Dee terus menatap dengan terkebil-kebilnya ke arah wajah kacak Darius selepas mendengar lelaki itu membuat pesanan makan malam untuk mereka berdua sebentar, tadi.
"Kenapa pesan banyak sangat makanan, tadi? For you info, Mr. Darius saya ni bukannya suka sangat nak makan berlebihan bila waktu, malam. Saya rasa baik tuan Darius cancel, kan saja pesanan tadi, tu. Kang, tak abis membazir pula!" Tegur Dee dengan sikap suaminya itu.
"Isskk! Apalah pula yang membazirnya, awak? Sekali-sekala bukannya, selalu!" Jawab Darius dengan wajah selambanya sambil melunjurkan kakinya.
Sekali-sekala, konon! Abis tu, yang petang tadi bukan dah pesan makanan macam-macam! Takkan dia ni tak tau, nak kenyang! Jangan -jangan dia ada saka, kot! Teka Dee di dalam hatinya sendiri sambil mengerling sekilas, ke arah Darius yang pada ketika ini begitu tekun menikmati muzik kugiran yang sedang membuat persembahan pada ketika, ini.
Terpegun seketika, Dee bila menatap ke arah wajah tampan suaminya di saat, ini. Dengan rambut coklat hitam yang disikat kemas ke arah belakang, hidung mancung, berkening tebal, bibir yang kemerah-merahan menandakan lelaki itu bukan seorang perokok. Dan yang lebih menarik lagi mata biru milik, Darius itu selalu membuatkan dada Dee sentiasa berdebar-debar dengan kencangnya. Lelaki ini terlalu sempurna tidak ada langsung cacat celanya. Dan disebabkan hal itu juga, Dee berasa amat rendah diri sangat. Dia merasakan dirinya terlalu berbeza dengan lelaki, itu. 'Bagai, kan langit dengan bumi'! Tak padan langsung dengan aku yang tomboy, ni! Keluh Dee di dalam lubuk hatinya sendiri.
Darius yang perasan isterinya itu hanyut dengan lamunannya terus sahaja menyergah, ke arahnya.
"Oi! Jauh mengelamun? Kau fikirkan apa ni, Dee?!"
Tersentak seketika, Dee bila disergah secara tiba-tiba oleh Darius. Berterbangan pergi terus semua lamunan panjangnya sebentar, tadi. Kini, perhatiannya terarah semula ke arah lelaki, itu.
"Terkejut, saya! Tuan Darius ni, janganlah sergah saya macam tu, tadi! Cuba, panggil kita slow-slow! Ni tidak asyik, nak memekak je, 24 jam! Sakit tau, telinga saya, ni! Ujar Dee sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke arah cuping telinganya, itu.
Reaksi, Darius sekadar mendiamkan diri sahaja bila mendengarkan luahan tidak puas isterinya dengan sikapnya sebentar, tadi. Malas pula, dia hendak bertengkar dengan wanita itu. Ada baiknya, dia menutup mulutnya sahaja. Takut kalau dia menjawab lain pula jadinya, nanti.
"Tuan Darius!...tuan Darius!...Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi, tu? Tuan Darius!!"
Pekikkan kuat Dee itu sengaja, tidak dipedulikan oleh Darius. Dia sebaliknya, hanya sibuk menatap ke arah telefon pintarnya.
"Buang air liur saya saja sembang dengan orang macam tuan Darius, ni!" Rungut Dee yang bengang dengan sikap endah tak endah Darius itu segera, membuang mukanya ke arah lain. Sakit pula hati dibuatnya bila melihat lelaki itu tidak mempedulikan langsung percakapannya sebentar, tadi.
Darius yang mendengar rungutan Dee itu segera, meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan menongkahkan dagunya sambil menatap ke arah wajah masam -mencuka isterinya di saat, ini.
"Deya sayang!...Bibir tu janganlah muncung sangat, karang aku cium nanti baru...."Belum sempat, Darius hendak menghabiskan percakapannya Dee terus mencelahnya.
"Amboi! Since when pula, saya ni jadi Deya sayang, tuan Darius! Dah, jangan nak mengada-gada panggil saya macam tu! Saya tak suka, lah!"
"Ai! Rasanya tak salah kot, kalau aku panggil kau macam tu, tadi! Lagipun nama Deya tu, kan cantik! Dah mulai, hari dan saat ini, aku akan panggil kau Deya or my sweet wife!"
"What?....No!..." Ujar Dee dengan nada tingginya sambil menghentakkan sebelah tangannya di atas meja. Perbuatannya itu terus menarik perhatian mata customer lain yang turut berada di dalam restoran, tersebut.
Tersentak seketika, Darius bila melihat sikap gangster isterinya di saat, ini. Amboi! Bukan main garang lagi dia ni aku tengok! Tapi tak apa, aku tau macam mana nak handle perangai perempuan macam kau, ni! Desia hati Darius sendiri sambil memulakan misi mengenakan isterinya itu. Laju sahaja, tangan kekarnya mengenggam dengan eratnya jari-jemari wanita itu.
"I am sorry, everybody! Mood my wife tak okey sangat hari, ni!" Jelas Darius sambil menghadiahkan senyuman manisnya ke arah customer yang lain.
Sejurus, mendengar penjelasan Darius itu kelihatan ada customer yang berbisik sesama -sendiri sambil melirik sekilas, ke arah wajah Dee dengan senyuman penuh maknanya. Dee yang tiada pilihan lain hanya, tersenyum dengan tersipu-sipunya sambil menatap ke arah wajah Darius dengan tajamnya. Lantas, tangan yang digenggam dengan eratnya oleh lelaki itu segera, ditarik dengan kasarnya. Namun, Darius semakin mengeratkan lagi genggaman tangannya. Sehinggakan meringgis kesakitan raut wajah Dee, dibuatnya.
"Isskk! Apa ni, tuan Darius? Lepas, lah tangan saya!" Pinta Dee dengan raut wajah geramnya. Bukan setakat geram malu, siot! Tak pasal-pasal pula, semua mata customer kini tertumpuh ke arah dirinya dan Darius. Merona merah terus kedua-dua pipi Dee, dibuatnya.
Terpesona seketika, Darius bila menatap ke arah wajah Dee di saat, ini. Pipi mulus wanita itu kelihatan berubah menjadi kemerah-merahan. Seperti buah strawbery yang ranum. So, cute! Puji Darius di dalam hatinya sendiri bila melihat kecantikkan semulajadi isterinya, itu. Dee yang perasan, kan renungan pelik mata suaminya itu segera menyapanya.
"Yang tuan Darius tengok saya macam tu dah, kenapa? It's something wrong with, my face?!"
"Shh!....Please be quite, Deya! Let me, see you face for, a while!" Bisik Darius dengan lembutnya sambil menatap ke arah Dee dengan pandangan redupnya.
Tergamam seketika, diri Dee bila mendengarkan bisikkan lembut Darius pada ketika, ini. Bertembung terus tatapan mata coklatnya dengan mata biru laut milik, lelaki itu. Dup!...Dup!...Degup jantungnya terus berdetak dengan lajunya. Oh god! What's is wrong with, me? Takkan aku dah jatuh hati dekat mamat psyco, ni? Tanya hati kecil Dee di dalam benaknya, sendiri.
Rupa- rupanya bukan Dee seorang sahaja, yang sedang berperang dengan perasaan sendiri Darius jugak turut, merasakan hal yang sama di waktu, ini. Dia merasa, kan seolah-olah hanya ada mereka berdua sahaja, yang berada di dalam restoran ini. Nampak gayanya, dia sudah betul-betul dimabuk cinta dengan wanita yang berpenampilan seperti, lelaki itu.
"Ehemm!...Excuse me! Sir, Mem! This is you, order!"
Suara deheman yang kuat itu mengejutkan dan menyedarkan terus Dee dan Darius daripada sesi, pertembungan dua mata mereka berdua sebentar, tadi. Kini, pandangan mata keduanya terus tertumpuh ke arah beberapa pelayan lelaki dan wanita yang di saat, ini sedang berdiri tepat di hadapan meja sambil membawa pesanan makanan dan minuman mereka berdua sebentar, tadi. Suasana, menjadi sepi seketika sehinggalah, Darius mengarahkan para pelayan meletakkan pesanan makanan dan minuman di atas meja. Selepas mendengar arahan daripada Darius laju saja, para pelayan lelaki dan wanita itu menyusun dengan segeranya pinggan, mangkuk serta gelas di atas meja. Setelah memastikan semua makanan dan minuman tersusun dengan rapinya barulah para pelayan tadi meminta izin daripada Darius untuk beredar pergi. Darius sekadar, menganggukkan kepalanya sambil memerhatikan kepergian para pelayan dengan ekor matanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia pencuri hatiku.
Roman d'amournovel ini mengisahkan tentang dee aka deya seorang gadis tomboy yang terpaksa hidup sebagai gelandangan setelah melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya. Dee tidak tahan dengan sikap ibu tirinya yang terlalu membenci dirinya. Semenjak hari itu b...
