, Dee tanpa membuang masa terus menuju ke tempat dia meletakkan botol terpakai dan anak kucing yang telah dibela olehnya semenjak seminggu yang lalu. Terbeliak terus biji matanya apabila, melihat botol dan Seri sudah tidak berada di tempatnya lagi. Isskk! Mana pula, Seri dan botol yang aku letak dekat sini tadi? Takkanlah, barang macam tu pun orang nak curi jugak! Rungut Dee di dalam hatinya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Perasaan panik terus menguasai dirinya. Puas jugaklah dia tawaf satu kawasan Cafe tu, namun hampa Seri dan botol yang susah payah dikumpulnya sejak tengah hari tadi tidak jugak ditemui olehnya. Sebenarnya dia taklah, kisah sangat dengan botol terpakai tu apa yang dia sedih sangat sekarang ni, Seri dah hilang. Tak adalah lagi temannya, kalau dia boring. Huh! Seri! Keluh Dee sendiri sambil terus duduk ditepi cafe tersebut.
   "Dee!"
   Sedang asyik dia mengelamun tiba-tiba seseorang melaungkan namanya. Hilang terus lamunannya. Dia kemudian, mendongakkan wajahnya terpacak terus di hadapannya, Gloria.
   "Gloria! Tutur Dee dengan nada lemahnya.
   "Eh! Kau kenapa, Dee? Monyok je muka tu, apasal?!" Soal Gloria sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan gadis tomboy itu.
    Dee tidak terus menjawab soalan Gloria itu. Sebaliknya, dia kemudian bangun sekali lagi dan cuba mencari seri dan botol -botol terpakai yang ingin di jualnya itu. Namun usahanya itu masih juga tidak berhasil. Perlahan-lahan dia kembali duduk sambil mengeluh. Gloria yang pelik melihat sikap aneh Dee itu sekali lagi menyapanya.
   "Dee! Kenapa, ni? Cakaplah dekat aku, apa masaalah kau sebenarnya?" Soal Gloria sambil memaut pergelangan tangan teman baiknya itu.
   "Gloria! Seri dan botol terpakai yang aku simpan dekat tepi cafe ni tadi, dah hilang!" Jelas Dee dengan panjang lebarnya.
   "Hah! Hilang?!" Pekik Gloria selepas mendengar penjelasan daripada Dee itu. raut wajah sedih Dee di pandang sekilas olehnya. Nampaknya, sayang benar kawan aku ni dengan kucing peliharaanya tu! Bisik hatinya sendiri sambil menatap ke arah wajah Dee yang agak sugul itu. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis tomboy itu dan cuba memujuknya.
   "Alah! Dahlah tu, Dee! Tak payahlah sedih sangat, kau ni dah macam budak-budak je aku tengok" Usik Gloria kepada Dee.
   Tergelak terus, Dee apabila mendengar usikkan daripada Gloria sebentar tadi. Wajahnya yang muram sudah pun bertukar menjadi ceria semula. Bilamana Gloria melihat Dee sudah tidak bersedih lagi, dia terus menarik nafas dengan leganya.
   "Oi! Yang hang, tercongok duduk lagi dekat sebelah aku ni, dah kenapa?!" Soal Dee dengan selambahnya. Gloria pula buat tak dengar saja dengan soalannya itu.
   "Oi! Kau tak nak....Belum sempat Dee menghabiskan ayatnya, Gloria terlebih dahulu mencelahnya.
   "Tak apalah dee, jap lagi aku baliklah!" Jawab Gloria sambil mencuit hidung mancung Dee dengan jari runcingnya.
   "Oi! Sakitlah!"
   Terjerit terus Dee dibuatnya. Melihat reaksi, spontan daripada Dee itu, Gloria terus tergelak dengan kuatnya. Melihatkan aksi mesra Dee dan Gloria ramai yang akan menyangka yang mereka berdua adalah pasangan kekasih. Tanpa pengetahuan Dee dan Gloria, ada mata yang sedang memerhatikan setiap gerak-geri laku mereka berdua dari jauh. Kau senyumlah puas -puas jantan keparat! Lepas ni, aku akan buat hidup kau menderita! Bisik hati Darius sambil beredar pergi dari tempat tersebut dengan dendam amarahnya.





Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang