Bab 13 ( Mature content ) 18sx

30.2K 186 0
                                    


   Suasana di kelab Zouk malam ini, begitu meriah sekali. Darius dan Eric yang baru sahaja, melangkah masuk ke dalam kelab tersebut terus disapa dengan ramahnya oleh dua pelayan wanita. Tanpa segan silunya, salah seorang pelayan wanita itu terus menarik lengan Darius lalu memautnya dengan begitu erat sekali. Tersentak terus, Darius dibuatnya.
  Eric yang melihat situasi, Darius sekadar melemparkan senyuman lebarnya ke arah sahabat  baiknya itu. Sedang asyik, memerhati Darius tiba-tiba Eric disapa oleh seseorang. Lantas pandangannya terus di halakan ke arah pelayan wanita yang telah menyapa dirinya dan Darius sebentar tadi.
  "Hi! I Maya!"
  Hampir tersembul biji mata, Eric apabila melihat lurah dada pelayan wanita itu. Hot and seksi! Desis hati Eric sambil melemparkan senyuman mengodanya kepada pelayan tersebut.
  "Maya, what a beautiful names! Anyway i Eric!" Jawab Eric sambil terus menyambut huluran tangan Maya lalu di bawa ke mulutnya lantas dicium.
   Darius yang dari tadi hanya, memerhatikan perilaku Eric terus tergelak dengan lucu di dalam hatinya. Dia memang sudah sedia makhlum, dengan sikap playboy sahabat baiknya itu. Dia kemudian mengerling sekilas ke arah pelayan wanita yang masih lagi memeluk lengan kekarnya itu. Bitch! Maki Darius di dalam hatinya. Perempuan semuanya sama saja. Kalau tengok lelaki tu loaded sikit mulalah nak tergedik-gedik! Desis hati Darius lagi sambil mencebikkan bibirnya tanda menyampah.
  "Sayang! Jomlah kita menari, i bosanlah asyik tercegat je dekat sini!"
  Pekikkan kuat pelayan wanita yang berada disebelah Darius itu membuatkannya, tersedar daripada lamunannya seketika tadi. Dia kemudian, menoleh ke arah wajah pelayan wanita itu lalu menatapnya dengan tajam.
  "You! Jangan nak pandai-pandai nak bagi arahan dekat i! Okey! You nak menari sangat kan!"
   Selepas berkata demikian, Darius terus menarik lengan pelayan wanita itu dengan kasar lalu di bawa ke arah lantai tarian.
   "Darius! Slow down, bro!"
   Eric yang cuba menghalang Darius daripada bertindak kasar dengan pelayan wanita itu, terpaksa menghentikan niatnya itu bilamana Maya menarik tangannya lalu mengajak dirinya untuk menari.
   "Eric! Leave them, come on! Dance with me!"
   "Okey, let's go baby!" Jawab Eric sambil terus memaut tubuh seksi Maya ke dalam pelukkannya.
  Darius yang masih di amuk dengan perasaan amarahnya terus mencium bibir pelayan wanita yang sedang menari dengan penuh ghairah di hadapannya itu. Tiba-tiba dia teringatkan Gloria serentak dengan itu juga, Darius terus menghentikan perbuatannya itu. Tubuh pelayan wanita itu segera dilepaskan. Pandangan matanya menjadi berpinar-pinar mungkin terlalu banyak meneguk wiski seketika tadi. Dia kemudian, melangkah perlahan menuju ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya. Kepala yang pening dipicit dengan tangannya.
   "Baby! Apasal, you tinggal i macam tu je, tadi?!"
   Baru sahaja Darius ingin menenangkan dirinya pelayan wanita tadi mulai, menyapa dirinya. Tersentak terus dia, dibuatnya.
   "I am sorry! I cuma nak relax jap" Jawab Darius sambil terus memerhatikan wajah pelayan wanita yang dipenuhi dengan mekap itu. Not bad jugak muka perempuan, ni! Desis hati Darius sendiri. Memandangkan dia tengah stress sekarang ni, tak salah rasanya kalau dia melupakan seketika masaalah yang sedang dihadapinya di saat ini dengan menghabiskan malamnya bersama dengan pelayan wanita itu.
   "Nevar mind, it's okey baby!" Sahut pelayan wanita itu sambil menempelkan tubuh seksinya ke arah dada bidang Darius.
  Melihatkan reaksi spontan pelayan itu, Darius tanpa segan silunya terus mencium sekali lagi bibir pelayan wanita itu dengan begitu ghairah sekali. Sesekali tangan  nakalnya mengusap lembut ke arah paha pelayan wanita yang agak terdedah itu. Selang berapa minit kemudian, Darius melepaskan bibir pelayan wanita itu.
   "Apa kata malam ni, you te....Belum sempat, Darius ingin menghabiskan percakapannya Max yang muncul secara tiba-tiba terus sahaja menyapa dirinya.
  "Darius! Aku ingat kau tak datang dekat parti aku malam ni. Eh! Kau datang sorang je, kah? Eric mana? Aku tak nampak pun dia!" Soal Max bertubi-tubi kepada Darius.
  Tanpa meminta kebenaran Max terus melabuhkan punggungnya duduk rapat bersebelahan dengan pelayan wanita yang ingin di usa oleh Darius seketika tadi.
   "Amboi! Max, tanya gua soalan berjela-jela, apa cerita? Perli Darius sambil tersengih.
   "Alah! Kau ni, Darius aku gurau ajelah! Takkan itu pun kau nak perli aku juga?!" Soal Max semula kepada Darius sambil mengangkat sebelah keningnya.
  Tergelak kuat terus Darius sejurus mendengar pertanyaan daripada Max sebentar tadi. Sikap lawak Max tak pernah nak berubah ada aje bahan yang boleh di jadikan gelak jenakanya. Sampaikan masa dekat universiti orang panggil dia Mr. Clown.
   "Oi! Kalau ya pun kau nak gelakkan aku janganlah dekat tempat terbuka macam ni! Malulah aku, Darius" Bisik Max tepat ke cuping telinga Darius.
  "Isskk! Terkejut aku! Sejak bila pula kau dah ada dekat sebelah aku ni?!" Soal Darius yang pelik melihat Max sudah pun duduk disebelahnya.
   "Hah! Itulah kau! Dari tadi asyik gelakkan aku sampai tak perasan aku dah duduk dekat sebelah kau!" Jawab Max dengan selambanya.
  "Eh! Tadi kau tanya pasal Eric, kan! Cuba kau tengok dekat ruang tarian dekat hujung tu!" Kata Darius kepada Max.
  Tergelak besar terus Max setelah melihat adegan yang muncul di hadapan matanya itu. Kelihatan Eric sedang bercumbu mesra dengan seorang pelayan wanita.
   "Eric! Siapa tak kenal, kalau boleh semua perempuan dia nak sapu!" Jawab Max sambil terus memerhatikan tingkah laku teman baiknya itu.
  "You right, bro!" Sampuk Darius pula.
   Pelayan wanita yang dari tadi asyik, menjadi pendengar setia perbualan di antara Darius dan Max mulai, mencelah. Terhenti terus perbualan keduanya.
   "Both of you nak minum apa -apa, tak? I boleh tolong ambil, kan?!" Soal pelayan wanita itu kepada Darius dan Max.
   "It's okey, Kristy! I tak nak, apa-apa" Jawab Max sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah pelayan wanita tersebut.
   Kristy! Cantik juga nama pelayan wanita, ni! Desis hati Darius sendiri. Max yang perasan, Darius sedang mengelamun terus menyergah dirinya.
   "Oi! Darius!!"
   Terperanjat terus Darius apabila disergah secara tiba-tiba oleh Max. Terbang terus semua lamunannya sebentar tadi. Max yang melihat aksi gelabah Darius itu, segera menggelengkan kepalanya.
   "Eerr....kau cakap apa tadi, Max?!" Soal Darius dengan wajah merah padamnya.
   "Bukan aku yang tanya bro, tapi Kristy!" Jawab Max diselangi dengan gelak tawa yang masih tersisa.
  Mendengar jawapan daripada Max itu, Darius segera mengalihkan perhatiannya ke arah Kristy yang masih lagi duduk di sebelahnya. Apabila Kristy melihat wajah kacak Darius jantungnya terus berdegup dengan kencangnya. Hensomnya, mat salleh ni! Puji Kristy di dalam hatinya.
   "Kristy!"
  Tiba-tiba lamunannya terbantut bilamana Max mulai, menyapanya. Dengan segera, dia mengalihkan wajahnya lalu menatap ke arah lelaki berketurunan itali dan korea itu. Max juga tidak kurang kacaknya, tetapi jika hendak di bandingkan dengan lelaki yang tengah berada disebelahnya ini bagai langit dengan bumi. Lelaki yang satu itu mempunyai auranya yang tersendiri.
  "Err...yes! W..what do you want Max?!" Tanya Kristy dengan suara gelabahnya.
  "Not me Kristy, but my best friend!" Jawab Max sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.
   "Err...Mr..w...Baru sahaja, Kristy ingin mengatakan sesuatu Darius terlebih dahulu mencelah percakapannya. Terdiam terus Kristy dibuatnya.
  "Kristy! I dont want to drink but i want something from you" Tutur Darius dengan lembutnya.
   Terpana seketika, Kristy apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut lelaki mat salleh itu. Kristy! Apa lagi yang kau nak fikir, terima je ajakkan mamat mata biru tu! Bukan selalu, kau boleh dapat pelanggan yang kacak macam mat salleh ni! Bisikkan halus itu terus menghasut dirinya.
   "I know what you want mr...Belum sempat, Kristy hendak mengatakan sesuatu kepada Darius dia terus memotong percakapan wanita itu.
   "Call me Darren eerr...i mean Darius!" Laju sahaja Darius memperkenalkan dirinya kepada Kristy.
   Tergelak kecil terus, Kristy apabila melihat reaksi lucu daripada Darius sebentar tadi. Amboi! Mamat ni, tadi bukan main sombong lagi, sekarang boleh pula cakap sampai tersasul. Lelaki semua sama saja, bila nampak perempuan tu bersikap manis sikit terus saja tergoda. Kalau macam ni, senanglah hidup kau Kristy sebab kau dapat lombong emas ni! Desis hati Kristy sendiri.
   "Nice to meet you, Darius!" Ucap Kristy sambil mengusap lembut pipi lelaki itu dengan jari runcingnya.
   Max yang dari tadi hanya diam membisu segera menyampuk perbualan di antara Darius dan Kristy.
   "Okeylah! Darius! I got to go now! Please enjoy yourself!"
   Sejurus mengatakan demikian, Max terus beredar pergi meninggalkan Darius berdua sahaja dengan Kristy. Apabila Darius melihat Max sudah pun beredar pergi barulah dia mula berbicara.
   "Kristy! You free tak malam, ni?" Soal Darius kepada Kristy sambil sebelah tangannya mula menjalar liar ke arah paha Kristy yang agak terdedah itu.
   "Yes! I free tonight. Why Mr. Darius?" Soal Kristy dengan suara manjanya.
  "I nak you teman i malam ni, boleh kan?" Ajak Darius kepada Kristy.
  "Of course, lah Darius" Bisik Kristy tepat ke arah telinga Darius.
  Tersenyum lebar terus Darius apabila mendengar bisikkan Kristy itu. Baru saja dia berniat, ingin beredar pergi dari parti tersebut tiba-tiba sahaja Eric bertembung dengannya lalu menyapanya.
   "Oi! Darius! Where ara you going, bro? Takkan, dah nak balik! Awal lagi, ni!"
   "Eric! I got to go now!" Jawab Darius sambil mengisyaratkan sesuatu ke arah Eric. Tersengih terus, Eric apabila melihat isyrat Darius seketika tadi.
  "Darius! Be happy man!" Pekik Eric ke arah Darius.
  "I will Eric! I will!" Jawab Darius di dalam hatinya sambil terus memaut erat pinggang Kristy lalu beredar pergi daripada kelab tersebut.

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now