Darius terus menghentikan enjin kereta ferarrinya sejurus, sampai di kediaman tuan Imran. Sebelum meluru keluar daripada keretanya itu sempat lagi, dia melihat sekilas penampilan dirinya di hadapan cermin. Emm......
kacak juga aku, ni! Puji hati kecil Darius sambil tersengih-sengih sendiri. Tiba-tiba tatapan matanya tertancap ke arah bunga lavender, patung teddy bear dan sekotak coklat cadbury yang telah dibeli olehnya semasa pergi ke Pavilion sebentar, tadi. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia tergerak hati pula, hendak membelikan sesuatu untuk perempuan tomboy, tu.
"Tok!...Tok!...Tok!..."
Tersentak terus Darius daripada lamunannya apabila mendengar ketukan kuat daripada cermin keretanya, itu. Wajahnya dipalingkan segera, ke arah cermin. Kelihatan, tuan Imran sedang mengetuk cermin keretanya sambil mengarahkan Darius menurunkan cermin keretanya, itu. Dengan kelam-kabutnya dia terus menekan punat tingkapnya dan membuka dengan segeranya.
"Hah! Tuan Darius, kenapa duduk dekat dalam kereta ni, saja? Jemputlah, masuk!" Ajak Tuan Imran dengan ramahnya.
"Eerr....maafkan saya, pakcik! Eerr....sebenar...sa..."
"Eh! Apasal, pula tuan Darius nak minta maaf dekat pakcik? Tuan Darius bukannya ada buat salah apa pun dekat, pakcik!" Celah tuan Imran sambil tersenyum dengan wajah cerianya.
Lega terus hati Darius apabila mendengar kata-kata tuan Imran di saat, ini. Ingatnya, lelaki separuh baya itu akan memarahinya tetapi lain pula jadinya. Makhlumlah, kalau di lihat dari riak wajah tuan Imran dia memang nampak seperti, seorang lelaki yang bengis dan garang. Tetapi apabila mengenali, lelaki separuh baya itu secara dekat barulah Darius perasan yang tuan Imran ni muka saja nampak garang tetapi hati dia memang baik.
"Apa lagi yang dimenungkan tu, tuan Darius? Jomlah, masuk!"
Sapaan sekali lagi tuan Imran itu menyedarkan terus Darius daripada lamunan panjangnya sebentar, tadi. Wajahnya segera, di halakan ke arah tuan Imran yang masih lagi berdiri di sebelah keretanya, itu. Cepatlah keluar, Darius! Kau tak kesian, kah dekat pakcik Imran tu? Daripada tadi dia asyik, ajak kau masuk! Boleh pula time macam ni, kau nak berkhayal? Dah! Wake up, bro!! Bisikkan halus yang menyapa ke relung hatinya itu membuatkan Darius teringat semula niatnya menuju kediaman Tuan Imran pada hari adalah untuk bertemu dengan Dee, gadis tomboy yang membuatkan hidup dan tidurnya menjadi tidak menentu semenjak akhir-akhir, ini.
"Eerr...tak apa pakcik masuk, dulu! Sebentar lagi, saya menyusul!" Ujar Darius sambil mencapai segera barang-barang yang telah dibelinya semasa berkunjung ke Pavilion sebentar, tadi. Laju sahaja, tangannya mencapai bunga, anak patung dan coklat yang berada disebelahnya itu lalu dipaut ke dalam dakapannya. Tanpa berlengah lagi, dia terus bergegas keluar daripada keretanya itu lalu, menekan punat lock dan melangkah masuk dengan segeranya ke dalam rumah, tersebut.
Masuk sahaja ke dalam ruang tamu dirinya terus disambut dengan ramahnya oleh, tuan Imran. Cuma yang peliknya, Dee tidak kelihatan pula. Biasanya, kalau Darius datang berkunjung ke rumah, ini wanita itu pasti ada bersama sekali dengan tuan Imran. Tetapi hari ini jangan kan bayang batang hidung dia pun tak nampak, langsung. Kemana pula, dia? Bisik hati kecil Darius di dalam benaknya sendiri. Tuan Imran yang pelik dengan sikap Darius itu segera, menyapanya.
"Tuan Darius, kenapa nampak macam resah, ni?! Tuan Darius ada masaalah, kah? Ceritalah dekat, pakcik! Manalah tau, ada yang pakcik boleh tolong!"
Sapaan tiba-tiba pakcik Imran itu, membantutkan terus lamunan panjang Darius sebentar, tadi. Perhatiaannya di halakan semula ke arah wajah lelaki separuh baya, itu. Wajah penuh tanda tanya tuan Imran di tatap sejenak, olehnya. Ada rasa bersalah yang timbul di dalam hati Darius apabila menatap ke arah wajah tua lelaki yang sedang merenung ke arah dirinya di saat, ini. Kalaulah tuan Imran tau, dia orang yang telah menculik dan memperkosa anak gadisnya, itu pasti dia tidak akan melayan dirinya sebaik ini. Maafkan saya, pakcik! Desis hati kecil Darius dengan rasa penuh bersalahnya.
"Eerr...saya okey, lah pakcik! Maybe stress sikit kot dengan kerja saya yang berlambak dekat ofis, tu!" Alasan Darius kepada Tuan Imran. Harap-harap dia tak perasanlah yang aku asyik, terjenguk-jengukkan anak gadisnya, tadi! Bisik hati kecilnya sendiri.
"Oh! Pakcik ingatkan, tuan Darius tidak selesa dengan rumah pakcik, ni!" Ujar tuan Imran dengan wajah segannya. Makhlumlah, siapa tak kenal dengan Darius Savakis Carlos. Dia merupakan seorang jutawan juga CEO Hotel Heritage yang terkenal dekat, bandar Kuala Lumpur, ni.
"Eh! Tak adalah pakcik, janganlah cakap macam tu. Saya tak kisah pun dengan keadaan rumah pakcik, ni!" Jawab Darius dengan pantasnya. Tersentuh seketika, lubuk hatinya apabila mendengar kata-kata lelaki separuh baya itu sebentar, tadi.
"Lega terus hati saya ni bila dengar tuan Darius cakap macam tu, tadi!" Jawab tuan Imran dengan senyuman lebarnya.
Darius turut, tersenyum sambil melirikkan sedikit pandangan matanya ke arah tingkat atas yang menempatkan bilik tidur, Dee. Isskk! Mana pula dia, ni? Takkan tak nak keluar langsung daripada bilik, tu? Cepatlah, turun Dee! Teriak Darius di dalam hati batinnya sendiri. Tuan Imran yang perasan dengan tingkahlaku pemuda asing yang sedang duduk di hadapannya, itu terus tergelak sendiri di dalam hatinya. Bukannya, dia tidak tau niat sebenar lelaki itu datang ke rumahnya, ini. Mesti dia nak jumpa dengan Deya! Desis hati tuan Imran sambil berdehem dengan kuatnya.
Darius yang terdengar deheman kuat daripada tuan Imran seketika, tadi mengalihkan segera pandangan matanya daripada tangga lalu, berpura-pura menatap ke arah I Phone S7nya. Harap-harap tak kantoilah perbuatan aku tadi, tu! getus hati kecilnya sendiri. Tuan Imran yang semenjak daripada tadi asyik, menahan tawanya terus tergelak dengan kuatnya.
Entah mengapa, tiba-tiba sahaja perasaan lucu mulai, menguasai dirinya diketika, ini. Sampaikan Darius sendiri turut, terperanjat apabila mendengar gelak kuat daripada tuan Imran di waktu, ini. Kenapa pula dengan pakcik Imran, ni? Tiba-tiba tergelak kuat macam, tu? Pelik! Desis hati Darius dengan wajah hairannya. Tuan Imran yang perasan dengan wajah kehairanan Darius di kala, ini mematikan terus gelak tawanya yang bergema dengan kuatnya sebentar, tadi. Dia kemudian, menyapa dengan segeranya pemuda yang berdarah Latin dan Enggeris itu.
"Eerrr....maafkan pakcik, tuan Darius! Entah apa kena dengan hati pakcik ni tiba-tiba nak tergelak pula, tadi. Harap tuan Darius tak salah faham, pula!" Jelas tuan Imran dengan wajah serba-salahnya.
"Eh! Nak salah faham apa pula? Saya okeylah, pakcik!" Ujar Darius sambil meletakkan semula I Phone S7nya ke dalam saku baju kotnya. Dia kemudian, menghalakan semula tatapan matanya ke arah tuan Imran yang masih lagi menatap ke arah wajahnya dengan muka cuaknya.
"Tuan Imran!....Tuan Imran!!" Kejut Darius kepada tuan Imran yang sedang leka dibuai, oleh gelaknya itu.
Tersedar terus, tuan Imran daripada tawanya apabila dikejutkan dengan suara teriakan tiba-tiba Darius sebentar, tadi. Sekilas, dia merenung kejap ke arah wajah lelaki itu.
"Eh! Sembang punya sembang sampai lupa pula saya nak buat air untuk, tuan Darius. Tak apa tuan Darius duduk dulu, ya!" Kata tuan Imran sambil menuju dengan cepatnya ke arah dapur dan ketika, itu juga dia bertembung dengan anak gadisnya yang kebetulan, baru turun daripada tingkat atas. Laju sahaja, mulutnya menyapa anak gadisnya, itu.
"Deya! Mari tolong papa buat air, ini!" Ajak tuan Imran kepada anak gadisnya, itu. Sebenarnya, dia berterima kasih sangat dengan Darius sebab berjaya memujuk Deya agar tidak memerap sahaja di dalam biliknya. Malahan, keadaan jiwa anaknya, itu kini lebih stabil. Sebab itulah, dia menganggap Darius sebagai, malaikat penyelamat hidup anak gadisnya, itu.
Dee yang berniat, ingin menuju ke ruang tamu segera, membatalkan hasratnya itu selepas melihat musuh ketatnya, Darius sedang duduk dengan santainya di atas sofa. Dia kemudian, segera berbalik ke arah dapur dan menghampiri papanya yang kelihatan, sibuk menyediakan minuman dan kuih untuk dijamu kepada tetamu terhormat yang begitu dibenci oleh dirinya, itu.
"Papa!" Sapa Dee kepada tuan Imran dengan wajah kurang senangnya. Kehadiran lelaki yang telah merosakkan masa depannya itu begitu menjengkalkan lubuk hatinya.
Terperanjat terus, hati tuan Imran apabila mendengar sapaan Dee yang muncul secara mengejut dan berdiri betul-betul dekat dengan, belakangnya.
"Isskk! Deya ni, buat terkejutkan papa sahaja! Nasib baik papa tak ada sakit jantung!" Ujar tuan Imran sambil mengusap-usap dadanya sendiri.
"Biar Dee buat semua, ni! Papa pergi rehat dekat, ruang tamu, tu!" Arah Dee dengan cepatnya sambil mengambil-alih tugas papanya, itu.
"Eh! Betul, kah Deya nak buat semua, ni?!" Soal tuan Imran inginkan kepastian daripada anaknya, itu.
"Isskk! Papa, ni apa pula yang tak bolehnya, pa? Dahlah, baik papa pergi berehat, sekarang!" Arah Dee sambil menolak masuk tubuh papanya ke ruang tamu
Tercengang seketika, tuan Imran apabila melihat sikap rajin anak perempuannya yang pada pandangannya ada kaitan, dengan Darius. Bukannya dia tidak tau, yang selama ini anaknya itu tidak pernah menunjukkan riak suka maupun, senang dengan kedatangan Darius.
"Baiklah! Hati-hati kalau buat kerja, tu!" Pesan tuan Imran sambil beredar pergi meninggalkan Dee bersendirian di dapur.
"Okey, boss! Perintah dituruti!" Ucap Dee sambil mengangkat sebelah tangannya sebagai isyarat tabik kepada papanya, itu.
Tuan Imran sekadar, menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan lucu anaknya, itu sambil tersengih sendiri. Dee pula, hanya memerhatikan kepergian papanya itu melalui, ekor matanya. Sedang asyik, memerhatikan papanya bersembang dengan Darius bunyi air panas yang dijerangnya sebentar, tadi segera berbunyi. Itu, menandakan air yang dimasaknya itu sudah pun masak. Kelam-kabut, juga dia menyediakan minuman dan kuih untuk dijamu kepada Darius dan papanya. Setelah, memastikan semuanya tersusun rapi di dalam dulang barulah dibawa ke ruang tamu oleh, Dee.
Sebenarnya, berdebar-debar juga dada Dee sebab bakal ditemukan lagi dengan lelaki durjana, itu. Kalau tidak difikirkan kehadiran papanya memang nahas juga hidup Darius, dibuatnya. Sabar, Dee! Pujuk hatinya sendiri sambil melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Semakin dia menghampiri semakin laju juga rentak jantungnya berdegup. Sedaya upaya, dia cuba mengawal kelakuaan dan tingkahnya agar tidak terlihat aneh apabila berhadapan dengan lelaki keparat, itu.
"Hah! Sampai pun airnya! Kenapa lama sangat, Deya? Kesian, dengan tuan Darius! Lama pula dia kena, tunggu! Maafkan anak pakcik ya, tuan Darius!" Tutur tuan Imran sambil menyambut huluran dulang anaknya, itu tetapi belum sempat, tangannya mencapai dulang tersebut ada tangan lain yang pantas mencapainya.
"Terima kasih, Dee!" Ucap Darius sambil menatap ke arah wajah wanita tomboy itu dengan perasaan rindu dan sayangnya.
"Your wellcome!" Jawab Dee dengan suara perlahannya sambil menatap terus ke arah wajah Darius. Tidak sedikit pun, tatapan matanya berkelip. Inilah kelebihan lelaki itu mata biru miliknya, yang sentiasa membuatkan dada Dee menjadi berdebar-debar.
Darius yang perasan Dee begitu terpesona dengan dirinya terus menyentuh perlahan jarinya yang kebetulan sedang bertaut dengan tangannya ketika menyambut dulang yang dihulurkan oleh dirinya sebentar, tadi. Meskipun, Dee cuba melepaskan jarinya semakin ligat, juga Darius menyentuh jari-jemarinya itu. Merah padam terus pipi Dee akibat, menahan kemarahan yang sedang membuak-buak di dalam hatinya pada ketika, ini. Melihatkan reaksi, daripada Dee itu Darius terus tersenyum dengan wajah sinisnya.
Sebenarnya, dia tau wanita itu tidak gila. Dia cuma berpura-pura seperti, orang yang kehilangan akal hakikat yang sebenarnya, Dee masih lagi seorang yang normal. Macam mana Darius tau semuanya terjawab bila suatu hari tu dia terdengar perbualan telefon Dee bersama dengan Gloria. Semasa dia mencuri dengar perbualan itulah juga dia mengetahui, motif sebenar kenapa selama ni Dee berpura-pura gila di hadapannya. Semuanya hanya sebab ingin membalas dendam di atas kekejaman yang pernah dilakukan olehnya ke atas diri wanita, itu.
Semenjak kejadian, Darius memperkosa Dee, hidupnya terus menjadi tak menentu. Setiap saat dan ketika, wajah comel dan sedih wanita itu sentiasa berlegar-legar di ruangan matanya. Perasaan bersalah dan menyesal begitu menebal di dalam hatinya pada ketika, ini. Andai, dapat dirinya memutarkan waktu dia pasti berfikir dua kali sebelum melakukan hal terkutuk itu ke atas Dee.
"Let go my hand, sir!" Bisik Dee dengan suara perlahannya sambil menatap ke arah wajah Darius dengan perasaan penuh bencinya. Setiap kali lelaki itu, menghampiri dirinya setiap itu, juga sekujur tubuhnya akan menjadi seram sejuk dan seterusnya menggigil.
"I am sorry! Dee! Please! Forgive, me!" Ucap Darius dengan wajah penuh penyesalannya.
"Sir! Let go my hand, now!" Pekik Dee secara tiba-tibanya.
Sejurus, mendengar pekikkan kuat daripada Dee itu, Darius melepaskan dengan segeranya, jari wanita itu daripada tangannya. Tuan Imran yang terkejut dan pelik, melihat sikap Darius dan anak gadisnya yang saling berpandangan dan saling berbisik sesama sendiri itu menimbulkan, rasa kurang senang di dalam hatinya. Di tambah lagi apabila mendengar pekikkan kuat anak gadisnya sebentar, tadi.
"Ehhemm!!!"
Deheman kuat daripada tuan Imran sebentar, tadi menyedarkan terus lamunan Dee dan Darius. Dengan segeranya, juga Dee menepis kasar tangan Darius daripada terus menyentuh ke jari-jemarinya. Baginya, sentuhan tangan lelaki itu amat, menjijikan. Tanpa pamit Dee terus beredar pergi tanpa memandang sedikit oun ke arah lelaki, itu. Darius yang perasan dengan riak wajah benci Dee itu hanya, membiarkan dirinya berlalu, pergi. Meskipun, jauh disudut hatinya ingin lebih lama lagi dia dapat menatap wajah dan menyentuh ke jari-jemari wanita, itu. Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba Darius disapa oleh tuan Imran. Berterbangan pergi terus semua lamunan panjangnya sebentar, tadi.
"Tuan Darius! Silakan, minum!" Pelawa tuan Imran kepada Darius dengan senyuman mesranya.
Pelawaan lelaki separuh baya itu, terus diterima oleh Darius. Laju sahaja tangannya mencapai biskut yang berintikan kacang itu lalu, disumbat ke dalam mulutnya, itu. Emm...sedap juga biskut, ni! Desis hati Darius sendiri sambil menikmati biskut tersebut dengan perasaan nikmatnya. Tuan Imran yang daripada tadi asyik, memerhatikan kelakuan pelik Darius itu segera, menyapanya.
"Biskut tu, Deya yang buat!" Jelas Tuan Imran tanpa dipinta oleh Darius.
"Huk!....Huk!...."Darius terus tersedak apabila mendengar penjelasan tuan Imran seketika, tadi. Biar betul, takkan biskut sesedap ini buatan tangan wanita tomboy, itu? Isskk! Tak ada yang peliklah, Darius! Biasalah walaupun Dee tu tomboy tak adalah pula sampai tak tau, nak masak! Bisik hati kecil Darius sendiri.
"Sedap! Saya memang pengemar biskut, ni!" Tutur Darius dengan wajah terujanya. Wah! Tak sangka selain cantik dan comel Dee juga memiliki kepakaran lain. Pakar dalam bidang masakkan! Memang inilah kriteria isteri yang selalu diidamkan oleh, Darius selama ini.
Berbunga terus hati tuan Imran apabila mendengar lelaki asing itu memuji masakkan anak gadisnya, itu. Bangga juga dia, dibuatnya. Manakala, Dee yang mendengar setiap butir bicara dan senyuman Darius daripada jauh terus memaki hamun lelaki itu berbakul-bakul. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah bunga Lavender, patung teddy bear dan coklat cadbury yang telah diberikan lelaki itu kepadanya. Kau ingat dengan duit kau yang banyak tu kau boleh beli cinta aku? Kau silap, Darius! Aku bukan perempuan macam, tu! Aku takkan boleh lupa apa yang telah kau buat dekat aku selama, ini. Aku akan pastikan kau mendapat balasan yang setimpal, Darius! Desis hati Dee dengan wajah penuh dendamnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Romancenovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...