" Kamu jangan nak malukan nama keluarga ni. Jaga kelakuan kamu tu," arah Puan Sri Marissa tegas. Budak perempuan yang berumur 5 tahun itu hanya mengangguk dengan wajah yang sugul.
Erika Airien anak seorang jutawan yang ternama. Hidupnya dilayan seperti puteri. Namun, dikongkong sepenuhnya oleh ibu bapanya. Walaupun dia seorang yang bijak, cantik dan baik hati. Dia tidak mempunyai kawan dan selalu dipinggirkan oleh orang sekeliling Dan niat murninya disalah ertikan. Malah orang yang dia sukai Lansung tidak menyukainya....
...
" Mama... Yom main," ajak seorang budak lelaki masih dengan pelatnya.
" Ariq... Janganlah kacau mama. Hari ni mama dan papa balik malam tau. Ada kerja," kata Puan Sri Melissa sambil membetulkan rambutnya.
" Mama..." panggil lagi Ariq dengan wajah sugul.
"Kami pergi dulu yer. Mak Tam tolong tengokkan dia yer. Bye Assalamualaikum," Ariq yang melihat ibunya keluar dan menutup pintu rumah terus berlari ke biliknya tanpa sepatah kata. Mak Tam hanya melihat dengan rasa simpati.
Ariq Xander, anak sulung daripada seorang jutawan ternama. Lelaki yang diminati ramai. Ketua kepada kumpulan F4 dan semua
rakan-rakannya yang berbakat Namun, hidupnya sentiasa dirasakan tiada erti untuk bahagia. Tiada...START...The beginning of Hatred LOVE
Silalah tengok 'Hatred Love Trailer yang terharu!'
Semoga korang lebih tertarik untuk membaca😄✌️
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...