Bab 11

9.9K 219 1
                                    


   Dee terus menarik nafasnya dengan lega, sejurus melihat Darius sudah pun beredar pergi. Perlahan -lahan dia mengerakkan tubuhnya sedikit demi sedikit sehingga menghampiri dinding. Sampai saja dekat tepi, dinding dia segera menyandarkan tubuhnya yang masih lagi dilanda kesakitan yang amat sangat akibat daripada tindakan kasar Darius terhadap dirinya sebentar tadi. Huh! Leganya, dapat juga aku relax kan sikit fikiran aku yang tengah serabut ni! Desis hati Dee sambil segera memerhatikan keadaan bilik tempat dia sedang dikurung pada ketika ini. Suasana bilik agak gelap, hanya terdapat satu tingkap kecil yang hanya menyalurkan sedikit cahaya dari arah luar. Dee kemudian, cuba pula melihat kalau-kalau ada alat yang boleh dia gunakan untuk melepaskan dirinya. Setelah puas meneliti ke seluruh inci bilik tersebut dia terus mengeluh kecil. Adoi! Macam mana aku nak lari dari tempat ni? Bisik hati Dee sendiri sambil terus memejamkan matanya.
   Baru sahaja Dee berniat ingin menutup kelopak matanya, tiba-tiba dia terlihatkan sesuatu. Ada benda berkilat yang di sisipkan di tepi dinding tempat dia sedang menyandarkan tubuhnya pada waktu ini. Pisau! Tanpa berlengah lagi, dia kemudian, segera bangkit dari duduknya perlahan-lahan lalu mulai, berdiri. Memandangkan kedua -dua kakinya sedang terikat dengan tali, dia tiada pilihan lain selain melompat seperti hantu poncong. Sampai sahaja, di dekat dinding tersebut Dee terus mencuba mengambil pisau itu menggunakan mulutnya. Pada mulanya, Dee ingin berputus asa sahaja, tetapi setelah mencuba beberapa kali akhirnya, dia pun berjaya jugak mendapatkan pisau  tersebut. Yes! I got you, baby! Sorak Dee di dalam hatinya.
   Setelah berjaya mendapatkan pisau itu, Dee kembali duduk menyandar di tepi dinding sambil melepaskan rasa penatnya. Nafasnya masih lagi tidak teratur, peluh juga semakin banyak lalu mulai membasahi seluruh tubuhnya. Sesekali matanya, melirik ke arah pintu yang masih lagi tertutup dengan rapatnya. Bukan apa, dia perlu berwaspada serta berhati-hati manalah tau tiba-tiba Darius berubah fikiran lalu datang semula ke dalam bilik itu, boleh hancur semua plan dia nak lari daripada tempat ni. Oi! Dee! Cepatlah, buka tali dekat tangan dan kaki kau tu! apa kau nak tunggu, sampai mamat berlagak sombong tu datang, kah? Bisikkan itu segera menyedarkan dia daripada lamunannya.
   Mujur, Dee ada belajar belet bolehlah dia lipatkan tangannya yang ada dibelakang ke arah depan. Dengan penuh berhati-hatinya, dia memulakan pergerakkan tangannya. Setelah berjaya tangannya yang terikat segera di suakan ke arah pisau yang berada di mulutnya itu. Nasib baiklah, pisau tu tajam tidak sampai berapa saat tali pada tangannya pun terlepas. Terbuka sahaja ikatan tali pada tangan Dee, dia kemudian, memotong pula ikatan tali yang berada pada kakinya. Sejurus berjaya melapaskan ikatan tali pada tangan dan kakinya, Dee bangkit dengan segeranya, lalu meluru ke arah pintu dengan penuh paniknya. Dadanya semakin berdebar dengan kencangnya. Tanpa berlengah lagi, dia terus mencapai tombol pintu bilik tersebut lalu memutarnya. Alamak! Macam mana ni, pintu bilik ni terkunci pula? Bisik hati Dee dengan raut wajah yang semakin cemas.
    Dee kemudian, cuba menenangkan dirinya seketika dan terus menarik nafas panjang kemudian menghelakan nafasnya itu perlahan -lahan. Okey! Dee, kau bawa bertenang! Think something, Dee! Come on! Gesa hati Dee kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Memang gila siot! Bolehkah, aku rempuh pintu ni guna badan aku je?! Argh! Aku dah tak ada pilihan lain, come on! Dee you can do it! Tanpa berfikir dengan lebih panjang lagi akhirnya, Dee pun nekad dengan idea gilanya itu. Dengan sekuat tenagannya dia pun terus merempuh pintu bilik tersebut dengan badannya. Terpelanting terus dia ke arah luar sejurus pintu bilik tersebut berjaya dirempuh olehnya.
    "Burgh! Adoi! Sakitnya!"
    Rengek Dee sendiri sambil terus mengosok -gosok siku dan kakinya yang terhentak dengan kuatnya semasa landing dekat lantai sebentar tadi. Dia kemudian, melihat keadaan sekeliling tempat dia dikurung seketika tadi. Baru Dee perasan, rupanya dia sekarang sedang berada di dalam sebuah gudang yang agak terbiar. Apa lagi yang kau dok fikir tu, Dee? Cepatlah, lari! Bisikkan itu terus menyedarkan Dee daripada lamunannya.
  Tanpa membuang masa lagi, dengan keadaan kaki yang terencot-encot Dee terus melajukan langkah kakinya ingin segera beredar pergi dari tempat tersebut secepat yang mungkin. Tetapi baru sahaja, dia ingin membuka pintu utama gudang tersebut satu suara yang muncul dari arah belakangnya telah membantutkan niatnya itu.
   "Oi! Kau nak lari mana, hah?!"
    Dee kemudian, berpaling perlahan-lahan ke arah belakangnya. Terkedu terus, dia bilamana melihat kelibat Darius sedang melangkah laju menuju ke arahnya. Tanpa sempat mengelak, lelaki itu terus menghayunkan penumbuk sulungnya tepat ke arah wajah Dee. Terhenyak terus tubuhnya ke arah lantai. Bagai nak pitam rasanya, dia apabila menerima tumbukkan kuat daripada lelaki itu. Dee kemudian, terus mengusap perlahan area wajahnya yang telah menjadi mangsa tumbukkan tangan Darius seketika tadi. Tiba-tiba dia dapat merasakan, ada cecair yang telah mengalir keluar daripada celah bibirnya itu. Pantas sahaja tangannya, segera menyentuh ke arah bibirnya. Terbeliak terus mata Dee apabila melihat darah yang berada pada tangannya itu. Dia kemudian, cuba untuk bangun tetapi sekali lagi Darius menyerang dirinya. Kali ini, kakinya pula ditendang dengan kuatnya oleh lelaki itu. Terjerit kuat terus dia dibuatnya. Tidak cukup dengan itu, Darius yang masih diamuk dengan kemarahannya terus menarik rambut Dee sekuat hatinya.
   "Hei! Kau dengar sini, baik-baik! Kau, jangan mimpi nak lepas macam tu je, dari aku! Kau faham, tak?!" Bentak Darius dengan kuatnya sambil menguatkan lagi cengkaman tangannya pada rambut Dee.
   Dee yang sudah tidak ada tenaga untuk menjawab pertanyaan lelaki itu, hanya mampu menganggukan kepalanya. Dia benar-benar trauma dengan tindakan kasar Darius sebentar tadi. Walaupun dirinya ada seatbelt hitam dia mengaku tidak mampu melawan balik serangan tiba-tiba lelaki itu sebentar tadi. Siapa pun yang berada di dalam situasi dirinya pasti tidak mampu berbuat apa-apa jika di serang secara curi.
   "Bagus! Kalau kau dah faham dengan kata -kata aku tadi, tu! Tutur Darius sambil terus melepaskan semula cengkaman tangannya daripada rambut Dee.
   Dengan suara yang agak terketar-ketar Dee cuba juga untuk mengatakan sesuatu"En...en....encik! Da..Da..Darius! Na..nak a..apa se..sebe...narnya da...da..ri sa...sa..ya?"
   Tersenyum simpul terus Darius apabila diajukan dengan pertanyaan seperti itu dari orang yang telah merampas Gloria, kekasihnya itu. Dia puas sebab dapat melepaskan semua amarahnya kepada Dee yang disangkakan lelaki olehnya.
  "Kau tanya aku, nak apa dari kau? Bukan sepatutnya aku yang patut tanya soalan macam tu dekat engkau!" Tengking Darius dengan geramnya.
   Pucat lesi terus, wajah Dee apabila mendengar tengkingan kuat daripada Darius seketika tadi. Dia kemudian, merenung sekilas, ke arah wajah serius lelaki yang berada di hadapannya itu. di saat ini tatapan mata Darius amat menggetarkan hatinya sekali. Isskk! Apasal, pula mamat ni pandang aku macam nak telan je? Desis hati Dee sendiri. Dia sebenarnya, bukan penakut. Tetapi entah mengapa setelah berhadapan dengan lelaki bermata biru itu, ketakutan semakin menguasai dirinya.
  Baru sahaja Dee berniat ingin mengatakan, sesuatu Darius terus mencelahnya.
   "Tapi sa..."
   "Now! Aku tak nak dengar apa-apa lagi, sepatah perkataan pun keluar daripada mulut kau tu! Sekarang! Aku nak kau ikut aku!" Arah Darius sambil terus membuka langkah kakinya menuju ke arah bilik lain yang terdapat di dalam gudang tersebut.
  Dengan susah payahnya, Dee menggagahkan juga kudratnya agar menuruti arahan lelaki yang berhati batu itu. Dengan lemahnya, dia mulai membuntuti langkah kaki lelaki itu. Sejurus sampai di hadapan sebuah bilik, Darius tanpa belas kesiannya, terus menolak dengan kasarnya tubuh Dee ke dalam bilik tersebut.
   "Ingat! Jangan cuba nak lari! Kalau kau buat hal juga, aku takkan teragak-agak tembak kepala kau tu!!"
    Selesai sahaja, Darius menuturkan ugutan itu dia kemudian, segera beredar pergi sambil menutup pintu bilik tersebut lalu menguncinya dari luar. Dee hanya memerhati kelakuan lelaki itu dari ekor matanya. Ya allah! Kau bantulah aku! Rintih Dee di dalam hatinya sebelum pandangan matanya mulai, bertukar menjadi gelap.

P/s: please add my story,vote and comment. Please i need you respond guy's. Please support my story! I will try update my story a little bit faster. Good night guy😴😴😴😴
  

  
  
  
 
   
  
   

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now