Dee yang baru tersedar daripada lenanya segera, membuka kedua-dua kelopak matanya. Cahaya matahari pagi menerobos terus ke arah pandangan matanya. Dengan segeranya, juga dia menutup semula matanya dengan sebelah tangannya. Tiba-tiba ingatan Dee menerawang semula, ke arah kejadian buruk yang telah menimpa dirinya semalam. Dengan kadar segeranya, bangkit, terus dia daripada perbaringannya lalu melihat keadaan letak pakaian yang berada di tubuhnya itu. Laju saja biji matanya memerhatikan keadaan gaun pengantin yang masih dikenakan, olehnya pada ketika ini. Pelik? Letak bajunya tersusun elok, sahaja. Tak ada pula yang koyak rabak, jadi maknanya lelaki itu tidak mengapa-apakan dirinya semalam. Huh! Syukur alhamdulilah Ya Allah! Desis hati Dee sendiri sambil merebahkan semula tubuhnya di atas tilam yang empuk itu. Nafas lega segera, dilepaskan olehnya.
"Kriukk!!!...."
Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba Dee dikejutkan dengan bunyi perutnya sendiri. Matanya terus di halakan ke arah jam dinding. Terbeliak terus, biji matanya apabila melihat jam sudah pun menuju ke angka 10 pagi! Patutlah, perutnya lapar semacam, saja. Tanpa berlengah lagi, Dee terus meluru ke arah bilik air sambil menyeret gaun pengantinnya yang panjang meleret itu dengan kedua-dua tangannya. Setelah membersihkan apa yang patut barulah dia meluru keluar. Dee kemudian, melangkah perlahan-lahan ke arah pintu. Laju sahaja, tangannya memulas tombol pintu itu lalu, bergegas keluar daripada bilik tidur tersebut. Langkah kakinya diatur perlahan-lahan menuju ke arah tangga. Satu-persatu titian tangga marmar itu dituruni, olehnya. Matanya pula tidak lepas melilau kesana- ke mari memerhatikan, keadaan ruang luas dan ekslusif yang menghiasi sekitar tangga tersebut. Sampai, kan dia tidak sedar yang dirinya sudah berada di tingkat bawah.
"Kak Deya!"
Suara pekikkan kanak-kanak yang muncul secara tiba-tiba daripada arah belakangnya itu mengejutkan terus dirinya daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Laju sahaja, dia membalikkan tubuhnya ke arah belakang. Kelihatan, Kamal sedang berlari kearahnya dan terus memeluk pingangnya dengan begitu erat, sekali. Tergamam seketika, dia dengan kehadiran spontan kanak -kanak itu.
"Kak Deya! Pgi mana? Mal yindu gan kak Deya!" Tutur Kamal dengan pelat keanak-anakkannya. Wajah tembam itu terus merenung ke arah wajah Dee.
Terbit terus senyuman di bibir mugil Dee apabila mendengar pertanyaan pelat Kamal sebentar, tadi. Perlahan-lahan dia membongkokkan sedikit tubuhnya lalu, mengusap rambut kanak-kanak itu dengan tangannya. Tatapan matanya terus di halakan ke arah wajah tembam kanak-kanak itu.
"Kak Deya sibuk sikit sebab itulah jarang jumpa adik akak, ni! Tapi mal tak payah risau lepas ni, Mal akan selalu jumpa dengan akak!" Ujar Dee sambil mencuit lembut pipi tembam adik angkatnya, itu.
Mendengar sahaja kata-kata daripada Dee itu wajah Kamal yang kelihatan agak muram seketika, tadi terus bertukar menjadi ceria. Laju sahaja, dia memeluk tubuh Dee semula.
"Bestlah, alau acam ni! olehlah, akak dan abang Rius awa Mal alan-alan!" Jerit Kamal dengan wajah cerianya.
Dee turut, tergelak dengan lucunya apabila melihat telatah adik angkatnya yang begitu mencuit hati kecilnya itu. Hilang terus semua stress dan keresahan yang sedang dialami oleh dirinya sebentar, tadi. Sedang asyik, dia melayan pertanyaan dan keletah Kamal tiba-tiba nek Mah muncul dan terus menyapa dirinya. Terhenti terus perbualan Dee dan Kamal, dibuatnya.
"Eh! Deya dah bangun rupanya? Baru nak ke....."Belum sempat, nek Mah hendak menghabiskan percakapannya laju saja Dee memintas percakapan ibu angkatnya itu. Mati terus butir bicara nek Mah, dibuatnya.
"Shhh...! Ibu, jangan cakap kuat sangat!" Halang Dee dengan suara perlahannya sambil menghampiri terus wanita separuh baya itu lantas, memeluknya.
Berkerut seribu terus dahi tua nek Mah apabila melihat tingkah-laku pelik anak angkatnya, itu. Dan apa yang lebih menghairankan dirinya di saat, ini adalah cara pemakaian Dee yang nampak lebih kewanitaan tidak seperti, kebiasaannya. Apa yang dah jadi dengan budak tomboy, ni? Kenapa, dia pakai gaun pengantin? Dia khawin dengan siapa? Berjela-jela persoalan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikiran nek Mah di kala, ini. Tidak pula, dia mendengar apa-apa cerita daripada Darius semasa dia membantu lelaki itu di dapur sebentar, tadi. Cuma yang peliknya, majikannya itu bersungguh-sungguh menghias dengan cantiknya dapur dan alas meja siap tabur bunga Lavender lagi. Nak bertanya hati kecil nek Mah menghalangnya. Takut dikata busybody, pula!
"Rindunya dekat, ibu. Ibu! Dee lapar, lah! Ibu buat sarapan apa pagi, ni?!" Soal Dee dengan senyuman lebarnya sambil melepaskan semula dakapannya. Wajah berkerut ibu angkatnya itu di tatap kejap, olehnya. Kelihatan, nek Mah seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Ibu!...Ibu!" Kejut Dee sekali lagi kepada ibu angkatnya, itu sambil mengoyangkan sedikit bahu wanita separuh baya itu dengan sebelah tangannya.
Tersentak terus, nek Mah dengan sapaan tiba-tiba daripada Dee itu. Wajahnya segera, dipalingkan ke arah wajah bimbang anak angkatnya, itu.Terpancar jelas riak kerisauan pada wajah Dee diketika, ini.
"Eh! Kenapa Deya tengok ibu macam, tu? Deya! Ibu okey, lah!" Jelas nek Mah sambil menggelengkan kepalanya.
Selepas mendengar penjelasan nek Mah sebentar, tadi barulah Dee dapat menghelakan nafas dengan leganya. Dia bukan apa risau juga melihat keadaan ibu angkatnya yang nampak semacam saja sebentar, tadi. Yalah! Nek Mah, kan penghidap penyakit darah tinggi. Risau juga hati Dee bila tengok keadaan ibu angkatnya itu sebentar, tadi.
"Huh! Ingatkan penyakit ibu datang, tadi! Risau Dee, dibuatnya!" Ujar Dee sambil memaut bahu nek Mah dengan eratnya.
"Deya! Apasal, kamu pakai gaun pengantin, ni? Ada hal yang ibu tak tau, kah?!" Tanya nek Mah dengan wajah ingin taunya.
Kaget seketika, Dee bila diajukan pertanyaan tiba-tiba daripada nek Mah itu. Fikirannya menjadi buntu, seketika. Dia tidak tau, bagaimana cara untuk memberitahu perkahwinan ekspressnya bersama Darius kepada wanita yang sudah pun dianggap seperti, ibu kandungnya itu. Cool, Dee! Kau janganlah nampak gelabah, sangat! Buat apa nak peningkan kepala bagi tau saja kau dah khawin dengan Darius! Abis cerita! Getus hati kecil Dee di dalam benaknya sendiri. Nek Mah yang sudah tidak sabar ingin mengetahui, jawapan daripada Dee itu segera menyapanya semula.
"Deya! Ibu tanya ni, kenapa diam saja?!"
Terperanjat terus, Dee apabila dikejutkan sekali lagi oleh nek Mah. Wajah kalutnya segera, di halakan ke arah ibu angkatnya itu. Kepala yang tidak gatal digaru dengan tangannya. Akal fikirannya cuba mencari jawapan yang bernas. Tiba-tiba Dee mendapat idea laju, sahaja dia membuka mulutnya itu.
"Dee pakai gaun ni, sebab semalam ada majlis hari jadi dekat rumah kawan. Kebetulan msjlis tu, ada tema. Jadi Dee pakailah gaun pengantin, ni. Ibu, kan tau Dee suka pakai benda yang pelik-pelik sikit, barulah nampak rare!" Jelas Dee dengan sengih lebarnya. Harap-harap menjadilah reason aku tadi tu! Desis hati kecilnya, sendiri.
Tercengang terus nek Mah apabila mendengar penjelasan daripada anak angkatnya, itu. Sepertinya, Dee berniat ingin membohongi dirinya. Dia dapat merasakan wanita tomboy itu menyembunyikan, sesuatu daripada pengetahuannya.
"Deya! Jangan menipu! Baik Deya cerita apa sebenarnya yang sedang berlaku! Jelaskan, ibu takkan marah. Deya cerita saja, ibu dengar!" Arah nek Mah sambil menatap garang dengan sengajanya wajah anak angkatnya itu. Ini sahaja tektik yang boleh dia lakukan bagi mengorek rahsia Dee yang agak perahsia itu.
Adoi! Aku nak cakap apa dekat, ibu? Takkan nak bagi tau, aku dah khawin dengan majikan dia? Isskk! Serabutlah kepala otak aku kalau macam, ni! Keluh Dee sendiri.
YOU ARE READING
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...